KBAT

2
Contoh Soalan berbentuk KBAT Psikologi 1 . Seorang guru mengukuhkan tingkah laku murid yang baik dengan menggunakan token yang boleh digantikan dengan hadiah atau ganjaran lain pada setiap hujung minggu. Bincangkan keberkesanan penggunaan peneguhan berterusan dalam sistem ekonomi token. (15 markah) 2 . Mengikut tokoh Teori Pemprosesan Maklumat, ingatan jangka pendek mempunyai kapasiti pemprosesan yang sangat terhad. Terangkan bagaimana penggunaan alat bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah tersebut di dalam bilik darjah dengan disertakan contoh yang sesuai. (15 markah) 3 Pembelajaran dikatakan berlaku apabila murid memerhati dan meniru tingkah laku orang lain. Terangkan secara ringkas Teori Pembelajaran Kognitif Sosial Bandura. Bincangkan sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan. (15 marks) 4 . Selepas tiga hari berada di dalam bilik darjah, anda menyedari bahawa murid anda tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Terangkan bagaimana anda dapat menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dengan merujuk kepada teori-teori motivasi yang sesuai. (40 marks) 5 . Haslinda mengajar mata pelajaran Ekonomi Tingkatan 5 kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran mereka. Setiap kali dia mengajar, dia

description

PSIKOLOGI

Transcript of KBAT

Lampiran C

Contoh Soalan berbentuk KBAT Psikologi1.Seorang guru mengukuhkan tingkah laku murid yang baik dengan menggunakan token yang boleh digantikan dengan hadiah atau ganjaran lain pada setiap hujung minggu. Bincangkan keberkesanan penggunaan peneguhan berterusan dalam sistem ekonomi token.

(15 markah)

2.Mengikut tokoh Teori Pemprosesan Maklumat, ingatan jangka pendek mempunyai kapasiti pemprosesan yang sangat terhad. Terangkan bagaimana penggunaan alat bantu mengajar boleh membantu mengatasi masalah tersebut di dalam bilik darjah dengan disertakan contoh yang sesuai.

(15 markah)

3Pembelajaran dikatakan berlaku apabila murid memerhati dan meniru tingkah laku orang lain. Terangkan secara ringkas Teori Pembelajaran Kognitif Sosial Bandura. Bincangkan sejauh mana tingkah laku baru dapat dipelajari melalui pemerhatian dan peniruan.

(15 marks)

4.Selepas tiga hari berada di dalam bilik darjah, anda menyedari bahawa murid anda tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Terangkan bagaimana anda dapat menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris lebih menarik dengan merujuk kepada teori-teori motivasi yang sesuai.

(40 marks)

5.Haslinda mengajar mata pelajaran Ekonomi Tingkatan 5 kepada pelajar yang lemah dalam pelajaran mereka. Setiap kali dia mengajar, dia memulakannya dengan induksi set. Dalam induksi set, dia akan menanya soalan berkaitan pelajaran yang lepas. Selepas itu, dia akan menerangkan isi pelajaran pada hari itu. Biasanya, penerangannya sehala sahaja iaitu dia bercakap dan murid mendengar. Semasa pengajarannya, ramai murid tidak memberikan perhatian dan masing-masing membuat kerja sendiri. Berdasarkan teori motivasi, huraikan bagaimana Haslinda dapat membuat muridnya meminati Ekonomi dan melibatkan diri dalam pelajarannya.

Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perbezaan individu. Berdasarkan perbezaan individu, bincangkan sejauhmanakah keberkesanan pengajaran seorang guru seharusnya bergantung kepada prestasi anak muridnya.