KARANGAN

11
KARANGAN JENIS CERITA (AKTIVITI) Isi asas karangan aktiviti - tarikh - masa/hari - tempat - tujuan - perasmian - peserta / kumpulan / mangsa - aktiviti / acara - suasana - pemenang - orang yang menyampaikan hadiah - aktiviti tamat - pulang ke rumah / gembira Tajuk karangan aktiviti yang dirancang 1. Sukan tahunan sekolah 2. Perkhemahan unit beruniform 3. Kem motivasi 4. Pertandingan bercerita / bersajak 5. Hari kantin sekolah 6. Hari penyampaian hadiah 7. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas 8. Gotong-royong di sekolah

Transcript of KARANGAN

Page 1: KARANGAN

KARANGAN JENIS CERITA (AKTIVITI)

Isi asas karangan aktiviti

- tarikh

- masa/hari

- tempat

- tujuan

- perasmian

- peserta / kumpulan / mangsa

- aktiviti / acara

- suasana

- pemenang

- orang yang menyampaikan hadiah

- aktiviti tamat

- pulang ke rumah / gembira

Tajuk karangan aktiviti yang dirancang

1. Sukan tahunan sekolah

2. Perkhemahan unit beruniform

3. Kem motivasi

4. Pertandingan bercerita / bersajak

5. Hari kantin sekolah

6. Hari penyampaian hadiah

7. Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas

8. Gotong-royong di sekolah

KARANGAN FAKTA BERSIFAT AKADEMIK

Contoh tajuk bersifat akademik

Page 2: KARANGAN

1. Membaca buku sangat penting kepada murid sekolah. Tulis

sebuah karangan tentang faedah-faedah membaca buku.

2. Tulis sebuah karangan tentang faedah menyertai lawatan sambil

belajar.

3. Menyertai aktiviti kokurikulum banyak memberi faedah kepada

murid sekolah. Bincangkan.

4. Televisyen banyak memberi kebaikan kepada kita. Bincangkan

tentang kebaikan menonton televisyen.

5. Komputer banyak memberi faedah kepada murid sekolah.

Bincangkan.

Isi-isi utama fakta akademik

1. menambahkan ilmu pengetahuan

2. meningkatkan kemahiran dalam pelajaran

3. mengisi masa dengan perkara yang berfaedah

4. mengeratkan hubungan sesama rakan

5. menghilangkan rasa bosan kepada pelajaran / sebagai hiburan.

KARANGAN JENIS LAPORAN

LAPORAN

1. karangan berformat

Page 3: KARANGAN

2. jenis laporan aktiviti dan laporan tahunan persatuan

3. laporan aktiviti sama dengan karangan aktiviti ( 12 isi)

4. format – tajuk, laporan disediakan oleh , tarikh.

5. laporan tahunan persatuan ada AJK persatuan dan aktiviti-aktiviti

sepanjang tahun.

Rangka karangan.

Pendahuluan

1. tajuk semua huruf besar

Isi-isi penting

1. tarikh

2. masa/hari

3. tempat

4. tujuan

5. perasmian

6. peserta

7. aktiviti

8. suasana

9. pemenang

10. orang yang menyampaikan hadiah

11. aktiviti tamat

12. pulang ke rumah / perasaan

Isi tambahan

1. peralatan gotong-royong

2. jamuan

3. penglibatan ibu bapa

Page 4: KARANGAN

Penutup

1. laporan disediakan oleh,

2. tandatangan

3. nama (semua huruf besar)

4. tarikh

TAJUK

Setiap manusia mempunyai hobi. Tulis sebuah karangan tentang hobi

yang kamu gemari.

RANGKA KARANGAN

- nyatakan satu atau tiga hobi yang paling digemari ( membaca .

mengumpul setem, memancing)

Page 5: KARANGAN

ISI-ISI PENTING

MEMBACA

- menambahkan ilmu pengetahuan

- meningkatkan kemahiran dalam pelajaran

- mengeratkan hubungan sesame rakan

- mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah

- sebagai hiburan/ menghilangkan rasa bosan

MENGUMPUL SETEM

- dapat mengetahui jenis-jenis setem bagi Negara-negara

diseluruh dunia.

- Dapat bertukar-tukar setem dengan rakan-rakan.

- Menambahkan kenalan dan rakan karib

MEMANCING IKAN

- mendidik menjadi seorang yang sabar dan tabah

- mengelak melakukan perkara yang negative seperti melepak,

membuang masa dan sebagainya.

PENUTUP

- gembira dengan hobi-hobi ini.

CONTOH.

Setiap orang mempunyai hobi. Hobi ialah perkara kegemaran yang

dilakukan oleh sesorang.

Saya juga mempunyai hobi. Hobi saya ialah membaca buku.

Apabila saya membaca buku, saya dapat menambahkan ilmu

pengetahuan. Buku yang menjadi kegemaran saya ialah buku cerita

tauladan, buku moral dan lain-lain lagi.

Dengan membaca buku juga saya dapat meningkatkan

kemahiran dalam pelajarn seperti dalam pelajran Sains, Matematik,

Page 6: KARANGAN

Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi. Jika saya membaca secara

berkumpulan saya dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan

rakan-rakan saya.

Hobi saya yang kedua ialah mengumpul setem. Dengan

mengumpul setem saya dapat mengetahui jenis-jenis setem dari

seluruh dunia. Sebagai contoh setem dari Negara Amerika, New

Zealand, Australia dan lain-lain lagi. Melalui hobi ini juga saya boleh

bertukar-tukar setem dengan kenalan saya dari dalam negeri

mahupun luar Negara. Ini dapat menambahkan lagi rakan-rakan

saya.

Di samping membaca dan mengumpul setem, satu lagi hobi saya

ialah memancing ikan. Biasanya hobi ini saya lakukan semasa cuti

sekolah. Saya sering memancing ikan bersama dengan ayah saya di

sebatang sungai yang berhampiran dengan rumah saya. Hobi ini

dapat mengelakkan daripada melakukan perkara yang negative

seperti melepak, membuang masa dan sebagainya.

Saya berasa sangat gembira apabila melakukan hobi saya.

Contoh 1

Membaca merupakan aktiviti yang sangat penting kepada murid

sekolah. Terdapat banyak faedah apabila kita membaca buku.

Apabila kita membaca buku,kita akan dapat meningkatkan lagi

ilmu pengetahuan. Ini kerana terdapat banyak ilmu yang terkandung

dalam buku yang kita baca.

Disamping itu,apabila membaca buku,kita juga dapat

meningkatkan lagi kemahiran kita dalam sesuatu pelajaran. Sebagai

Page 7: KARANGAN

contoh kemahiran-kemahiran di dalam buku Sains, buku Matematik,

dan sebagainya.

Selain itu,kita juga dapat mengisi masa lapang kita dengan

perkara yang berfaedah. Ini kerana apabila membaca kita akan dapat

mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang tidak

berfaedah seperti melepak,berkawan dengan budak-budak nakal dan

melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Begitu juga,apabila kita membaca secara berkumpulan,ia akan

dapat meningkatkan lagi hubungan baik dengan rakan-rakan. Ini

sangat penting supaya setiap perbincangan dalam kumpulan dapat

memberi hasil yang membanggakan. Perbincangan boleh dilakukan di

Pusat Sumber Sekolah,Perpustakaan awam,di kelas dan sebagainya.

Akhir sekali ,jika kita banyak membaca kita akan dapat

menghilangkan rasa bosan pada pelajaran. Buk-buku majalah,komik-

komik berpendidikan,cerita-cerita sains fiksyen dan sebagainya dapat

memberikan hiburan kepada kita. Ini bukan sahaja menghiburkan kita

malah memberi banyak faedah kepada kita.

Oleh itu, kita hendaklah banyak membaca kerana ia memberi

banyak faedah kepada kita.

Page 8: KARANGAN

Sekolah kamu telah mengadakan perkhemahan pasukan unit

beruniform. Ceritakan suasana perkhemahan tersebut.

Pada 19 Mac 2011 yang lalu,sekolah saya telah mengadakan

perkhemahan unit beruniform. Perkhemahan ini diadakan pada hari

Jumaat dan berakhir pada hari Ahad. Ia telah diadakan di padang

sekolah saya.

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk melatih murid-

murid berdikari dan mempunyai keyakinan yang tingi. Perkhemahan

unit beruniform ini telah dirasmikan oleh guru besar sekolah saya iaitu

En cik Abdul Rashid bin Mahidin.

Page 9: KARANGAN

Seramai 40 orang peserta telah menyertai perkhemahan

tersebut. Mereka terdiri daripada ahli pengakap,tunas puteri,kadet

remaja,dan puteri islam. Mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan

iaitu kumpulan Orkid,kumpulan Mawar, kumpulan Seroja dan

kumpulan Melati.

Antara aktiviti yang dijalankan seperti memasang khemah,

kawad kaki, mengembara ke dalam hutan,malam kebudayaan dan

lain-lain lagi. Suasana perkhemahan itu sungguh meriah kerana para

peserta begitu bersemangat menjalankan aktiviti-aktiviti masing-

masing. Dalam perkhemahan pada kali ini kumpulan Seroja telah

menjadi johan. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada semua.

Perkhemahan ini berakhir pada hari Ahad. Semua peserta pulang

ke rumah dengan perasaan gembira.