JURNAL psv

18
JURNAL 1 Jurnal tulisan Prof Dr. Abdul Shukor Hashim menerangkan tentang Kajian Klinikal Lukisan Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan di dalam kajian beliau yang dihasilkan pada Februari 1999 mengetengahkan penyelidikan beliau tentang aspek perkembangan kreativiti yang melibatkan pengutaraan tampak kanak-kanak dari pelbagai tahap. Di dalam kajian yang dilaksanakan secara pemerhatian ini, penulis menjalankan pemerhatian terhadap hasil lukisan yang dikumpulkan. Matlamat di dalam kajian yang diutarakan oleh beliau melalui penulisan ini adalah untuk membuat analisa terhadap lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak di dalam pelbagai tahap perkembangan untuk kegunaan dan rujukan guru-guru Pendidikan Seni Visual kelak. ia juga bertujuan bagi membolehkan guru-guru tersebut untuk membolehkan penyediaan kurikulum yang bersesuaian dengan murid-murid di Malaysia. Kajian yang dilakukan secara pemerhatian terhadap hasil lukisan kanak-kanak ini telah melibatkan 130 hasil lukisan individu yang terdiri daripada peringkat kanak-kanak dan

description

ulasan jurnal berkaitan seni visual

Transcript of JURNAL psv

Page 1: JURNAL psv

JURNAL 1

Jurnal tulisan Prof Dr. Abdul Shukor Hashim menerangkan tentang Kajian Klinikal

Lukisan Kanak-kanak Mengikut Tahap Perkembangan di dalam kajian beliau yang dihasilkan

pada Februari 1999 mengetengahkan penyelidikan beliau tentang aspek perkembangan

kreativiti yang melibatkan pengutaraan tampak kanak-kanak dari pelbagai tahap. Di dalam

kajian yang dilaksanakan secara pemerhatian ini, penulis menjalankan pemerhatian terhadap

hasil lukisan yang dikumpulkan.

Matlamat di dalam kajian yang diutarakan oleh beliau melalui penulisan ini adalah untuk

membuat analisa terhadap lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak di dalam pelbagai tahap

perkembangan untuk kegunaan dan rujukan guru-guru Pendidikan Seni Visual kelak. ia juga

bertujuan bagi membolehkan guru-guru tersebut untuk membolehkan penyediaan kurikulum

yang bersesuaian dengan murid-murid di Malaysia.

Kajian yang dilakukan secara pemerhatian terhadap hasil lukisan kanak-kanak ini telah

melibatkan 130 hasil lukisan individu yang terdiri daripada peringkat kanak-kanak dan

remaja di dalam lingkungan umur 2 hingga 17 tahun sebagai sampel kajian.

Melalui data yang dikumpulkan, beliau telah mengesan terdapat banyak kelemahan di

dalam lukisan yang dihasilkan oleh sampel kajian dari segi penggunaan media dan bahan

serta pendedahan terhadap persekitaran. Kaedah yang menjadi fokus di dalam pemerhatian

terhadap hasil lukisan ini merangkumi daya imaginasi individu dan tema lukisan dengan

memperlihatkan penggunaan prisip asas seni reka di dalam setiap luksian yang dihasilkan

merangkumi aspek garisan, rupa, bentuk, ruang dan warna. Di samping itu juga, aplikasi

bahan, media dan teknik juga turut diketengahkan di dalam kajian ini melalui hasil lukisan

yang dikaji.

Page 2: JURNAL psv

Beliau juga turut mengaitkan perkembangan tampak kanak-kanak di dalam perlaksanaan

kajian dengan menghubung kaitkan beberapa teori perkembangan kreativiti daripada tokoh

yang tidak asing seperti Viktor Lowenfield. Apa yang diharapkan melalui kajian tampak yang

ditampilkan ini adalah untuk membolehkan seseorang guru itu menjalankan proses

pembelajaran tidak hanya kepada perlaksanaan pedagogi semata-mata, tetapi turut

mengaitkannya dengan tahap penguasaan individu sebagai satu cara menghasilkan

keberkesanan di dalam proses penyuburan kreativiti.

Melalui pembacaan di dalam keseluruhan penulisan ini, boleh dikatakan bahawa

kelemahan pelajar di dalam mengetengahkan aspek perkembangan kreativiti individu

perlulah dikenal pasti oleh seseorang guru sebagai satu inisiatif meneydiakan program atau

langkah-langkah yang baik bagi membolehkan seseorang individu itu mampu untuk

mengetengahkan kreativiti dengan lebih baik sesua dengan tahap perkembangan diri kanak-

kanak.

Seseorang guru itu juga perlulah sentiasa peka dan mampu untuk mengenal pasti

perkara-perkara yang perlu untuk mengatasi kelemahan dan kekurangan seseorang individu

dari peringkat awal agar mereka tidak ketinggalan dan mampu mengalami perkembangan

kreativiti dengan baik. Guru-guru juga perlulah faham dan mampu untuk menenal pasti

istilah laras bahasa seni tampak agar mereka dapat mengaitkan aspek-aspek yang terdapat di

dalam hasil tampak kanak-kanak dengan lebih baik dan berkesan untuk tujuan menangani

kelemahan dan masalah pengutaraan tampak pada peringkat awal.

Prof Dr. Abdul Shukor Hashim, Kajian Senilukis Dan Senireka, ITM, Shah Alam.February 1999

Page 3: JURNAL psv

JURNAL 2Sinar harian 6 Julai 2014 m/s 56

Petikan akhbar Sinar Harian yang dicetuskan oleh Hassan Mohd Ghazali selaku

Presiden Angkatan Pelukis SeMalaysia mengemukakan pendapat di dalam artikel

mengenai Seni Visual bermula daripada guru. Menurut beliau, tunjang utama di dalam

bidang pendidikan adalah guru itu sendiri. Peranan guru tidak hanya sekadar mengajar,

tetapi guru turut ditakrifkan Pencetus Kreativiti, Penjana Kreativit seperti mana yang

teungkap di dalam tema Hari Guru pada tahun ini.

Berdasarkan daripada pernyataan tersebut, seharusnya guru adalah penggalak serta

penggerak utama di dalam menggalakkan berlakunya inovasi dan mecetuskan kreativiti

secara meluas. Guru Pendidikan Seni Visual pula seharusnya perlu inisiatid dengan

memberikan fokus utama terhadap aspek kreativiti serta menggalakkan murid terlibat

aktif dengan kegiatan ini. Guru Pendidikan seni Visual juga mempunya hubungan yang

rapat tidak hanya dengan murid, malahan seharusnya menjadikan penerokaan terhadap

seni tampak, kajian dan refleksi sebagai satu amalan untuk membantu mereka lebih cakna

serta mampu mengatasi masalah serta isu berkaitan kreativiti.

Menurut beliau, seni dan kreativiti adalah merupakan suatu amalan yang sebeanrnya

berlaku di dalam kehidupan, termasuklah di dalam area pendidikan. Beliau turut

mengaitkan seni visual ini dengan rentetan sejarah perkembangannya di Malaysia. Beliau

menyatakan di dalam penulisannya tentang rentetan sejarah kronologi seni visual di

Malaysia tidak langsung mengaitkan guru dengan pencetus awal terhadap perkembangan

Page 4: JURNAL psv

seni visual negara. Beliau memaksudkan bahawa peranan guru tidak telalu kuat atau

ketara di dalam sumbangan mereka terhadap perkembangan seni visual tanah air, tidak

seperti tokoh-tokoh seni visual yang terakam di dalam rakaman sejarah perkembangan

seni visual tanah air. Kronologi sejarah ini lebih memberikan keutamaan dan fokus

terhadap kumpulan pelukis kelahiran Cina dan pelukis yang lahir dari kumpulan seni

lukis awal tanah air.

Beliau turut menyatakan beberapa tokoh guru dan pendidikan sebagai

memperkuatkan pendapat beliau bahawa golongan pendidik sebagai tulang belakang di

dalam mencetuskan perkembangan seni visual. Di antara tokoh-tokoh pendidikan yang

dinyatakan oleh beliau adalah seperti Abdullah Ariff, seorang guru di Anglo Chinese

Scool Pulau Pinang yang dikenali sebagai bapa seni luksi moden.Selain itu, Peter Harris

seorang nazir di sekolah persekutuan sebelum merdeka adalah pencetus gerakan

Wednesday Art Group pada 1952. Golongan pendidik lain pula adalah Cikgu Idris Salam

yang mengetuai penubuhan Majlis Kesenian Melayu pada 1956 dan kemudian dikenali

sebagai Angkatan Pelukis Semenanjung yang mana anggotanya turut terdiri dalam

kalangan guru seperti Cikgu Shamsuddin dan Cikgu Rahim. Kewujudan institusi

perguruan seperti Maktab Perguruan Ilmu Khas juga turut diketengahkan sebagai

pencetus perekmbangan seni visual tanah air dengan memperlihatkan lahirnya guru-guru

pendidikan seni visual dan turut melahirkan pelukis dalam kalangan guru itu sendiri.

Secara keseluruhan melalui penulisan artikel ini dapatlah diperkatakan bahawa guru

dan dunia pendidikan sebenarnya adalah penggerak utama di dalam mencetuskan aspek

kreativiti dan bidang penciptaan dan inovasi melalui peluang pendidikan dan kemahiran.

Guru juga perlulah lebih dinamik dan menunjukkan usaha serta kesungguhan di dalam

Page 5: JURNAL psv

melahirkan individu sebagai pelajar yang tidak hanya mahir dan berkebolehan di dalam

ilmu dan kemahiran, sebaliknya memastikan kemenjadian murid sebagai individu yang

mampu di penmenjaggerak kepada pemikiran dan usaha serta produktif di dalam

melahirkan idea dan kemahiran kreatif.

JURNAL 3

Jurnal yang dihasilkan oleh Michael Dasak tentang Penggunaan Model

Konstruktivisme di dalam pengajaran dalam pembelajaran menjelaskan tentang aplikasi

kepelbagaian kaedah dan teknik yang kebiasaannya digunakan oleh guru-guru di sekolah.

Beliau melaksanakan kajian ini bagi memperlihatkan keberkesanan kaedah

konstruktivisme di dalam teknik yang digunakan semasa penghasilan teknik catan.

Seakan-akan sudah menjadi tradisi apabila murid di sekolah rendah menjalani aktiviviti

Pendidikan Seni Visual, mereka hanya akan terus melaksanakan kegiatan secara praktikal

sepenuhnya tanpa diberikan dengan contoh-contoh yang pelbagai dan penerangan yang

maksimum.

Apabila murid menjalani kegiatan catan, kebiasannya mereka akan menghasilkan

gambar dan mewarna secara bebas tanpa menggunanakan cara dan tenik catan yang

sepatutnya ditujukkan dan dipraktikkan dengan betul. Permasalahan yang timbul ialah

apabila rata-rata guru yang mengajar di sekolah-sekolah yang pernah dihadiri oleh beliau,

boleh dikatakan mereka bukanlah terdiri daripada opsyen Pendidikan Seni Visual.

Tambahan pula, terdapat guru-guru yang menjadikan mata pelajaran Pendidikan seni

Visual ini dengan mngajar mata pelajaran teras bagi mempertingkatkan keputusan

Page 6: JURNAL psv

peperiksaan dngan mengabaikan peluang murid untuk mengikuti kelas Pendidikan seni

Visual yang sepatutnya.

Peluang pendidikan yang dikecapi oleh semua murid di semua institusi persekolahan

adalah salah satunya merupakan peluang untk mereka belajar dan memperolehi ilmu dan

kemahiran dengan sebaik mungkin. pembelajaran juga adalah satu daripada proses

perubahan tingkah laku. Di dalam konteks pembelajaran Pendidikan Seni Visual pula,

murid-murid berpeluang untuk menggunakan deria bagi memprkembangkan kepekaan

mereka di samping membentuk pengamatan yang tinggi terhadap persekitaran. Selain

daripada itu juga, kegiatan yang dilalui oleh murid juga mampu membentuk emosi dan

pembentukan tingkah laku yang baik berdasarkan daripada pengalaman yang mereka

perolehi daripada aktiviti dan kegiatan di dalam pembelajaran.

Dengan mengaplikasikan pendekatan konstruktivisme di dalam perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual juga, ia akan memperlihatkan

peluang utk pelajar mencipta dan mengembangkan idea mereka dengan lebih baik.

Kegiatan catan yang menggunakan pendekatan ini juga sudah pasti akan menggalakkan

murid untuk meneroka dan menggunakan kepelbagaian aktiviti catan dengan lebih baik

dan menarik. Inilah sepatutnya yang perlu diusahakan oleh guru di dalam melaksanakan

pengajaran tidak hanya sekadar meminta dam memerhati murid melakukan sesuatu

sahaja.

Dari segi yang lain pula, pendekatan konstruktivisme yang dilaksanakan melalui

kegiatan catan ini juga akan menggalakkan lagi perkembangan murid secara menyeluruh.

Dengan mengambil kira perkembangan kreativiti melalui pelbagai kegiatan dan teknik

Page 7: JURNAL psv

yang dilaksanakan di dalam pengajaran, sudah pastilah akan menggalakkan pencapaian

murid dari pelbagai aspek perkembangan mereka.

JURNAL 4

Kegiatan di dalam bidang menggambar merupakan salah satu daripada kemahiran

asas yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan dunia Seni

Visual di sekola-sekolah di Malaysia. Kegiatan luksian juga adalah kemahiran yang perlu

dikuasai oleh murid sebagai asas kepada aktiviti yang melibatkan kegiatan yang lain.

Kgiatan lukisan adalah merupakan kemahiran yang penting untuk menerapkan asas-asas

di dalam memperkembangkan idea dan kemahiran yang lain.

Berdasarkan hasil penulisan Nur Azlin Binti Mohamad Noor melalui penulisan jurnal

beliau, iaitu penekanan terhadap konsep ruang boleh membantu kepada pembentukan

kefahaman terhadap konsep perspektif dalam kalangan murid sekolah rendah, penulis ini

mengetengahkan permasalahan terhadap aktiviti menggambar yang melibatkan kegiatan

lukisan di sebuah sekolah yang menyasarkan murid tahun 5. Isu yang menjadi

permasalahan yang dinyatakan di dalam jurnal ini adalah berkenaan dengan sikap dan

minat murid yang menyebabkan mereka kurang mahir atau tidak mahir di dalam

Page 8: JURNAL psv

menghasilkan sesebuah lukisan menyebabkan murid-murid tersebut memberikan alasan

tidak tahu melukis.

Permasalahan ini juga turut menyebabkan pemahaman terhadap konsep perspektif

tidak dapat diperjelaskan melalui lukisan murid kerana mereka tidak mengetahui unsur-

unsur ruang di dalam lukisan 2 dimensi yang perlu mereka ketahui. Untuk mengatasi

permasalahan ini, satu program khusus yang melibatkan 5 orang murid sebagai responden

bagi memperlihatkan perkembangan terhadap masalah sedia ada. Dengan menggunakan

model kajian Kurt Lewin, murid-murid yang dipilih sebagai responden telah menjalani

langkah-langkah berdasarkan program khas yang disusun untuk memperbaiki dan

mempertingkatkan kefahaman terhadap konsep ruang di dalam kegiatan melukis.

Hasilnya, pada akhir penye;idikan, peratusan tahap penguasaan respnden telah meningkat

dan menunjukkan keberkesanan terhadap kegiatan yang dijalankan.

Berdasarkan daripada penulsian jurnal ini, saya dapat menyimpulkan bahawa suatu

kegiatan lukisan tidak hanya melalui aktiviti amali dan praktikal semata-mata. bahkan,

pembentukan pemahaman murid terhadap satu-satu konsep sebenarnya dapat

memperjelaskan lagi idea mereka untuk penghasilan kerja-kerja lukisan atau hasilan

tampak. Penekanan terhadap konsep juga dapat membantu murid untuk menghasilkan

sesuatu hasilan tampak dengan lebih baik dan bermakna. Di samping itu juga, melalui

pemahaman terhadap sesuatu konsep di dalam kegiatan lukisan akan mencerminkan

tahap pemahaman dan pencapaian seseorang murid ke dalam bentuk secara tampak dan

membolehkan seseorang guru membuat penilaian dengan mudah.

Guru juga seharusnya perlulah lebih menekankan kepada istilah-istilah asas seni reka

Page 9: JURNAL psv

khususnya kepada murid sekolah rendah agar murid-murid akan menjadi lebih faham dan

boleh mempraktikkan lukisan berdasarkan konsep yang dipelajari. Ia sekaligus dapat

mempertingkatkan tahap kreativiti dan boleh memperkembangkan idea murid di dalam

menghasilkan lukisan dengan lebih menarik dan berkualiti serta membolehkan akiviti

pengajarn dalam pembelajaran menjadi lebih bermakna dan berkesan.

JURNAL 5

Pendidikan Seni Visual merupakan di antara mata pelajaran utama yang diajarkan di

sekolah-sekolah rendah. Ia boleh dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak kurng

pentingnya walau pun sekadar dianggap sebagai mata pelajaran elektif. Mohd. Faizal Bin

Abdul Rani telah menjelaskan betapa pentingnya Pendidikan Seni Visual ini terhadap

pembelajaran murid dan usaha untuk menjayakan dasar pendidikan negara. Memetik

daripada laman web yang dikongsikan oleh beliau melalui penulisan beliau yang bertajuk

Pendidikan Seni : Satu Kepentingan Bukan Subjek Pinggiran, beliau telah mengaitkan

Pendidikan seni Visual sebagai suatu konsep Seni Dalam Pendidikan yang boleh

diaplikasikan di dalam semua mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah.

Beliau menyatakan betapa pentingnya peranan unsur seni bagi memperjelaskan suatu

konsep pelajaran yang hendak disampaikan ke dalam perancangan dan perlaksanaan

pengajaran dalam pembelajaran yang melibatkan semua mata pelajaran. Ruang dan

peluang haruslah dapat diberikan kepada semua murid tanpa mengira tahap dan latar

Page 10: JURNAL psv

belakang yang mana ia turut berdasarkan kepada teori kecerdasan pelbagai yang

diutarakan oleh Howard Gardner. Unsur seni visual ini juga menurut beliau adalah

merupakan salah satu daripada komponen Seni Dalam Pendidikan yang diintegrasikan ke

dalam semua mata pelajaran.

Di dalam penulisan beliau juga, ia turut menjelaskan tentang konsep asas seni reka

dan prinsip asas rekaan yang menjadi suatu bentuk penjelasan makna yang tersurat dan

tersirat di dalam setiap hasil murid melalui aktiviti langkah-langkah pembelajaran.

Konsep asas seni reka dan prinsip asas rekaan ini pada dasarnya adalah sebagai

menunjukkan betapa suatu penghasilan secara visual atau tampak adalah merupakan

sesuatu yang mempunyai makna selain daripada menonjolkan unsur kreativiti dan

estetika. Pengalaman murid berdasarkan aktiviti seni visual adalah terakam daripada

pengalaman dan perkembangan mereka di samping melalui pembentukan pengetahuan

dan pembinaan kemahiran.

Beliau juga menjelaskan bahawa pengalaman seni yang dilalui oleh kanak-kanak

sama di sekolah adalah bertujuan untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi

dan konsepsi visual murid sebagai asas bagimenggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di

dalam diri mereka pada peringkat awal. Pengalaman ini juga adalah selaras dengan

perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi,

psikomotor dan mental yangmerangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi

visual. Dengan mempelajariPendidikan Seni Visual di sekolah juga murid akan dapat

menguasai beberapa pengetahuan dankemahiran yang mana peranan seni visual ini turut

memainkan peranan di dalam menerapkan bentuk pemahaman dan menjelaskan sesuatu

kosep secara konkrit melalui peranan ilustrasi, grafik, warna-warna, susunan idea dan

Page 11: JURNAL psv

sebagainya. ia dapat dilihat di mana seni visual ini boleh membantu murid menukarkan

bentuk kefamahan dengan cara yang lebih mudah dengan menggunakan elemen grafik

dan berwarna-warni yang boleh menimbulkan tarikan dan keseronokan.

Beliau juga turut mengenengahkan isu-isu di dalam perlaksanaan Pendidikan Seni

Visual ini yang realitinya berlaku di sekolah-sekolah apabila mata pelajaran teras dan

sistem yang berorientasikan peperiksaan ini mendominasi pemikiran dan sikap murid

sehinggan timbul tanggapan bahawa mata pelajaran pendidikan Seni Visual ini dianggap

tidak begitu penting sehinggakan murid menjadi kurang berminat dan tidak menunjukkan

kesungguhan setiap kali mereka menghadapi mata pelajaran ini. Tambahan pula, sikap

prejudis guru itu sendiri yang tidak meletakkan peranan dan kepentingan mata pelajaran

ini disebabkan alasan lebih mengutamakan subjek teras, tidak mempunyai kemahiran,

bentuk pentaksiran yang terlalu subjektif dan sebagainya sebenanya member tempias

terhadap peranan seni visual itu sendiri di dalam perkembangan diri murid yang

sepatutnya mereka lalui di sekolah-sekolah. Beliau juga turut menyatakan beberapa isu

lain seperti faktor minat, pendekatan guru, ibu bapa dan dasar kerajaan itu sendiri sebagai

satu bentuk kelemahan murid terhadap mata pelajaran ini.

Pada akhir penulisan, beliau turut meletakkan beberapa cadangan agar mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual ini perlu kembali diberikan perhatian yang sewajarya

memandangkan mata pelajaran ini adalah merupakan hak setiap murid melaluinya di

sekolah dan kepentingannya terhadap pembelajaran.