kajintindkan.pdf

9
MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP KONSEP WARNA SEKUNDER MENGGUNAKAN KIT “COLOURFUL PROJECTOR” BAGI MURID TAHUN 4 PINTAR Oleh: Muhammad Firdaus Bin Kamarudin, Puan Rosnah Bt Mustafa, Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected], [email protected] ABSTRAK Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap Konsep Warna Sekunder menggunakan kit “COLOUR PROJECTOR”. Kajian dijalankan ke atas empat orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu. Tinjauan masalah mendapati responden lemah dalam memahami Konsep Warna Sekunder. Kajian ini dianalisis menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan data yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya. Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian. Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman dengan penggunaan kit “COLOUR PROJECTOR”. Diharapkan kajian tindakan ini dapat dapat memberi manfaat kepada guru- guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kata Kunci: Kit ‘“COLOUR PROJECTOR”, kefahaman terhadap Konsep Warna Sekunder. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS Pengalaman melaksanakan praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin telah banyak memberikan input yang mencukupi bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Sewaktu melaksanakan praktikum di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin, pengkaji telah ditugaskan untuk mengajar murid tahun 4 Pintar. Pengkaji berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti seni sepanjang 12 minggu berada di sekolah tersebut termasuklah aktiviti menggambar. Melalui aktiviti menggambar, pengkaji telah meminta murid untuk mewarnakan sebuah lukisan rama-rama menggunakan warna asas. Selain itu, murid juga diminta mewarnakan lukisan aiskrim menggunakan warna sekunder. Sewaktu proses aktiviti sedang berjalan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid mampu mewarna lukisan dengan baik. Namun, setelah diamati tidak ramai murid yang mengikut arahan untuk mewarnakan lukisan rama-rama menggunakan warna asas dan lukisan aiskrim menggunakan warna sekunder. Mereka mewarna lukisan tersebut secara rambang dan tidak mengikut arahan yang disediakan. Perkara ini telah memberi kesan kepada ton warna lukisan tersebut. Di sini, pengkaji mendapati bahawa ramai murid masih lemah dan kurang memahami Konsep Warna Sekunder dengan jelas dan tepat . Murid-murid tersebut dilihat mempunyai kemahiran dalam mewarna namun gagal memahami Konsep Warna Sekunder dengan baik. Oleh

Transcript of kajintindkan.pdf

Page 1: kajintindkan.pdf

MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TERHADAP KONSEP

WARNA SEKUNDER MENGGUNAKAN KIT “COLOURFUL

PROJECTOR” BAGI MURID TAHUN 4 PINTAR Oleh:

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin, Puan Rosnah Bt Mustafa,

Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan murid terhadap

Konsep Warna Sekunder menggunakan kit “COLOUR PROJECTOR”. Kajian dijalankan ke atas

empat orang murid Tahun 4 di salah sebuah sekolah daerah Kuala Terenganu. Tinjauan masalah

mendapati responden lemah dalam memahami Konsep Warna Sekunder. Kajian ini dianalisis

menggunakan kaedah campuran iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan data

yang dikumpul melalui kaedah soal selidik, senarai semak, dan temubual dan analisis hasil karya.

Triangulasi digunakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan data hasil kajian.

Hasil daripada analisis data menunjukkan peningkatan terhadap kefahaman dengan penggunaan

kit “COLOUR PROJECTOR”. Diharapkan kajian tindakan ini dapat dapat memberi manfaat

kepada guru- guru dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Seni Visual.

Kata Kunci: Kit ‘“COLOUR PROJECTOR”, kefahaman terhadap Konsep Warna Sekunder.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LEPAS

Pengalaman melaksanakan praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin

telah banyak memberikan input yang mencukupi bagi melaksanakan kajian tindakan ini. Sewaktu

melaksanakan praktikum di Sekolah Kebangsaaan Padang Midin, pengkaji telah ditugaskan untuk

mengajar murid tahun 4 Pintar. Pengkaji berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti seni sepanjang

12 minggu berada di sekolah tersebut termasuklah aktiviti menggambar. Melalui aktiviti

menggambar, pengkaji telah meminta murid untuk mewarnakan sebuah lukisan rama-rama

menggunakan warna asas. Selain itu, murid juga diminta mewarnakan lukisan aiskrim

menggunakan warna sekunder.

Sewaktu proses aktiviti sedang berjalan, pengkaji mendapati bahawa murid-murid mampu

mewarna lukisan dengan baik. Namun, setelah diamati tidak ramai murid yang mengikut arahan

untuk mewarnakan lukisan rama-rama menggunakan warna asas dan lukisan aiskrim

menggunakan warna sekunder. Mereka mewarna lukisan tersebut secara rambang dan tidak

mengikut arahan yang disediakan. Perkara ini telah memberi kesan kepada ton warna lukisan

tersebut. Di sini, pengkaji mendapati bahawa ramai murid masih lemah dan kurang memahami

Konsep Warna Sekunder dengan jelas dan tepat . Murid-murid tersebut dilihat mempunyai

kemahiran dalam mewarna namun gagal memahami Konsep Warna Sekunder dengan baik. Oleh

Page 2: kajintindkan.pdf

itu, pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kefahaman murid dalam

memahami Konsep Warna Sekunder menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’

SOROTAN LITERATUR

Menurut Newton, warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang. Istilah

warna merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang

gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Kebiasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya

yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira. Oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu

fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama

falsafah semasa. Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang

berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan

melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya.

Tinjauan dilakukan kepada murid Tahun 4 Pintar semasa menjalankan aktiviti mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual dengan meminta murid-murid tersebut untuk mewarnakan sebuah lukisan

rama-rama menggunakan warna asas. Selain itu, murid juga diminta mewarnakan lukisan aiskrim

menggunakan warna sekunder. Setelah pemerhatian dibuat ternyata murid-murid tersebut

mempunyai masalah untuk menentu dan membezakan warna asas dan warna sekunder.

Kebanyakan murid gagal memahami secara tepat walaupun sudah diajar beberapa kali. Malahan,

percubaan mereka kali kedua juga menunjukkan hasil yang sama.

Roda warna merupakan suatu inovasi sedia ada yang digunakan untuk memberikan kefahaman

kepada murid. Latihan roda warna ini merupakan langkah pertama bagi memberi kefahaman

kepada murid-murid. Murid akan ditunjukkan roda warna yang mempunyai pelbagai warna

termasuk warna asas dan warna sekunder. Murid seterusnya akan cuba mengingati warna-warna

tersebut berdasarkan kedudukan warna tersebut di dalam roda warna. Latihan ini memerlukan

murid menggunakan daya ingatan yang tinggi.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan murid Tahun 4 Pintar

Sekolah Kebangsaan Padang Midin Kuala Terengganu terhadap Konsep Warna Sekunder

menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR.’

Objektif

Meningkatkan tahap kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dalam seni

menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR.’

Persoalan Kajian

Adakah penggunaan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ berkesan dalam memberi pemahaman kepada

murid tentang Konsep Warna Sekunder yang betul?

Page 3: kajintindkan.pdf

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Padang Midin yang melibatkan 4 orang murid dari

tahun 4 Pintar yang terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Kesemua

peserta dipilih berdasarkan soal selidik, senarai semak pemerhatian, temu bual dan hasil karya.

Oleh itu, kepercayaan kajian adalah bergantung kepada kejujuran peserta kajian berdasarkan

instrumen-instrumen yang telah dikemukakan.

Bagi mengumpul data-data untuk kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif

dimana data akan dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kaeadah

pengumpulan data ini merupakan suatu aspek yang sangat penting kerana segala maklumat yang

diperoleh akan menentukan kejayaan sesuatu kajian yang dijalankan. Melalui kaedah ini, data-

data penting dapat dikumpulkan namun memerlukan instrumen yang sesuai agar maklumat yang

diperoleh tidak lari daripada tajuk kajian yang dirancang.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mengumpul data, antaranya ialah melalui

ujian, temu bual, senarai semak dan juga pemerhatian. Kesemua kaedah ini dapat memberikan

data-data yang diperlukan dalam sesebuah kajian yang dijalankan. Bagi kajian ini, pengkaji

menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos

untuk mengumpul data. Walaupun kaedah yang digunakan adalah berbeza, namun hasil yang

diperoleh adalah sama. Teknik ini mampu memberi kesahan dapatan data dengan tepat.

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, pengkaji telah membuat suatu

pemerhatian terhadap peserta kajian semasa mereka membuat aktiviti mewarna rama-rama.

Pemerhatian ini dibuat bagi melihat sejauh mana keupayaan murid mewarna berdasarkan Konsep

Warna Sekunder yang tepat seperti warna asas dan warna sekunder pada tempat yang betul

setelah menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ serta mendapatkan data-data yang diperlukan

oleh pengkaji bagi mengumpul maklumat berkaitan hasil daripada intervensi yang dijalankan.

Item yang dibina adalah untuk melihat tahap kemahiran yang telah dicapai oleh reponden.

Pengkaji telah menjadi pemerhati sewaktu melaksanakan kaedah pemerhatian ini.

Dalam kajian ini, temu bual yang dijalankan oleh pengkaji berkisar mengenai kefahaman murid

mengenai Konsep Warna Sekunder dengan tepat menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’.

Dengan menggunakan kaedah temu bual, pengkaji dapat mengetahui kekuatan serta kelemahan

penggunaan kit ‘COLOUR PROJECTOR’. Jawapan yang diberikan oleh peserta kajian adalah

jujur dan ini memberikan suatu maklumat yang tepat dan memudahkan pengkaji membuat

refleksi tentang kekuatan dan kelemahan templat ini. Sebelum memulakan sesi temu bual,

pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang berkaitan dengan topik kajian. Pengkaji juga

memberi kebebasan kepada pelajar untuk menjawab tanpa ada rasa sekatan.

Ujian Pra dilakukan sebelum pengkaji menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ dalam proses

pengajaran dan pembelajaran tentang Konsep Warna Sekunder. Ujian Pra dibuat bagi menjawab

persoalan pertama kajian. Item- item yang disoal dalam Ujian Pra adalah bersesuaian dengan

tahap pemikiran murid sekolah rendah dan merujuk kepada buku panduan guru dan buku rujukan

Pendidikan Seni Visual. Markah penuh bagi Ujian Pra adalah 100 peratus. Ujian Pra ditadbir

kepada semua murid yang berada dalam kelas 4 Pintar namun hanya data daripada 4 peserta

kajian sahaja yang dikutip. Keputusan Ujian Pra tidak diberikan kepada murid semula kerana item

yang sama akan digunakan bagi Ujian Pos.

Page 4: kajintindkan.pdf

Ujian Pos pula merupakan satu set ujian yang ditadbir setelah pengkaji mengaplikasikan kit

‘COLOUR PROJECTOR’ bagi mengajar tentang Konsep Warna Sekunder. Ujian Pos ini

digunakan untuk menjawab persoalan pertama kajian. Item yang digunakan bagi mentadbir Ujian

Pos adalah sama dengan item yang digunakan dalam Ujian Pra. Kebolehpercayaan item Ujian

Pos adalah tinggi kerana pengkaji tidak memberikan semula kertas Ujian Pra kepada peserta

kajian atau membincangkan jawapan dengan peserta kajian.

Melalui data yang dikumpul daripada Ujian Pos, pengkaji dapat membuat perbandingan markah.

Jika data daripada Ujian Pos menunjukkan peningkatan positif, ini bermakna penggunaan kit

‘COLOUR PROJECTOR’ berkesan dalam meningkatkan tahap keupayaan murid dalam

memahami Konsep Warna Sekunder. Keputusan Ujian Pos bagi 4 orang peserta kajian akan

direkod dan data yang diperoleh akan dikumpul dan di intrepetasi. Hasil pengumpulan data

tersebut akan dianalisis secara deskriptif.

SPESIFIKASI INTERVENSI

‘COLOUR PROJECTOR’ merupakan inovasi daripada lampu suluh dan mounting board. Lampu

suluh tersebut berfungsi bagi mengeluarkan cahaya bagi menyuluh kad imbas berwarna yang

dihasilkan daripada kepingan plastik berwarna. Terdapat tiga warna yang digunakan iaitu warna

merah, biru dan kuning. Pengguna hanya perlu memasukkan kad berwarna yang disediakan

kedalam ‘COLOUR PROJECTOR’ dan kemudiannya menekan tombol lampu suluh untuk

melihat warna yang terhasil. Sebagai contoh, kad berwarna merah apabila digabungkan dengan

kad berwarna biru akan menghasilkan cahaya berwarna ungu.

Page 5: kajintindkan.pdf

Pengkaji cuba memberi penerangan kepada murid tentang warna-warna asas dan warna-warna

sekunder. Murid-murid cuba mewarna lukisan tersebut namun ternyata mereka masih belum

memahami sepenuhnya Konsep Warna Sekunder dengan tepat. Pada sesi pengajaran seterusnya,

pengkaji telah memberi peluang kepada murid-murid untuk menggunakan kit ‘COLOUR

PROJECTOR’ yang dicipta bagi memudahkan murid menyelesaikan masalah mereka pada sesi

pengajaran yang pertama.

Sebelum memperkenalkan penggunaan kit ‘COLOUR PROJECTOR’, terlebih dahulu pengkaji

telah memberi sedikit penerangan kepada murid. Antara pendekatan yang digunakan ialah meberi

sedikit pemahaman melalui penayangan video yang berkaitan dengan warna. Seterusnya pengkaji

telah menunjukkan contoh gambar objek-objek yang mempunyai warna-warna asas serta warna-

warna sekunder dan yang terakhir, pengkaji menggunakan kaedah cuba sendiri. Kaedah cuba

sendiri dijalankan dengan memberi peluang kepada murid untuk mencampurkan warna poster.

DAPATAN KAJIAN

Mia merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang belajar di kelas 4 Pintar,

Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu. Mia merupakan seorang murid yang

pendiam di dalam kelasnya. Pencapaian akademik yang diperoleh Mia juga agak kurang

memuaskan.

Hasil Analisis Data Pemerhatian keatas Peserta Kajian 1 menunjukkan dia tidak pernah

mempelajari topik warna. Dia tidak mengetahui perkara-perkara tentang warna namun pandai

menggunakan warna dengan baik. Peserta Kajian 1 ini juga mengetahui jenis-jenis warna seperti

yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual. Dia tidak berminat untuk

mempelajari topik warna serta tidak memahami Konsep Warna Sekunder.

Hasil Analisis Data Pemerhatian Selepas Intervensi menunjukkan perubahan ketara pada Peserta

Kajian 2. Dia sudah mula mempelajari topik warna serta sudah pandai menggunakan susunan

warna dengan baik sewaktu menghasilkan karya. Jenis-jenis warna yang terdapat dalam sukatan

juga sudah mula diketahui oleh Peserta Kajian 2. Apabila sudah menguasai tentang topik warna

ini, Peserta Kajian 2 juga sudah mula berminat terhadap topik warna serta memahami Konsep

Warna Sekunder dengan baik.

Bagi soalan temubual pertama sebelum intervensi, Peserta kajian 2 (PK2) menyatakan bahawa dia

boleh memahami sedikit sahaja tentang “Konsep Warna Sekunder”. Dia tidak mengetahui

sepenuhnya perkara-perkara yang terdapat dalam Konsep Warna Sekunder . Bagi soalan temubual

kedua, Peserta kajian 2 (PK2) bersetuju cara pengajaran guru mempengaruhi minatnya untuk

belajar dan dia menyatakan dia tidak berminat untuk mengingat dan menghafal perkara-perkara

yang terdapat dalam Konsep Warna Sekunder. Bagi soalan temubual ketiga, Peserta kajian 2

(PK2) berminat tetapi dia tidak pandai mewarna dengan baik.

Hasil temubual selepas intervensi menunjukkan kesan yang positif. Item 1 menunjukkan Peserta

Kajian 2 tidak dapat menjawab kesemua soalan dengan betul. Namun begitu kebanyakan soalan

tersebut sudah boleh dijawab dengan betul. Peserta Kajian 2 juga sudah menunjukkan minat

terhadap pembelajaran seperti yang diperkatakannya pada Item 2. Pada Item 3, Peserta kajian 2

telah menyatakan bahawa dia sudah boleh memahami sedikit sebanyak perkara dalam topik

Konsep Warna Sekunder. Bagi Item 4, Peserta Kajian 2 menyatakan minatnya untuk belajar

menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ dan ingin menggunakan alat tersebut pada masa akan

Page 6: kajintindkan.pdf

datang. Item 5 yang ditemubual menunjukkan Peserta Kajian 2 ingin meneruskan pembelajaran

dengan menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ kerana ianya sesuatu yang menyeronokkan.

Hasil analisis Ujian Pra yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia hanya mendapat

markah sebanyak 40 peratus. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini hanya dapat menjawab empat

soalan dengan betul berbanding sepuluh soalan keseluruhannya. Markah yang diperolehnya

merupakan markah sederhana yang diperolehi dalam kalangan pelajar 4 Pintar. Hasil analisis

Ujian Pos 1 yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia mendapat markah sebanyak 50

peratus meningkat 10 peratus daripada markah Ujian Pra. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini

telah betul lima soalan yang dijawabnya berbanding sepuluh soalan keseluruhannya. Hasil analisis

Ujian Pos 2 yang diperoleh Peserta Kajian 2 menunujukkan dia mendapat markah sebanyak 80

peratus bertambah 30 peratus daripada markah Ujian Pos 1. Hal ini bermakna, Peserta Kajian 2 ini

mempunyai lapan soalan yang dijawab dengan betul berbanding sepuluh soalan keseluruhannya.

Peningkatan ini merupakan peningkatan yang begitu mendadak setelah menjalani intervensi.

Hasil analisis keseluruhan yang dilakukan menunjukkan peningkatan positif pada data yang

diperoleh daripada ketiga-tiga kaedah pengumpulan data. Kesemua maklumat ini telah

dirangkumkan di dalam rumusan yang telah disediakan. Senarai semak yang pertama

menunjukkan nisbah murid yang faham tentang apa yang diajarkan oleh guru adalah 1 : 3 di mana

hanya seorang daripada empat orang peserta kajian yang memahami perkara yang diajar oleh

guru. Pada senarai semak yang kedua pula, nisbah peserta kajian yang mengakui cara pengajaran

guru mempengaruhi minat mereka ialah sebanyak 2 : 2. Masing-masing dua orang murid yang

berminat terhadap pelajaran melalui cara pengajaran guru dan dua orang murid lagi langsung

tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar.

Begitu juga dengan senarai semak yang ketiga. Nisbah menunjukkan murid yang berminat

terhadap subjek Pendidikan Seni Visual adalah sama dengan murid yang tidak berminat dengan

matapelajaran ini iaitu 2 : 2. Nisbah bagi murid yang berminat dengan topik warna sebelum

intervensi dilaksanakan pula menunjukkan hanya seorang daripada empat orang peserta kajian

yang mempunyai minat dalam topik ini manakala yang selebihnya kurang berminat kerana sukar

untuk memahami Konsep Warna Sekunder. Nisbah terbesar yang dapat dilihat melalui senarai

semak ini ialah kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dimana tiada seorang pon

dalam kalangan peserta kajian yang memahami Konsep Warna Sekunder dengan baik.

Keputusan yang diperoleh pada pemerhatian kedua pula menunjukkan tahap pengetahuan dan

pemahaman murid semakin meningkat. Keputusannya jauh berbeza berbanding dengan

pemerhatian pertama di mana keputusannya dilihat semakin positif setelah menggunakan kit

‘COLOUR PROJECTOR’. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara pemerhatian yang

pertama dan pemerhatian kedua menggunakan kaedah borang kaji selidik.

Berikut merupakan hasil analisis data bagi kaedah temubual yang dijalankan ke atas 4 orang

peserta kajian sebelum intervensi menggunakan kit ‘COLOUR PROJECTOR’. Soalan yang

pertama ialah “Adakah anda faham tentang apa yang diajar oleh guru ?”, ia menunjukkan seorang

peserta kajian mengatakan “Ya” yang mewakili 30 % dan 3 orang peserta kajian yang mewakili

70 % mengatakan “Tidak”.

Bagi soalan temubual kedua, “Adakah cara pengajaran guru mempengaruhi minat anda? ”, ia

menunjukkan 2 orang peserta kajian mengatakan “Ya” yang mewakili 50 % dan 2 orang peserta

kajian lagi mewakili 50 % mengatakan “Tidak”. Bagi soalan temubual ketiga pula, “Adakah anda

berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual?”, ia menunjukkan 2 orang peserta kajian

Page 7: kajintindkan.pdf

mengatakan “Ya” yang mewakili 50 % dan 2 orang peserta kajian lagi yang mewakili 50 %

mengatakan “Tidak”.

Rumusan keseluruhan terhadap analisis temubual berdasarkan tiga item menunjukkan jumlah

peratusan murid yang mengatakan “Ya” dan “Tidak” bagi ketiga- tiga soalan. Bagi soalan ketiga ,

50 % mengatakan berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual dan 50 % mengatakan tidak

berminat dengan subjek Pendidikan Seni Visual. Hal ini terjadi adalah disebabkan

ketidakfahaman murid terhadap sesuatu topik seperti Konsep Warna Sekunder sekaligus

membuatkan mereka berasa kurang berminat terhadap subjek ini.

Data hasil temubual bersama 4 peserta kajian menunjukkan peningkatan minat selepas intervensi

setelah menggunakan kit ’COLOUR PROJECTOR’ ini digunakan di dalam PdP. Berdasarkan

analisis item- item temubual selepas intervensi, murid dilihat telah menunjukkan peningkatan

minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan topik “Konsep Warna Sekunder”.

Jumlah markah minimum yang diperoleh murid ialah antara 20 hingga 39 manakala markah

maksimum ialah 60 hingga 79 markah. Seramai 2 orang murid mendapat markah 20 hingga 39,

diikuti seramai 10 orang murid yang memperoleh markah 40 hingga 59. Jumlah markah 60

hingga 79 pula berjaya diperoleh oleh 18 orang murid. Pengkaji telah memilih 4 orang peserta

kajian yang memperoleh markah paling rendah berdasarkan markah ujian tersebut bagi menjalani

intervensi yang dijalankan oleh pengkaji.

Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan mendadak markah ujian bagi kesemua peserta

kajian yang terlibat ini. Bagi Peserta kajian A, jumlah markah yang diperoleh meningkat daripada

2/10 kepada 7/10. Markah Peserta kajian B pula meningkat daripada 3/20 kepada 7/10. Peserta

kajian C turut memperoleh peningkatan pada markah iaitu 8/10 berbanding 4/10 pada

sebelumnya. Peserta kajian D turut menunjukkan peningkatan daripada 5/10 kepada 8/10.

Jumlah markah maksimum dan tertinggi dalam kalangan keempat-empat peserta kajian ini adalah

markah yang diperoleh peserta kajian C dan peserta kajian D. Masing-masing memperoleh

markah melebihi 7 iaitu 8/10. Jumlah markah minimum yang diperoleh pula adalah 7/10. Markah

7/10 ini diperoleh kedua-dua peserta kajian A dan peserta kajian B. Berdasarkan dari graf 1

hingga ke 10 kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang positif. Peningkatan yang

ditunjukkan juga agak mendadak kerana perbezaan markah yang diperoleh mereka pada Ujian

Pos 1 dan Ujian Pos 2 adalah agak ketara.

Hasil analisis menunjukkan peserta kajian telah menunjukkan peningkatan minat terhadap mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual. Konsep Warna Sekunder juga sudah dapat difahami dengan

baik oleh kesemua peserta kajian yang terlibat. Kesemua instrumen yang digunakan menunjukkan

peningkatan positif dalam kalangan peserta kajian. Keberkesanan kit ‘COLOUR POROJECTOR’

terhadap masalah yang dihadapi murid juga dapat dilihat berdasarkan dapatan dan data yang

diperoleh sepanjang kajian ini dilaksanakan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, penggunaan kit ‘COLOUR PROJECTOR’ ini sangat sesuai digunakan bagi

meningkatkan kefahaman murid terhadap Konsep Warna Sekunder dengan mudah, cepat dan

berkesan. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Dapatan

serta analisis data membuktikan keberkesanan kajian ini dimana penggunaan kit ‘COLOUR

PROJECTOR’ dilihat sangat berkesan memberi kefahaman kepada murid. Segala dapatan-

Page 8: kajintindkan.pdf

dapatan kajian yang diperoleh daripada pemerhatian, temu bual serta Ujian Pra dan pos

menyokong penuh segala cadangan dan persoalan serta objektif kajian. Selepas menjalani sesi

intervensi, dapatan kajian yang diperoleh daripada murid menunjukkan peningkatan positif

berbanding sebelum menjalani sesi intervensi.

Keberkesanan kajian ini secara tidak langsung berjaya meningkatkan mutu amalan pengajaran

pengkaji dan pembelajaran peserta kajian. Kajian ini menjadikan saya lebih mengetahui selok

belok masalah murid-murid di sekolah dan ini secara tidak langsung telah meningkatkan tahap

profesionalisme saya sebaai seorang bakal guru. Kajian ini telah memberikan impak yang positif

kepada murid Tahun 4 Pintar, Sekolah Kebangsaan Padang Midin. Melalui kajian yang dijalankan

ini, murid dapat meningkatkan pemahaman mereka terhadap Konsep Warna Sekunder sekaligus

meningkatkan minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual terutamanya

sewaktu melakukan aktiviti seperti mewarna, membuat corak dan sebagainya.

Kekuatan yang diperoleh daripada kajian ini adalah keberhasilan alat ini dalam membantu murid

meningkatkan kefahaman mereka terhadap Konsep Warna Sekunder. Kelemahan kajian ini pula

adalah jumlah pelajar yang boleh menggunakan alat ini adalah terhad dalam satu-satu masa.

Penambahbaikan yang boleh dibuat adalah dengan mengubahsuai alat aar lebih ramai pelajar

dapat mengunakannya dalam satu-satu masa.

RUJUKAN

BUKU

Abdul Rahim Hamdan (2001). Tahap Minat, Pengetahuan Dan Kemahiran, Latihan Guru Dan

Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian,

Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Benjamin S. Bloom (1988). Taxonomy of Educational Objectives Book 1: Cognitive Domain :

Addison Wesley Publishing Company; 2nd edition edition.

C. A. Mertler (2014). Action Research Improving Schools and Empowering Educators Fourth

Edition : SAGE Publications, Inc.

Edmund Burke Feldman (1996). Philosophy of Art Education. Oxon: Prentice-Hall Publishers.

Hassan Mohd Ghazali. (1995). Ciri-ciri guru pendidikan seni cemerlang.Dalam Jurnal Kaji Sosial 1:27-32

Hazliza Hamzah. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

Page 9: kajintindkan.pdf

Herbert Read (1974). The Meaning of Art. : Faber and Faber; New Ed edition.

John Russell (1926). The Meanings of Modern Art : Icon (Harpe); Revised edition.

Kauchak dan Enggan (1989). “ Learning And Teaching. “ Massachussest : Allyn and

Bacon.

Mok S. S. (2006). Ilmu Pendidikan Untuk Kpli (Sekolah Rendah: Komponen 1 & 2) Psikologi

Pendidikan & Pedagogi. Selangor: kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

M. Day. & A. Hurwitz (2001). Children and Their Art: Art Education for Elementary and Middle

Schools. Oxon: Cengage Learning; 9 edition.

M. Sheffie A. B, (1991). Metodologi Penyelidikan : Untuk Ekonomi dan Bidang-Bidang

Berkaitan. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patton (1980). Qualitative evaluation methods : Sage Publications.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. (2000). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Sulaiman Masri (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis Siri

pengajian dan pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

SUMBER INTERNET

Siti Rokiah Hamid dan Azlina Ahmad. 2012. Warna - Unsur-unsur Seni Reka

http://pendidikansenivisualsk.blogspot.com diakses pada: 5 Julai 2014.

Kasbie Bin Yahya. 2011. Panduan Warna. http://kasbie.blogspot.com/diakses pada: 8 Julai 2014.