Jurnal Refleksi Praktikum 2

4
JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 7 LATIHAN KE TANDAS OLEH KANAK-KANAK NAMA : ASMAWATI BINTI MOHD RAPA UNIT : PDPLI PERMATA AMBILAN JUN 2014 TARIKH : 10 OGOS 2015 – 14 OGOS 2015 Masalah Refleksi minggu ketujuh saya di PAPN Bukit Katil ini, ingin saya ketengahkan isu latihan ke tandas oleh kanak-kanak. Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan mereka berdikari. Latihan ke tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan kering dan bersih. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu. Kanak-kanak yang telah mencecah hampir umur 3 tahun digalakkan untuk menjalani latihan ke tandas di PAPN Bukit Katil. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir kanak-kanak yang tidak menggunakan tandas dengan betul. Segelintir mereka tidak menggunakan mangkuk tandas semasa ke tandas dan tidak membasuh kemaluan dengan betul setelah membuang air besar atau kecil. Ini kerana, pendidik di sini tidak menemani dan menyelia kanak-kanak ke dalam tandas tetapi hanya memberi arahan daripada luar tandas sahaja. Kadang kala, pendidik juga hanya membiarkan kanak-kanak ke tandas bersendirian tanpa pengawasan. Terdapat juga kanak-kanak yang terbuang air ketika tidu tetapi keadaan tersebut berlaku kepada kanak-kanak yang baru memulakan latihan ke tandas. Analisis Pada pemerhatian saya, terdapat kanak-kanak 4 tahun dan 3 tahun yang masih tidak mahir menggunakan tandas dengan betul. Mereka tidak membuang air di mangkuk tandas tetapi membuangnya di lantai tandas. Saya mendapati perkara

description

Pendidikan awal kanak-kanak

Transcript of Jurnal Refleksi Praktikum 2

Page 1: Jurnal Refleksi Praktikum 2

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 7

LATIHAN KE TANDAS OLEH KANAK-KANAK

NAMA : ASMAWATI BINTI MOHD RAPAUNIT : PDPLI PERMATA AMBILAN JUN 2014TARIKH : 10 OGOS 2015 – 14 OGOS 2015

Masalah

Refleksi minggu ketujuh saya di PAPN Bukit Katil ini, ingin saya ketengahkan isu latihan

ke tandas oleh kanak-kanak. Latihan ke tandas merupakan salah satu aktiviti harian yang asas

yang perlu dilalui oleh semua kanak-kanak bagi menggalakkan mereka berdikari. Latihan ke

tandas juga membantu kanak-kanak untuk belajar supaya sentiasa berada di dalam keadaan

kering dan bersih. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan

peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Permulaan untuk ke tandas bergantung kepada faktor

fizikal dan emosi seorang kanak-kanak itu.

Kanak-kanak yang telah mencecah hampir umur 3 tahun digalakkan untuk menjalani

latihan ke tandas di PAPN Bukit Katil. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir kanak-kanak

yang tidak menggunakan tandas dengan betul. Segelintir mereka tidak menggunakan mangkuk

tandas semasa ke tandas dan tidak membasuh kemaluan dengan betul setelah membuang air

besar atau kecil. Ini kerana, pendidik di sini tidak menemani dan menyelia kanak-kanak ke

dalam tandas tetapi hanya memberi arahan daripada luar tandas sahaja. Kadang kala, pendidik

juga hanya membiarkan kanak-kanak ke tandas bersendirian tanpa pengawasan. Terdapat juga

kanak-kanak yang terbuang air ketika tidu tetapi keadaan tersebut berlaku kepada kanak-kanak

yang baru memulakan latihan ke tandas.

Analisis

Pada pemerhatian saya, terdapat kanak-kanak 4 tahun dan 3 tahun yang masih tidak

mahir menggunakan tandas dengan betul. Mereka tidak membuang air di mangkuk tandas

tetapi membuangnya di lantai tandas. Saya mendapati perkara ini telah berlaku sebanyak 3 kali

Page 2: Jurnal Refleksi Praktikum 2

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 7

dan akan berterusan jika dibiarkan. Oleh itu, kanak-kanak ini perlu diajar cara menggunakan

tandas dengan betul sebelum dan selepas menggunakannya supaya perkara ini tidak

berlanjutan sehingga kanak-kanak tersebut meningkat usia.

Berdasarkan Jamilah bt Abdul Kuthoos, kanak-kanak perlu diajar ke tandas apabila

mereka telah bersedia. Antara tanda-tanda mereka telah bersedia ialah kanak-kanak

berkeadaan kering dalam beberapa jam, kanak-kanak membuang air dengan banyak pada satu

masa tanpa meleleh/menitis pada setiap masa dan kanak-kanak telah dapat mengawal pundi

kencing mereka. Setelah kanak-kanak di dapati bersedia, kanak-kanak harus diberikan latihan

ke mangkuk tandas iaitu latihan Potty.

Latihan ini memerlukan kerjasama antara kanak-kanak dan ibubapa/ pendidik. Latihan

ini amat bermakna dan perlu dilakukan sebaik mungkin supaya kanak-kanak tidak berasa takut

untuk menggunakan tandas. Perkara yang penting yang perlu diberi perhatian ialah jika kanak-

kanak tidak membuang air semasa latihan, jangan paksa atau menghukum. Elakkan juga

mengkritik kanak-kanak tersebut apabila mereka melakukan kesalahan semasa latihan ke

tandas.

Selain itu, terdapat juga kanak-kanak yang baru memulakan latihan ke tandas terbuang

air ketika waktu tidur. Perkara ini berlaku kerana kanak-kanak tersebut tidak pergi ke tandas

sebelum tidur dan selepas selesai minum susu. Menjadi budaya di sini kanak-kanak akan

minum susu di dalam botol sambil berbaring dan kemudian tidur. Oleh itu, masa untuk ke

tandas tidak dapat dijalankan.

Cadangan

Kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas sememangnya telah bersedia untuk memulakan

latihan ke tandas kerana mereka telah dapat mengetahui keadaan untuk membuang air dan

menahan pundi kencing mereka jika tidak mengalami sebarang masalah perkembangan.

Maka, langkah pertama yang boleh diambil pendidik untuk mengatasi masalah ini ialah

menemani kanak-kanak ke tandas dan mengajarkan cara yang betul semasa di tandas. Dengan

Page 3: Jurnal Refleksi Praktikum 2

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 7

itu, kanak-kanak tersebut dapat mengetahui proses dan cara yang betul untuk menggunakan

tandas dan seterusnya mencuci najis mereka dengan betul. Perkara yang paling penting juga

ialah kebersihan selepas ke tandas. Kanak-kanak digalakkan untuk menyiram mangkuk tandas

dengan menekan pam dan mencuci tangan selepas ke tandas.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah terbuang air waktu tidur, pendidik

memerlukan kerjasama daripada kanak-kanak supaya membuang air sebelum tidur dan secara

teratur mengejutkan kanak-kanak tersebut untuk ke tandas setiap 1 jam. Ini adalah latihan

supaya kanak-kanak dapat mengawal pundi kencing walaupun semasa mereka dalam tidur.

Pendidik perlulah banyak bersabar dalam latihan ini kerana latihan ini sedikit

memenatkan dan memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Ini kerana kadangkala

berlaku juga “kebocoran” oleh kanak-kanak walaupun mereka telah dilatih dengan baik.

Tempoh masa

Selama dua minggu 3 Ogos 2015 hingga 14 Ogos 2015

Tindakan susulan

Justeru, saya cuba memberi pendapat kepada para pendidik PAPN Bukit Katil supaya

menemani kanak-kanak ke tandas dan cuba melatih kanak-kanak ke tandas sebelum tidur.

Selain itu, saya juga turut melibatkan diri dalam latihan segelintir kanak-kanak 3 tahun yang

masih dalam latihan ke tandas. Saya menemani dan mengajarkan kanak-kanak cara yang betul

ke tandas dan menitik beratkan kebersihan selepas ke tandas.

Kesimpulan

Latihan ke tandas merupakan langkah yang penting dalam pendidikan kebersihan

kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, pendidik haruslah memberikan tunjuk ajar yang

betul supaya mereka dapat mengaplikasikan amalan yang baik dan betul pada masa akan

Page 4: Jurnal Refleksi Praktikum 2

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN MINGGU 7

datang. Pendidik juga perlu menggalakkan kanak-kanak dan memberikan pujian kepada

mereka setelah mereka berjaya menjalani latihan ke tandas dengan baik.

Rujukan

1. Creating Toilet Training Plan (2003). Guide to Toilet Training, American Academy of

Pediatrics. Retrieved August 17, 2015 from http://www.healthychildren.org

2. Jamilah bt Abdul Kuthoos (2013). Latihan ke tandas. Kementerian Kesihatan Malaysia.

Retrieved August 17, 2015 from http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/bayikanak-

kanak/keperluan-kanak-kanak-khas/latihan-ke-tandas