karangan laporan

3
Sebagai setiausaha kelab tersebut anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Tuliskan Laporan itu selengkapnya. Kelab Komputer SMK Balai Panjang Pengerusi : Muhammad Amir Fikri Setiausaha : Muhammad Amir Fahmy Bendhari : Nur farah Ain Laporan Tahunan Kelab Komputer SMK Balai Panjang. Persatuan Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Panjang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Persatuan ini mempunyai 115 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar yang celik komputer. Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini pada tahun 2012 ialah ceramah yang bertajuk "Kepentingan Komputer Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pelajar" yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komputer dan sekarang bertugas di Universiti Malaya. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari komputer dan kaedah yang berkesan menggunakan komputer untuk mencari maklumat. Kelab juga telah menganjurkan pertandingan melukis poster menggunakan komputer. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas. Selain itu, kami turut mengadakan kelas komputer setiap minggu kepada pelajar yang berminat. Kelas komputer ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia komputer. Dengan cara ini juga murid-murid diajar cara yang betul dan beretika bagaimana hendak mendapatkan maklumat di internet. Semasa cuti penggal persekolahan pula, kami telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Multimedia. Banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan tersebut. Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat kelab iaitu En. Amir bin Hamzah dan Puan Salina binti Husin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami. Laporan disediakan oleh, 15 Julai 2014

description

contoh karangan dan lembaran aktiviti

Transcript of karangan laporan

Page 1: karangan laporan

Sebagai setiausaha kelab tersebut anda diminta untuk menyediakan laporan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Tuliskan Laporan itu selengkapnya.

Kelab KomputerSMK Balai Panjang

Pengerusi : Muhammad Amir FikriSetiausaha : Muhammad Amir Fahmy

Bendhari : Nur farah Ain

Laporan Tahunan Kelab Komputer SMK Balai Panjang.

      Persatuan Kelab Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Panjang telah ditubuhkan pada tahun 2004. Persatuan ini mempunyai 115 orang ahli yang terdiri daripada murid-murid tingkatan satu hingga tingkatan lima. Matlamat utama penubuhan kelab ini adalah untuk membantu meningkatkan jumlah pelajar yang celik komputer.

      Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan yang berbentuk akademik dan juga bukan akademik sepanjang tahun 2012. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh kelab ini pada tahun 2012 ialah ceramah yang bertajuk "Kepentingan Komputer Dalam Meningkatkan Pengetahuan Pelajar" yang disampaikan oleh En. Mohammad Firdaus. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang komputer dan sekarang bertugas di Universiti Malaya. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan mempelajari komputer dan kaedah yang berkesan menggunakan komputer untuk mencari maklumat.

      Kelab juga telah menganjurkan pertandingan melukis poster menggunakan komputer. Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada para pelajar. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu peringkat menengah rendah dan menengah atas.

      Selain itu, kami turut mengadakan kelas komputer setiap minggu kepada pelajar yang berminat. Kelas komputer ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan murid-murid kepada dunia komputer. Dengan cara ini juga murid-murid diajar cara yang betul dan beretika bagaimana hendak mendapatkan maklumat di internet.

      Semasa cuti penggal persekolahan pula, kami telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Universiti Multimedia. Banyak ilmu yang dapat kami timba sepanjang lawatan tersebut.

      Pada keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru penasihat kelab iaitu En. Amir bin Hamzah dan Puan Salina binti Husin yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami.

Laporan disediakan oleh,                                        15 Julai 2014

(...................................)Muhammad Amir Fahmy Setiausaha,Kelab Komputer, SMK Balai Panjang.

Page 2: karangan laporan

Page 3: karangan laporan

Laporan disediakan oleh,                                        15 Julai 2014

(...................................)Muhammad Amir FahmySetiausaha,Kelab Komputer,SMK Balai Panjang.