Karya agung 1
-
Upload
norizan-simbok -
Category
Documents
-
view
563 -
download
2
Transcript of Karya agung 1
UNIT 1
karya yang dianggap oleh pelbagai institusi dan badan berautoriti sebagai karya yang mencerminkan kehebatan sesuatu bangsa melalui amalan cara hidup, adat istiadat, falsafah, nilai ilmu dan seumpamanya.
merupakan karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca.
Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.
3 sifat utama karya agung:
Karya yang dapat dikaitkan dengan
masalah dan isu masa kini,
Karya yang tidak jemu dibaca berulang
kali.
Karya yang bersesuaian dengan
pemikiran yang hebat dan boleh mengisi
minda individu sehingga masa kini.
Karya yang nilainya tahan zaman, yakni yang kekal sepanjang zaman sebagai khazanah budaya dan ilmu Melayu hingga hari ini.
Nilai yang dimaksudkan adalah • nilai seninya, nilai budayanya, nilai ilmu dan pemikiran yang
terkandung di dalamnya, nilai pada teknik kepengarangannya yang luar biasa, dan nilai bahasanya yang tinggi dan indah
• semuanya lahir dalam kesepaduan bentuk, bahasa dan gaya penceritaan yang luar biasa.
‘luar biasa’ dari segi cara atau kaedah berfikir dan bercerita yang digunakan, sama ada secara sedar, spontan, atau secara ‘terancang’, bagi menyampaikan sesuatu ilmu, konsep, pandangan hidup, mesej dan lain-lain.
• melambangkan keunggulan daya cipta seniman,
penulis dan pemikir bangsa Melayu
menggambarkan idealisme, nilai, pandangan
hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi
bangsa dan masyarakatnya
• dihasilkan dalam bentuk sastera dan seni yang
tinggi nilainya hingga kekal sepanjang zaman
dalam minda kolektif bangsa Melayu.
Pemikiran dalam Karya Agung
Estetika dan Kepengarangan Karya
Agung
Nilai Budaya dan Pandangan Hidup
dalam Karya Agung Melayu
Nilai Ilmu dalam Karya Agung Melayu
Falsafah dalam Karya Agung Klasik dan
Moden
HHT tentang kehebatan pahlawan Melayu meneroka bukan sahaja dunianya tetapi juga dunia luar (Rom, India, China, Arab) termasuk juga alam ghaib.
Ceritera yang begitu besar dan luas menjadi latar yang dikaitkan dengan kebesaran dan kekuasaan
Kedatangan Islam (walaupun diselit dgn unsur metos/Hindu): • …diturunkan oleh Allah Taala dari keinderaan (HHT)
• … raja Melayu berasal daripada Iskandar Zulkarnain
Watak-watak pandai ilmu: Badang, Hang Tuah
Kebijaksanaan menyampaikan ceritera; • Alkisah maka tersebutlah..
• … yang mepunya ceritera
• Menegur raja secara yang halus: “…menurut
ceritera orang dahulu kala…”
Teknik warisan bercerita: • jenaka, romatis, realisme, idealisme, kias ibarat,
teknik orang ketiga, ‘menurut ceritera orang …”,
teknik dedaktik
Kreatif dan indah: • gurindam, pantun, seloka, syair, peribahasa dll
• Bayangan melatari alam semulajadi
• Gaya bahasa yang padat, ringkas dan bersahaja
Kepelbagaian teknik • Metafora, hiperbola, superlatif dll
• Contoh: Alamat hari nak siang..
Alamat Hari Nak siang Tengah malam sudah terlampau
Dinihari belum lagi tampak Budak-budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik-rintik Berbunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mendung merak mengigal Fajar sidik menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Taptibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal tinggal sejari Itulah alamat hari nak siang
(Hikayat Malim Deman: 4)
Penggunaan puisi dan peribahasa berkaitan dengan kepekaan orang Melayu terhadap keindahan alam
Kuat berpegang pada adat • Hormat, sopan santun…
Nilai mengenang budi • orang berbudi kita berbahasa
Adat istiadat • Meminang, adat berpakaian, adat menyembah
raja dll
Istilah: pandai besi, pandai keris.. Mengiktiraf dan menghormati orang
berilmu: bahasa, batin, ramalan Contoh Hang Tuah:
• Memiliki ilmu firasat, ilmu mistik, menguasai 12 bahasa asing,
Budaya berguru: • Pantun: ‘saya budak baru belajar..
• Bertambah dngan kedatangan Islam: Hamzah Fansuri, Naruddin al-Raniri
• Ilmu agama: Ilya Ulum al_din, Siyar al-Salikin
Karya agung Melayu adalah cetusan akal fikiran Melayu yang luar biasa melalui dua tahap keupayaan keupayaannya berfikir secara kreatif
melalui kaedah metafora, (perumpamaan, perbandingan, kiasan dan tamsil ibarat) • konsep abstrak menggunakan alam nyata sebagai
analoginya, dan kebolehan mental untuk menyusun
fikirannya dalam bentuk pengungkapan yang sangat berstruktur. • ‘pohon tiada akan berdiri jika tiada akar’
Aristotle: orang yang mampu berfikir
secara metaforik atau metafora adalah
manusia ‘genius’ • oleh itu kebanyakan karya Melayu dihasilkan
oleh manusia Melayu geliga akalnya
Kekuatan Bahasa Melayu • Sebagai ‘lingua franca’ • Perakam dan pengungkap budaya tinggi sejak Srivijaya Mengatasi bahasa Sanskrit
Menjadi bahasa Istana/kerajaan
Prasasti (tulisan Palava)
Pengaruh Islam • Islam berkembang secara populis (tidak terbatas)
• BM dekat dengan rakyat • Peranan tulisan Jawi
Peranan Istana dan pendidikan • Istana menggalakkan penulisan. Contoh Sulalatus al-
Salatin
“….diperbuatkan hikayat perturunan segala raja-raja Melayu
dengan istiadatnya, suapaya didengar oleh anak cucu kita yang
kemudian dari kita dan ketahuinyalah segala perkataan, syahadan
beroleh faedahlah mereka itu daripadanya”
(Sulalatal al-Salatin, 1997: 3-4)
“… maka fakir karanglah hikayat ini dan fakir himpunkan daripada
segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan
menyukakan duli hadhrat baginda”
(Sulalatal al-Salatin, 1997: 4)
Terangkan kaitan Hang Tuah dalam
membina citra Melayu agung.