JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini...

23
JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS FAISAL AHMAD SHAH 76 KEBEBASAN BERAGAMA: ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR Faisal Ahmad Shah. PhD 1 ABSTRAK Artikel ini cuba menganalisis tahap kefahaman masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terhadap maksud kebebasan beragama. Umum mengetahui bahawa isu kebebasan beragama telah dibincangkan dengan panjang lebar oleh pakar agama dan undang- undang sama ada mereka memahaminya secara bebas atau secara mengikat. Namun tidak banyak kajian secara khusus dilakukan bagi menilai tahap kefahaman masyarakat Islam mengenainya. Kajian ini penting bagi mengenalpasti pola kecenderungan masyarakat Islam terhadap isu kebebasan beragama sama ada menyokong pendapat yang diwarwarkan oleh sarjana barat atau menyokong kefahaman Islam yang sebenar. Kajian mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terhadap maksud kebebasan beragama masih rendah sehingga boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan terhadap imej dan ajaran Islam itu sendiri. PENDAHULUAN Islam menjamin hak kebebasan beragama sesuai dengan kedudukannya sebagai agama yang syumul dan suci. Islam memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan malahan Islam mewajibkan penganutnya untuk menghormati amalan agama lain. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al- Baqarah ayat 256: 1 Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Transcript of JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini...

Page 1: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

76

KEBEBASAN BERAGAMA: ANALISIS TAHAP KEFAHAMAN MASYARAKAT ISLAM DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA

LUMPUR

Faisal Ahmad Shah. PhD1

ABSTRAK

Artikel ini cuba menganalisis tahap kefahaman

masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan terhadap

maksud kebebasan beragama. Umum mengetahui

bahawa isu kebebasan beragama telah dibincangkan

dengan panjang lebar oleh pakar agama dan undang-

undang sama ada mereka memahaminya secara bebas

atau secara mengikat. Namun tidak banyak kajian

secara khusus dilakukan bagi menilai tahap kefahaman

masyarakat Islam mengenainya. Kajian ini penting bagi

mengenalpasti pola kecenderungan masyarakat Islam

terhadap isu kebebasan beragama sama ada menyokong

pendapat yang diwarwarkan oleh sarjana barat atau

menyokong kefahaman Islam yang sebenar. Kajian

mendapati bahawa tahap kefahaman masyarakat Islam

di Wilayah Persekutuan terhadap maksud kebebasan

beragama masih rendah sehingga boleh membawa

kepada salah faham dan kekeliruan terhadap imej dan

ajaran Islam itu sendiri.

PENDAHULUAN

Islam menjamin hak kebebasan beragama sesuai dengan kedudukannya

sebagai agama yang syumul dan suci. Islam memberi hak kepada setiap

individu untuk memilih agama yang ingin dianuti tanpa ada paksaan

malahan Islam mewajibkan penganutnya untuk menghormati amalan

agama lain. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-

Baqarah ayat 256:

1 Pensyarah Kanan di Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Page 2: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

77

Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana

sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).

Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman

kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada

simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah),

Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan yang berbeza-beza

dalam memahami maksud ayat ini. Ada golongan berpandangan

bahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu

diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam yang

berpegang dengan pendapat ini ialah Dr Tariq al-Suwaidan. Beliau

menegaskan dengan katanya: “Antara hak manusia ialah memilih

agama yang dia kehendaki, menjadi haknya juga untuk memilih

kumpulan yang dikehendaki seperti menjadi sunni, syiah dan

sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa manusia juga mempunyai

hak untuk menyembah tuhan yang dipilih dengan cara yang

dikehendaki”. Namun pendapat beliau dibantah oleh Mufti Arab Saudi

Sheikh ‘Abd al-‘Aziz bin Abdullah Al al-Syeikh. Menurut Sheikh ‘Abd

al-‘Aziz bin Abdullah Al al-Syeikh “kesemua agama telah terbatal

ketika Allah mengutuskan nabi Muhammad dengan syariatnya sebagai

penutup syariat syariat sebelumnya dan agama-agama terdahulu. Justeru

menjadi wajib kepada setiap makhluk mentaati nabi Muhammad dan

mengikuti sunnahnya kerana nabi Muhammad adalah penutup segala

nabi dan utusan. Kita beriman dengan rasul-rasul Allah yang terdahulu,

beriman dengan risalah mereka dan kesahihan risalah mereka tetapi

amalan dan pelaksanaannya adalah terhadap syariat nabi Muhammad

SAW.” (http://www.sahab.net/forums/?showtopic=129316 14 Mei

2015)

Jika diteliti, kebebasan beragama secara mutlak bermaksud

negara Islam tidak boleh sama sekali memaksa seseorang individu

untuk menganut agama Islam. Ini kerana setiap individu mempunyai

hak masing-masing untuk menganut ajaran agama kesukaannya

Page 3: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

78

(Muhammad Fathi Uthman, 1982 ). Sejarah juga membuktikan bahawa

Nabi Muhammad SAW tidak pernah memaksa orang bukan Islam

untuk memeluk agama Islam. Baginda mengajak manusia ke jalan

benar dengan menyeru orang-orang kafir supaya memeluk agama Islam

tanpa menggunakan kekerasan dan memaksa mereka untuk menerima

Islam. (‘Abd al-Hakim Hassan, 1983)

Tafsiran Ulama Tentang Ayat ”Tiada Paksaan Dalam Agama”

Tafsiran umum ayat ال إكراه يف الدين ialah agama Islam itu bukan

didasarkan dari paksaan. Agama itu bertunjangkan kepercayaan dan

kemahuan. Sekiranya, seseorang itu dipaksa menerima agama Islam,

maka agama itu tidak akan membawa sebarang makna kepada

penganutnya (Abdullah Yusuf Ali, 1991). Kebanyakan ulama tafsir

silam seperti al-Qurtubi, al-Tabari and al-Tusi, berpendapat bahawa

ayat “Tidak ada paksaan dalam agama” (Surah Al-Baqarah) tidak boleh

ditafsir secara harfiyyah (literal), yakni seseorang itu bebas dari

sebarang paksaan dalam agama. Terdapat empat pandangan dalam hal

ini. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)

Pertama, hak kebebasan beragama hanya dianugerahkan kepada

ahli kitab yang membayar jizyah. Kedua, ayat “Tidak ada paksaan

dalam agama” telah dinasakhkan dengan ayat lain yang menyeru jihad:

“Perangilah mereka di mana jua pun mereka berada”. Terdapat juga

pendapat yang mengatakan ayat ini membuktikan bahawa Nabi

Muhammad SAW memaksa orang-orang Arab Quraish menerima

Islam. Kegagalan mereka berbuat demikian boleh membawa implikasi

dibunuh. Ketiga, dikatakan bahawa terdapat orang Ansar yang

memaksa anak-anak mereka supaya memeluk Islam. Bagaimanapun

hasrat mereka telah ditegah oleh Allah. Keempat, bahawa ayat tersebut

membawa maksud sesiapa yang memeluk agama Islam setelah menjadi

penderhaka, keislamannya hendaklah diterima. (Taufiq al-Hakim, 1977,

Muhammad bin al-Hassan al-Tusi, 1957)

Setengah ulama yang berpendapat dengan pendapat yang

pertama iaitu hak kebebasan beragama hanya dianugerahkan kepada

ahli kitab yang membayar jizyah bersandarkan kepada firman Allah

dalam surah al-Taubah ayat 29:

Page 4: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

79

Maksudnya: Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah

dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak

mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya,

dan tidak beragama dengan agama yang benar, iaitu dari orang-orang

yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka

membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.

Ayat ini menceritakan bagaimana Allah mengangkat perintah

berperang terhadap ahli kitab jika mereka membayar jizyah dan mereka

tunduk kepada pemerintahan Islam. Manakala selain daripada ahli kitab

dan Majusi, sama ada dari kalangan orang kafir, orang musyrik ataupun

atheis, maka wajib menyeru mereka kepada Islam. Jika mereka

menyambut seruan dakwah, maka ia satu nikmat yang besar. Jika

mereka tidak menyambut seruan dakwah, maka wajib memerangi

mereka sehingga mereka masuk ke dalam Islam. Dalam hal ini jizyah

tidak diterima dari mereka. Rasulullah SAW tidak meminta

pembayaran jizyah dari orang Arab yang kafir. Para sahabat juga ketika

berjihad memerangi orang-orang kafir setelah wafatnya Nabi, mereka

juga tidak menerima jizyah kecuali dari ahli kitab dan Majusi. Di antara

dalilnya adalah firman Allah dalam surah al-Taubah ayat 5:

Maksudnya: Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan yang

dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja

kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga keponglah mereka,

serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Kemudian

jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang

Page 5: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

80

serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu).

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam hal ini Allah tidak memberi pilihan kepada mereka antara

masuk Islam atau tetap memeluk agama mereka. Allah juga tidak

menuntut mereka membayar jizyah. Bahkan Allah memerintahkan

untuk memerangi mereka, sehingga mereka bertaubat dari kesyirikan,

menegakkan solat, dan menunaikan zakat. Berdasarkan ayat ini, yang

hanya diterima daripada orang musyrik selain ahli kitab dan Majusi

ialah memeluk agama Islam dan ia sudah pasti dilaksanakan dengan

kemampuan. Kefahaman ini disokong oleh hadith nabi yang

diriwayatkan oleh Ibn Umar:

أمرت أن أقاتل الناس حت »أن رسول الل صلى هللا عليه وسلم قال: ، ويقيموا الصالة، وي ؤتوا يشهدوا دا رسول الل ، وأن مم أن ال إله إال الل

الزكاة، فإذا ف علوا ذلك عصموا من دماءهم وأموالم إال بق اإلسالم، وحساب هم على الل

Maksudnya: Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai

mereka bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad

Rasulullah, menegakkan solat, serta menunaikan zakat. Jika mereka

melakukan hal itu, bererti mereka telah selamat dariku darah dan harta

mereka, kecuali dengan hak Islam. Dan hisab mereka adalah

tanggungan Allah ‘azza wa jalla.” (Al-Bukhari)

Nabi SAW juga tidak memberikan pilihan antara masuk Islam

dan tetap memeluk agama mereka yang batil. Nabi SAW juga tidak

meminta jizyah dari mereka. Maka hal itu menunjukkan bahwa wajib

memaksa orang kafir untuk memeluk Islam sampai mereka memeluk

agama Islam, kecuali ahlu kitab dan orang Majusi. Paksaan kepada

mereka bagi menjamin kebahagiaan mereka dan keselamatan mereka di

dunia dan di akhirat. Ini adalah salah satu kewajipan Islam. Islam

datang menyelamatkan orang-orang kafir dari sebab-sebab kehancuran,

kerendahan, kehinaan dan siksaan di dunia dan di akhirat.

Setengah ulama berpendapat ayat “Tidak ada paksaan dalam

agama” juga membawa pengertian bahawa seseorang Islam bebas sama

Page 6: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

81

ada mahu meninggalkan agama Islam atau memeluk agama lain selagi

mana dia tidak mencemuh, mencerca atau menghina agama Islam.

Dalam erti kata yang lain, seseorang yang meninggalkan agama Islam

dengan cara baik, tidak dikenakan sebarang hukuman fizikal di dunia

ini. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)

Pandangan yang mengatakan bahawa ayat “Tidak ada paksaan

dalam agama” telah dinasakhkan dengan ayat “Perangilah mereka di

mana jua mereka berada” ditolak oleh majoriti ulama. Terdapat banyak

bukti lain yang menolak dakwaan ini. Sejarah telah membuktikan

bahawa ahli kitab telah diberi kebebasan beragama dalam negara Islam,

dengan syarat mereka membayar jizyah (Taufiq al-Hakim, 1977)

Tafsiran ”Kebebasan Beragama” Menurut Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia sebenarnya telah memberi jaminan hak

beragama di Malaysia melalui pengubalan Perlembagaan Persekutuan

pada 1956 yang memasukkan peruntukan Perkara 11(1). Jaminan

kebebasan beragama diberikan kepada penganut agama Islam dan

bukan Islam. Namun, jaminan hak beragama yang diberikan bukanlah

bermaksud hak untuk menukar agama atau dengan kata lain murtad. Di

dalam peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan telah

menyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa

agama. Oleh itu, setiap penduduk di Malaysia sebenarnya berhak untuk

menganut apa-apa agama yang disukainya jika mengikut Perlembagaan

Persekutuan. Namun, bagi penganut agama Islam, mereka masih

tertakluk di bawah beberapa peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan yang menghalang mereka untuk menganut agama lain atau

dengan kata lain, murtad.

Dari aspek kebebasan dalam penyebaran agama juga adalah

tidak mutlak. Perkara 11(4) memberi kuasa kepada Parlimen dan

Dewan Undangan Negeri meluluskan undang-undang pengawalan

agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Perkara 11(1) tertakluk

kepada Fasal 4 dalam mengembangkan agama iaitu membenarkan

undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah Persekutuan)

untuk mengawal atau membatasi pengembangan mana-mana

kepercayaan kepada umat Islam. Justeru, penyebaran doktrin dan

kepercayaan agama bukan Islam kepada kalangan Islam merupakan

satu kesalahan jenayah tetapi sebaliknya, penyebaran agama Islam

kepada penganut agama-agama lain adalah diharuskan Peruntukan ini

dimasukkan untuk memelihara kestabilan masyarakat. (Mohamed

Page 7: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

82

Azam Mohamed Adil, 2010) Kini terdapat sembilan negeri yang telah

mempunyai undang-undang mengenai kawalan dan sekatan

pengembangan agama-agama bukan Islam kepada orang Islam

(Enakmen Agama Bukan Islam, 1988). Walau bagaimanapun, sehingga

kini hanya negeri Pahang sahaja yang menguatkuasakan undang-

undang tersebut. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)

Perkara 11 iaitu kebebasan ugama yang disebut dalam

Perlembagaan Persekutuan sering dimanipulasi untuk kepentingan

pihak tertentu. Pelbagai pihak mempersoalkan Perkara 11 yang

sepatutnya diaplikasikan kepada semua kaum tanpa mengira samada

Islam atau bukan Islam. Kes Lina Joy merupakan kes pertama

membabitkan artikel 11 yang dibawa ke peringkat mahkamah

Persekutuan untuk ditafsirkan. Ia memberi implikasi yang cukup besar

terhadap status agama Islam khasnya serta keluhuran Perlembagaan

amnya. (Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Mohd Herzali Mohd

Haled, 2008.)

Jika dilihat dari segi tafsiran ‘kebebasan ugama’ itu sebenarnya

adalah tidak sama dengan ‘kebebasan beragama’ di mana ‘kebebasan

ugama’ itu hanya terhad kepada kebebasan menganuti dan

mengamalkan agamanya tanpa ada sekatan seperti mana yang

dijelaskan dalam Fasal 1 dan tertakluk kepada Fasal 4

mengembangkannya. Hal ini demikian adalah berbeza jika terma

‘kebebasan beragama’ digunakan iaitu kebebasan untuk mengamalkan

mana-mana agama yang ada di Malaysia. Undang-undang telah

meletakkan keadilan kepada semua kaum secara sama rata di sini iaitu

untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan,

“Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam

Persekutuan”. Perlembagaan telah mengiktiraf Islam sebagai agama

bagi Persekutuan dan menjadi tanggungjawab bagi negara untuk

mempertahankan agama Islam. Perbuatan murtad misalnya adalah suatu

perbuatan menentang Islam. Di sinilah jaminan hak beragama itu

dipelihara. Apabila sudah memilih Islam, maka setiap penganut agama

Islam tertakluk kepada undang-undang Islam. Oleh itu, untuk

memelihara ketinggian agama Islam, perbuatan keluar dari Islam sesuka

hati adalah tidak dibenarkan. Terdapat hujah yang mengatakan Perkara

Page 8: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

83

3(1) hanyalah untuk menunjukkan agama Islam tidak lain hanyalah

untuk tujuan peribadi dan diberi tempat semasa majlis-majlis rasmi dan

bukan merangkumi cara hidup yang meliputi kehidupan hidup

bermasyarakat, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan,

moral dan perundangan. Namun, hujah ini adalah tidak tepat kerana

dilihat seperti menafikan sepenuhnya peranan agama Islam yang

merangkumi setiap aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi dan

sosial. Oleh sebab itulah wujudnya Mahkamah Syariah dalam

mengadili perkara-perkara berkaitan urusan umat Islam termasuklah

menentukan keputusan keluar daripada Islam. Sudah sewajarnya

penganut Islam tertakluk di bawah undang-undang Islam.

(http://www.isiukm.org/2011/06/murtad-dari-sudut-perlembagaan/)

Bukti lain yang menunjukkan tidak mutlaknya kebebasan

beragama yang diperuntukkan dalam Perkara 11(1), ialah Perkara 11(5)

Perlembagaan Persekutuan menyebut “Perkara ini tidak membenarkan

sebarang tindakan yang berlawanan dengan undang-undang awam yang

melibatkan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Peruntukan ini terpakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Perkara

11(5) Perlembagaan Persekutuan menyekat hak kebebasan beragama

dari aspek ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak. Justeru

itu, dengan jelas hak kebebasan beragama di Malaysia bersifat subjektif

di mana ada sekatan tertentu dan bersyarat. Walaupun, aktiviti-aktiviti

keagamaan diberi kebebasan tetapi ianya tidak boleh menyalahi

undang-undang awam, ketenteraman awam, kesihatan awam atau

akhlak. (Mohamed Azam Mohamed Adil, 2010)

Kesimpulannya, terdapat empat perkara utama berkaitan

kebebasan beragama di bawah Perkara 11(5): (Mohamed Azam

Mohamed Adil, 2010). Pertama, kebebasan beragama tertakluk kepada

undang-undang awam. Ini bermaksud bahawa kerajaan boleh

mengadakan atau meluluskan undang-undang yang mengawal atau

menyekat aktiviti-aktiviti termasuk anutan, amalan dan penyebaran

sesuatu agama (ABM Mahbubul Islam, 2002). Kedua, ketenteraman

awam. Tertakluk kepada kepentingan memelihara ketenteraman awam,

kerajaan boleh membataskan hak kebebasan beragama yang diberi

(ABM Mahbubul Islam, 2002). Justeru itu, kerajaan boleh melalui

Perkara 11(5) membataskan hak kebebasan beragama seandainya ia

dilihat boleh mengancam ketenteraman awam. (Kevin Tan et.al, 1991)

Page 9: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

84

Perkara ketiga dan empat adalah berkaitan dengan faktor

kesihatan dan akhlak. Ini bermakna setiap perbuatan yang dikaitkan

dengan agama tetapi bercanggah dengan akhlak dan kesihatan boleh

dihalang oleh kerajaan. Sebagai contohnya, sekiranya sekumpulan

orang tidak berpakaian langsung di kawasan awam atas nama agama,

maka kerajaan boleh mengambil tindakan seperti melarangnya dengan

alasan perbuatan tersebut tidak berakhlak. (ABM Mahbubul Islam,

2002)

Latar Belakang Responden

Kajian ini melibatkan 300 orang responden di sekitar Wilayah

Persekutuan, Kuala Lumpur. Responden-responden ini dipilih secara

rawak berdasarkan kepada 10 kawasan parlimen iaitu: Lembah Pantai,

Seputeh, Wangsa Maju, Titiwangsa, Segambut, Cheras, Bukit Bintang,

Bandar Tun Razak, Batu dan Kepong. Berikut adalah jadual

menunjukkan latarbelakang responden.

Item Kategori Peratus

Kekerapan (f) %

Jantina Lelaki 94 (31.3%)

Perempuan 206 (68.7%)

Pendidikan SPM 90 (30%)

Diploma 84 (28%)

Sarjana Muda 96 (32%)

Sarjana 23 (7.7%)

Phd 7 (2.3%)

Jadual 1: Analisis Latarbelakang Responden

Pengkaji mengedarkan kepada 300 orang responden yang terdiri

daripada 94 orang (31.3%) responden lelaki dan 206 orang (68.7%)

responden perempuan. Bilangan responden perempuan adalah lebih

sedikit berbanding responden perempuan kerana kurangnya kerjasama

daripada responden lelaki.

Merujuk kepada taraf pendidikan pula, didapati bahawa para

responden mendapat pendidikan di peringkat yang berbeza. Para

responden terdiri daripada 90 orang lepasan SPM, 84 orang lepasan

diploma, 96 orang lepasan sarjana muda, 23 orang lepasan sarjana dan 7

Page 10: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

85

orang lepasan PhD. Bagi peratusan pula, 30% mewakili responden

lepasan SPM, 28% responden lepasan diploma, 32% responden bagi

lepasan sarjana muda, 7.7% responden lepasan sarjana dan 2.3%

mewakili responden lepasan PhD.

Metode Kajian

Kaedah Soal Selidik

Satu set soal selidik telah dibentuk bersesuaian dengan objektif dan

persoalan kajian yang dibuat. Penulis mengedarkan satu set borang soal

selidik (questionnaire) bagi mendapatkan maklumat tentang kefahaman

masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan mengenai kebebasan

beragama. Borang soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

Bahagian A: Maklumat diri yang yang melibatkan jantina dan

pendidikan. Bahagian B: 20 Soalan Penyataan Berkaitan Kebebasan

Beragama. Bahagian A hanya tertumpu kepada jantina dan pendidikan

sahaja kerana daripada dua soalan ini dapat dibezakan tahap kefahaman

lelaki berbanding wanita selain tahap pendidikan mereka. Manakala

bahagian B mengandungi 20 penyataan yang akan menguji kefahaman

responden terhadap kebebasan beragama. Responden diberi lima pilihan

jawapan iaitu Setuju, sangat setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat

tidak setuju.

Ujian Rintis (Pilot Test)

Bagi menguji realibiliti instrumen kajian, penulis memilih seramai 30

orang responden. Proses ini penting di dalam sesuatu kajian yang

menggunakan borang soal selidik agar hasil kajian yang terjamin

kesahannya berjaya diperolehi. Setelah ujian rintis, untuk menentukan

ketekalan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik, hasil

ujian rintis ini dianalisis menggunakan program SPSS 10.0 bagi

mendapatkan Cronbach Alpha. Nilai realibiliti keseluruhan yang

diperolehi hasil dari ujian rintis ialah 0.8311. Oleh itu ia menunjukkan

instrumen soal selidik mempunyai nilai kebolehpercayaan yang agak

tinggi dan sesuai digunakan. Untuk meningkatkan lagi nilai

kebolehpercayaan, item-item yang tidak relevan ditolak dan beberapa

pengubahsuaian dibuat sebelum borang soal selidik diedarkan kepada

responden kajian sebenar.

Page 11: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

86

Analisa Data Soal Selidik

Data dan maklumat dari soal selidik yang dijawab oleh responden

dianalisis dengan menggunakan program SPSS 10.0. Penulis

menggunakan statistik deskriptif sahaja. Menurut Iran Herman, analisis

deskriptif biasanya digunakan untuk memperihalkan data yang terdapat

pada sampel kajian sahaja dan tidak digunakan untuk membuat suatu

kesimpulan atau generalisasi menyeluruh kepada populasi yang dikaji.

Statistik deskriptif yang digunakan di dalam kajian ini merangkumi

jumlah peratus dan kekerapan sahaja.

Analisis Kefahaman Mengenai Kebebasan Beragama Dalam

Masyarakat Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Analisis ini dilakukan untuk mengetahui kefahaman masyarakat tentang

kebebasan beragama. Sebanyak 20 pernyataan telah dikemukakan.

No.

Pernyataan Respon

STS

(n)

TS

(n)

TP

(n)

SS

(n)

S

(n)

1 Kepercayaan agama

adalah hak peribadi

sepenuhnya.

17

(5.7%)

116

(38.7%)

0

(0%)

41

(13.7%)

126

(42%)

2 Menukar agama

adalah hak peribadi

bagi setiap

manusia.

10

(3.3%)

79

(26.3%)

0

(0%)

47

(15.7%)

164

(54.7%)

3 Syariah Islam

melarang seorang

Muslim menukar

agamanya.

4

(1.3%)

11

(3.7%)

0

(0%)

136

(45.3%)

149

(49.7%)

4 Sekiranya

seseorang Islam

memeluk agama

lain dan tidak

menghebahkan

agama barunya, dia

tidak patut

dihukum.

32

(10.7%)

151

(50.3%)

0

(0%)

18

(6%)

99

(33%)

5 Seseorang yang

telah menukar

agama baru

16

(5.3%)

93

(31%)

2

(7%)

66

(22%)

123

(41%)

Page 12: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

87

dikenakan hukuman

mati.

6 Sesetengah Muslim

yang meninggalkan

Islam akan

menyebabkan umat

Islam lain merasa

ragu tentang Islam.

36

(12%)

119

(39.7%)

1

(3%)

36

(12%)

108

(36%)

7 Meninggalkan

Islam untuk

menganut agama

lain adalah suatu

perbuatan yang

tidak berfaedah.

2

(7%)

15

(5%

2

(7%)

133

(44.3%)

148

(49.3%)

8 Seseorang itu diberi

kebebasan untuk

memeluk agama

Islam tetapi

menukar dari Islam

kepada agama lain

adalah dilarang.

7

(2.3%)

20

(6.7%)

3

(1%)

121

(40.3%)

149

(49.7%)

9 Sekiranya

seseorang Islam

menukar agama, dia

hendaklah bertaubat

dan kembali

memeluk Islam.

4

(1.3%)

21

(7%)

0

(0%)

160

(53.3)

115

(38.3)

10 Hukuman yang

dikenakan kepada

mereka yang

meninggalkan

agama Islam akan

mengurangkan

kecenderungan

orang lain untuk

meninggalkan

Islam.

11

(3.7%)

65

(21.7%)

0

0%)

95

(31.7%)

129

(43%)

11 Hukuman mati bagi

mereka yang

meninggalkan

Islam adalah

hukuman yang

dahsyat

11

(3.7%)

41

(13.7%)

1

(3%)

143

(47.7%)

104

(43.7%)

Page 13: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

88

12 Orang yang murtad

wajib dikenakan

hukuman mati.

20

(6.7%)

84

(28%)

0

(0%)

61

(20.3%)

135

45%)

13 Bilangan umat

Islam yang

meninggalkan

agama Islam

semakin meningkat.

8

(2.7%)

50

(16.7%)

1

(3%)

113

(37.7%)

128

(42.7%)

14 Penyebaran agama-

agama lain dalam

masyarakat Islam

akan menyebabkan

situasi yang tidak

stabil dalam negara.

15

(5%)

77

(25.7%)

0

(0%)

103

(34.3%)

105

(35%)

15 Perkara 18 dalam

Deklarasi Hak

Asasi Manusia

Sejagat iaitu setiap

orang mempunyai

hak kebebasan

untuk menukar

agama dan

kepercayaan

dijadikan alasan

oleh segelintir umat

Islam untuk

menukar agama.

22

(7.3%)

78

(26%)

3

(1%)

53

(17.7%)

144

(48%)

16 Mereka yang

menghina

kepercayaan umat

Islam seperti

mempertikai ibadat

orang Islam harus

dihukum.

13

(4.3%)

43

(14.3%)

3

(1%)

122

(40.7%)

119

(39.7%)

17 Segelintir umat

Islam murtad

adalah disebabkan

mereka

beranggapan

bahawa agama

Islam banyak

mengongkong

25

(8.3%)

78

(26%)

0

(0%)

52

(17.3%)

143

(47.7%)

Page 14: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

89

kehidupan mereka.

18 Seseorang yang

menghina Nabi

layak menerima

hukuman mati.

3

(1%)

40

(13.3%)

0

(0%)

130

(43.3%)

127

(42.3%)

19 Mereka yang

menghina para

ulama Islam perlu

didenda mengikut

undang-undang.

1

(3%)

20

(6.7%)

0

(0%)

136

(45.3%)

143

(47.7%)

20 Orang bukan Islam

boleh memberi

pandangan dalam

isu berkaitan umat

Islam selagi mana

tidak mengkritik

amalan orang

Islam.

1

(3%)

21

(7%)

0

(0%)

156

(52%)

122

(40.7%)

Jadual 2

Jadual 2 menunjukkan pernyataan berkaitan kebebasan

beragama. Berdasarkan pernyataan 1, didapati responden

kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan bahawa kepercayaan

agama adalah hak peribadi sepenuhnya. Ia jelas dilihat apabila

seramai 126 (42%) responden bersetuju, 41 (13.7%) responden

sangat setuju. Manakala seramai 116 (38.7%) responden tidak

bersetuju dan 17 (5.7%) responden mengatakan sangat tidak setuju.

Islam tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk menganut

agama Islam. Seseorang yang ingin menganut Islam perlu dengan

kerelaannya sendiri dan bukan kerana paksaan atau kepentingan

tertentu. Malah orang yang masuk Islam kerana dipaksa pasti akan

memberikan masalah yang besar kepada orang Islam lain. Islam

dibina dengan prinsip-prinsip dan dasar yang jelas yang menjamin

keselamatan manusia di dunia dan di akhirat. Justeru Islam tidak

memerlukan kepada paksaan untuk orang lain mempercayainya.

Bagi pernyataan bahawa menukar agama adalah hak peribadi

bagi setiap manusia menunjukkan bahawa 164 (54.7%) responden

bersetuju dan 47 (15.7%) responden sangat setuju berbanding

dengan 79 (26.3%) responden tidak bersetuju dan 10 (3.3%)

responden mengatakan sangat tidak setuju. Hasil kajian ini

menunjukkan kebimbangan bahawa majoriti responden

Page 15: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

90

beranggapan bahawa seseorang boleh menukar agamanya mengikut

pilihanya sendiri. Namun Islam memberi kebebasan kepada

seseorang untuk memilih agama masing masing tetapi apabila dia

telah masuk ke dalam Islam maka dia tidak boleh keluar selama-

lamanya. Kefahaman majoriti responnden yang dipaparkan dalam

kajian ini membuktikan tahap keilmuan dan kefahaman yang rendah

mengenai maksud kebebasan beragama.

Pernyataan 3 bahawa syariah Islam melarang seorang muslim

menukar agamanya. Didapati 149 (49.7%) responden bersetuju, 136

(45.3%) responden sangat setuju. Manakala seramai 11 (3.7%)

responden tidak bersetuju dan 4 (1.3%) responden mengatakan

sangat tidak setuju. Majoriti responden memahami dengan baik

bahawa syariat Islam melarang seorang muslim menukar agamanya.

Malangnya segelintir responden tidak bersetuju bahawa syariah

Islam melarang seorang muslim menukar agamanya. Namun jumlah

mereka adalah rendah dan tidak merisaukan. Ia sekaligus

membuktikan bahawa ada di kalangan umat Islam yang masih tidak

memahami perkara prinsip dan asas dalam Islam.

Selain itu, seramai 99 (33%) responden bersetuju dan 18 (6%)

responden sangat setuju bahawa sekiranya seseorang Islam

memeluk agama lain dan tidak menghebahkan agama barunya, dia

tidak patut dihukum. Namun terdapat 3 (1%) respondan tidak pasti

dengan pernyataan tersebut. Manakala seramai 151 (50.3%)

responden tidak bersetuju dan 32 (10.7%) responden mengatakan

sangat tidak setuju. Berdasarkan hasil kajian ini menunjukkan

majoriti responden memahami bahawa hukuman bagi kesalahan

murtad hanya dilaksanakan apabila pesalah murtad menghebahkan

agama barunya. Data ini menggambarkan kekeliruan di kalangan

umat Islam mengenai hukuman terhadap pesalah murtad. Kesalahan

murtad wajib dihukum walaupun pesalahnya tidak menghebahkan

agama barunya. Murtad juga bukan sahaja berlaku dengan sesuatu

penghebahan tetapi berlaku dengan penolakan terhadap prinsip-

prinsip asas Islam seperti menolak pensyariatan solat, puasa pada

bulan Ramadan, mempertikaikan al-Quran, meragui risalah yang

dibawa oleh nabi dan seumpamanya. Jika hukuman tidak

dilaksanakan kerana pesalah murtad tidak mengistiharkan agama

barunya maka akan berlakulah pertukaran agama dengan sewenang-

wenangnya sekaligus memberi ancaman kepada umat Islam yang

Page 16: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

91

tidak dapat membezakan antara orang Islam dan bukan Islam.

Kemungkinan mereka yang berpegang dengan pendapat ini

berhujjah bahawa nabi tidak pernah menghukum golongan munafik

walaupun nabi mengetahui keberadaan mereka. Bezanya zaman

tersebut nabi mengenali setiap orang munafik dan kejahatan mereka

manakala zaman kini, umat Islam tidak mengetahui siapakah

mereka dan kejahatan mereka.

Mengenai pernyataan 5 iaitu seseorang yang telah menukar

agama baru dikenakan hukuman mati, mendapat respon yang baik

daripada responden yang mana 123 (41%) responden bersetuju, 66

(22%) responden sangat setuju dan 2 (7%) responden tidak pasti.

Manakala seramai 93 (31%) responden tidak bersetuju dan 16

(5.3%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Berdasarkan

hasil kajian ini membuktikan majoriti responden bersetuju bahawa

hukuman bagi pesalah murtad ialah hukuman mati. Namun terdapat

jumlah yang besar juga di kalangan responden yang tidak bersetuju

dengan hukuman ini. Ia tidak menghairankan kerana para fuqaha’

juga berselisih pendapat mengenai perlaksanaan hukuman ini.

Bagi pernyataan bahawa sesetengah Muslim yang meninggalkan

Islam akan menyebabkan umat Islam lain merasa ragu tentang Islam

didapati responden kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan

yang diberi. Ia jelas dilihat pada 108 (36%) responden bersetuju, 36

(12%) responden sangat setuju dan seorang (3%) responden tidak

pasti. Manakala seramai 119 (39.7%) responden tidak bersetuju dan

36 (12%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Orang Islam

yang mempunyai iman yang kuat dan kental pasti tidak akan

terpengaruh atau tergugat dengan keluarnya orang Islam daripada

Islam. Namun bagi mereka yang lemah imannya pasti akan tergugat

dan tertanya-tanya kenapa orang Islam keluar daripada Islam.

Faktor umum keluarnya orang Islam daripada Islam ialah kerana

mereka tidak memahami ajaran Islam dengan sebaiknya atau

terkeliru dengan propaganda musuh-musuh Islam. Justeru Islam

mengenakan hukuman yang berat kepada pesalah murtad bagi

menjaga nama baik dan imej Islam dan mengelakkan orang Islam

lain terpengaruh dengan tindakan tersebut.

Majoriti responden bersetuju iaitu 148 (49.3%) dan 133 (44.3%)

responden sangat setuju bahawa meninggalkan Islam untuk

menganut agama lain adalah suatu perbuatan yang tidak berfaedah.

Page 17: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

92

Namun begitu, terdapat 2 (7%) responden tidak pasti. Manakala

seramai 15 (5%) responden tidak bersetuju dan 2 (7%) responden

mengatakan sangat tidak setuju. Fakta ini jelas menunjukkan

kebimbangan bahawa ada segelintir umat Islam yang beranggapan

bahawa meninggalkan Islam mempunyai faedahnya.

Berdasarkan pernyataan bahawa seseorang itu diberi kebebasan

untuk memeluk agama Islam tetapi menukar dari Islam kepada

agama lain adalah dilarang, didapati responden bersetuju iaitu 149

(49.7%) responden bersetuju, 121 (40.3%) responden sangat setuju

dan 3 (1%) respondan tidak pasti. Manakala seramai 20 (6.7%)

responden tidak bersetuju dan 7 (2.3%) responden mengatakan

sangat tidak setuju. Kajian ini juga membuktikan bahawa segelintir

umat Islam masih tidak memahami maksud kebebasan beragama

yang sebenar apabila segelintir mereka tidak bersetuju dengan

larangan menukar dari Islam kepada agama lain.

Seramai 115 (38.3%) responden bersetuju sekiranya seseorang

Islam menukar agama, dia hendaklah bertaubat dan kembali

memeluk Islam dan 160 (53.3%) responden sangat setuju. Manakala

hanya 21 (7%) responden tidak bersetuju dan 4 (1.3%) responden

mengatakan sangat tidak setuju berkemungkinan mempunyai

pendapat yang berbeza. Hakikatnya pemerintah wajib meminta

orang yang murtad untuk bertaubat dan kembali kepada agama

Islam sebelum sesuatu hukuman boleh dilaksanakan. Namun kajian

yang dijalankan menunjukkan segelintir umat Islam tidak

memahami proses hukuman yang ditetapkan oleh Islam terhadap

golongan yang murtad. Segelintir daripada mereka tidak bersetuju

pesalah murtad diminta untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.

Hukuman yang dikenakan kepada mereka yang meninggalkan

agama Islam akan mengurangkan kecenderungan orang lain untuk

meninggalkan Islam jelas menunjukkan respon yang positif

daripada umat Islam. Seramai 129 (43%) responden bersetuju, 95

(31.7%) responden sangat setuju. Manakala seramai 65 (21.7%)

responden tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan

sangat tidak setuju. Hukuman berat yang diperintahkan oleh Islam

ke atas pesalah murtad, selain menghukum pesalah juga memberi

amaran kepada orang Islam lain supaya tidak keluar daripada Islam.

Page 18: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

93

Namun segelintir umat Islam memahami sebaliknya berdasarkan

hasil kajian ini.

Majoriti responden bersetuju dengan pernyataan bahawa

hukuman mati bagi mereka yang meninggalkan Islam adalah

hukuman yang dahsyat. Ia jelas dilihat pada 104 (34.7%) responden

bersetuju, 143 (47.7%) responden sangat setuju dan seorang (3%)

responden tidak pasti. Manakala seramai 41 (13.7%) responden

tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan sangat tidak

setuju. Terdapat dua kemungkinan yang boleh dirumuskan daripada

hasil kajian bagi soalan ini. Pertamanya: Kemungkinan mereka

yang beranggapan bahawa hukuman tersebut dahsyat dan ia tidak

sesuai dilaksanakan. Keduanya: Ia adalah hukuman yang dahsyat

dan perlu dilaksanakan bagi memberi amaran dan peringatan kepada

orang Islam yang lain. Bagi responden seramai 41 (13.7%) yang

menjawab tidak bersetuju dan 11 (3.7%) responden mengatakan

sangat tidak setuju, menunjukkan bahawa mereka bersetuju

hukuman tersebut dilaksanakan.

Berdasarkan pernyataan bahawa orang yang murtad dikenakan

hukuman mati, responden yang bersetuju adalah seramai 135 (45%)

responden bersetuju, 61 (20.3%) responden sangat setuju. Manakala

seramai 84 (28%) responden tidak bersetuju dan 20 (6.7%)

responden mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti responden

bersetuju bahawa hukuman kepada orang yang murtad adalah

hukuman mati. Namun segelintir daripada mereka tidak bersetuju

dengan hukuman tersebut sesuai dengan perselisihan ulama

berkaitan perlaksanaan hukuman tersebut

Hasil daripada maklum balas daripada responden bahawa

seramai 128 (42.7%) responden bersetuju, 113 orang (37.7%)

responden sangat setuju bahawa bilangan umat Islam yang

meninggalkan agama Islam semakin meningkat. Namun terdapat

seorang (3%) tidak pasti. Manakala seramai 50 orang (16.7%)

responden tidak bersetuju dan 8 orang (2.7%) responden

mengatakan sangat tidak setuju. Hasil kajian menunjukkan

kepekaan umat Islam terhadap isu murtad yang semakin meningkat

dari tahun ke tahun.

Berdasarkan pernyataan bahawa penyebaran agama-agama lain

dalam masyarakat Islam akan menyebabkan situasi yang tidak stabil

Page 19: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

94

dalam negara mendapat sokongan majoriti yang mana seramai 105

(35%) responden bersetuju dan 103 (34.3%) responden sangat

setuju. Manakala seramai 77 (25.7%) responden tidak bersetuju dan

15 (5%) responden mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti

responden berpendapat penyebaran agama-agama lain dalam

masyarakat Islam akan menyebabkan situasi yang tidak stabil dalam

negara. Pendapat ini bertepatan dengan peruntukan dalam

perlembagaan persekutuan Perkara 11(1) yang tertakluk kepada

Fasal 4 iaitu membenarkan undang-undang negeri dan persekutuan

(bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal atau membatasi

pengembangan mana-mana kepercayaan kepada umat Islam.

Perkara 18 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat iaitu

setiap orang mempunyai hak kebebasan untuk menukar agama dan

kepercayaan dijadikan alasan oleh segelintir umat Islam untuk

menukar agama, didapati responden kebanyakannya bersetuju

dengan kenyataan yang diberi. Ia jelas dilihat apabila seramai 144

(48%) responden bersetuju, 53 (17.7%) responden sangat setuju dan

seramai 3 (1%) responden tidak pasti. Manakala seramai 78 (26%)

responden tidak bersetuju dan 22 (7.3%) responden mengatakan

sangat tidak setuju. Majoriti responden berpendapat Perkara 18

dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat dijadikan alasan oleh

segelintir umat Islam untuk menukar agama. Hakikatnya golongan

yang mendokong deklarasi hak kebebasan beragama secara mutlak

iaitu kepada orang Islam dan bukan Islam berhujjah dengan

deklarasi ini. Mereka beranggapan orang Islam juga wajar

dibenarkan untuk menukar agama mengikut pilihan mereka sendiri.

Kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka yang

menghina kepercayaan umat Islam seperti mempertikai ibadat orang

Islam harus dihukum. Ini dapat dilihat apabila seramai 119 orang

(39.7%) responden bersetuju dan 122 orang (40.7%) responden

sangat setuju. Namun terdapat 3 orang (1%) responden tidak pasti.

Manakala seramai 43 orang (14.3%) responden tidak bersetuju dan

13 orang (4.3%) responden mengatakan sangat tidak setuju.Majoriti

responden bersetuju bahawa orang yang menghina kepercayaan

umat Islam harus dihukum. Namun malangnya segelintir umat

Islam tidak bersetuju mereka dihukum. Kemungkinan golongan ini

berpegang dengan hak kebebasan bersuara secara mutlak bahawa

setiap orang bebas untuk mengemukakan pendapat masing-masing.

Page 20: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

95

Islam turut mendokong hak kebebasan bersuara tetapi dengan

batasan dan sempadan tertentu iaitu selagi mana tidak menyakiti

orang lain, mengaibkan mereka atau menzalimi mereka.

Berdasarkan pernyataan bahawa segelintir umat Islam murtad

adalah disebabkan mereka beranggapan bahawa agama Islam

banyak mengongkong kehidupan mereka, didapati responden

kebanyakannya bersetuju dengan kenyataan yang diberi. Ia jelas

dilihat pada 143 (47.7%) responden bersetuju, 52 (17.3%)

responden sangat setuju dan 2 (7%) responden tidak pasti. Manakala

seramai 78 (26%) responden tidak bersetuju dan 25 (8.3%)

responden mengatakan sangat tidak setuju. Kajian ini menyokong

kajian-kajian lepas yang pernah dilakukan sebelum ini bahawa

antara faktor ramainya orang keluar daripada agama Islam adalah

disebabkan anggapan bahawa Islam mengongkong kehidupan

mereka. Mereka beranggapan banyak perkara yang tidak boleh

dilakukan dalam Islam berbanding dengan agama-agama lain.

Seseorang yang menghina Nabi layak menerima hukuman mati,

didapati kebanyakan responden bersetuju dengan kenyataan yang

diberi. Ia jelas dilihat pada 127 orang (42.3%) responden bersetuju,

130 (43.4%) responden sangat setuju. Manakala seramai 40 (13.3%)

responden tidak bersetuju dan 3 (1%) responden mengatakan sangat

tidak setuju. Penghinaan kepada nabi merupakan salah satu perkara

yang membatalkan syahadah dan menyebabkan seseorang itu

terkeluar daripada Islam. Justeru mereka yang melakukan perbuatan

ini diminta untuk bertaubat dan kembali kepada Islam. Jika tidak,

hukuman berat akan dikenakan ke atas mereka

Seramai 143 (47.7%) responden bersetuju dan 136 (45.3%)

responden sangat setuju bahawa mereka yang menghina para ulama

Islam perlu didenda mengikut undang-undang Manakala seramai 20

(6.7%) responden tidak bersetuju dan seorang (3%) responden

mengatakan sangat tidak setuju. Majoriti responden bersetuju

dengan hukuman yang dikenakan kepada mereka yang menghina

para ulama Islam. Kebebasan beragama tidak bermaksud seseorang

boleh menghina penganut lain atau tokoh agama lain. Hukuman ini

juga akan dapat menjamin keamanan dan kestabilan dalam sesebuah

Negara.

Berdasarkan pernyataan, didapati responden kebanyakannya

bersetuju dengan kenyataan bahawa orang bukan Islam boleh

Page 21: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

96

memberi pandangan dalam isu berkaitan ibadat dan amalan umat

Islam selagi mana dia tidak mengkritiknya. Ia jelas dilihat pada 122

orang (40.7%) responden bersetuju, 156 orang (52%) responden

sangat setuju. Manakala seramai 21 orang (7%) responden tidak

bersetuju dan seorang (3%) responden mengatakan sangat tidak

setuju. Islam tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk

memberikan pandangan tentang Islam sama ada yang berkaitan

dengan ibadat atau amalan umat Islam. Namun setiap pendapat itu

perlu dikemukakan beserta fakta bukan berdasarkan emosi atau

perasaan benci kepada agama lain. Pendapat juga hendaklah

dikemukakan dengan beradab dan perasaan hormat kepada agama

lain.

PENUTUP

Kajian mengenai kebebasan beragama daripada sudut agama dan

undang-undang telah banyak dibincangkan sebelum ini. Namun

kajian berkaitan tahap kefahaman masyarakat terhadap maksud

kebebasan beragama tidak banyak dilakukan. Kajian ini

membuktikan bahawa majoriti masyarakat Islam di Wilayah

Persekutuan memahami maksud kebebasan beragama. Namun

terdapat kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai beberapa

perkara berkaitan kebebasan beragama antaranya” menukar agama

adalah hak peribadi bagi setiap manusia” Hasil kajian ini

menunjukkan kebimbangan bahawa majoriti responden

beranggapan bahawa seseorang boleh menukar agamanya mengikut

pilihannya sendiri. Hakikatnya Islam memberi kebebasan kepada

seseorang untuk memilih agama masing masing tetapi apabila dia

telah masuk ke dalam Islam maka dia tidak boleh keluar selama-

lamanya. Masyarakat Islam juga terkeliru mengenai isu “seseorang

Islam yang memeluk agama lain dan tidak menghebahkan agama

barunya, dia tidak patut dihukum”. Majoriti responden memahami

bahawa hukuman bagi kesalahan murtad hanya dilaksanakan

apabila pesalah murtad menghebahkan agama barunya. Data ini

menggambarkan kekeliruan di kalangan umat Islam mengenai

hukuman terhadap pesalah murtad. Kesalahan murtad wajib

dihukum walaupun pesalahnya tidak menghebahkan agama

barunya. Secara keseluruhannya majoriti masyarakat memahami

maksud kebebasan beragama sebagaimana yang dikehendaki oleh

ajaran Islam.

Page 22: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

ISSN 1823-7126 BIL 8, ISU 1:2015

97

RUJUKAN

Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur’an,

1411H/1991M

ABM Mahbubul Islam, Freedom of Religion in Shari’ah: A

Comparative Analysis, AS Noordeen, 2002.

Al-‘Ili, ‘Abd al-Hakim Hassan, al-Hurriyyah al-‘Ammah, Dar al-Fikr,

1403 H/1983 M

Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, dalam

Mausu’ah al-Kutub al-Sittah. Riyad: Dar al-Salam. 2001.

Al-Ta’fah Abi Ja’far Muhammad bin al-Hassan al-Tusi, al-Tibyan fi

Tafsir al-Qur’an, Jil. 2, Maktabah al-Amin, 1367H/1957M

Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan

Orang Islam Selangor 1988 (Enakmen 1/1988)

Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama-agama Bukan

Islam di Kalangan Orang-orang Islam Negeri Sembilan 1991

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Kelantan 1981 (Enakmen 11/1981)

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Kepada Orang Islam Melaka 1988 (Enakmen No. 1 tahun 1988)

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Pahang 1989 (Enakmen 5/1989)

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Perak 1988 (Enakmen 10/1988).

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Terengganu 1980 (Enakmen 1/1980)

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan

Islam Johor 1991 (Enakmen 12/1991)

Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam

Kedah 1988

Page 23: JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS · PDF filebahawa hak kebebasan beragama ini adalah mutlak dan setiap individu diberi kebebasan untuk memilih agamanya. Antara tokoh Islam

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, AKADEMI ISLAM, KUIS

FAISAL AHMAD SHAH

98

Kevin Tan et.al, Constitutional Law in Malaysia and Singapore, 1st.

Ed., Malayan Law Journal, 1991

Khadijah Mohd Khambali@Hambali, Mohd Herzali Mohd Haled.

Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia: Rujukan

kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dlm

Jurnal Usuluddin Bil 27 (2008)

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2010. Laporan Akhir Murtad dan

Kebebasan Beragama: Satu Kajian Kes di Selangor. Laporan

yang dikemukakan kepada Majlis Agama Islam Selangor pada

Disember 2010.

Muhammad Fathi Uthman, Huquq al-Insan Baina al-Syari’ah al-

Islamyyah wa al-Fikr al-Qanun al-Gharbi, Dar al-Shuruq, 1401

H/1982 M

Taufiq al-Hakim, Mukhtasar Tafsir al-Qurtubi al-Jami’ Li Ahkam al-

Qur’an, al-Hai’ah al-Masryyah al-‘Ammah Li al-Kitab, 1977

Turath al-Islam, Tafsir al-Tabari, Jil. 5, Dar al-Ma’arif, Mesir, t.t.

http://www.sahab.net/forums/?showtopic=129316

http://www.isiukm.org/2011/06/murtad-dari-sudut-perlembagaan/

http://ar.wikipedia.org/wiki/السويدانطارق _