Kajian tinjauan penggunaan facebook

16
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 3 – KAJIAN TINJAUAN TAJUK: Tinjauan Penggunaan Facebook Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua SMK Pengkalan Aur , Taiping, Perak NAMA : SURAYA BT KAMARUDDIN (M20121000495) SEMESTER : 3 SESI 2013/2014 PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF HJ GHAPOR

description

 

Transcript of Kajian tinjauan penggunaan facebook

Page 1: Kajian tinjauan penggunaan facebook

KPT 6044

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TUGASAN 3 – KAJIAN TINJAUAN

TAJUK:

Tinjauan Penggunaan Facebook

Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua

SMK Pengkalan Aur , Taiping, Perak

NAMA : SURAYA BT KAMARUDDIN (M20121000495)

SEMESTER : 3 SESI 2013/2014

PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD LATIF HJ GHAPOR

Page 2: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Tinjauan Penggunaan Facebook

Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua SMK Pengkalan Aur

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti penggunaan facebook dalam kalangan pelajar

tingkatan dua di SMK Pengkalan Aur. Selain itu, ia bertujuan untuk mengenalpasti potensi

pelajar tingkatan dua mengenai penggunaan facebook sebagai satu laman sosial yang

membantu proses pembelajaran secara berterusan . Satu kajian tinjauan terhadap 11 orang

pelajar menerusi soal selidik. Hasil tinjauan tersebut mendapati bahawa 100 peratus pelajar

yang terlibat mempunyai akaun facebook yang aktif..Kajian juga mendapati pelajar yang

menggunakan facebook bukan hanya bertujuan sosial malah menggunakannya untuk

pendidikan sebagai proses pembelajaran terkini dan kreatif serta berkesan. .Kajian lanjutan

boleh dilakukan supaya hasil dapatan lebih baik diperolehi.

Kata Kunci: Penggunaan; Facebook

Page 3: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Pengenalan

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet

merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook

merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi

yang kian canggih.

Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya dikatakan adalah sebagai alat

yang menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial ini

kemudiannya telah dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan

ruangan sembang, membolehkan pengguna mengemaskini status, menghantar mesej dan

menghasilkan avatar atau gambar animasi.

Berdasarkan laporan ( iAwani Berita Teknologi dan Inovasi,2013)Facebook memiliki

jumlah pengguna aktif seramai 1.9 billion orang sehingga ke tempoh 30 September 2013.

Jumlah itu merangkumi jumlah pengguna aktif di peranti mudah alih (merangkumi tablet pc

dan smartphone) seramai 874 juta orang. Jumlah pengguna aktif harian (daily active user)

Facebook pula telah meningkat menjadi seramai 728 juta orang. Pencapaian Facebook

sepanjang suku ketiga tahun 2013 (bermula dari awal Jun sehingga akhir bulan September)

telah meningkat sebanyak 60% dari suku yang sama pada tahun 2012.

Facebook juga mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Satu survei mengenai laman

jaringan sosial yang paling popular di Malaysia oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA)

mendapati jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta

orang. Ini menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah

pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Jumlah ini

secara tidak langsung menggambarkan bahawa Facebook merupakan laman sosial yang

Page 4: Kajian tinjauan penggunaan facebook

paling popular di Malaysia. Populariti Facebook telah menarik minat ramai pengkaji untuk

menyelidik penggunaan laman sosial ini.

Penggunaan Facebook

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat Penggunaan membawa maksud perihal (perbuatan,

kegiatan, dan lain-lain) menggunakan sesuatu. Maksud Penggunaan dari segi bahasa ialah

guna atau pakai manakala dari segi istilah ialah perlakuan mengguna barangan atau

perkhidmatan bagi memenugi keperluan semasa. Menurut Donald W. Woffat Penggunaan

barangan atau perkhidmatan bagi memuaskan kehendak-kehendak pengguna. Hasil daripada

penggunaan melahirkan nilai faedah atau utility

Facebook adalah perkhidmatan rangkaian sosial dalam talian. Namanya berasal dari

nama colloquial untuk buku yang diberikan kepada pelajar-pelajar pada permulaan tahun

akademik oleh sesetengah pentadbiran universiti Amerika untuk membantu pelajar mengenali

satu sama lain. Facebook di perkenalkan pada 4 februari 2004 yang telah dicipta oleh Mark

Zuckerberg, seorang lulusan Harvard dan bekas pelajar Ardsley High School. Penggunaan

facebook pada mulanya hanya terhad kepada pelajar di Harvard College. Akan tetapi, dua

bulan kemudian, penggunaannya diperluas ke universiti lain di wilayah Boston (Boston

College, Boston University, MIT, Tufts), Rochester, Stanford, NYU, Northwestern, dan

semua univeristi yang termasuk dalam Ivy League. Sehinggalah akhirnya facebook boleh di

gunakan di seluruh dunia.

Semua penggunaan boleh berhubung secara bebas dengan menggunakan facebook . Ia

beransur-ansur menambah sokongan untuk pelajar di pelbagai universiti lain sebelum ia

dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah, dan akhirnya kepada mereka yang berumur

Page 5: Kajian tinjauan penggunaan facebook

13 dan ke atas. Facebook kini membolehkan sesiapa sahaja yang mendakwa berusia

sekurang-kurangnya 13 tahun untuk menjadi pengguna berdaftar laman web.

Pengguna perlu mendaftar sebelum menggunakan tapak ini, selepas itu mereka boleh

membuat profil peribadi, menambah pengguna lain sebagai kawan, mesej pertukaran, dan

menerima pemberitahuan automatik apabila mereka kini profil mereka. Selain itu, pengguna

boleh menyertai kumpulan pengguna faedah biasa, yang dianjurkan oleh tempat kerja,

sekolah atau kolej, atau ciri-ciri lain, dan mengkategorikan rakan-rakan mereka ke dalam

senarai seperti "Rakan Sekerja" atau "Kawan Rapat"

Mark Zuckerberg  co-creator of Facebook

Sumber : Wikepedia

Menurut Kajian Jessica Lee Pugh (2010), Pengguna Facebook menggunakan beberapa ciri-

ciri termasuk nota (blog), permainan, berbual, menyertai laman kipas, bermula kumpulan,

menghantar status, dan menulis pada itu walls lain. melalui pengalaman ini, pengguna

membangunkan konsep diri mereka dan identiti affiliative untuk mewujudkan imej mereka

dan untuk menghasilkan perhatian mereka sendiri melalui pengalaman mikro selebriti di

Facebook.

Page 6: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Pernyataan Masalah

Penggunaan facebook sering kali diperkatakan memberi kesan negatif sehingga membawa

kepada kelalaian pelajar dalam pelajaran. Namun jika penggunaannya dibimbing oleh ibu

bapa dan guru ,penggunaannya akan memberikan kesan yang positif kerana ramai orang

menggunakannya untuk tujuan pendidikan juga. Oleh yang demikian, penyelidik ingin

mengenalpasti tahap penggunaan facebook dalam kalangan pelajar tingkatan 202, dan ingin

mengetahui tujuan facebook dilayari, sama ada untuk tujuan sosial ataupun pendidikan .

Maka penyelidik ingin mengkaji sama ada facebook. Penyelidik juga ingin mengenalpasti

adakah facebook boleh dijadikan alat bahan bantu mengajar selepas di luar waktu

persekolahan dan membantu dalam proses pembelajaran .

Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah mengenalpasti tujuan penggunaan facebook dalam kalangan pelajar

tingkatan dua kelas 202, SMK Pengkalan Aur. Selain itu, objektif kajian ini ialah

mengenalpasti potensi pelajar tingkatan dua kelas 202 mengenai penggunaan facebook

sebagai alat bahan bantu mengajar dalam proses pembelajaran secara berterusan.

Reka Bentuk Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kaedah tinjauan

digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

Page 7: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Populasi dan Sampel

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar sekolah tingkatan dua di SMK

Pengkalan Aur, Taiping Perak. Seramai 11 orang ( 3 pelajar lelaki dan 8 pelajar

perempuan)pelajar tingkatan dua kelas 202, dipilih untuk dijadikan sampel kajian. Instrumen

yang digunakan bagi mendapatkan data dari sampel ialah melalui soal selidik.

Dapatan Kajian

Hasil Tinjauan yang dilakukan, penyelidik mendapati kesemua pelajar yang disoal selidik

mempunyai akaun facebook yang mana aktif. 64% daripada sampel melayari laman facebook

melalui komputer/internet di rumah dan selebihnya membuka laman facebook menggunakan

tablet atau smartphone menerusi pelan prabayar yang ditawarkan oleh syarikat

telekomunikasi seperti maxis, celcom, U-Mobile dan DiGi. Secara keseluruhannya mereka

membuka laman facebook lebih 2 hari dalam seminggu di antara 1 hingga 2 jam sehari.

Hasil kajian mengenai tujuan sosial mendapati pembabitan pelajar di dunia maya

facebook ini, bilangan friend dalam akaun facebook masing-masing melebihi 200 hingga 800

orang. Mereka menggunakan laman sosial ini untuk mencari kenalan yang ramai dan boleh

bertukar-tukar pendapat. Selain menjadi alat perhubungan untuk menyampaikan berita yang

penting. Kemudahan yang ada dalam facebook seperti boleh bersembang di dalam ruangan

chat atau boleh melihat rakan secara langsung melalui video call sangat mengujakan mereka

untuk terus menjadikan facebook sebagai sesuatu yang penting dalam kehidupan mereka.

Kajian juga mendapati 100% pelajar yang terlibat sama sekali tidak setuju facebook

dijadikan tempat untuk mengutuk dan memarahi seseorang dengan ayat-ayat yang kesat dan

negatif. Namun ada di kalangan pelajar yang terjebak dengan cinta facebook dan menjalinkan

Page 8: Kajian tinjauan penggunaan facebook

cinta jarak jauh dengan seseorang yang baru dikenalinya, walau bagaimanapun peratusannya

adalah kecil iaitu 18%.

Pengkaji turut membuat kajian berkaitan penggunaan facebook untuk tujuan

pembelajaran. Kajian mendapati kesemua pelajar yang terlibat berkongsi maklumat dengan

mengupload bahan pembelajaran berbentuk audio-visual, grafik, animasi dan lain-lain yang

diperlolehi dari laman blog atau youtube. Satu kumpulan perbincangan diwujudkan oleh salah

seorang pelajar bagi membincangkan hal yang berkaitan dengan mata pelajaran tertentu.

Facebook juga dijadikan medan untuk memberitahu maklumat penting daripada guru dan

disampaikan dengan segera kepada rakan yang lain. Kesemua pelajar bersetuju telah merujuk

bahan yang telah di upload oleh guru untuk tujuan mengulangkaji pelajaran yang telah

dibincangkan di dalam kelas. Ini membuktikan proses pembelajaran yang berterusan berlaku

walaupun ketika pelajar berada di luar kelas.

Hasil dari pembacaan bahan yang disediakan guru ditambah dengan perbincangan

bersama rakan-rakan yang lain dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata

pelajaran yang berkaitan. 80% pelajar sangat bersetuju facebook merupakan rangkaian sosial

yang membantu mereka dalam meningkatkan kefahaman dalam pelajaran dan memberi kesan

jangka hayat ingatan yang panjang.

Page 9: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Cadangan / Kesimpulan

Memandangkan hampir keseluruhan pelajar tingkatan 202 mempunyai akaun facebook yang

aktif dan kemudahan memuat naik gambar-gambar, video dari rakaman atau dari youtube,

informasi terkini yang berkaitan dari laman web yang lain , kesempatan ini perlulah diambil

oleh guru untuk menjadikan laman sosial ini sebagai medan pembelajaran yang berterusan

dengan membentuk satu kumpulan yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan

pembelajaran, memuat naik bahan untuk tujuan mengulangkaji bagi mengukuhkan

pemahaman pelajar terhadap sesuatu pelajaran.

Penggunaan facebook akan menjadi lebih kerap dan berkesan apabila syarikat

komunikasi seperti maxis, celcom, DiGi dan U Mobile menawarkan pelan perkhidmatan

prabayar yang mana pengguna facebook boleh kekal berhubung dengan rakan-rakan 24jam

sehari secara percuma dengan pembelian top up serendah RM3.

Pelajar bukan sahaja dapat berhubung dengan rakan-rakan untuk tujuan sosial malah

boleh menjadikannya satu laman untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat seperti mana

pepatah Melayu ‘sambil menyelam, minum air’. Apa yang paling penting tugas ibu bapa dan

guru untuk membimbing minat dan kegemaran pelajar ke arah yang positif bukan menyekat

dan memaksa pelajar menutup akaun facebook .

Guru juga perlu merancang dengan teliti untuk memastikan penggunaan blog di

aplikasikan sepenuhnya dalam pengajaran. Guru perlu menggunakan bahan dan sumber yang

betul untuk memastikan pelajar dapat menerima pembelajaran dengan baik. Guru perlu

mempunyai panduan atau menggunakan model pengajaran yang dapat membantu guru

membuat perancangan pengajaran dengan betul.

Terdapat beberapa model yang telah diperkenalkan namun model ASSURE yang

telah direkabentuk oleh R. Heinrich, M. Molenda, J Rusell dan S. Smaldino telah diambil

untuk dijadikan panduan oleh guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran. Model

Page 10: Kajian tinjauan penggunaan facebook

ini mambantu guru mengenalpasti menggunakan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai

untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dan murid dapat menguasai kandungan mata

pelajaran. Terdapat enem elemen utama model ini iaitu A = Analyse Leaner (Analisis

Pelajar), S = State objective (Nyatakan objektif), S = Select, modify or make media (pilih

kaedah, media dan bahan), U = Utilise media and material (guna media dan bahan), R =

Require Leaner Participation (dorong penglibatan pelajar) dan E = Evaluate and Revise

(menilai dan menyemak semula).

RAJAH 1 : MODEL ASSURE

Model ini membantu guru untuk merancang pengajaran dan memilih media, bahan dan

sumber yang betul dalam melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Keberkesanan

penggunaan media dalam pengajaran adalah bergantung sepenuhnya ke atas guru sendiri.

Oleh itu, adalah perlu guru mendalami ilmu teknologi bagi memastikan

penggunaan teknologi dapat dipelbagaikan sejajar dengan perkembangan pendidikan masa

kini. Facebook salah satu cara mudah untuk memperoleh ilmu atau berkongsi maklumat

dengan orang lain. Penggunaan facebook juga sebagai salah satu altenatif bahan bantu

mengajar yang dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat dan bahan

pembelajaran. Selain membimbing pelajar menjadikan laman sosial ini sebagai sesuatu yang

positif yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti pembelajaran untuk kejayaan pelajar

di masa akan datang.

Rujukan

AAnalisi

s pelajar

SNyatak

an objektif

SPilih

kaedah,

media dan

bahan

UGuna media dan

bahan

RPenglibatan pelajar dalam pembelajaran

ENilai

bahan

Page 11: Kajian tinjauan penggunaan facebook

Jessica Lee Pugh (2010).A Quality Study Of The Facebook Sosial Network: The Desire To

Influence, Associate, And Contruct A Representative And Ideal Identity. California

StateUniversity

http://www.csulb.edu/colleges/cba/honors/thesis/documents/JessicaPughThesis.pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penggunaan

Shueqry Abdullah (2013) Pengguna Facebook Cecah 1.9 Billion September 2013,

iAwani Berita Teknologi dan Inovasi,

http://www.iawani.com/facebook-statistik-jumlah-pengguna-aktif-mudah-alih-

september-2013.html

Sharon E. Smaldino, Deborah L. Lowther, James D. Russell (2012). Instructional Technology

And Media For Learning. Boston: Pearson.

Wikipedia, the free encyclopedia http://en.wikipedia.org/wiki/Facebook