Juwe Full Esei Maritim

download Juwe Full Esei Maritim

of 23

Transcript of Juwe Full Esei Maritim

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAANPUSAT PENGAJIAN SEJARAH, POLITIK DAN STRATEGISKSE 2103: SEJARAH MARITIMSOALAN 2 :-SEJAK DARI ABAD KE-15 HINGGA AWAL ABAD KE-20, KEPULAUAN BORNEO, KEPULAUAN MAKASSAR DAN KEPULAUAN SULU MENJADI WILAYAH PENTING KEPADA SEJARAH MARITIM DI DUNIA MELAYU. BINCANGKAN.

DISEDIAKAN OLEH:AZUAN SYAFIQ BIN AZMANA 136619

NAMA PENSYARAH:DR. RAHILAH BINTI OMAREN AL-AMRIL BIN OTHMAN

WAKTU TUTORIAL : KHAMIS ( 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI)

TARIKH HANTAR:19 MAC 2013 ( 8.30 pagi )1.0PENGENALANKehidupan masyarakat Melayu amat terikat dan akrab sekali dengan dunia maritim. Pemikiran masyarakat Melayu tentang kelautan dan kehidupan berteraskan kepada laut, jelas terserlah apabila mereka mengaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan seharian mereka. Segala kehidupan orang Melayu banyak tertumpu kepada laut, sekaligus menyatukan Dunia Melayu yang terpisah kepada gugusan kepulauan dan tanah daratan.[footnoteRef:2] Walau bagaimanapun, terpisahnya kehidupan dan petempatan masyarakat Melayu telah disatukan semula oleh dunia maritim dan akhirnya membentuk kepada percambahan peradaban masyarakat Melayu. Kesannya, kedatangan pelayar dari segala pelosok dunia telah membawa kepada pengembangan dan peningkatan peluang ekonomi berasaskan perdagangan antarabangsa dan antara wilayah. Hasil daripada limpahan kehadiran mereka ini telah mewujudkan kehadiran secara berterusan para pedagang dengan pelbagai barang dagangan, dan pelbagai komuniti yang mendiami di wilayah sekitarnya semakin aktif dalam mengusahakan perdagangan antarabangsa.[footnoteRef:3] [2: Terdapat sembilan lautan yang memisahkan dan mencantumkan Dunia Melayu, iaitu Laut Melayu, Laut Jawa, Laut China Selatan, Laut Sulu, Laut Banda, Laut Flores, Laut Sulawesi, Laut Maluku dan Laut Seram.] [3: Nordin Hussin, Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 2011, hlmn. 14. ]

Bermula pada abad ke-15 iaitu pada zaman kemuncak kegemilangan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, hingga awal abad ke-20, Kepulauan Borneo, Kepulauan Makassar, dan Kepulauan Sulu telah menjadi wilayah penting kepada sejarah maritim di Dunia Melayu. Terdapat banyak faktor yang menjadikan ketiga-tiga wilayah ini menjadi penting di Malay Archipelago. Sebelum mengupas persoalan utama yang diutarakan, terdapat sedikit penerangan dan penjelasan mengenai kedudukan geografi wilayah-wilayah yang dinyatakan.[footnoteRef:4] [4: Ibid,. hlmn. 6.]

Menyentuh mengenai kedudukan geografi ketiga-tiga wilayah perbincangan, terlebih dahulu, kita haruslah mengenali dan meneliti lima zon perdagangan utama di Asia Tenggara. Zon pertama mewakili rangkaian perdagangan Teluk Benggala yang bermula di Pantai Koromandel, selatan India dan meliputi Sri Lanka, Burma, utara semenanjung Tanah Melayu serta utara dan pantai barat Sumatera. Zon perdagangan yang kedua ialah di sepanjang Selat Melaka iaitu meliputi sebahagian pantai barat semenanjung Tanah Melayu dan semenanjung pantai timur Sumatera. Zon ketiga pula meliputi persisiran pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan selatan Vietnam, wilayah yang bersempadanan dengan Teluk Siam, Filipina dan kawasan-kawasan di Laut China Selatan. Kawasan Laut Sulu pula mewakili zon perdagangan yang keempat yang diwakili oleh pantai barat Luzon, Mindoro, Cebu, dan Mindanao di Filipina dan pantai utara Borneo. Rangkaian Laut Jawa mewakili zon perdanganan kelima yang meliputi kepulauan Selat Sunda, kepulauan Maluku, Banda, Timor, pantai barat Borneo, Jawa dan pantai selatan Sumatera.[footnoteRef:5] [5: Ahmad Jelani Halimi, Perdagangan dan Perkapalan Melayu di Selat Melaka : abad ke-15 hingga abad ke-18, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2006, hlmn. 249. ]

Berdasarkan pembahagian zon perdagangan yang dinyatakan oleh K. R. Hall itu tadi, analisa yang dapat dibuat ialah ialah Kepualauan Sulu dan Borneo terletak dalam zon perdagangan yang keempat, manakala Kepulauan Makassar terletak di zon perdagangan kelima. Secara umumnya, kesemua wilayah yang menjadi asas perbincangan ini mempunyai ciri topografi yang berbatu, berbukit-bukau di samping lembah-lembah yang sangat curam, memiliki banyak selat, serta teluk-teluk besar dan kecil. Kesemua ciri-ciri ini kebanyakkannya sesuai untuk aktiviti-aktiviti maritim terutamanya untuk menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan kapal yang selamat dan juga penternakan ikan bagi tujuan perdagangan dan komersial serta sumber makanan bagi penduduk setempat.[footnoteRef:6] [6: Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas, Sejarah dan Perkembangannya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, 1997, hlmn. 74.]

Menjawab persolanan mengapa Kepualauan Borneo, Kepulauan Makassar, dan Kepulauan Sulu menjadi wilayah penting kepada sejarah maritim di Dunia Melayu ialah kerana kesemua wilayah ini mempunyai beberapa keistimewaan dan kelebihan tersendiri yang menjadi daya tarikan kepada para pedagang tidak kira sama ada pedagang dari luar dunia melayu, mahupun para pedagang tempatan. Malah, ketiga-tiga wilayah ini menjadi rebutan kepada sesetengah pihak yang telah dapat mengenalpasti beberapa ciri yang boleh menguntungkan pihaknya jika mereka berjaya menguasainya secara menyeluruh.

2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN PELABUHAN KEPULAUAN BORNEO, KEPULAUAN MAKASSAR, DAN KEPULAUAN SULU MENJADI SEBUAH PELABUHAN YANG PENTING DI DUNIA MELAYU

Kepulauan BorneoKepulauan Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia dengan keluasan 750 000 kilometer persegi, yang dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu Brunei, Sabah, Sarawak, dan Kalimantan. Kepulauan Borneo terletak diantara 7 7 utara hingga 412 selatan garisan lintang dan 108 25 timur garisan bujur, yang berukuran sepanjang sembilan ratus batu, kelebaran tujuh ratus batu dan tiga ribu batu lengkongan.[footnoteRef:7] Kepulauan Borneo terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan menguntungkan dari segi kedudukan geografi. Hal ini kerana, ianya mempunyai sungai-sungai dalam yang dapat dihiliri, teluk-teluk yang tenang, dan pelabuhan yang selamat serta luas. Selain itu, kepulauan Borneo juga mempunyai tanah yang subur untuk memenuhi segala keperluan kehidupan manusia dan terkenal sebagai pusat perdagangan semenjak awal kewujudannya lagi. Ciri-ciri fizikal Borneo seperti yang telah dibincangkan sebelumnya, membolehkan wujudnya kawasan-kawasan terlindung dari tiupan angin monsun serta sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat-pusat perdagangan dan perkapalan. Telukan-telukan yang mendominasi bahagian pantai Borneo, dapat dihubungi melalui sungai-sungai kecil yang boleh dimudiki oleh perahu-perahu yang sederhana besarnya bagi mengangkut hasil perdagangan dari kawasan pendalaman ke pelabuhan muara sungai.[footnoteRef:8] [7: Mohd Nor Ghani, Borneo Abad Kesembilan Belas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1986, hlmn. 1. ] [8: Ibid, hlmn. 2.]

Selain itu, kedudukan pelabuhan Brunei yang strategik di utara Borneo tidak bermakna jika ianya tidak mampu memberikan sesuatu bagi kegiatan perdagangan maritim yang begitu rancak pada ketika itu.[footnoteRef:9] Kemampuan Brunei dalam membekalkan bahan-bahan tempatan bagi pasaran antarabangsa telah memberikannya sebagai salah satu pelabuhan yang penting bagi pedagang-pedagang asing yang mengunjungi Asia Tenggara. Oleh itu, bagi memastikan pelabuhan Brunei terus dominan dan terus berfungsi sebagai pelabuhan utama, ianya hendaklah sentiasa bersedia membekalkan bahan-bahan tempatan dan kegagalan dalam perkara ini adalah satu bencana bagi Brunei. [9: Brunei juga dikenali dengan gelaran Borneo bagi merujuk wilayah ini semasa kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara yang bermula pada abad ke-15. Selain merujuk nama Brunei sebagai Borneo, penulis penulis Barat juga sering merujuk Pulau Borneo sebagai Pulau Brunei.]

Kepulauan MakassarKepulauan Makassar atau dikenali sebagai Ujung Padang merupakan sebuah kota yang terletak di bahagian Selatan Sulawesi ataupun Celebes. Kedudukan garis lintang wilayah ini adalah 58S 119 25 T, menghadap Selat Makassar yang terlindung daripada tiupan angin monsun telah menjadikan kawasan ini sebuah pelabuhan yang strategik di rantau Dunia Melayu.[footnoteRef:10] Dari aspek geografi, Kepulauan Makassar terletak di tengah-tengah dunia perdagangan, iaitu di bahagian utara terdapat zon perdagangan keempat yang diwakili oleh Kepulauan Sulu, dan dibahagian timur terdapat Kepulauan Rempah yang diwakili oleh Maluku, dan disebelah barat pula terdapatnya jaringan perdagangan dari Laut China Selatan, Selat Melaka, dan Teluk Bengal. Dijelaskan lagi, Pelabuhan Makassar terletak berhampiran antara Jakarta dan Maluku yang merupakan kepulauan rempah ratus. Hal ini bermaksud, pelabuhan Makassar merupakan dunia niaga yang berada di tengah-tengah bahagian iaitu di bahagian timur yang terdiri daripada Maluku dan Irian Jaya, di bahagian barat iaitu Kalimantan, Jawa, Sumatera, Asia Selatan dan Eropah, di bahagian utara pula iaitu Filipina, Jepun, dan China manakala di bahagian selatan pula ialah Australia dan Nusantara.[footnoteRef:11] [10: Edward L. Poelinggomang, Makassar Abad XIX : Studi Tentang Kebijakan Perdagangan Maritim, Kepustakaan Popular Gramedia, Jakarta, 2002, hlmn. 19. ] [11: Anthony Reid, The Rise of Macassar dalam Review of Indonesia and Malaysia Affairs, Vol 17, University of Sydney, Sydney, 1983, hlmn. 117. ]

Menurut Kenneth R. Hall, jalur pelayaran Cina-Jawa-Nusa Tenggara dan Maluku telah menggunakan peluang angin monsun utara dan tenggara untuk belayar ke persisiran barat Kalimantan. Sementara itu, pedagang dari Sulawesi Selatan memanfaatkan kedua-dua angin monsun tersebut untuk belayar ke selatan melalui Lautan Flores ke Pulau Sumbawa, Kepulauan Nusa Tenggara Timur, dan menuju ke Utara Benua Australia. Oleh itu, kitaran angin monsun di wilayah Sulawesi telah menjadikan pelabuhan Makassar sebagai pusat jalur perdagangan sama ada pedagang barat yang terdiri India, Melaka, Sumaera, Jawa, mahupun dari Cina, Filipina, Jepun.[footnoteRef:12] [12: Edward L. Poelinggomang, Makassar Abad XIX : Studi Tentang Kebijakan Perdagangan Maritim, Kepustakaan Popular Gramedia, Jakarta, 2002, hlmn. 20. ]

Kepulauan SuluKepulauan Sulu merupakan gugusan pulau-pulau gunung berapi yang kecil yang luasnya dari arah timur laut ke tenggara antara meridian 119 10 dan 122 25 timur manakala lebaran 4 30 dan 6 50 utara.[footnoteRef:13] Kepulaun ini terbentuk dari rangkaian pulau-pulau kecil dengan terumbu karang, yang menghubungkan semenanjung Zamboanga dengan hujung timur laut Borneo. Permukaan bumi di sepanjang pulau ini adalah berbukit-bukau di samping lembah-lembah yang sangat curam, memiliki banyak selat, serta teluk-teluk besar dan kecil. Kepulauan Sulu terletak di tengah-tengah laluan perdagangan yang luas dan menguntungkan dari segi kedudukan geografi. Hal ini kerana, ianya mempunyai sungai-sungai dalam yang dapat dihiliri, teluk-teluk yang tenang, dan pelabuhan yang selamat serta luas. Selain itu, kepulauan Borneo juga mempunyai tanah yang subur untuk memenuhi segala keperluan kehidupan manusia dan terkenal sebagai pusat perdagangan semenjak awal kewujudannya lagi.[footnoteRef:14] [13: J. M. Tate, The Making of Modern South-East Asia : Volume 2 : The Western Impact of Economics and Social Changes, Oxford University Press, London, hlmn. 59. ] [14: James Francis Warren, The Global Economy and The Sulu Zone: Connections,commodities and culture, Philippine Edition,New Day Publishers, 2000, hlmn. 2]

Kepulauan sulu juga telah dipecahkan kepada beberapa buah wilayah yang mempunyai pelbagai masyarakat yang menghuni kawasan tersebut. Sebagai contoh, Wilayah Basilan yang diwakili oleh masyarakat Basilan, wilayah Samal, wilayah Sulu, wilayah Pangutaran, wilayah Tapul, dan wilayah Tawi-tawi. Basilan merupakan sebuah pulau yang terbesar di Kepulauan Sulu yang terletak di semenanjung Zamboanga. Pulau Basilan dikelilingi oleh hutan tropika yang dapat dihubungi melalui sungai-sungai kecil yang boleh dimudiki oleh perahu-perahu yang sederhana besarnya bagi mengangkut hasil perdagangan dari kawasan pendalaman ke pelabuhan muara sungai.[footnoteRef:15] Jadi, faktor muka bumi yang kaya dengan hasil hutan dan hasil laut telah menjadikan Kepulauan Sulu sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal pada akhir abad ke-18.[footnoteRef:16] [15: Ibid, hlmn. 3.] [16: Ibid, hlmn. 4.]

3.0KEPENTINGAN KEPULAUAN SULU, BORNEO DAN KEPULAUAN MAKASSAR SEJAK DARI AWAL ABAD KE-15 SEHINGGA AWAL ABAD KE-20 KEPADA SEJARAH MARITIM DUNIA MELAYU

3.1 Komoditi-komoditi di Kepulauan Borneo, Kepulauan Makassar, Kepulauan Sulu

Kepulauan BorneoSebelum ketibaan British di Kepulauan Borneo, sebahagian besar penguasaan ekonomi di kawasan tersebut berada di tangan golongan aristokrat tempatan, sementara sebahagian kecil berada dibawah penguasaan kaum Cina.[footnoteRef:17] Pada peringkat awal, golongan pembesar kurang terlibat dengan aktiviti perdagangan. Hal ini kerana, mereka ini lebih tertumpu kepada aktiviti pelayaran di kawasan tersebut. Namun, selepas mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti pelayaran ini, mereka merasakan aktiviti ini banyak memberi keuntungan dan begitu bernilai, mereka telah membawa barang dagangan ke luar negara untuk dibuat barang pertukaran ketika mereka singgah di pelabuhan asing.[footnoteRef:18] Namun, selepas sekian lama golongan pembesar ini terlibat dengan aktiviti perdagangan banyak menimbulkan rasa tidak puas hati pedagang-pedagang yang lain. Hal ini kerana, mereka mengenakan cukai terhadap para pedagang yang datang berdagang di Sarawak, Brunei dan Borneo Utara. [17: Golongan aristokrat tempatan ini terdiri daripada golongan pembesar-pembesar negeri yang diketuai oleh seorang Sultan.] [18: Hamizah Hj. Idris, Perdagangan Pelabuhan di Borneo, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlmn.7.]

Ketibaan James Brooke di Sarawak pada tahun 1839 telah memperhebatkan lagi kepesatan perdagangan, perkapalan dan pelabuhan di sekitar Kepulauan Borneo. Dalam usaha untuk mempromosikan sistem perdagangan bebas di British Borneo, terutamanya di Sarawak, British perlu mengambil kira tentang aktiviti perdagangan natif atau native trade yang telah lama beroperasi di kawasan tersebut. Sistem perdagangan berasaskan pertukaran barangan di kalangan pelbagai suku kaum telah lama diamalkan termasuk sistem serah dagang yang akhirnya berjaya dihapuskan oleh British. Ini membolehkan British menguasai sumber dagangan tertentu seperti antimoni supaya dapat dieksport dan seterusnya menjadi sumber pendapatan utama mereka.[footnoteRef:19] [19: Ibid,. hlmn. 8.]

Dari segi eksport, dua buah wilayah yang terbesar di British Borneo, iaitu Sarawak dan Borneo Utara merupakan kawasan-kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi. Seawal tahun 1820an, Sarawak merupakan pengeksort utama emas, antimoni dan sagu manakala Borneo Utara pula menjadi pengeluar utama hasil hutan serta sumber laut seperti kapur barus, lilin lebah, sarang burung, mutiara, dan sirip ikan yu. Ia diperolehi dalam kuantiti yang banyak di bahagian pantai timur Borneo Utara, terutamanya di Teluk Marudu. Sir Hugh Low dalam bukunya bertajuk Sarawak telah memberikan keutamaan kepada jenis sumber hutan yang dieksport.[footnoteRef:20] [20: Hugh Low, Sarawak: Its Inhabitants and Productions, Franck Cass & Co. Ltd, London, 1848. hlmn 46.]

Kesemua hasil eksport ini termasuk antimoni dari Sarawak dan hasil laut serta sumber hutan dari Borneo Utara merupakan sumber pendapatan yang penting bagi wilayah masing-masing. Namun, pengumpulan hasil pendapatan dari pelbagai sumber di kedua-dua wilayah tersebut tidak begitu jelas pada peringkat permulaan pentadbiran British. Apabila antimoni mula ditemui dengan banyaknya di Sarawak pada awal tahun 1800, ia telah dijadikan oleh British sebagai sumber pendapatan utama bagi Sarawak sejak tahun 1840. Di samping itu, British juga telah berusaha untuk memperolehi pendapatan dari sumber-sumber lain seperti penjualan tanah, ladang-ladang kastam dan kutipan cukai.Sebagai contoh, kapur barus telah dijadikan sebagai komoditi eksport utama di Borneo. Kapur barus merupakan hasil hutan yang mempunyai nilai eksport yang tinggi. Hanya terdapat dua buah kawasan di Kepulauan Melayu yang dipenuhi dengan tumbuhan ini, iaitu di Kepulauan Borneo dan Kepulauan Sumatera.[footnoteRef:21] Di Borneo, jenis sumber hutan ini diperolehi dengan banyak di bahagian utama Labuan dan di Santubong, Sarawak. Oleh itu, tidak hairan jika Borneo memperdagangkan kapur barus sebagai komoditi utama di Borneo. Selain itu, disamping itu, Kepulauan Borneo juga kaya dengan pengeluaran damar.[footnoteRef:22] Damar merupakan sejenis gam yang diperolehi dari pelbagai jenis pokok hutan. Terdapat pelbagai jenis damar yang dikumpul untuk dieksport. Hal ini kerana permintaan tinggi terhadap hasil hutan ini yang digunakan secara meluas untuk menguatkan ikatan kayu semasa membuat perahu dan kapal layar. Antara jenis damar yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran ialah damar mata Kuching.[footnoteRef:23] Sebahagian besar damar tersebut dieksport ke Bunua China dan India melalui pelabuhan Singapura dalam jangka masa ini. [21: Hamizah Hj. Idris, Perdagangan Pelabuhan di Borneo, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlmn.18.] [22: Ibid., hlmn. 19.] [23: Ibid.,hlmn. 20.]

Di samping itu, sagu juga merupakan antara komoditi yang terdapat di Kepulauan Borneo. Secara tradisinya, penanaman sagu di Sarawak telah diusahakan oleh suku kaum Melanau di beberapa buah daerah, iaitu di Mukah, Oya, dan Bintulu. Setelah penghijrahan imigran Cina ke Sarawak, tanaman tersebut telah diusahakan secara komersial dan menjadi salah satu komoditi eksport yang penting di Sarawak. Sarawak yang disaliri dengan rangkaian sungai-sungai yang panjang telah menyediakan kawasan lembah sungai yang subur untuk penanaman sagu ini. Menurut Ooi Keat Gin :-The opening of Singapore in 1819 revolutionized the sago industry and its trade. From the 1820s, the European and American demand for sago as an industrial starch for their textile industry pushed up the price and made sago a very profitable trade item.[footnoteRef:24] [24: Ooi Keat Gin, Of Free Trade and Native Interests The Brookes and the Economic Development of Sarawak 1841-1941, Oxford University Press, 1997, hlmn. 34. ]

Dalam jangka masa ini, penanaman sagu terus diusahakan oleh kaum Melanau. Oleh kerana ketiadaan teknologi pemprosesan hasil pertanian di Sarawak dalam jangka masa ini, kesemua sagu mentah yang diusahakan tersebut dieksport ke Singapura untuk diproses. Ini disebabkan, di Singapura terdapat kilang pemprosesan sagu yang diusahakan oleh pemodal Cina. Pengeksportan sagu ke Singapura ini diteruskan selepas pentadbiran British di Sarawak pada tahun 1840 dan menjadi salah satu sumber pendapatan penting bagi kawasan tersebut.[footnoteRef:25] [25: Ibid,.hlmn. 35. ]

Selain itu, antimoni dan emas juga merupakan sumber mineral yang dilombong di Sarawak sekaligus menjadi antara komoditi yang terdapat di Borneo. Sebelum arangbatu digunakan sebagai bahan api bagi membekalkan tenaga kapal wap, antimoni telah memainkan peranan sebagai bahan bakar utama. Sejak penemuannya pada 1823, sumber galian tersebut telah dieksploitasi dengan sepenuhnya untuk tujuan eksport. Penemuan antimoni ini penting bagi Brtish kerana mereka tidak perlu terlalu bergantung kepada bekalan arang batu semata-mata bagi membekalkan bahan bakarbagi kapal-kapal wap. Dalam pasaran antarabangsa, harga sepikul antimoni yang dijual antara $1.50 hingga $2.00 dolar. Dalam jangka masa ini, Sarawak merupakan pengeksport utama antimony dengan jumlah pengeluaran sebanyak 1500 tan setahun. Sejak penemuannya pada awal tahun 1800, galian tersebut telah dieksport ke pasaran antarabangsa melalui Pelabuhan Singapura.[footnoteRef:26] [26: Hamizah Hj. Idris, Perdagangan Pelabuhan di Borneo, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlmn.20.]

Pada keseluruhannya, antara tahun 1800-1846, hasil hutan galian serta sumber laut telah menjadi komoditi eksport utama dari Borneo. Perkembangan pesat Pelabuhan Singaura telah menyediakan pasaran baik bagi komoditi-komoditi tersebut. Di samping itu, penghijrahan beramai-ramai kaum Cina ke Borneo telah menyebabkan permintaan terhadap pengimportan candu adalah tinggi.

Kepulauan MakassarVOC telah melihat pelayaran antara Batavia yang merupakan pemerintahan Belanda dengan Maluku sebagai penghasil rempah telah mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat tersebut. Oleh itu, VOC memerlukan pelabuhan persinggahan. Mulai saat itu, Pelabuhan Makasar telah di jadikan pelabuhan singgah. VOC telah memberi alasan pemilihan Pelabuhan Makasar. Antara alasannya, pelabuhan Makasar yang telap di intip oleh VOC sudah di kenali oleh pedagang muslim dan Portugis[footnoteRef:27]. Pelabuhan Makasar ini sangat penting dalam perdagangan rempah. Rempah sangat penting sebagai untuk masakan. Rempah sangat di gemari terutama pedagang dari India. Perdagangan rempah pada mulanya di kuasai oleh Maluku. Namun begitu setelah pelabuhan Makasar di jadikan pelabuhan singgah, ramai pedagang telah berlabuh di pelabuhan Makasar. Oleh itu, barangan rempah boleh di perolehi tanpa perlu ke Kepulauan Maluku untuk mendapatkan barangan tersebut sementara menunggu musim angin monsun bertukar.[footnoteRef:28] [27: Sewang Ahmad, Islamisasi Kerajaan Gowa Abad XVI sampai XVII, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, 2005, hlmn. 57.] [28: Ibid, hlmn. 62.]

Kayu cendana juga merupakan barangan perdagangan di pelabuhan Makasar.[footnoteRef:29] Kebanyakkan kayu cendana di perolehi dari Timor. Timor merupakan pengeluar utama kayu cendana putih yang mempunyai kualiti dan mutu yang tinggi. Kayu cendana di bawa masuk ke pasaran Gowa seterusnya di pelabuhan Makasar. Kayu cendana ini mendapat permintaan yang tinggi untuk kegunaan ritual agama dan pengebumian bagi masyarakat Cina. Malah, kayu cendana turut dibuat perhiasan kotak yang boleh diukir. Selain itu minyak yang di perolehi daripada kayu cendana mempunyai nilai harga yang sangat mahal. Oleh itu, barangan kayu cendana di kategorikan sebagai barangan mewah di bawah perdagangan jarak jauh. Oleh itu, barangan ini sudah tentunya mendapat permintaan dari pedagang Cina[footnoteRef:30]. [29: Geoffrey C. Gunn, 500 Tahun Timor Loro Sae, Sahe Institute For Liberation (SIL), Jakarta, 2007, Hlmn. 81. ] [30: Ibid, hlmn. 81. ]

Pengeluaran kopi oleh Makasar telah menyebabkan pelabuhan Makasar menjadi pelabuhan penting. Pada setiap tahun, Raja Gowa telah meminta izin supaya dua buah kapal dagangnya dapat membawa barangan kopi untuk berlayar ke Singapura yang melalui Sungai Jeneberang. Seperti yang di ketahui, perdagangan di pelabuhan Makasar kebanyakkannya hanya untuk barangan yang mempunyai pasaran dan permintaan yang tinggi bagi negara Eropah. Oleh itu, kopi sangat penting bagi perdagangan di Eropah. Bekalan kopi sentiasa mencukupi dengan adanya perkembangan penanaman kopi oleh pemerintah Makasar. Kopi di perolehi dari Pare-Pare, Gowa, dan Bantaeng. Kegiatan tanaman kopi telah giat di jalankan sekitar abad ke-17 dan kawasan utama bagi penanaman kopi ialah di Tanah Toraja.[footnoteRef:31] Bukan itu, sahaja, penanaman kopi di Gowa juga telah berkembang dengan banyak selepas tanaman kopi ini telah diperkenalkan oleh pedagang Arab. Menurut David Bulbeck :- [31: David Bulbeck, Southeast Asian Exports Since The 14th Century Cloves, Pepper, Coffee and Sugar, Institute of Southeast Asian Studies, Singapore, 1998, hlmn 142. ]

Coffee beans were probably brought earlier to Southeast Asia by Arabs, through only in the 1680s. The VOC participated in the small Asian coffee trade, eastward from Mocha, before it began shipments to Europe. In the 1690s, demand in Europe became for the first time a major factor for VOC. The order of the directors in Armsterdam was raised to 400 000 ponden in several years, and prices were at unprecedented levels.[footnoteRef:32] [32: Ibid, hlmn. 142.]

Komoditi kopi ini mula memasuki pelabuhan Makasar sekitar abad 19 semasa pengembangan tanaman sekitar tahun 1830.[footnoteRef:33] Perluasan tanaman kopi ini telah memaksa penduduk dan petani menjual kepada penguasa kopi untuk di pasarkan. Pengeluaran produk untuk diperdagangkan di pelabuhan Makasar telah mendorong NHM untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan Raga Gowa untuk memperolehi barangan kopi walaupun dengan harga yang tinggi. Permintaan kopi yang tinggi dari negara Eropah telah meningkatkan pendapatan bagi pelabuhan Makasar. Selain itu, Van Oosterzee yang merupakan wakil dari Bussing Schroder & Co di Batavia bukan sahaja mengunjungi Makasar malah secara langsung telah membeli kesemua kopi Raja Gowa dengan harga yang diminta untuk eksport ke pasaran Amerika[footnoteRef:34]. Mulai saat itu, pihak NHM berani membeli kopi di pelabuhan Makasar untuk di eksport ke Eropah demi mengejar keuntungan di sebabkan harga yang tinggi yang di tawarkan oleh Eropah [33: Ibid, hlmn 143.] [34: Sewang Ahmad, Islamisasi Kerajaan Gowa Abad XVI sampai XVII, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, 2005, hlmn. 64.]

Disamping itu, sebelum VOC menakluki pelabuhan Makasar, daerah ini merupakan sawah padi kerajaan Makasar. Hal ini kerana kawasan pertanian di Makasar adalah sangat luas terutama dengan adanya sistem irigasi. Sistem irigasi ini merupakan sistem pengairan pertanian dalam usaha meningkatkan komoditi beras. Sistem ini meliputi saluran utama, kedua, ketiga, induk dan saluran pembuangan bagi memudahkan sistem pengairan berjalan lancar. Perdagangan beras berasal dari daerah sebelah utara seperti Maros, Pankaje dan bahagian selatan dan timur meliputi Takalar sehingga Bantaeng dan Bulukumba.[footnoteRef:35] Selain itu VOC telah memperolehi beras melalui hasil sistem cukai terhadap cukai pertanian padi dan penyerahan kerajaan taklukan, serta pertukaran barang keperluan pedagang Melayu dan Bumiputra yang lain di bawah tanggungjawab perwakilan VOC di Makasar. Selain itu, hasil pertukaran barang keperluan itu turut di eksport ke Maluku menggunakan kapal VOC yang melakukan pelayaran perdagangan dari Batavia ke Maluku yang melalui Makasar. [35: Edward L. Poelinggomang, Makassar Abad XIX : Studi Tentang Kebijakan Perdagangan Maritim, Kepustakaan Popular Gramedia, Jakarta, 2002, hlmn. 37. ]

Hasil penyerahan wajib seperti kain selayar dan ayam ternakan dari Kepulauan Selayar turut di perdagangkan. Bukan itu sahaja, kebanyakan beras juga turut di perolehi dari Jawa dan Bima. Beras tersebut telah di niagakan di Pelabuhan Makasar. Beras sangat di perlukan oleh pedagang terutamanya dari Asia Tenggara sebagai makanan utama. Oleh itu, beras sangat penting bagi mengelakkan kelaparan. Memang tidak di nafikan, Makasar merupakan pengusaha tanaman padi yang berlimpah dan menghasilkan beras yang berkualiti, dan murah. Selain itu, ternakan babi turut di laksanakan di Makasar sebelum tahun 1603.[footnoteRef:36] [36: Ibid, hlmn. 56.]

Dalam usaha meningkatkan peranan Pelabuhan Makasar sebagai tempat perdagangan beras, penguasa mempunyai tugas dalam memberi galakan kepada pedagang lain serta meluluskan transaksi beras dalam kuantiti yang banyak. Namun begitu, rakyat dan petani juga tersenarai dalam pedagang tempatan bagi memudahkan memperolehi keperluan beras. Oleh itu, peningkatan kebanyakkan pedagang melayu Makasar merupakan kesan pengaruh eksport utama keperluan beras dari Sulawesi Barat.Walau bagaimanapun, sebelum Pelabuhan Makasar mulai merosot sekitar tahun 1873, perdagangan budak adalah sangat penting dan menyebabkan seluruh pedagang kenal pelabuhan Makasar di sebabkan perdagangan budak yang di jalankan dengan begitu aktif. Namun begitu, perdagangan budak ini telah menyebakan pelabuhan Makasar mulai merosot adalah di sebabkan komiditi perdagangan hamba yang semakin meningkat dan memperlihatkan Pelabuhan Makasar lebih di kenali dengan Pelabuhan perdagangan budak atau hamba. Hal ini bermaksud penduduk di bawah kerajaan boleh di manfaatkan sebagai tenaga kerja dan komoditi dagang. Penduduk kerajaan taklukan di benarkan di jadikan hamba. Hamba ini atau lebih di gelar budak bagi masyarakat Makasar di gunakan oleh pedagang dan pemilik tanah sebagai pendayung, pengangkut, beban pekerja di ladang-ladang pertanian. Hamba ini di perolehi dari Kalimantan, Timor, Mangga, Solor, Alor dan Tanimbar.[footnoteRef:37] [37: Sewang Ahmad, Islamisasi Kerajaan Gowa Abad XVI sampai XVII, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, 2005, hlmn. 26.]

Perdagangan budak ini bukan hanya di eksport ke Batavia tetapi di pelbagai wilayah taklukan VOC terutamanya Maluku. Catatan VOC telah mneunjukkan bahawa terdapat kegiatan perdagangan budak ini menjadi salah satu perniagaan terpenting sekitar tahun 1680 iaitu 30% daripada jumlah keseluruhannya. Oleh itu, Makasar telah mengeksport sekitar 3000 setahun pada abad ke-18. Hal ini telah menimbulkan kenyataan bahawa tentang orang curian yang bermaksud orang yang di ambil dari wilayah taklukan untuk di jadikan hamba. Peningkatan perdagangan hamba ini adalah di sebabkan permintaan yang tinggi dan harganya sekitar Rm100 untuk seorang budak[footnoteRef:38]. Oleh itu, pedagang asing telah berkurangan untuk berdagang di Pelabuhan Makasar. [38: Ibid, hlmn 39.]

Kepulauan SuluLaut telah memainkan peranan yang utama dalam perdagangan di sekitar Kepulauan Sulu. Masyarakat di Kepulauan ini kebanyakannya mengutip hasil hutan dan lautan untuk diperdagangkan kepada pedagang di setiap pelabuhan. Dijelaskan lagi, setiap wilayah di Kepulauan Sulu mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti di wilayah Tawi-tawi, terdapat banyak batu karang yang boleh didapati, di wilayah Samal komoditi seperti tripang dan mutiara juga senang didapati dan sebagainya.Terdapat pelbagai banyak komuniti barangan dagangan di seluruh kepulauan Sulu samada barangan dari luar ataupun dari dalam wilayah tersebut. Sebagai contoh komoditi yang terdapat di Kepulauan Sulu ialah teh, candu, tekstil dan senjata api, tripang, sarang burung dan mutiara. Sebagai contoh, tripang ataupun timun laut yang merupakan sejenis haiwan yang hidup di dasar laut.[footnoteRef:39] Tripang telah menjadi satu komoditi barangan yang terpenting di Kepulauan Sulu disebabkan ianya senang didapati di pulau-pulau kecil di sekitar Pangutaran, Panducan, Tawi-tawi dan lain-lain. Permintaan yang tinggi telah menyebabkan perdagangan tripang mendapat sambutan oleh masyarakat di Kepulauan Sulu kerana ianya dijadikan minyak ubat bagi merawat luka dan digunakan secara meluas dalam bidang perubatan di Dunia Melayu. Pada akhir abad ke-18, produk tripang mengalami perkembangan memasuki aktiviti komersial Barat termasuklah permintaan dari China. Hal ini kerana, tripang digunakan secara meluas dalam masakan tradisi di China yang dianggap sebagaiaphrodisiac.[footnoteRef:40] Oleh sebab itu, peningkatan permintaan terhadap tripang sentiasa mendapat sambutan yang meluas dan menjadikan pelabuhan di Kepulauan Sulu semakin terkenal. [39: James Francis Warren, The Global Economy and The Sulu Zone : Connection, Commodities, and Culture, New Day Publisher, Philippine Edition, 2000, hlmn. 21.] [40: Aphrodisiac merupakan satu istilah yang merujuk kepada bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan meningkatkan keinginan seks.]

Selain itu, komoditi barangan dagangan seperti sarang burung juga telah mendapat sambutan yang mengalakkan terutamanya daripada pedagang China di pelabuhan sepanjang Kepulauan Sulu.[footnoteRef:41] Hal ini kerana, perkembangan bahan eksortika dalam masakan tradisional China telah menjadikan sarang burung sebagai salah satu bahan asas dalam masakannya. Sarang burung merupakan sarang yang dibuat oleh burung walet yang mengeluarkan cecair dari kelenjar saliva semasa membuat sarang. Sejak dulu lagi, para pedagang China mempercayai bahawa sarang burung mempunyai pelbagai khasiat seperti membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus. Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar. [41: Najeeb M. Saleeby, The History of Sulu, Filipiniana Book Guild Inc, Manila, 1963, hlmn. 83. ]

Di samping itu, mutiara juga telah dijadikan sebagai komoditi barangan yang boleh didapati di pelabuhan Sulu.[footnoteRef:42] Hal ini kerana, mutiara mudah didapati di lautan pulau-pulau kecil sepanjang persisiran setiap wilayah di Kepulauan Sulu. Mutiara hanya boleh dipungut apabila berakhirnya monsun barat daya yang dijangka bermula pada pertengahan september dan berakhir pada pertengahan disember. Komoditi mutiara ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh para pedagang China, sekaligus membawa keuntungan yang besar kepada penduduk di Kepulauan Sulu. Para pedagang China mendapati bahawa mutiara berpotensi untuk dijadikan sebagai barang kemas yang boleh dipasarkan dengan harga yang mahal di negaranya. Perdagangan mutiara ini telah meningkat dari 2000 piculs pada tahun 1760 ke 12 000 picul pada tahun 1835.[footnoteRef:43] Hal ini kerana, pedagang tempatan terutamanya masyarakat Manila berketurunan cina mula mendominasi perdagangan mutiara yang dilihat akan menjadi satu komoditi barangan yang terpenting selari dengan permintaan tinggi Barat di Dunia Melayu. [42: James Francis Warren, The Global Economy and The Sulu Zone : Connection, Commodities, and Culture, New Day Publisher, Philippine Edition, 2000, hlmn. 74.] [43: Satu sistem sukatan yang telah dipakai bertujuan untuk mencapai standard dalam aktiviti perniagaan. Antara unit sukatan yang digunakan ialah kati bersamaan 100 pikul atau bersamaan dengan 1.25 Amsterdam.]

3.2Usaha-usaha Mewujudkan Jalinan Perdagangan di Kepulauan Sulu, Borneo, dan Kepulauan Makassar

Kepulauan BorneoPerkembangan Brunei yang bermula seawal abad ke-10 berterusan dan apabila Brunei memasuki abad ke-15, ianya mula mengorak langkah kearah zaman kegemilangan. Jeja takluk Brunei dikatakan melebar sehingga hampir keseluruhan Pulau Borneo dan selatan Filipina. Semasa kedatangan kuasa-kuasa Barat ke wilayah ini yang bermula pada akhir abad ke-15, mereka menamakan Brunei sebagai Borneo bagi merujuk wilayah ini dan juga merujuk Pulau Borneo. Brunei pada ketika itu berada di zaman kegemilangan dan Brunei dan Borneo adalah sinonim dengan Pulau Borneo adalah di bawah penguasaan Brunei. Pada akhir abad ke-16, Brunei berada dikemuncaknya dan semasa pemerintahan Sultan Bolkiah (1485-1524 Masihi), Brunei berada di era keemasan. Pada ketika itu, ramai pengunjung-pengunjung dari Barat datang Brunei dam merupakan satu tempat persinggahan penting di Pulau Borneo. Pada tahun 1521, Antonio Pigafetta datang ke Brunei dan beliau mencatatkan pelbagai catatan mengenai Brunei. Brunei diantaranya dicatatkan sebagai negara yang makmur dan aman damai.[footnoteRef:44] Ibu kotanya dikatakan besar dengan penduduk seramai 25 000 keluarga. Istana Sultan didirikan di atas darat dan dikatakan mewah dengan perhaisan perak, emas dan permata. Teluk Brunei juga dicatatkan sebagai teluk yang besar dan banyak kapal-kapal dagang dari China, Jawa, Filipina dan kapal-kapal dari pelbagai bangsa yang berurus niaga di Melaka yang dikatakan menjalinkan hubungan perniagaan dengan Brunei. Hasil perdagangan yang pesat ini, ibu kota Brunei dikatakan kota cosmopolitan dengan pelbagai punduduk dari China, Cochin, Cambodia, Siam, Patani, Pahang, Jawa, Sumatra, Acheh, Maluku, Sulawesi, dan Mindanao.[footnoteRef:45] [44: Saunders, G., A History of Brunei, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1994, hlmn. 46.] [45: Ibid, hlmn. 47.]

Menurut catatan tahun 1521, Brunei merupakan sebuah negara yang gagah perkasa dan seringkali menghantar utusan perang untuk mengembang luaskan jajah takluknya.[footnoteRef:46] Salah satu utusan ini ialah ke Laoe iaitu satu tempat di Kuala Sungai Kapuas, Kalimantan. Angkatan ini diketuai oleh anakanda Sultan Luzon yang mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Sultan Brunei. Angkatan ini dilakukan disebabkan oleh keengganan Laoe tunduk di bawah Brunei dan sebaliknya ke Jawa. Angkatan ini dikatakan berjaya menakluk dan memusnahkan Laoe. Angkatan Brunei juga dikatakan pernah menghantar utusan perang ke Sumatra dan Jawa dalam membantu menentang musuh-musuh mereka. [46: Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo ke Arah Pengukuhan Negara Bangsa, Pusat Sejarah Brunei Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Bandar seri beganan, Brunei, 2007, hlmn. 142.]

Perkembangan pesat Revolusi Perindustrian di Eropah dalam abad ke-19 telah memaksa para pedagang country trader dari barat untuk meneroka ke rantau Asia Tenggara bagi mencari sumber bahan mentah yang diperlukan. Ketibaan James Brooke di Sarawak pada tahun 1839 telah memperhebatkan lagi kepesatan perdagangan, perkapalan dan pelabuhan di sekitar Kepulauan Borneo. Untuk memastikan penguasaannya terhadap Sarawak, James Brooke mula memperkenalkan polisi ekonominya seperti sisitem penggunaan wang tunai bagi mengantikan sistem pertukaran barangan serta sistem bayaran secara kredit yang telah diamalkan sebelum ini.Dalam masa yang sama, James Brooke turut memberikan perhatian kepada sebilangan kecil golongan pemodal dan pedagang Cina yang aktif dalam bidang perniagaan dan perdagangan. Mereka mempunyai hubungan perniagaan serta perdagangan yang baik dengan rakan dagangan mereka di beberapa buah pelabuhan utama di Asia Tenggara. Selain itu, British jug menyedari akan kepentingan peranan golongan pemodal Cina yang dapat membantu mereka dalam mengeksloitasi hasil mahsul di British Borneo serta dari segi pemasaran. Ini disebabkan golongan pemodal Cina ini mempunyai hubungan perdagangan yang rapat dengan rakan dagangan mereka di Singapura dan Hong Kong yang merupakan pelabuhan utama British dalam jangka masa ini. Selain kepesatan perdagangan, wilayah British Borneo juga semakin berkembang dari segi perkapalan. Sistem penggunaan kapal layar mendominasi aktiviti perkapalan di British Borneo. Perkembangan pesat perdagangan Asia atau Asian Trade dalam jangka masa ini turut mempengaruhi perkembangan perkapalan di British Borneo, terutamanya dalam menghubungkan British Borneo dengan pelabuhan lain di rantau Asia Tenggara, Indo Cina, dan Timur Jauh.[footnoteRef:47] [47: Hamizah Hj. Idris, Perdagangan Pelabuhan di Borneo, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2006, hlmn. 15.]

Kepulauan MakassarPelabuhan Makassar memainkan peranan penting sebagai pelabuhan barangan China sekitar abad ke-18 iaitu ketika Belanda mengembangkan hubungan diplomatik dan niaga dengan China setelah menguasai pelabuhan Makasar sekitar tahun 1667. Namun begitu, angkatan laut kapal pedagang china di larang untuk mengadakan hubungan perdagangan dengan negara Asia Tenggara yang lain. Hal ini kerana Belanda ingin menguasai dan memonoli perdagangan produk China serta kegagalan untuk bersaing dengan China. Hal ini telah buktikan oleh catatan seorang pedagang Belanda pada tahun 1614 yang menjelaskan perkara yang paling di takutkan oleh Belanda ialah kerugian besar di sebabkan pedagang China yang menjual barangan China dengan harga yang lebih murah di China.[footnoteRef:48] [48: Edward L. Poelinggomang, Makassar Abad XIX : Studi Tentang Kebijakan Perdagangan Maritim, Kepustakaan Popular Gramedia, Jakarta, 2002, hlmn. 40. ]

Pelabuhan Makasar mula menjadi pusat perdagangan produk China pada tahun 1736. Antara barangan yang yang di pedagangkan ialah produk laut. Hal ini kerana bagi Belanda barangan produk laut tidak memberi kesan ke atas monopoli rempah dan ia tidak di anggap sebagai pesaing. Produk laut tersebut meliputi teripang, sisik penyu, agar-agar dan kerang. Barangan tersebut sangat diminati dan diperlukan bagi masyarakat Cina. Permintaan terhadap produk Cina yang paling tinggi pada setiap tahun adalah ke atas barangan Teripang dan kulit penyu.[footnoteRef:49] Terdapat sekurangnya 35 jenis pelbagai Teripang. Pada tahun 1823, teripang yang mahal adalah dari jenis teripang pasir Kondingaren dan yang termurah adalah teripang putih kelas dua. Selain itu sisik penyu didagangkan mengikut harga yang sangat berpatutan sesuai dengan jenis dan kualitinya.[footnoteRef:50] [49: Ibid, hlmn. 41.] [50: Sewang Ahmad, Islamisasi Kerajaan Gowa Abad XVI sampai XVII, Yayasan Obor Indonesia, Jakarta, 2005, hlmn. 41.]

Selain tripang dan kulit penyu, pedagang Cina turut berminat barangan laut yang lain seperti agar-agar, sirip ikan yu. Kaum Bumiputra pula berdagang barangan seperti damar, lilin, sarang burung. Pelabuhan Makasar turut memperdagangkan barangan produk Cina seperti sutera, bahan sutera, teh, tembakau barang porselin, perhiasan emas dan perak[footnoteRef:51]. Terdapat beberapa sebab pelabuhan Makasar sesuai sebagai perdagangan produk laut dan Cina menurut Sutherland. Antaranya ialah di sebabkan kegiatan perdagangan tersebut hanya di pasar utama. Selain itu, barangan produk Cina juga tidak banyak di Pelabuhan Makasar dan komoditi tersebut boleh di jual di tempat lain sekiranya terdapat baki jualan barangan tersebut.[footnoteRef:52] [51: Ibid, Hlmn 190] [52: Ibid, hlmn.41.]

Namun begitu, perdagangan produk laut ini terhenti beberapa tahun. Hal ini di sebabkan peristiwa Pembantaian Glodok di Batavia pada 1740 iaitu tindakan kejam oleh VOC terhadap orang Cina termasuklah di bunuh. Hal ini di sebabkan rasa cemburu VOC melihat pedagang dan orang cina yang mendapat keuntungan di Batavia. Kesannya, pedagang Cina tidak di benarkan untuk mengunjungi pelabuhan di bawah taklukan VOC terutama Jawa. Selain itu, VOC turut menutup pelabuhan Makasar bagi mengelakkan pedagang China berdagang dan sebagai memberi keutamaan kepada Batavia. Penutupan Makasar telah menyebabkan VOC berasa bimbang terhadap Makasar yang menjalankan perdagangan terlarang yang menyebabkan kedudukan VOC tergugat seperti, peralatan senjata, peluru dan ubat bedil. Oleh itu, penguasa VOC telah membuka semula pelabuhan Makasar untuk kapal dan pedagang Cina pada tahun 1752.

Kepulauan SuluPada pertengahan kedua abad ke-18, negara-negara Barat khususnya negara England mengalami Revolusi Industri yang menyebabkan mereka mula memandang ke Timur khususnya di Kepulauan Sulu. Di samping itu, harus kita ingat bahawa telah lama dulu iaitu pada abad ke-15, negara-negara Barat ini sudah mula mengalami perubahan yang amat besar, apabila mereka berjaya melahirkan tokoh-tokoh pelayaran yang sangat hebat dalam ilmu kelautan yang menyebabkan mereka berjaya menemukan beberapa kawasan-kawasan baru, disamping pertumbuhan kaitalisme, yang telah menambahkan lagi kedaulatan dan keyakinan untuk merentasi lautan bagi menjejak kaki ke dunia Melayu ini.[footnoteRef:53] [53: Sivachandralingam Sundara Raja, Perdagangan dan Pelabuhan Bebas : Sejarah dan Perkembangannya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam, 1997, hlmn 11.]

Ketibaan pedagang luar di Kepulauan Sulu dikatakan berpunca daripada kejadiaan yang berlaku di India dan Amerika telah memaksa pedagang syarikat negara, pedagang bebas dan pedagang tempatan di Bengal untuk mencari kawasan perdagang baru untuk meluaskan pasaran perdagangan di Kepulauan Asia Tenggara. Para pedagang merasakan pelabuhan di Bengal adalah tidak selamat dan tidak menguntungkan akibat berbagai masalah yang dihadapi di pelabuhan tersebut. Oleh itu, terdapat sekumpulan pedagang British mula mempromosikan Kepulauan Sulu sebagai tempat untuk meluaskan perdagangan disamping pelabuhan tersebut berada di pertengahan perjalanan antara Bengal ke Canton.[footnoteRef:54] [54: Sixto Y. Orosa, The Sulu Archipelago and Its People, New Mercury Printing Press, New York, 1923, hlmn. 25.]

Pada tahun 1769, pedagang British dibawah kekuasaaan King George telah datang ke Wilayah Jolo dengan sebuah kapal layar yang besar seberat 200 tan muatan mula berlabuh dan berdagang di Kepulauan Sulu.[footnoteRef:55] Bermula dari situ, hubungan perdagangan antara British dan Kesultanan Sulu mula akrab dan menjalinkan hubungan persahabatan dari segi ekonomi sehingga Kepulauan Sulu menjadi nadi kepada pedagang British dalam menjalankan perdagangan di Dunia Melayu. Walau bagaimanapun, hubungan antara kerajan British dan Kesultanan Sulu mula terjejas apabila Kapten William Mercer, yang merupakan seorang ketua pemerintah di Bengal terlibat dalam pergaduhan dengan Kesultanan Sulu. Namun, Kerajaan British telah memberi amaran kepada pemerintah di Bengal supaya menjaga hubungan baik antara British dan Kesultanan Sulu yang dianggap sebahagian daripada hubungan diplomatik antara kerajaan British dan Kesultanan Sulu. [55: James Francis Warren, The Global Economy and The Sulu Zone : Connection, Commodities, and Culture, New Day Publisher, Philippine Edition, 2000, hlmn. 39. ]

4.0 KESIMPULAN

Sejak awal abad pertama Masihi, telah wujud jalan laut yang telah digunakan sebagai jalan perdagangan, pelayaran dan sebagainya. Sejak daripada itu, telah berlaku perkembangan dalam aktiviti yang melibatkan kelautan. Peranan wilayah-wilayah di Dunia Melayu terhadap sejarah kelautan atau maritim sememangnya tidak boleh dipandang ringan. Kepulauan Borneo, Kepulauan Makassar, dan Kepulauan Sulu adalah antara wilayah yang telah memberi sumbangan yang besar kepada seajrah maritim di Dunia Melayu sejak dari abad ke-15 sehingga abad ke-20.Terdapat beberapa faktor atau bukti yang mengatakan ketiga-tiga wilayah ini penting kepada sejarah maritim di Dunia Melayu. Antaranya, ketiga-tiga wilayah ini merupakan penghasilan kepada barangan perdagangan, melaksanakan jalinan perdagangan, dan berperanan membangunkan bandar-bandar pelabuhan. Justeru itu, dapat disimpulkan disini bahawa perkembangan sejarah maritim di Dunia Melayu banyak bergantung kepada sumbangan wilayah-wilayah utama di sesuatu kawasan yang dikurniai oleh Tuhan dengan kekayaan alam semulajadi. Kekayaan alam inilah yang mencetuskan kepada heretan antara keperluan dan kehendak sehingga wujudnya aktiviti perdagangan dan usaha-usaha pelayaran untuk mendapatkan komoditi barangan di sesuatu kawasan. Situasi ini sekaligus telah memperbagaikan fungsi laut sehingga wujudnya sejarah kelautan atau sejarah mariti di Dunia Melayu.

Senarai rujukan

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan Perkapalan di Selat Melaka : abad ke-15 hingga abad ke-18. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bullbeck, David. 1998. Southeast Asian Exports Since The 14th Century Cloves, Pepper, Coffee, dan Sugar. Singapore : Institute of Saoutheast Asian Studies.

Edward L. Poelinggomang. 2002. Makassar Abad XIX : Studi Tentang Kebajikan Perdagangan Maritim. Jakarta : Kepustakaan Popular Gramedia.

Gun, Geoffrey C. 2007. 500 Tahun Timor Loro Sae. Jakarta : Sahe Institute For Liberation.

Hamizah Hj. Idris. 2006. Perdagangan Pelabuhan di Borneo. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Low, Hugh. 1848. Sarawak : Its Inhabitants and Productions. London : Franck Cass & Co. Ltd.

Mohd Nor Ghani. 1986. Borneo Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nordin Hussin. 2011. Perdagangan dan Peradaban di Laut Melayu. Bangi : Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ooi Keat Gin. 1997. The Free Trade and Native Interest The Brookes and the Economic Development of Sarawak 1841-1941. London : Oxford University Press.

Reid, Anthony. 1983. The Rise of Macassar in Review of Indonesia and Malaysia Affairs. Sydney : University of Sdyney.

Saleeby, Najeeb. M. 1963. The History of Sulu. Manila : Filipiniana Book Guild Inc.

Sewang Ahmad. 2005. Islamisasi Kerajaan Gowa Abad XVI sampai XVII. Jakarta : Yayasan Obor Indonesia

Sivahandralingam Saudara Raja. 1997. Perdagangan dan Pelabuhan Bebas. Shah Alam : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Saunders, G. 1994. A History of Brunei. Kuala Lumpur : Oxford University Press.

Tate, J. M. 2000. The Making of Modern South-East Asia : The Western Impact of Economics and Social Changes. London : Oxford University Press.

Warren. J. Francis. 2000. The Global Economy and The Sulu Zone : Connections, commodities and culture. Philippine : New Day Publisher.