Kaedah Mengumpul Data

10
Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan Sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai dan kaedah cadangan yang perlu djalankan semasa PBS. Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah yang sesuai untuk mengumpul data-data sekolah. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak. Kaedah 1: Pemerhatian Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya untuk membuat tinjauan dengan memerhati dan mengamati sesuatu. Kaedah ini berpeluang mendekatkan saya dengan persekitaran, pemandangan dan budaya sekolah tersebut. Berdasarrkan kaedah ini, saya telah berjaya mengumpul dan memperoleh gamabr-gambar yang berkaitan. Antaranya ialah; a) Persekitaran sekolah b) Kebersihan dan keceriaan sekolah c) Proses pengajaran dan pembelajaran d) Notis pada papan kenyataan e) Bahan bantu mengajar f) Prasarana sekolah g) Susun atur bilik darjah Semua sumber berikut merupakan berdasarkan pemerhatian saya terhadap keadaan di sekolah berikut.

description

kumpulan data

Transcript of Kaedah Mengumpul Data

Page 1: Kaedah Mengumpul Data

Instrumen Pengumpulan Data Berhubung Tugasan

Sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini,

saya telah menggunakan beberapa kaedah yang sesuai dan kaedah cadangan yang

perlu djalankan semasa PBS. Kaedah-kaedah ini merupakan kaedah yang sesuai

untuk mengumpul data-data sekolah. Antara kaedah yang digunakan ialah kaedah

pemerhatian, temu bual, soal selidik dan senarai semak.

Kaedah 1: Pemerhatian

Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan saya untuk membuat

tinjauan dengan memerhati dan mengamati sesuatu. Kaedah ini berpeluang

mendekatkan saya dengan persekitaran, pemandangan dan budaya sekolah

tersebut. Berdasarrkan kaedah ini, saya telah berjaya mengumpul dan memperoleh

gamabr-gambar yang berkaitan. Antaranya ialah;

a) Persekitaran sekolah

b) Kebersihan dan keceriaan sekolah

c) Proses pengajaran dan pembelajaran

d) Notis pada papan kenyataan

e) Bahan bantu mengajar

f) Prasarana sekolah

g) Susun atur bilik darjah

Semua sumber berikut merupakan berdasarkan pemerhatian saya terhadap

keadaan di sekolah berikut.

Page 2: Kaedah Mengumpul Data

Kaedah 2: Temu bual

Kaedah ini merupakan kaedah yang memerlukan komunikasi di antara dua

orang dan lebih. Temu bual digunakan dalam mengumpul maklumat yang berkaitan

dengan sekolah ini. Saya telah menjalankan banyak temu bual bersama dengan

warga SK Temenggong Datuk Muip. Kaedah ini amat berkesan dalam pengumpulan

data yang diperlukan.

Kaedah temu bual ini memerlukan kolaborasi saya diantara guru-guru di

sekolah ini bagi memperoleh data yang saya perlu. Ini telah membantu saya untuk

mengumpul data yang saya perlukan. Malah, saya juga turut menemu bual

pengawal keselamatan di sekolah tersebut disamping mene bual murid-murid.

Kaedah ini secara objektif memberi ruang kepada guru pelatih agar mampu

menyesuaikan diri dalam persekitaran sekolah.

Page 3: Kaedah Mengumpul Data

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Soalan temu bual bersama dengan Penolong Kanan 1

1. Boleh ceritakan secara ringkas tentang sejarah sekolah?

2. Boleh saya tahu jumlah guru dan murid yang ada di sekolah ini?

3. Bagaimanakah pihak pengurusan sekolah menjalankan dan memberi

bimbingan kepada guru pelatih untuk menjalankan PBS?

4. Adakah disiplin di sekolah ini dalam keadaan yang baik atau teruk berbanding

dengan pengalamna cikgu berada di sekolah lain?

Soalan yang dikemukan adalah sedikit memandangkan perlu memberi ruang kepada

guru pelatih lain untuk memberi soalan kepada Penolong Kanan 1.

Page 4: Kaedah Mengumpul Data

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Soalan temu bual bersama dengan Pegawai Pengawal Keselamatan

1. Adakah puan bertugas pada waktu siang sahaja?

2. Siapa nama puan?

3. Boleh saya menemu bual puan untuk mendapatkan maklumat berkaitan

dengan keselamatan di sekolah ini?

4. Mingukt pandangan puan, adakah kerap kali berlakunya kes-kes yang

membabitkan keselamatan sekolah?

5. Apakah punca kes tersebut berlaku?

6. Apakah langkah yang sesuai bagi pihak puan untuk membanteras kes

tersebut?

Page 5: Kaedah Mengumpul Data

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Soalan temu bual bersama dengan Guru Sekolah

1. Siapa nama cikgu?

2. Berapa lama sudah cikgu bertugas untuk menjadi guru di sekolah ini?

3. Adakah cikgu sentiasa menggunakan Bahan Sumber Mengajar semasa

menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran?

4. Adakah cikgu pernah menjadi penganjur bagi aktiviti-aktiviti di dalam sekolah

ini?

5. Pernahkan cikgu mendapat anugerah-anugerah dari pihak sekolah mahupun

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia?

Page 6: Kaedah Mengumpul Data

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Borang Soal Selidik bersama dengan Murid

Soalan Jawapan

Boleh cikgu tahu nama kamu?

Berapakah umur kamu sekarang

Siapa yang selalu hantar kamu ke

sekolah?

Berapakan jumlah duit ibu bapa bagi

kamu untuk ke sekolah?

Siapa kawan baik kamu?

Page 7: Kaedah Mengumpul Data

Kaedah 3: Senarai Semak

Kaedah ini merupakan suatu kaedah yang sangat sesuai digunakan semasa

menjalankan suatu tugasan yang memerlukan pengumpulan data dan maklumat

yang banyak. Bagi memastikan semua data yang diperlukan telah diperolehi,saya

perlu menanda senarai semak yang sudah disediakan bagi mengelak kekeliruan

mahupun pemgumpulan data kedua kali. Senarai semak ini sebenarnya sudah

disediakan oleh penyelaras PBS mengikut standard keperluan portfolio. Oleh yang

demikian, rujukan senarai semak adalah berdasarkan perkara yang perlu ada di

dalam senarai semak tersebut. Antara maklumat yang saya dapat peroleh

menggunakan senarai semak ini ialah:

1. Penyediaan portfolio

2. Amalan refleksi

3. Rekod Kolaborasi

4. Gambar-gambar yang berkaitan dengan Laporan Penilaian

5. Laporan pelaksanaan tugasan

6. Pengalaman dalam bilik darjah

7. Interaksi dengan warga sekolah

Page 8: Kaedah Mengumpul Data

Kaedah 4: Soal Selidik

Kaedah soal selidik ini merupakan persoalan yang dipersoalkan kepada

seseorang yang berkenaan. Dengan menggunakan kaedah ini, saya telah

mengajukan soalan-soalan yang ringkas dan mudah kepada murid-murid di sekolah

tersebut. Dengan menggunakan kaedah ini, dapatan yang saya peroleh ialah:

a) Latar Belakang murid

b) Interaksi dengan murid

c) Pengenalan diri saya kepada murid

Dengan menggunakan kempat-empat instrumen pemerolehan maklumat

tersebut, saya mampu mendapatkan maklumat yang saya perlu dengan baik dan

sesuai untuk dilaksanakan. Kesimpulannya, objektif sebenar kaedah ini berjaya

dijalankan oleh saya dalam PBS ini dan saya telah berjaya berinteraksi dengan

warga sekolah tersebut. Penyesuaian diri saya dengan persekitaran di sekolah

tersebut adalah berjaya.