Kanak kanak Berkeperluan Khas

28
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS 1.0 PENGENALAN Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli perubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi. Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental. Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanak-kanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak- kanak tersebut diberikan pendidikan yang sesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (dan masih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak- kanak berkeperluan khas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah ke Pulau Pinang pada tahun 1931). Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah buta yang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948. Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran (pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mula terlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan 1

description

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.

Transcript of Kanak kanak Berkeperluan Khas

Page 1: Kanak kanak Berkeperluan Khas

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

1.0 PENGENALAN

Sejarah permulaan pendidikan khas berkait rapat dengan bidang perubatan dan ahli-ahli

perubatan. Walau bagaimanapun di awal abad ke 20, perkembangan Pendidikan Khas

didorong oleh kemunculan dan kemajuan dalam bidang-bidang psikologi dan sosiologi.

Perkembangan yang signifikan berkait dengan usaha-usaha dalam ujian-ujian mental.

Seterusnya para pendidik pula mula memberikan perhatian kepada pendidikan untuk kanak-

kanak cacat dan menyedari peri perlunya kanak-kanak tersebut diberikan pendidikan yang

sesuai dengan keupayaan mereka. Namun demikian, golongan yang aktif diperingkat awal (dan

masih berterusan lagi) menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan

khas ialah badan-badan kebajikan, badan-badan agama dan pertubuhan-pertubuhan bukan

kerajaan. Sejarah pendidikan khas di Malaysia pula bermula dengan penubuhan Sekolah

Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 (berpindah ke

Pulau Pinang pada tahun 1931).

Sekolah tersebut ialah untuk anak-kanak bermasalah penglihatan (buta). Sekolah buta

yang kedua ialah Sekolah Rendah Princess Elizabeth, Johor Bahru pada tahun 1948.

Sementara itu sekolah pertama yang dibuka untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran

(pekak) ialah pada tahun 1954 di Tanjong Bunga, Pulau Pinang.Kementerian Pendidikan mula

terlibat dengan penubuhan kelas bercantum masalah penglihatan pada tahun 1962 dan

masalah pendengaran pada tahun 1963. Pada tahun 1962 juga latihan perguruan khas untuk

masalah penglihatan dimulakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada tahun berikutnya

pula untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan khas

satu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian Pendidikan pada

tahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan pada Oktober 1995, Unit

Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri,

iaitu Jabatan Pendidikan Khas.

Hallahan dan Kauffman, (1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang

direka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa seseorang kanak-kanak

1

Page 2: Kanak kanak Berkeperluan Khas

yang luar biasa. Bahan-bahan khas, teknik-teknik pengajaran, atau peralatan dan / atau

kemudahan-kemudahan diperlukan. Culatta dan Tompkins (1999) menyatakan Pendidikan

Khas ialah pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan

pendidikan dan berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan

peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa

atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa.

Kedua-dua definisi di atas menegaskan ciri-ciri pendidikan khas, iaitu:

1. Rancangan pengajaran yang direka khas

2. Rancangan pengajaran yang bersifat individu

3. Bahan-bahan khas

4. Teknik pengajaran khas

5. Kemudahan / peralatan khas

Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-

kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental keupayaan-

keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku sosial atau emosi

dalam keupayaan komunikasi atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan- perkhidmatan pendidikan khas,

supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana

keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi mereka

yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan perkembangan diri

mereka; fizikal, otak, emosi dan sosial tidak menyamai kanak-kanak biasa. Lazimnya

keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak

biasa. Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri dan berbeza mengikut jenis

kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama

dengan kanak-kanak Down Sindrom. Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan

tidak pedulikan orang, sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

2

Page 3: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas

boleh dikategorikan seperti berikut:

1. masalah pendengaran

2. masalah penglihatan

3. masalah pembelajaran

4. masalah tingkahlaku

5. masalah pertuturan

6. spastik (cerebral palsy)

7. terencat akal

8. cacat anggota

Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke

arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha tertentu

hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan (Geatheart, Weishahn &

Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan terdapat faktor-faktor

tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan program- program Pendidikan Khas

yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah sumber yang terhad, sikap

yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam melaksanakannya (Ysseldyke dan

Alozzine, 1982).

Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal,

masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat

akal dan pintar cerdas. Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa,

misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

3

Page 4: Kanak kanak Berkeperluan Khas

2.0 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN )

2.1 MASALAH PENGLIHATAN

Mata ialah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati keindahan

alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak kompleks yang terdiri

daripada beberapa peringkat dalam 'Proses Penglihatan'. Proses ini bermula dari rangsangan

fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak.

Namun, seperti yang dilaporkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 10 November 2009,

90 peratus daripada masalah mata adalah masalah gangguan fungsi penglihatan manakala 10

peratus lagi adalah disebabkan oleh penyakit mata (Utusan Malaysia, 2009).

Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap perkembangan sosial

dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di peringkat awal adalah amat

penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik. Kajian yang telah dilakukan oleh para

penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia bertujuan untuk mengenalpasti penyebab

masalah penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah (Hussin dll, 2009). Seramai 479

orang kanak-kanak tadika yang berumur 4-6 ± 0.69 tahun (min=5.3 tahun) di Sitiawan, Perak,

Malaysia telah dipilih secara rawak. Mereka menjalani ujian akuiti visual, ujian katup, ujian

Hirschberg, pemeriksaan eksternal okular dan oftalmoskopi. Kanak-kanak yang gagal saringan

penglihatan telah dirujuk untuk pemeriksaan lanjutan. 52% kanak-kanak terdiri daripada lelaki

dan selebihnya adalah kanak-kanak perempuan. Melayu merupakan kumpulan bangsa terbesar

(59.9%), diikuti Cina (30.1%), India (9.6%) dan lain-lain (0.4%) (Hussin dll, 2009).

Daripada 43 orang yang gagal saringan penglihatan, 32 (6.7% dari kumpulan subjek

asal) orang disahkan mempunyai masalah penglihatan. Penyebab utama masalah penglihatan

di kalangan kanak-kanak Prasekolah dalam kajian ini ialah ralat refraksi (4.8% dari keseluruhan

subjek kajian) diikuti dengan ambliopia (1.0%), strabismus (1.0%) dan keabnormalan okular

(0.8%). Maka, saringan penglihatan di kalangan kanak-kanak Prasekolah adalah amat penting

untuk dilaksanakan kerana ia dapat mengesan masalah penglihatan di peringkat awal (Hussin

dll, 2009).

4

Page 5: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Bagi kanak-kanak, pengesanan masalah gangguan fungsi penglihatan cukup penting

kerana pada ketika inilah sistem penglihatan sedang berkembang dan sebarang gangguan

akan menimbulkan masalah lain yang lebih serius. Rawatan awal dan komitmen ibu bapa

penting bagi membolehkan kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan berupaya

melihat kembali dengan baik dan jelas. Pensyarah Kanan Jabatan Optometris, Fakulti Sains

Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Rokiah Omar berkata,

perkara ini penting bagi mengawal keadaan menjadi lebih serius.

Katanya, bagi memastikan seseorang itu mempunyai bacaan optimum, mereka

semestinya mempunyai tahap penglihatan 6/6 pada kedua-dua belah mata mereka. ''Kanak-

kanak yang mempunyai tahap penglihatan 6/9 atau kurang dikategorikan sebagai mempunyai

masalah penglihatan. Manakala mereka yang mempunyai tahap penglihatan kurang dari 6/18

pula dikategorikan sebagai penglihatan yang terhad,'' ujar Dr Rokiah (Utusan Malaysia, 2009).

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan ialah jika

kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran

(Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan

mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud

tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Menurut Dr Rokiah lagi, penyakit kongenital dan keturunan merupakan penyebab utama

berlaku penglihatan terhad. Malah sekiranya seseorang bayi mendapat katarak kerana

jangkitan kuman ketika dalam kandungan, ia akan menghalang cahaya dari terfokus ke retina

dan sistem penglihatan bayi tidak akan berkembang atau mencapai ketajaman penglihatannya

tahap 6/6 menjelang umur empat tahun.

Perkembangan ketajaman penglihatan yang tidak mencapai tahap 6/6 dinamakan

"amblyopia" atau mata malas. Keadaan ini terjadi di mana ketajaman penglihatan tidak

mencapai tahap 6/6 dengan preskripsi cermin mata terbaik tanpa ada sebab-sebab patologi

lain. Kecacatan refraksi menjadikan kanak-kanak rabun dan penyebab utama berlakunya

amblyopia. Ini terjadi kerana pembiasan cahaya pada mata kanak-kanak yang rabun tidak

terfokus pada retina dan seterusnya tidak merangsang perkembangan sistem penglihatan

5

Page 6: Kanak kanak Berkeperluan Khas

(Utusan Malaysia, 2009). Justeru itu, pembetulan kerabunan perlu dibuat secepat mungkin agar

amblyopia tidak berlaku.

Selain itu, menurut Dr. Rokiah, kejulingan juga menjadi faktor penting terjadinya mata

malas. Kejulingan menyebabkan paksi penglihatan berubah dan cahaya tidak terfokus pada

fovea iaitu titik peka pada retina dan boleh juga menyebabkan amblyopia. Pembetulan masalah

penglihatan perlu dilakukan sebelum kanak-kanak berumur lapan tahun supaya sistem

penglihatan berkembang dengan normal. Bagi kanak-kanak yang kelihatan normal pada mata

kasar, pemeriksaan pertama terhadap kesihatan mata harus dilakukan ketika berumur empat

tahun. Ujian menyeluruh terhadap mata juga perlu dilakukan bagi menilai tahap kesihatan mata

(Utusan Malaysia, 2009).

Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan

perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak

terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad. Mereka tidak

boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi

kesan ke atas perkembangan personaliti. Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang

lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan

kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka (Program Pendidikan Khas

Integrasi, 2010).

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan

pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai

contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan

kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan (Program Pendidikan Khas Integrasi,

2010).

6

Page 7: Kanak kanak Berkeperluan Khas

2.2 MASALAH PENDENGARAN

Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah

komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam Mojuntin Ebin (1997),

kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan dalam perkembangan

pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar dan bertutur, mereka tidak

boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan perkembangan akal mereka

terbantut. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi

dengan orang lain. Ramai orang beranggapan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran

tidak mendengar langsung dan mereka hanya berinteraksi menggunakan bahasa isyarat

sahaja. Ini adalah anggapan yang salah kerana kanak-kanak bermasalah pendengaran atau

pekak masih mempunyai sisa pendengaran. Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa

kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya

mereka masih mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut

tidak mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi pertuturan

melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja.

Pendengaran memainkan peranan penting untuk menguasai pertuturan. Seorang

kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh menyebabkannya sukar untuk

menguasai pertuturan dan seterusnya menguasai bahasa. Kegagalan menguasai bahasa pula

mengakibatkan kesukaran untuk berinteraksi, belajar dan juga menyesuaikan diri dalam

persekitaran sosial. Ling (1989) menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang

sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan yang paling

besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Menurut Gatty (1992) kanak-kanak belajar pertuturan secara spontan melalui interaksi

harian dengan orang dewasa. Laluan kepada kejayaan menguasai pertuturan oleh kanak-kanak

ialah keupayaan mereka mendengar. Tanpa pendengaran perkembangan pertuturan mereka

akan tersekat. Dalam perkembangan teknologi sekarang, alat bantuan pendengaran boleh

membantu sisa pendengaran yang dimiliki oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran

mendengar bunyi-bunyi pertuturan yang tidak dapat didengar sebelumnya.

Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas.

Di Malaysia murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid-

7

Page 8: Kanak kanak Berkeperluan Khas

murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka.

Mereka belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan khas,

1997).

Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Pulau Pinang pada

tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah

pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang (Salena Yahya,

1989). Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan

kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di

bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua

sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah

ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi

seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di

Malaysia (Salena Yahya, 1989).

Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan

murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di

tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Sehingga kini

terdapat 41 buah sekolah rendah dan 39 buah sekolah menengah program percantuman, 24

buah sekolah rendah pendidikan khas dan 2 buah sekolah menengah pendidikan khas untuk

murid-murid bermasalah pendengaran di seluruh negara. Bilangan murid yang terlibat ialah

seramai 2161 orang murid di sekolah rendah dan 1488 orang murid di sekolah menengah

(Jabatan Pendidikan Khas, 2002).

Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa

yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa

persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah

menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan

dua tahun (Chua Tee Tee, 1988). Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada

sewaktu di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Walau bagaimanapun di kebanyakan

sekolah, mereka menggunakan masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah.

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa

pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini

8

Page 9: Kanak kanak Berkeperluan Khas

menerima pendidikan secara audio. Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima

pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan. Tahap kehilangan pendengaran

diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap

kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel. Mereka yang tergolong dalam

separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60

decibel.

Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya.

Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut. Mereka juga

mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-

kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah. Mereka juga sering

mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala

untuk mendengar.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu.

Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi,

bahasa dan kognitif individu tersebut (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010).

3. MASALAH-MASALAH SAMPINGAN

3.1 PENDENGARAN

Tidak bertindak balas terhadap bunyi

Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri

Tidak memahami / silap memahami arahan

Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun

Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri

Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu

sebelum melakukan sebarang tugas

9

Page 10: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada

mendengar

Lewat bertutur

Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap

Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan

Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas

dilahirkan

Telinga sering berair atau bernanah

Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)

Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan

Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan

kuman semasa mengandung

Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung

Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik dll)

Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di

kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa

dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial,

komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan

sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta

program rawatan seterusnya dapat dilakukan.

10

Page 11: Kanak kanak Berkeperluan Khas

3.2 PENGLIHATAN

1. Tingkahlaku

i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.

ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan kepala atau mendorong

kepala ke depan.

iii) mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan

penggunaan mata dengan rapi.

iv) mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel

apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi.

v) memegang buku rapat pada mata.

vi) tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.

vii) mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi.

2. Rupa

i) bermata juling.Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun

dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.

ii) kelopak mata merah.Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-

tahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.

iii) mata yang radang atau berair.

iv) Tembel yang timbul berulang kali.

11

Page 12: Kanak kanak Berkeperluan Khas

3. Kompelin

i) mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.

ii) tidak dapat melihat dengan jelas.

iii) pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada

kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi.

iv) penglihatan kabur atau berganda.

Bagi katarak, ia disebabkan oleh pengaburan kanta mata yang mengakibatkan

penglihatan menjadi kabur. Pada kanak-kanak, keadaan ini dinamakan katarak konginental

(katarak sejak lahir) dan penglihatan bagi jarak jauh dan terhadap warna adalah jelas.

Dr. Abdul Aziz Al-Aklbar bin Mohamed Noor mengatakan, "mengesan punca kerosakan

mata di peringkat awal amat mustahak kerana jika terlambat terutamanya selepas anak berusia

10 tahun, rawatan yang diberikan mungkin memakan masa kerana ia berkait rapat dengan

perkembangan otak. Selepas 10 tahun, perkembangan otak manusia sudah tetap jadi sukar

untuk kita merawat penyakit tersebut dengan sepenuhnya."

4. PAKAR-PAKAR YANG PERLU DILIBATKAN

Bagi pesakit yang mengalami masalah penglihatan, mereka boleh dirujuk pada pakar

mata, iaitu Pakar Oftalmologi, Jabatan Oftalmologi di mana-mana hospital kerajaan, swasta

mahupun klinik-klinik yang terdapat di Malaysia. Berikut adalah senarai mereka yang boleh

dirujuk:

1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Oftalmologi

2. Pensyarah Pakar Oftalmologi

3. Pakar Perunding Oftalmologi

12

Page 13: Kanak kanak Berkeperluan Khas

4. Pakar Perunding Oftalmologi Honorary

Namun begitu, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, mereka

boleh dirujuk pada Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Pakar ENT ini juga

berkhidmat di mana-mana hospital kerajaan, swasta mahupun klinik-klinik.

1. Ketua Jabatan / Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding ENT

2. Pensyarah Pakar ENT

3. Pakar Perunding ENT

4. Doktor Pakar Kanak-kanak ENT

5. PELAN TINDAKAN BAGAIMANA ANDA AKAN MEMBANTU MENDIDIK KANAK-KANAK

BERKEPERLUAN BERKENAAN.

5.1 Masalah Pendengaran

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di

kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa

dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial,

komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan

sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta

program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan

masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:

Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut diajar cara

cara:

- Mendengar

- Menyampaikan buah fikiran

13

Page 14: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Menyatakan keperluan

Melepaskan perasaan

Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami

perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap dengan

baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat

Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur dengan

baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran, keperluan dan

perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu

perkara yang agak lama. Para pendidik hendaklah mencari jalan untuk membuat kenyataan

menyeronokkan supaya mereka berminat untuk mendengar. Guru / ibubapa / penjaga boleh:

bercakap

guna tangan

mimik muka

gerak badan

menulis

latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka

1. Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu

yang guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya

2. Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap

perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan

3. Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah

penutur dengan jelas terutama bibir

Oleh itu perkara-perkara di bawah adalah tidak digalakkan untuk melakukannya:

- Menutup mulut semasa bercakap

- Berpaling muka sebelum habis bercakap

14

Page 15: Kanak kanak Berkeperluan Khas

- Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau

Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar sekiranya

kita bercakap perlahan ke telinganya. Terdapat pula segolongan kanak-kanak dapat mendengar

dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga kanak-kanak. Selepas guru/ibubapa/

penjaga bercakap, kanak-kanak haruslah diberi peluang berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/

penjaga menyambung bercakap.

Pengelolaan Bilik Darjah

Bagi para pendidik yang bertanggungjawab mengajar dan mengendalikan kanak-kanak

berpendidikan khas ini, berikut adalah beberapa teknik yang bole digunapakai untuk

diaplikasikan kepada kanak-kanak tersebut:

Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi

mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi

dengannya.

Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas

Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain

Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan

atau pengajaran

Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat

Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat

Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata

Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami

Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar

Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi

atau membaca

Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat

15

Page 16: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Galakan murid-murid bertanya

Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami

Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar

Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam

Tuliskan maknanya

Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan

Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran

Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan

Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar

5.2 Masalah Penglihatan

Golongan ini biasanya cuba membentuk diri kanak-kanak ini agar dapat mengeluarkan

bakat-bakat yang ada di samping mengajar sukatan-sukatan pelajaran yang ditetapkan. Dalam

meneliti masalah yang dihadapi oleh guru, biasanya masalah umumnya adalah dalam mengajar

murid yang cacat penglihatan diikuti dengan kecacatan lain. Cikgu Basiran sendiri mengatakan

yang tiada masalah dalam mengajar kanak-kanak buta sahaja tetapi masalah akan timbul jika

kanak-kanak itu mempunyai kecacatan lain seperti autisme dan sebagainya.

Ini kerana guru yang ada kebanyakannya mempunyai kelulusan dalam mengajar kanak-

kanak buta sahaja. Jadi ia kadang-kadang menimbulkan masalah bagi guru-guru ini dalam

menyampaikan pelajaran bagi golongan kanak-kanak ini. Di samping itu kekurangan pakar

dalam bidang ini juga menimbulkan masalah. Dalam melihat dari segi pelajaran yang

disampaikan adalah sama seperti sekolah normal cuma tulisannya dipindahkan dalam bentuk

braille.

Di samping itu, ia juga perlu mengikut keupayaan masing-masing. Sukatan pelajaran

mesti dihabiskan kerana peperiksaan tetap dijalankan. Biasanya setiap guru akan memberi

lebih penekanan kepada anak muridnya. Malah dalam satu-satu kelas maksimanya hanya 6

orang sahaja. Jika diikutkan nisbah pula, seorang guru adalah untuk 3 orang murid (1:3).

16

Page 17: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Salah satu akibat sampingan yang terbit daripada pergerakan dan pengalaman yang

terbatas ialah keadaan tidak berupaya yang telah diterima menerusi pengalaman. Di sinilah

guru penting dalam memainkan peranannya dengan menolong pelajar yang tidak sempurna

penglihatannya untuk membentuk mereka menjadi individu yang aktif dan seterusnya dapat

berdikari kelak. Kebanyakan golongan yang mengalami kecacatan penglihatan yang berat dan

menyeluruh dikenalpasti lama sebelum mereka masuk ke sekolah. Namun ibu bapa dan guru

pra-sekolah dapat memperluaskan pengalaman kanak-kanak ini jika sebarang masalah dapat

dikenalpasti lebih awal lagi.

Di sini, ingin disentuh sedikit mengenai program pendidikan bagi kanak-kanak ini iaitu

ianya haruslah menekankan kepada pembelajaran konkrit, penyepaduan dalam pengalaman

berserta kegiatan-kegiatan yang menggunakan peralatan. Malah kebanyakan pendidik

berpendapat bahawa kecerdasan terjejas oleh pengalaman kanak-kanak ini semasa mereka

berkembang. Remaja yang cacat penglihatan ini adalah kurang dari segi pengalaman

bersepadu dan pemahaman mengenai pengalaman-pengalaman yang biasa bagi golongan

yang boleh melihat. Ini adalah cabaran bagi pendidik untuk mengatasi keadaan ini melalui

program khas pengajaran. Selain menggunakan Braille, golongan ini akan terus menggunakan

penglihatan (bagi penglihatannya rendah), menggunakan kemahiran mendengar serta alat

bantu berteknologi seperti optakon, mesin pembaca Kurzweil, Versabraille dan perkhidmatan

video deskriptif.

LANGKAH-LANGKAH RINGKAS MENGELAK DARI KEBUTAAN

Kepekaan ibu bapa terhadap kesihatan anak penting dan ini mestilah diambil berat oleh

ibu bapa. Soal-soal yang perlu diambil berat oleh golongan ini ialah;

a) pemakanan

Makanan yang diberikan amestilah seimbang dan banyak vitamin ( sayur-sayuran hijau tua atau

oren seperti bayam, lobak merah dan labu ).

b) kecederaan

17

Page 18: Kanak kanak Berkeperluan Khas

Elakkan kanak-kanak dari bermain dengan benda tajam atau yang boleh mencederakan seperti

batu, kayu, jarum, pisau atau gunting.

c) berjumpa doktor

Membawa anak berjumpa dengan doktor mata sekurang-kurangnya sekali dalam setahun untuk

membuat pemeriksaan walaupun tiada tanda-tanda yang menunjukkan anak itu mengidap

penyakit mata. Berjumpa dengan doktor dengan segera adalah penting dalam situasi

mengesyaki ada yang tidak kena dengan mata kanak tersebut.

Dr. Abdul Aziz sendiri telah banyak memberikan nasihat kepada kepada ibu bapa agar

sentiasa memastikan anak mereka dalam keadan sihat serta mengingatkan golongan ibu yang

sedang hamil supaya mendapatkan nasihat dalam penggunaan uibat serta mengelakkan diri

dari mengambil dadah atau steroid kerana ia membahayakan kesihatan.

6.0 KESIMPULAN

Mata merupakan salah pancaindera manusia yang sangat penting dan penjagaannya

perlu bagi memastikan tiada masalah akan timbul kelak. Golongan ibu bapa seharusnya

menyedari tentang perkara ini dan sentiasa mengawasi anak-anaknya. Namun, bagi ibu bapa

yang mempunyai anak-anak yang cacat penglihatan seharusnya menerimanya dengan redha

keadaan anaknya sebagai satu dugaan bukannya menyalahkan mana-mana pihak. Penerimaan

ibu bapa ini akan dapat, membentuk satu keyakinan diri di dalam diri anaknya dalam mencari

identiti dirinya terutamanya dalam komunikasi dengan pihak luar. Pembentukan personaliti dari

peringkat awal akan memudahkan kanak-kanak istimewa ini dalam menentukan di mana haluan

yang akan dibawanya dan akan dapat bergantung kepada diri sendiri.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran pula, langkah-langkah perlu

diambil untuk membantu meningkatkan kualiti penggunaan alat bantuan kepada murid-murid

bermasalah pendengaran. Kerosakan mudah sebenarnya boleh diatasi oleh guru atau penjaga

sekiranya mereka diberi pendedahan mengenai penjagaan alat. Guru-guru dan penjaga juga

boleh membimbing murid-murid mengenai penjagaan alat bantuan pendengaran mereka dan

seterusnya mereka boleh mengesan sendiri jika alat yang dipakai tidak berfungsi. Selain itu

18

Page 19: Kanak kanak Berkeperluan Khas

usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan murid yang menggunakan alat bantuan

pendengaran. Tanpa penggunaan alat bantuan pendengaran dunia mereka sepi kerana hanya

alat bantuan pendengaran menghubungkan mereka dengan bunyi-bunyi di persekitaran. Di

samping membantu mereka menguasai pertuturan bunyi persekitaran, bunyi-bunyi persekitaran

juga membantu mereka mengesan bahaya seperti bunyi-bunyi dari kenderaan di jalan raya dan

amaran-amaran lain. Akhir sekali guru-guru yang terlibat dalam pendidikan murid-murid

bermasalah pendengaran perlu diberi pendedahan mengenai penggunaan alat bantuan

pendengaran di samping teknik pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus pendek boleh

diberikan kepada guru-guru terlibat agar dengan perkembangan ilmu pengetahuan terkini agar

dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid.

Kejayaan kepada pergantungan ke atas diri sendiri merupakan satu kejayaan besar

dalam diri individu ini. Individu ini dapat memperolehi pendapatan hidupnya tanpa

mengharapkan kepada belas kasihan orang lain. Semua pihak mestilah mengambil berat dan

berfikiran positif dalam pergaulan mereka dengan golongan istimewa ini dan ini akan

membentuk persekitaran sosial yang lebih baik. Oleh itu, ingin ditegaskan bahawa masyarakat

sekitar amat penting dalam mendorong kejayaan individu ini selain daripada ibu bapa dan guru.

19

Page 20: Kanak kanak Berkeperluan Khas

7.0 BIBILIOGRAFI

D. A. Hussin, R. Omar, Knight, V. Feizal, (2009). Penyebab masalah penglihatan di kalangan

kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Volume 38, no 6.

David H. Warren, (1977). Blindness And Early Childhood Development, American Foundation

For The Blind, New York,

Irving F. Lukoff, et al., (1972). Attitudes Toward Blind Persons, American Foundation For The

Blind, New York,

Majalah Ibu, Februari 1993 (BIL. 47)

Majalah Ibu, Mei 1996 (BIL 86)

Crow, L.D. and Crow, M.A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Terjemahan

Habibah Bt. Elias) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999. Hallahan, D.P &

Kauffman, J.M., “ Exceptional Leamers ” (1997)

Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.

(1998). Issues and practices in speacial education.

Ysseldyke, J., & Algozzine, C. (1982). Critical issues in special and Remedial education.

Boston: Houghton Mifflin.

Sumber Internet dari http://pbmum.tripod.com/sejarah/50.html

Sumber Internet dari

http://pmspk.moe.gov.my/

index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang=bm&limitstart=7

20