Karangan Jenis Fakta - Kepentingan Air

1
KARANGAN JENIS FAKTA Kepentingan Air Air sangatlah penting untuk kehidupan di muka bumi yang serba indah ini. Ini kerana tanpa air tiadalah hidupan. Semua makhluk ciptaan Tuhan memerlukan air untuk hidup. Manusia sangat memerlukan air untuk hidup. Manusia memerlukan air untuk makan, minum, membasuh pakaian dan bermacam-macam perkara lain. Selain itu, manusia juga menggunakan air sebagai pengangkutan utama mereka. Contohnya masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak. Mereka sangat bergantung kepada sungai untuk bergerak. Air juga diperlukan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik. Manusia sangat memerlukan tenaga hidroelektrik bagi menggantikan minyak dan arang batu yang semakin kehabisan. Malaysia telah membina Empangan Bakun di Sungai Rajang bagi menjana elektrik ke rumah-rumah dan juga kilang-kilang. Air juga diperlukan tumbuhan untuk hidup. Tanpa air, tumbuh- tumbuhan akan layu dan mati. Bumi akan jadi kering kontang jika tiada tumbuhan. Bumi juga akan menjadi panas kerana kekurangan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Manusia juga akan mati sebab tiada oksigen untuk bernafas. Sebagai kesimpulannya, air adalah nyawa bagi semua hidupan di dunia ini. Oleh itu, kita haruslah menghargai air dengan cara berjimat cermat. Elakkan pembaziran air supaya jangan menyesal di kemudian hari.

description

Karangan

Transcript of Karangan Jenis Fakta - Kepentingan Air

Page 1: Karangan Jenis Fakta - Kepentingan Air

KARANGAN JENIS FAKTA

Kepentingan Air

Air sangatlah penting untuk kehidupan di muka bumi yang serba indah ini. Ini kerana tanpa air tiadalah hidupan. Semua makhluk ciptaan Tuhan memerlukan air untuk hidup.

Manusia sangat memerlukan air untuk hidup. Manusia memerlukan air untuk makan, minum, membasuh pakaian dan bermacam-macam perkara lain. Selain itu, manusia juga menggunakan air sebagai pengangkutan utama mereka. Contohnya masyarakat yang tinggal di pedalaman Sarawak. Mereka sangat bergantung kepada sungai untuk bergerak.

Air juga diperlukan untuk menghasilkan tenaga hidroelektrik. Manusia sangat memerlukan tenaga hidroelektrik bagi menggantikan minyak dan arang batu yang semakin kehabisan. Malaysia telah membina Empangan Bakun di Sungai Rajang bagi menjana elektrik ke rumah-rumah dan juga kilang-kilang.

Air juga diperlukan tumbuhan untuk hidup. Tanpa air, tumbuh-tumbuhan akan layu dan mati. Bumi akan jadi kering kontang jika tiada tumbuhan. Bumi juga akan menjadi panas kerana kekurangan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan. Manusia juga akan mati sebab tiada oksigen untuk bernafas.

Sebagai kesimpulannya, air adalah nyawa bagi semua hidupan di dunia ini. Oleh itu, kita haruslah menghargai air dengan cara berjimat cermat. Elakkan pembaziran air supaya jangan menyesal di kemudian hari.