KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan...

23
KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI DAERAH PENAMPANG SABAH. JESSICA A. MOSIKON UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan...

Page 1: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN

TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN

PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI

DAERAH PENAMPANG SABAH.

JESSICA A. MOSIKON

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan
Page 3: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan
Page 4: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN

TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN (MI) GARDNER DI KALANGAN

PELAJAR ALIRAN BUKAN SAINS TINGKATAN 4 BUMIPUTERA DI

DAERAH PENAMPANG SABAH.

JESSICA A. MOSIKON

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER, 2004

Page 5: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan
Page 6: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

iii

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT SELURUH AHLI KELUARGA TERSAYANG

YANG SENTIASA MEMBERIKAN

DORONGAN DAN GALAKAN UNTUK

TERUS BERJAYA.

TERUTAMANYA DADY & MUMY,

ALEXANDER MOSIKON & MARY JIVONIS

YANG SENTIASA MENDOAKAN KEJAYAAN SAYA.

BUAT ADIK-ADIK TERSAYANG

JAY-JAY & JACK

TERUSKANLAH PERJUANGAN KALIAN DALAM MENGEJAR CITA-

CITA YANG MURNI

JUGA UNTUK INSAN YANG TERSAYANG

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI…

Page 7: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kepada Tuhan kerana dengan rahmat-Nya akhirnya saya berjaya

menyelesaikan Projek Sarjana Muda ini dengan sempurna.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Prof. Madya Dr.

Zaleha Ismail di atas kesungguhan beliau membimbing dan menunjuk ajar saya di

sepanjang kajian ini sehingga selesai.

Tidak lupa juga di ucapkan terima kasih kepada penasihat akademik saya, Dr.

Seth Bin Sulaiman kerana memberi bantuan dan sokongan semangat kepada saya dalam

menyiapkan kajian ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan pelajar Sekolah

Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin Penampang, Sabah di atas kerjasama yang

diberikan dalam melancar dan menjayakan kajian ini.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada sahabat saya Clarence yang tidak

jemu membantu dalam menjayakan kajian ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga

buat keluarga kerana dorongan dan sokongan sepanjang pengajian saya.

Akhir sekali ucapan terima kasih saya tujukan kepada mereka yang memberikan

bantuan secara langsung atau pun tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

Page 8: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran di

kalangan pelajar tingkatan 4 bumiputera Sabah berdasarkan Teori Kepelbagaian

Kecerdasan Gardner. Kajian ini melibatkan 114 orang responden. Soal selidik oleh

Gary Harms yang mengandungi 80 item telah digunakan untuk mengumpul

maklumat mengenai gaya pembelajaran pelajar. Data-data yang dikumpul dianalisis

dengan menggunakan Microsoft Excel untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min

dan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan

di dalam kajian ini. Kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, responden

menunjukkan gaya pembelajaran kecerdasan intrapersonal, muzikal, kinestetik

badan, verbal linguistik dan logik matematik. Dapatan kajian menunjukkan tidak

wujud perbezaan yang signifikan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian

akademik pelajar. Walau bagaimanapun, gaya pembelajaran kecerdasan logik

matematik sahaja yang menunjukkan perhubungan yang signifikan. Kajian juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pembelajaran

mengikut kecerdasan di kalangan responden mengikut jantina. Dapatan kajian

menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan hanya dalam gaya pembelajaran

kecerdasan kinestetik badan di kalangan responden mengikut keturunan. Beberapa

cadangan telah dikemukakan agar para pendidik dapat memenuhi keperluan gaya

pembelajaran Sains pelajar-pelajar bumiputera Sabah di daerah Penampang.

Page 9: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

vi

ABSTRACT

This study was conducted to identify the learning styles among the

indigenous form four students in Sabah based on the Gardner’s Multiple Intelligence

Theory. This study involved 114 respondents. Information on students’ learning

styles was collected using questionnaires by Gary Harms, which consisted of 80

items. These data were analyzed using statistical functions in Microsoft Excel to

obtain the frequencies, percentages, means, and significant differences in order to

answer each of the problem statements proposed in this study. The study show that

overall; the respondents had intrapersonal, musical, bodily kinesthetic, verbally

linguistic, and logically mathematic learning styles. The results also show that no

significant difference exist between the students’ learning styles and their academic

achievements. However, there is a significant correlation between logically

mathematic learning style and the students’ academic achievements. The study also

shows that there was no significant difference in learning styles based on multiple

intelligence among the respondents of different sexes. However, results show that

there was a significant difference in learning style based on bodily kinesthetic

intelligence among the respondents of different races. Some suggestions are

proposed for the teachers to fulfill the needs of learning styles of indigenous students

in the district of Penampang Sabah in Science subject.

Page 10: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 6

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 8

1.9 Kerangka Teori 9

1.10 Definisi Terminologi 10

1.10.1 Sains 10

1.10.2 Aliran Bukan Sains 10

1.10.3 Pelajar Bumiputera 11

1.11 Penutup 11

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Objektif Matapelajaran Sains 13

2.3 Pembelajaran 13

2.4 Gaya Pembelajaran 15

Page 11: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

viii

2.5 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Gaya Pembelajaran 17

2.6 Kecerdasan 19

2.7 Teori Kepelbagaian Kecerdasan (Multiple Intelligences) 20

2.7.1 Kecerdasan Verbal Linguistik 21

2.7.2 Kecerdasan Logik Matematik 21

2.7.3 Kecerdasan Ruang Visual 22

2.7.4 Kecerdasan Kinestetik Badan 22

2.7.5 Kecerdasan Muzikal 23

2.7.6 Kecerdasan Intrapersonal 24

2.7.7 Kecerdasan Interpersonal 24

2.7.8 Kecerdasan Naturalis 25

2.8 Kajian Terhadap Gaya Pembelajaran Dengan Teori kepelbagaian Kecerdasan 25

2.9 Persamaan dan Perbezaan Di Antara Gaya pembelajaran Dunn and Dunn Dengan Teori Gardner 27

2.10 Aplikasi Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Bilik Darjah 28

2.11 Penggunaan Teori Kepelbagaian kecerdasan Dalam Sistem Pendidikan 30

2.12 Penggunaan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Dalam Pemilihan Kerjaya 31

2.13 Penutup 33

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 34

3.2 Reka Bentuk Kajian 34

3.3 Prosedur Mengumpul Data kajian 35

3.4 Kawasan Kajian 35

3.5 Sampel Kajian 36

3.6 Instrumen Kajian 36

3.6.1 Bahagian A 37

3.6.2 Bahagian B 37

Page 12: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

ix

3.7 Analisis Data 38

3.8 Kajian Rintis 39

3.9 Penutup 40

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42

4.3 Dapatan Kajian Berasaskan Persoalan Kajian 44

4.3.1 Analisis Persoalan 1: Jenis Gaya Pembelajaran Di Kalangan Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan (MI) 44

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2: Mengenalpasti Kewujudan Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Responden Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan. 59 4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3:

Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Jantina. 60

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4: Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner Di Kalangan Responden Mengikut Keturunan. 61

4.4 Penutup 64

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Perbincangan Kajian 65

5.2.1 Persoalan Kajian 1 66

5.2.2 Persoalan Kajian 2 71

5.2.3 Persoalan Kajian 3 72

5.2.4 Persoalan Kajian 4 73

5.3 Rumusan Kajian 74

Page 13: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

x

5.4 Implikasi Dan Cadangan 75

5.5 Saranan Kajian Lanjutan 79

5.6 Penutup 80

RUJUKAN 82

LAMPIRAN

Soal Selidik 89

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Page 14: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 42

4.3 Taburan Responden Mengikut Gred Bagi

Matapelajaran Sains Yang Diperolehi Dalam PMR. 43

4.4 Skala Tahap Kepelbagaian Kecerdasan

Di Kalangan Responden. 45

4.5 Kecerdasan Verbal Linguistik 45

4.6 Kecerdasan Logik Matematik 46

4.7 Kecerdasan Ruang Visual 48

4.8 Kecerdasan Kinestetik Badan 49

4.9 Kecerdasan Muzikal 51

4.10 Kecerdasan Interpersonal 52

Page 15: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

xii

4.11 Kecerdasan Intrapersonal 54

4.12 Kecerdasan Naturalis 55

4.13 Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan

Pencapaian Sains PMR 59

4.14 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner

Mengikut Jantina secara keseluruhan 60

4.15 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner

Mengikut Jantina Bagi setiap kecerdasan 60

4.14 Perbezaan Gaya Pembelajaran Berdasarkan

Teori Kepelbagaian Kecerdasan Gardner

Mengikut keturunan 66

Page 16: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Perhubungan Di Antara Gaya Pembelajaran

Dengan Teori Kepelbagaian Kecerdasan 9

4.1 Min Gaya Pembelajaran

(Kepelbagaian Kecerdasan) Secara

Keseluruhan 57

4.2 Peratus Gaya Pembelajaran

(Kepelbagaian Kecerdasan) Secara

Keseluruhan 57

Page 17: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

xiv

SENARAI SIMBOL

α - Alfa (0.05)

% - Peratus

Sig. - Signifikan

SM - Sangat Menyerupai Saya

M - Menyerupai Saya

HM - Hampir Menyerupai Saya

TM - Tidak Menyerupai Saya

STM - Sangat Tidak Menyerupai Saya

MI - Multiple Intelligences (Kepelbagaian Kecerdasan)

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 18: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sains adalah salah satu mata pelajaran yang penting di sekolah sama ada

peringkat sekolah rendah, menengah mahupun di institusi pengajian tinggi. Di

sekolah, prestasi kecemerlangan pelajar dalam mata pelajaran sains diukur melalui

keputusan mereka dalam peperiksaan sekolah dan awam. Namun ternyata pada

setiap peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan sebagainya, pelajar negara

masih tidak mampu memberikan keputusan semua lulus dalam mata pelajaran sains.

Walau bagaimanapun, negara sentiasa mengharapkan peningkatan pelajar

dalam mata pelajaran ini. Ini kerana, pencapaian yang cemerlang dalam sains

memberikan peluang yang besar kepada pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara

gading. Pelbagai bidang sains yang diperlukan oleh negara membangun seperti

Malaysia. Ini termasuklah penggunaan tenaga kerja yang mahir dalam bidang sains

dan teknologi untuk meningkatkan semua industri negara seperti pembuatan,

pembinaan dan sebagainya. Peningkatan tenaga mahir negara akan mengurangkan

pengimportan tenaga mahir dari negara lain. Selain daripada itu, sains juga

Page 19: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

2

membantu manusia dalam menguruskan alam dan sumber-sumbernya dengan penuh

tanggungjawab dan bijaksana.

Oleh itu, apakah tindakan yang harus diambil untuk memastikan pencapaian

matapelajaran sains sentiasa menunjukkan peningkatan? Mengikut pendapat Dunn

& Dunn (1979), penyelesaiannya adalah dengan mengetahui gaya pembelajaran

pelajar dan menyesuaikannya dengan rancangan pelajaran mengikut gaya mereka.

Setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri dan berbeza secara

individu seperti mana cap ibu jari (Gremli, 1996). Sebenarnya apakah yang

dimaksudkan dengan gaya pembelajaran? Gaya pembelajaran adalah cara seseorang

individu memahami semasa menerima dan memproses maklumat dan pengetahuan

yang akhirnya mewujudkan perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran dan

pengajaran. Menurut pendapat, Pengarah Kesatuan kebangsaan pengetua-pengetua

sekolah menengah (NASSP), Keele (1979):

“Learning style diagnosis that gives the most powerful leverage yet available

to educators to analyze, motivate and assist students in school. It is the foundation of

truly modern approach to education”.

Sebenarnya terdapat banyak definisi gaya pembelajaran yang didefinisikan

oleh para pengkaji dan pendidik. Walau bagaimanapun terdapat satu teori yang

komprehensif berkaitan dengan gaya pembelajaran iaitu Teori Kepelbagaian

Kecerdasan ( multiple intelligences ) yang diperkenalkan oleh Howard Gardner pada

tahun 1983. Dalam teori ini, terdapat beberapa jenis kecerdasan dan setiap manusia

mempunyai semua jenis kecerdasan (Gardner, 1993). Namun keunikannya, setiap

manusia mempunyai satu set kekuatan dan kelemahan intelektual. Menurut Gardner

(1999), terdapat 9 kecerdasan iaitu verbal linguistik, logik matematik, muzik, ruang

visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan eksistensialis.

Keupayaan dalam memahami gaya pembelajaran dan situasi yang boleh menyokong

belajar secara berkesan akan dapat mempertingkatkan pencapaian akademik,

kekuatan dalamannya dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 20: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

3

1.2 Latar belakang Masalah

Tahun demi tahun jumlah pelajar di negara kita sentiasa menunjukkan

peningkatan dan setiap pelajar mempunyai gaya pembelajarannya yang tersendiri

kerana datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan kecenderungan yang

berbeza. Menurut Dunn (1993), gaya pembelajaran adalah satu set ciri-ciri peribadi

yang mempengaruhi bagaimana seseorang menerima, mengumpul dan memproses

maklumat. Oleh itu, gaya pembelajaran pelajar menjadi aspek penting di sekolah.

Gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada cara interaksi individu dengan sesuatu

maklumat atau rangsangan kemudian memproses dan menganalisis maklumat

tersebut di dalam otak untuk dijadikan pengetahuan.

Menurut Kolb (1971), salah satu kegagalan seseorang ialah tidak faham

proses pembelajaran dirinya sendiri atau gaya pembelajarannya. Kajian juga

menunjukkan bahawa pelajar lebih berdikari, bertanggungjawab dan berkeyakinan

sekiranya memahami gaya pembelajaran mereka ( Sims and Ehrardt,1978 ;

Myers,1992). Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah suatu yang kompleks.

Di sekolah pelajar membentuk gaya pembelajaran tersendiri serta berinteraksi

dengan maklumat dengan bantuan guru yang mempunyai gaya pengajaran tersendiri.

Guru-guru selalu mengandaikan mereka hanya bertanggungjawab mengenai subjek

yang diajar tanpa menghiraukan proses kognitif pelajar tersebut. Kelemahan pelajar

dalam pembelajaran sering dikaitkan dengan suasana sekolah yang tidak kondusif,

saiz kelas yang besar, kemudahan yang tidak mencukupi dan bebanan sukatan

pelajaran yang berat serta peperiksaan (Subahan,1996 ).

Sistem persekolahan sekarang lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja

iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik (Gardner,1995). Kebanyakan guru tidak

menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut

kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada

murid mereka. Ramai pelajar yang berbakat atau 'gifted' juga kurang bermotivasi

untuk ke sekolah kerana masalah guru yang hanya tertumpu kepada sistem

Page 21: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

4

pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’. Proses pembelajaran tersebut akan

menyebabkan beberapa pelajar sahaja yang terlibat aktif dalam bilik darjah.

Terdapat banyak pelajar yang lebih cenderung kepada kecerdasan selain kecerdasan

verbal-linguistik dan logik-matematik akan terpinggir dalam proses pembelajaran

dan pengajaran (Hearne &Stone,1995). Pelajar-pelajar ini telah dilabelkan sebagai

murid yang bermasalah, pencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah

meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri

mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.

Pelajar bumiputera Sabah yang berketurunan Kadazan, Dusun, Murut dan

Bajau adalah golongan terbesar dalam negeri merupakan tunggak kepada

pemerintahan dan pembangunan negeri seterusnya kepada negara. Sebagaimana

yang kita sedia maklum, gaya pembelajaran yang diamalkan dalam proses

pembelajaran mempengaruhi kecemerlangan seseorang pelajar. Oleh itu, adalah

menjadi satu usaha yang baik untuk menumpukan bagaimana seseorang pelajar itu

dapat belajar dengan lebih berkesan dan efisien dengan mengetahui gaya

pembelajaran pelajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Kecemerlangan seseorang pelajar amat dipengaruhi dengan gaya

pembelajarannya. Sekiranya gaya pembelajaran tidak dikenalpasti, pelajar agak

sukar mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran kerana pendekatan

pembelajaran tidak bersesuaian dengan gayanya. Kajian ini dijalankan untuk

mengenal pasti jenis gaya pembelajaran sains menurut Teori kepelbagaian

kecerdasan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter

Mojuntin Penampang Sabah. Terdapat 8 jenis kecerdasan iaitu verbal linguistik,

logik matematik, muzikal, ruang visual, kinestetik badan, intrapersonal, interpersonal

dan naturalis dalam teori tersebut. Setiap pelajar mempunyai kesemua kecerdasan

Page 22: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

5

sebut tetapi masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan terhadap

kecerdasan tersebut (Brualdi,1996). Oleh itu penyelidik cuba mengenalpasti gaya

pembelajaran pelajar yang sebenarnya. Gaya pembelajaran penting untuk membantu

pelajar dalam proses pemahaman pembelajaran.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran di kalangan

pelajar-pelajar aliran bukan Sains Tingkatan 4 bumiputera Sabah di daerah

Penampang Sabah berdasarkan Teori kepelbagaian Kecerdasan. Berikut merupakan

objektif kajian penyelidik:

a) Mengenalpasti jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar

aliran bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan.

b) Mengenalpasti hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains dengan

pencapaian akademik pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah.

c) Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-

pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut jantina.

d) Mengenalpasti perbezaan jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-

pelajar aliran bukan Sains bumiputera Sabah mengikut keturunan.

Page 23: KAJIAN MENGENAI GAYA PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI ... · PDF filedan perbezaan signifikan bagi menjawab setiap persoalan kajian yang ... Dalam teori ini, ... yang diajar tanpa menghiraukan

6

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, terdapat beberapa persoalan kajian untuk mengetahui jenis

gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 aliran bukan Sains

bumiputera Sabah. Antara persoalan kajian penyelidik ialah:

1) Apakah jenis gaya pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran

bukan Sains bumiputera Sabah secara keseluruhan?

2) Adakah terdapat hubungan antara jenis gaya pembelajaran sains

dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar aliran bukan sains

bumiputera Sabah?

3) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya

pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains

bumiputera Sabah mengikut jantina?

4) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam jenis gaya

pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar aliran bukan Sains

bumiputera Sabah mengikut keturunan?

1.6 Hipotesis Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah menetapkan beberapa hipotesis. Hipotesis

yang ditetapkan adalah berdasarkan persoalan kajian yang dikemukakan untuk

melihat perbezaan signifikan dalam gaya pembelajaran sains berdasarkan Teori

Kepelbagaian Kecerdasan Gardner di kalangan responden. Berikut adalah hipotesis

yang telah ditetapkan: