Kanak-kanak Berkeperluan Khas

49
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS MASALAH KECACATAN FIZIKAL MASALAH PENGLIHATAN MASALAH PENDENGARAN

Transcript of Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Page 1: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

MASALAH KECACATAN FIZIKALMASALAH PENGLIHATANMASALAH PENDENGARAN

Page 2: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

PENDIDIKAN INKLUSIF

Inklusif – inclusive (Bahasa Inggeris) membawa maksud termasuk atau merangkumi semuaPendidikan inklusif – pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi keperluan pendidikan umum.

Page 3: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara:

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu sacara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 4: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Pendidikan inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia , termasuk kanak-kanak cacat. Kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guru-guru biasa.

Page 5: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan akan ditempatkan di dalam kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP).Kanak-kanak ini akan mengikuti satu program pendidikan yang khas, semata-mata diajar oleh guru terlatih khas atau guru resos.Apabila murid-murid cacat mencapai kemajuan yang memuaskan, mereka yang berkenaan akan ditempatkan dalam kelas biasa sesuai dengan taraf pencapaian mereka.

Page 6: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

PENDIDIKAN KHAS

Am - Program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas, iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.Khusus – satu pendekatan rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

Page 7: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Dr. Chua Tee Tee(1982) – satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak berkeperluan khas atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

Page 8: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KATEGORI-KATEGORI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

Kanak-kanak kerencatan akal (mentally retarded)Kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities)Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders)Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi Kanak-kanak cacat penglihatanKanak-kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa

Page 9: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS (1986)

“Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat …dan …untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Page 10: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

TUJUAN PENDIDIKAN KHAS

Mengembangkan potensi kanak-kanak berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi secara optimum.

Page 11: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

8 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak-kanak cacat.Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna.

Page 12: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.

Page 13: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan.Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.

Page 14: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak-kanak cacat.Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.

Page 15: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

2 MODEL PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama.Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan tuli.

Page 16: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak buta atau pekak biasanya ditempatkan di dalam sekolah khas.Kecacatan kanak-kanak yang bukan buruk adalah ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terletak di bawah pentadbiran sekolah biasa.

Page 17: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KANAK-KANAK CACAT FIZIKAL

Page 18: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Merupakan kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik dan sebagainya. Masalah ortopedik melibatkan sistem otot dan skeletal. Sistem ini terdiri daripada tulang, sendi dan otot yang berfungsi di bawah kawalan otak manusia. Kebanyakan masalah ortopedik adalah bersifat sementara dan hanyalah sebahagian dari proses pembesaran.

Page 19: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan, atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya.Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri yang jelas diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal.Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan.

Page 20: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Ciri-ciri (pergerakan motor kecil):pembentukan koordinasi tangan dan jari yang tidak sempurna sukar mengangkat objek-objek kecil sukar melukis atau menulis

Ciri-ciri (pergerakan motor besar):kerap tersandung dan terjatuh sukar berjalan, berlari, melompat atau memanjat sukar mengimbang badan sukar melantun, menangkap atau membaling bola mungkin tidak upaya melepaskan sesuatu objek

Page 21: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Contoh Masalah Ortopedik Yang Biasa Di Kalangan Kanak-kanak

Bowlegs (kaki melengkung keluar)Knock-knees (kaki bengkok ke dalam)FlatfeetClubfootDislokasi congenital tulang pinggul (Congenital dislocation of the hip – CDH)

Page 22: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

BOWLEGS(KAKI MELENGKUNG KELUAR)

Ini terjadi apabila adanya jarak yang agak jauh antara lutut apabila kanak-kanak berdiri dengan kaki dan buku lali dirapatkan (kaki kelihatan melengkung keluar). Bowlegs kebiasaannya adalah fisiologikal, ini bermakna kaki kanak-kanak akan mula lurus apabila dia mula berjalan dan masalah ini akan hilang dengan bertambahnya usia. Tetapi jika masalah ini berlanjutan selepas anak anda berumur 3 tahun, pemeriksaan seterusnya perlu dilakukan untuk memastikan tiada sebab-sebab yang serius.

Page 23: Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Page 24: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KNOCK-KNEES(KAKI BENGKOK KE DALAM)

Masalah ini ialah di mana kedua belah kaki bengkok ke dalam dan lutut menyentuh satu sama lain menyebabkan jurang antara buku lali apabila kanak-kanak berdiri. Kebanyakan kanak-kanak mengalami masalah ini di antara umur 3 hingga 5 tahun. Apabila mereka berumur 6 tahun, bentuk badan mereka akan lurus dengan sendirinya dan kebanyakan kanak-kanak boleh berdiri dengan kaki yang lurus. Kadangkala knock-knees patologikal akan terjadi dan jarak antara buku lali boleh melebihi 15cm.

Page 25: Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Page 26: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

FLATFEET

Ini merujuk kepada ketiadaan lengkungan semulajadi (arch) di tapak kaki kanak-kanak antara jari-jari kaki dan tumit. Ia berlaku apabila kebanyakan dari permukaan tapak kaki bersentuhan dengan tanah/lantai. Ramai bayi yang dilahirkan dengan tapak kaki yang leper tetapi ia akan semakin melengkung apabila mereka mula berjalan.

Page 27: Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Page 28: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

CLUBFOOT

Ini ialah kecacatan kaki yang wujud sejak lahir dan boleh juga dikaitkan dengan masalah penyakit yang lain contohnya (spina bifida.Kaki kanak-kanak akan kelihatan melengkung ke arah tengah dan jari-jari kaki akan menghala ke bawah. Jika kedua belah kaki kanak-kanak terlibat, kedua tapak kaki akan bertemu.

Page 29: Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Page 30: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

DISLOKASI CONGENITAL TULANG PINGGUL (CDH)

Ini terjadi apabila sendi pinggul tidak normal. Sendi ini terdiri dari bebola dan soket. Hujung tulang paha yang berupa bentuk bebola akan bergerak di dalam soket tulang pinggul yang berbentuk cawan. Dalam CDH, bentuk soket tulang pinggul ini cetek dan tidak sempurna, ini menyebabkan bebola sendi pinggul tergelincir dan mudah keluar dan masuk dari soketnya. Masalah ini biasanya akan dikesan oleh doktor yang memeriksa bayi yang baru lahir.

Page 31: Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Page 33: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Seseorang itu dianggap mengalami kecacatan penglihatan apabila ujian menggunakan 'Snellens Chart' menunjukkan beliau tidak dapat melihat huruf pada jarak 3 meter. Ini juga bermakna beliau tidak boleh berjalan secara sendirian.Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran.

Page 34: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Merupakan kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20.Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad.Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan mereka yang terhad.

Page 35: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Page 36: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa.Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.

Page 37: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

Rabun dekatRabun jauhRabun malamRabun warna AstigimatismeKatarakGlaukomaJuling

Page 38: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN

Kesukaran membaca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta di papan kapur.Sering membawa buku dekat matanya untuk membacaSering mengesat matanyaMatanya kelihatan kemerah-merahanMatanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnyaSering berasa pening kepalaMatanya amat sensitif terhadap cahayaTidak dapat membaca dalam tempoh lamaKerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.

Page 39: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

PUNCA-PUNCA CACAT PENGLIHATAN

Kesakitan mataKekurangan zat makanan Kerosakan saraf optikMenghidap penyakit seperti hypermetropia,myopia, dyslexia dan sebagainya.

Page 40: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN

Page 41: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Merupakan kanak-kanak yang sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat. Tergolong dalam dua kumpulan:a) kanak-kanak cacat pendengaran pratutur

(prelingual) – pekak dari sejak lahirb) Kanak-kanak cacat pendengaran postutur

(postlingual) – berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap, cacat pendengaran separa atau sepenuhnya

Page 42: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.

Page 43: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel.Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel.

Page 44: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah.

Page 45: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar.Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.

Page 46: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

CIRI-CIRI KANAK-KANAK CACAT PENDENGARAN

Bersifat pendiam, pemalu dan tidak suka bertanyaTerlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebayaPertuturan mereka kurang lancar, sering tersekat-sekat atau berulang-ulangMenghadapi masalah memahami kata orang lainKurang upaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea

Page 47: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat.Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kataSering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoalMencodong mukanya ke depan untuk mendengar jelas kata orang.

Page 48: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

PUNCA-PUNCA CACAT PENDENGARAN

Kerosakan gegendang telingaKerosakan saraf pendengaranWarisan baka

Page 49: Kanak-kanak Berkeperluan Khas

SEKIAN TERIMA KASIH!!!