KANAK-KANAK ADHD.docx

download KANAK-KANAK ADHD.docx

of 9

Transcript of KANAK-KANAK ADHD.docx

1.0 PENDAHULUAN

Pada masa kini, Pendidikan Khas di Negara kita telah berkembang di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia semenjak di tubuhkan pada bulan Oktober 1995 selaras dengan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan ini bertanggung jawab ke atas hal-hal professional bagi semua program pendidkan khas yang dilaksanakan termasuk program integrasi dan program inklusif (Kementerian, Pendidikan. Malaysia 2004). Selain itu, Di Malaysia pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia, dilaksanakan melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pelajaran pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional yang mengunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti yang dijelaskan di atas adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2). Akta ini menjelaskan bahawa Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh di didik, jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Seseorang murid dengan keperluan khas itu perlu di sahkan oleh panel yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan Kebajikan mengikut program pendidikan kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas.Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran.

Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Dengan itu, sebagai seorang guru haruslah mempunyai kemahiran untuk menilai dan memahami murid-murid yang berkeperluan khas. Kanak-kanak khas disefinisikan sebagai kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa dengan aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku social, ataupun ciri-ciri fizikal. Kanak-kanak berkeprluan khas terdiri daripada masalah pembelajaran, masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah komunikasi, bahasa dan pertuturan, dan masalah kesihatan atau fizikal. Oleh itu, di sini saya akan jelaskan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas dari segi masalah pembelajaran iaitu kanak-kanak bermasalah ADHD.

2.0Definisi Kanak-Kanak ADHD

ADHD dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-kanak hiperaktif. Di mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu benda. Lambat menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive dan sebagainya. Banyak juga masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah sosial dan juga masalah keluarga. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid tersebut.

Berdasarkan pendapat Kasmini Kassim (1992), beliau menyatakan sindrom hiperkinesis iaituAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) digunakan untuk menerangkan tingkah laku kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam, kurang tumpuan perhatian, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda, dan mudah mengalihkan perhatian terhadap sesuatu perkara. Selain itu, Attention Deficit Hyperactif Disorder (ADHD) merupakan istilah perubatan yang digunakan kepada kanak-kanak dan remaja yang mempunyai masalah daripada segi tingkah laku dan kognitif dalam aspek penting kehidupan mereka seperti dalam keluarga dan hubungan peribadi di sekolah dan di tempat kerja.

3.0Ciri-Ciri Kanak-Kanak ADHDKanak-kanak yang mengalamai masalah ADHD ini mempunyai ciri-ciri tingkah laku yang agak membimbangkan dan boleh mengangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Menurut Sousa (2001) seperti yang dilaporkan oleh Tileston (2004), terdapat tiga ciri khusus Ketidakupayaa Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) iaitu tidak dapat memberi tumpuan, hiperaktif dan impulsif. Manakala, menurut Bailey (2006), terdapat lapan ciri-ciri kanak-kanak yang tidak dapat memberi tumpuan. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap sesuatu perkara, tidak mematuhi arahan guru, mempunyai masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti, berasa ingin cepat menyelesaikan sesuatu tugasan, dan tumpuan mudah bertukar. Menurut American Psychiatric Association (1994), terdapat enam ciri-ciri bagi kanak-kanak hiperaktif. Antara ciri-ciri itu ialah kanak-kanak yang selalu gelisah dengan tangan dan kaki atau tidak boleh berada di tempat duduk, selalu meninggalkan tempat duduk dalam kelas atau dalam situasi yang diperlukan dan selalu lari atau memanjat dalam situasi yang tidak sesuai.Kanak-kanak ADHD ini dikatakan lebih kurang 1 hingga 25 orang kanak-kanak mengalami masalah ADHD dan diandaikan ADHD dialami oleh sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak di setiap bilik darjah. ADHD lebih kerap didiagnosa pada kanak-kanak lelaki berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasa yang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Selain itu juga, kanak-kanak ADHD ini mempunyai tingkah laku impulsive yang mana kanak-kanak ini seringkali memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan. Kurang sabar dan hadapi masalah ketika menunggu giliran. Serta Sering mengganggu atau mencelah perbualan atau aktiviti orang lain. Bahkan kerapkali membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.Terdapat 3 kategori, iaitu A, B, dan C. Kanak-kanak yang mempunyai ADHD akan menunjukkan lebih 6 gejala dari kategori A atau B. Kategori A ialah kanak-kanak yang mempunyai daya tumpuan yang singkat. Sekiranya mereka mempunyai lebih daripada 6 maka mereka boleh dikatakan mempunyai masalah ADHD. Antaranya ialah mempunyai masalah untuk mengingat, contohnya membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah ataupun aktiviti yang lain. Selain itu, mereka kerap mengalami masalah untuk mengatur tugas dan aktiviti-aktiviti seta selalu mengelak dan tidak suka melakukan sesuatu tugas dimana memerlukan tumpuan yang lama seperti membuat kerja sekolah mahupun kerja rumah. Kanak-kanak ini juga sering lupa dan mudah kehilangan barang seperti pensil, pemadan, buku atau tugasan rumah dan sebagainya. Daya tumpuan mereka cepat bertukar dari satu aktiviti kepada aktiviti yang lain walaupun seseorang itu sedang bercakap dengan mereka.

Manakala, bagi katerogi B pula, kanak-kanak ini mempunyai tingkahlaku yang hiperaktif iaitu kerap menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta selalu mengeliat dan tidak selesa di tempat duduknya sendiri. Mereka akan meninggalkan kerusinya di kelas walaupun tempat duduknya di situ. Kanak-kanak ini akan berlari serta memanjat secara berlebihan dan selalu bising pada waktu bermain. Selalunya, mereka ini banyak bercakap. Kategori C pula ialah kanak-kanak yang menurut kata hati atau kanak-aknak impulsif. Ciri-ciri mereka menunjukkan mereka suka menjawab secara spontan walaupun soalan belum habis. Mereka seorang yang kurang kesabaran contohnya semasa menunggu giliran. Mereka akan mengganggu kanak-kanak yang lain semasa bermain atau bercakap.Kesemua ciri-ciri ADHD ini dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun lagi. Bagi memastikan kanak-kanak tersebut mengalami masalah ini, ciri-ciri ini mestilah melebihi tempoh 6 bulan. Mereka tidak mempunyai masalah kesihatan atau tumbesaran. Kebiasaanya, ADHD wujud bersama dengan Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak ini berkelakuan degil, keras kepala dan pemarah dan bersikap pembangkang. Mereka mempunyai masalah harga diri kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan-rakan. Masalah pembelajaran biasa terjadi disebabkan kanak-kanak tidak dapat memberi tumpuan semasa belajar.

4.0 Faktor-Faktor Kanak-Kanak ADHDMasalah ADHD ini adalah berkaitan dengan masalah sosial individu. Kanak-kanak yang kerap disisihkan dan tidak dihiraukan oleh rakan-rakan sebaya mereka sendiri. Kanak-kanak seperti ini juga berhadapan dengan masalah akademik. Perkara ini terjadi disebabkan mereka kurang memberi tumpuan didalam kelas dan mereka selalu bermain dengan tingkahlaku yang terlampau aktif. Selain itu juga, kanak-kanak ini berhadapan dengan masalah keluarga. Mereka kerap menimbulkan masalah kepada mereka yang tinggal serumah dengan mereka atau mereka yang berinteraksi dengannya sehingga menimbulkan keadaan tegang. Ibu bapa sering menyalahkan diri mereka kerana tingkah laku anak-anak mereka. Antara punca penyebab berlakunya ADHD ini kepada kanak-kanak kita iaitu :

i. Faktor NeurologikInsiden hiperaktif yang lebih tinggi didapatkan pada bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan, distres fetal, persalinan dengan cara ekstraksi forcep, toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan normal. Di samping itu faktor-faktor seperti bayi yang lahir dengan berat badan rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan minum alkohol juga meninggikan insiden hiperaktif. Terjadinya perkembangan otak yang lambat. Faktor etiologi dalam bidang neuoralogi yang sampai kini banyak dianut adalah terjadinya disfungsi pada salah satu neurotransmiter di otak yang bernamadopamin. Dopamin merupakan zat aktif yang berguna untuk memelihara proses konsentrasi. Beberapa studi menunjukkan terjadinya gangguan perfusi darah di daerah tertentu pada anak hiperaktif, iaitu di daerah striatum, daerah orbital-prefrontal, daerah orbital-limbik otak, khususnya sisi sebelah kanan.

ii. Faktor GenetikBerdasarkan pada pendapat Ryan (1998) seperti yang dilaporkan oleh Silver dan Hagin (2002), KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) mempunyai komponen genetik yang berkaitan dengan keluarga dan kembar iaitu ditafsirkan sebagai kepelbagaian warisan genetik. Kepelbagaian dalam gen mengawal reseptor dopamin khusus dalam neurotransmitter yang dikenal pasti dalam peratusan yang tinggi bagi ketagihan dan KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Sebanyak 50% orang dewasa dan 70% kanak-kanak yang mempunyai Genetic Resistance dan hormon tiroid mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Apabila kanak-kanak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami Ketidakupayaan Tiroid, secara tidak langsung mereka berisiko mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Oleh itu, berdasarkan kepada sebab genetik, saya merumuskan bahawa kanak-kanak yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) berpeluang untuk mengalami ketidakupayaan tersebut,iii. Kekurangan Zat makananBayi yang kekurangan zat makanan akan mempunyai masalah tingkah laku yang seterusnya menjadi punca kepada KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Sesetengah kajian mendapati terdapat kaitan antara kekurangan asid lemak tertentu dengan KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD).Corak pemakanan terutama makanan dan minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi seperti Yogurt, Vitagen dan Yakult membawa risiko kepada kanak-kanak untuk mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Minuman yang berkafein seperti nescafe dan kopi juga mempengaruhi kanak-kanak untuk mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Disorder(ADD) dan KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD).Sementara itu, zink memainkan peranan penting dalam metabolisma asid lemak iaitu menukarkan kesan dopamin yang melibatkan neurotransmitters dengan KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Dengan itu, sebagai seorang ibu bapa perlu sentiasa memastikan anak-anak mereka mendapat zat makanan yang diperlukan secukupnya sejak dari kecil lagi.iv. Pengaruh PersekitaranSelain itu, persekitaran semasa ibu mengandung seperti persekitaran merokok turut mempengaruhi anak dalam kandungan. Menurut Braun, Kahn, Froehlich, Auinger, dan Lanphear (2006), sebanyak 270,000 kes KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) bagi kanak-kanak berumur empat hingga lima belas tahun adalah disebabkan oleh pendedahan kepada persekitaran merokok sebelum lahir.Berdasarkan kepada kajian kes, sebanyak 290,000 kesAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) antara kanak-kanak Amerika (AS) yang berumur empat hingga lima belas tahun adalah berpunca daripada persekitaran.Seterusnya, ibu yang mengandung yang terdedah kepada bahan beracun sepertidioxinsdanpolychotinated biphenyls(PCBs) akan mempunyai risiko yang tinggi melahirkan anak yang mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD). Di sini, kami dapat merumuskan bahawa pengaruh persekitaran memberi risiko yang tinggi kepada kanak-kanak untuk mengalami KetidakupayaanAttention Deficit Disorder (ADD)dan KetidakupayaanAttention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD) walaupun mereka tidak mempunyai sebab genetik atau neurologi.4.0PenutupSecara kesimpulan, apa yang saya dapat mengenai pemasalahan kanak-kanak ADHD ini adalah kanak-kanak yang mengalami masalah kecelaruan hiperaktif dan kurang upaya tumpuan ini memerlukan program rawatan yang tersendiri memandangkan kekuatan dan kelemahan yang ada pada mereka. Sebagai tambahan untuk proses merawat mereka, berikan latihan pengubahsuaian tingkah laku (behavioral modification therapy), terapi makanan bagi mengurangkan keresahan mereka. Sebagai seorang guru, ibubapa dan penjaga, perlu mempertingkatkan ilmu bagi membantu memudahkan mereka memahami jiwa kanak-kanak. Dengan bantuan yang sewajarnya, kanak-kanak ADHD akan mampu menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif mereka dengan lebih baik. Mereka juga dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal atau senaman. Oleh itu, ramai yang memilih aktiviti atau pekerjaan yang memberikan mereka untuk kebebasan bergerak.

RUJUKAN

Abdul Rahim Talib. 2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran Open Universiti Malaysia (OUM). Kuala Lumpur: Unitem Sdn Bhd.

Chua Tee Tee, Koh Boh Boon.1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Jamila K.A Mohamed. 2008. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

K.A Razhiyah. 2005. Menjadi Guru Pendidikan Khas.Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Rahil Mahyuddin. 2007. Psikologi Pendidikan untuk Perguruan Edisi Kedua. Selangor : Karisma Publication Sdn Bhd

9