Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Tingkah Laku Dan Disiplin Murid

download Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Tingkah Laku Dan Disiplin Murid

of 2

Transcript of Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Tingkah Laku Dan Disiplin Murid

  • 7/29/2019 Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Tingkah Laku Dan Disiplin Murid

    1/2

    KAEDAH YANG PALING BERKESAN UNTUK MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU

    DAN DISIPLIN MURID-MURID DI SEKOLAH?

    PENULIS: HAZIQ AZREE BIN YAZID (2013)

    Masalah disiplin bukanlah fenomena baru yang melanda alam persekolahan. Malahan masalah ini kian

    menjadi nanah yang membusuk dalam kalangan pelajar kerana setiap hari pasti ada masalah disiplin yang

    berlaku. Antara masalah yang timbul seperti masalah ponteng, melawan cakap guru, bergaduh, buli,

    merokok dan kini mula timbul masalah yang lebih serius iaitu masalah penagihan dadah. Buktinya,

    dalam kajian yang dijalankan oleh Liong Lian Tai 2006 mendapati bahawa seramai 25 daripada 107

    orang murid tahap 1 dan 2 pernah melakukan perbuatan salah laku di sebuah sekolah rendah di daerah

    Sarikei. Dapatan ini amat mengejutkan kerana pada usia yang masih muda para pelajar telah terlibat

    dalam salah laku. Sementara, menurut Haziq Azree (2013) dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pelajar

    Bimbingan dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris di Drug Intervention Centre Kuantan

    mendapati pelajar seawal usia 15 tahun sudah mula terlibat dengan gejala penagihan dadah. Ini

    menunjukkan betapa seriusnya masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar di sekolah. Justeru, beberapa

    inisiatif perlu diambil bagi mengatasi masalah tingkah laku ini antaranya ialah merujuk pada kaunselor disekolah dan berbincang dengan ibu bapa pelajar.

    Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah dengan merujuk pelajar tersebut kepada

    kaunselor sekolah. Umum mengetahui unit bimbingan kaunseling merupakan satu unit yang mempunyai

    kepakaran dalam mengendalikan kes-kes berkaitan masalah kognitif, emosi dan tingkah laku. Hal ini

    kerana para kaunselor yang ditauliahkan mengetahui teori psikologi dan salah satunya psikologi

    abnormal. Mungkin sesetengah pihak tidak sedar bahawa pelajar yang bermasalah tingkah laku

    menghidapi penyakit mental seperti conduct disorderyang kemudiannya boleh menyebabkan anti-sosial

    personality disorder. MenurutDiagnostic and Statistical Manual IV(2000), antara ciri conduct disorder

    ialah dalam masa 12 bulan atau sekurang-kurangnya 6 bulan individu gagal mengawal keagresifan

    terhadap manusia atau haiwan., merosakkan harta benda, mencuri dan masalah keganasan berlaku sewal13 tahun. Antara contoh keagresifan yang dibuat ialah sering membuli, mengugut dan bergaduh. Mungkin

    sesetengah guru tidak faham mengapa murid ini tidak berubah dan sering melakukan masalah disiplin

    namun kaunselor yang mahir mungkin dapat mengesan sebenarnya pelajar ini gagal mengawal desakan

    untuk memusnah yang disebabkan oleh masalah mental. Justeru, rujukan ke psikiatri perlu bagi

    mengelakkan pelajar ini berubah menjadi teruk dan mungkin menghidapi anti-sosial personaliti disorder

    apabila telah sebati dengan diri mereka.

    Kedua, mengadakan kerjasama yang erat antara guru dengan pelajar dan saling memahami anatar

    satu sama lain. Menurut Al-Banna (2003) dalam Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan (2009)

    terdapat empat proses dalam membentuk perhubungan yang baik antaranya proses taaruf, tafahum, at-

    taaawun dan takaful. Taaruf ialah prose saling mengenal antara guru dengan pelajar bermula denganjasadiyad iaitu tubuh badan dan kemudiannya barulah mengenal jiwa. Apabila taaruf berlaku maka

    proses tafahum akan berlaku iaitu saling memahami dan menerima kekuatan serta kelemahan diri pelajar.

    Manusia sering ingin difahami begitu jua dengan pelajar yang inginkan guru memahami mereka.

    Kemudian, barulah guru dapat membantu pelajar berubah dengan proses tawun iaitu saling menolong. Ia

    dapat dilakukan dengan hati saling mendoakan, pemikiran pula saling nasihat menasihati. Proses terakhir

    pula ialah proses takaful iaitu rasa persaudaraan yang tinggi yang mana susah senang dibantu bersama.

  • 7/29/2019 Kaedah Yang Paling Berkesan Untuk Mengatasi Masalah Tingkah Laku Dan Disiplin Murid

    2/2

    Inilah apa yang dikatakan oleh Rogers (1959) bahawa empati iaitu kebolehan kaunselor (guru) masuk

    dalam ruang rujuk klien atau dunia fenomenologi (pelajar) klien iaitu guru merasa apa yang dirasakan

    pelajar. Dengan adanya kerjasama yang erat ini barulah tingkah laku pelajar dapat dibentuk semula.

    Kesimpulannya, dalam ilmu barat atau ilmu Islam sendiri telah mengajar kita bagaimana untuk

    mengubah masalah tingkah laku atau disiplin. Guru hanya perlu mendalami ilmu yang ada dan mencuba

    kaedah pendekatan yang bersesuaian untuk merubah tingkah laku pelajarnya.