KBK 3083 TUGASAN INDIVIDU

download KBK 3083 TUGASAN INDIVIDU

of 21

  • date post

    26-Oct-2015
  • Category

    Documents

  • view

    177
  • download

    12

Embed Size (px)

Transcript of KBK 3083 TUGASAN INDIVIDU

  • KBK3083

    DASAR DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI101(A122PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    SHARIAH BINTI AWALDEEN D20112053891 0192261486

    NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK MOHAMED FAWZY BIN YUSOF

    TARIKH SERAH : 21 APRIL 2013

    TUGASAN INDIVIDU SOALAN 1

    Huraikan mengenai pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah

    Pembelajaran dan perspektif anda mengenai program tersebut serta implikasinya

    terhadap bidang pendidikan.

  • ISI KANDUNGAN HALAMAN

    1.0 Pendahuluan 1

    2.0 Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Pembelajaran 1 - 2

    a. Prosedur Kemasukan Ke Program Pendidikan

    Integrasi Bermasalah Pembelajaran 2 - 3

    b. Kategori Murid Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Pembelajaran 3 - 4

    c. Tempoh Dan Had Umur Program Pendidikan Khas

    Integrasi Bermasalah Pembelajaran 4 - 5

    d. Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Pembelajaran 5 - 9

    e. Pengurusan Bilik Darjah Program Pendidikan Khas

    Integrasi Bermasalah Pembelajaran 9 - 11

    f. Rancangan Pendidikan Individu 11 - 12

    g. Pengurusan Kewangan Program Pendidikan Khas

    Integrasi Bermasalah Pembelajaran. 12 - 13

    3.0 Persepektif Saya Mengenai Program

    Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran 13 - 14

    4.0 Implikasi Program Pendidikan Khas Integrasi

    Bermasalah Pembelajaran Terhadap Pendidikan 15 - 17

    5.0 Penutup 18

    Rujukan

  • 1.0 Pendahuluan

    Kemahiran asas membaca , menulis, mengira dan menaakul penting bagi menuju alaf

    baru dimana perkembangan teknologi maklumat semakin pesat dan mencabar. Walau

    bagaimana pun masih terdapat murid-murid yang gagal menguasai kemahiran tersebut lantas

    akan menggagalkan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang seimbang

    serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani , emosi dan

    jasmani. Perbezaan minat, pengalaman , bakat , gaya belajar dan kecacatan mengakibatkan

    segolongan mereka lambat menguasai pembelajaran. Atas dasar ini program pendidikan khas

    integrasi bermasalah pembelajaran diwujudkan.

    Secara umum kanak-kanak yang memerlukan Pendidikan khas selalunya mempunyai

    ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti biasa. Mereka

    memiliki satu atau gabungan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan sama ada dari aspek

    fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan, atau tingkah laku jika dibandingkan dengan

    kanak-kanak biasa. Justeru itu kanak-kanak ini dikatakan bermasalah dan memerlukan satu

    bentuk pendidikan yang sesuai. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satu perkhidmatan

    yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak kurang upaya dari pelbagai

    aspek .

    2.0 Pengenalan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

    Program integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersama-

    sama dengan kanak-kanak biasa dalam satu sekolah. Keadaan ini berdasarkan prinsip kanak-

    kanak berkeperluan khas perlu berkongsi segala kemudahan pembelajaran yang disediakan

    untuk kanak-kaknak lain. (Williams 1988). Laporan Warn telah membahagikan integrasi

    kepada tiga jenis :

    1. Lokasi kanak-kanak berkeperluan khas akan belajar bersama-sama dalam satu

    sekolah tetapi berlainan unit atau kelas. Mereka mempunyai hubungan sosial yang

    terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti menggunakan padanag permainan dan

    sebagainya.

    2. Sosial- penempatan murid di sekolah di mana hubungan sosial yang biasa

    misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah

    walaupun pendidikan formal belaku di tempat-tempat yang berasingan.

    -1-

  • 3. Kefungsian- kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan

    mengambil bahagian bersama-sama dengan murid lain , berkongsi kemudahan

    yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti sekolah.

    Bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai

    mengalami kecacatan yang mengganggu pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak

    yang mempunyai keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang

    rendah. Kecacatan yang dialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial,

    penguasaan bahasa lisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran

    matematik. Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf

    pusat.

    Pendidikan Khas masalah pembelajaran pula dapat didefinisikan sebagai

    Pembelajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang mempunyai tahap kefungsian intelek

    yang terhad dan sedang berkembang, ataupun berkembang dalam tahap yang lambat

    berbanding keupayaan kanak-kanak normal . ( Menurut Thomas 1996 ).

    Pengurusan membawa maksud perancangan , pengelolaan , penyepaduan dan

    pengukuran bagi mencapai sesuatu matlamat. Ia juga merupakan penyeliaan ke atas sesuatu

    yang dibuat oleh orang-orang lain. Menurut Stoner (1984) dalam buku Management

    mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang , mengelola, memimpin , mengawal

    daya usaha ahli-ahli yang ditentukan. Matlamat akhir yang diharapkan daripada pengurusan

    ialah mengekalkan serta meningkatkan taraf prestasi sesuatu organisasi . Bagi pengurusan

    Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran aspek pengurusan yang

    berkaitan dengannya ialah :

    a. Prosedur Kemasukan Ke Program Pendidikan Integrasi Bermasalah

    Pembelajaran

    Penempatan murid program pendidikan khas integrasi perlu melalui beberapa

    prosedur. Prosedur kemasukan ke program pendidikan khas integrasi bermasalah

    pembelajaran terletak di bawah Jabatan Pendidikan Khas , Kementerian Pelajaran Malaysia

    dan seterusnya harus juga mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan

    Pendidikan Khas dan Jabatan Pendidikan Negeri.

    -2-

  • Pencalonan kanak-kanak dengan keperluan khas untuk dimasukkan ke program

    pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran adalah satu aspek penting dalam

    pelaksanaan program tersebut. Ini adalah kerana kanak-kanak ini mempunyai hak untuk

    dididik serta dilatih supaya menjadi seorang insan yang sempurna. Pencalonan kanak-kanak

    ini boleh dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah guru, ibu bapa, pegawai perubatan dan

    Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    Setelah pencalonan diterima prosedur atau proses yang seterusnya yang perlu dilalui

    ialah membawa anak berjumpa jawatankuasa pelbagai disiplin yang terdiri daripada pakar

    perubatan, pakar psikologi, audiologi , jurupulih fizikal dancara kerja , pakar pediatrik , pakar

    neurologi dan lain-lain yang berkaitan agar diagnos dan laporan untuk dapat dilakukan untuk

    mendapatkan pengesahan tentang masalah yang dihadapi kanak-kanak tersebut.

    Setelah mendapat pengesahan serta ditempatkan dalam program pendidikan khas

    integrasi bermasalah pembelajaran yang mana program ini merupakan komponen terbesar

    dalam program pendidikan khas, kanak-kanak ini akan dinilai dengan menggunakan

    Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

    Instrumen ini menjadi sumber maklumat asas untuk menentukan penempatan calon-calon

    tersebut.

    Pentaksiran akan dijalankan oleh pentaksir yang terdiri dari guru pendidikan khas

    yang dihadiri dengan kehadiran calon dan ibubapa. Pentaksiran dijalankan melalui temuduga,

    pemerhatian dan lembaran kerja dengan menggunakan set ujian yang disediakan. Seterusnya

    pentaksir akan memberi keputusan penempatan calon dalam Borang Pelaporan Individu.

    Penempatan kanak-kanak ini ke program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran

    ditentukan berdasarkan kepada skor Instrumen Penentuan Penempatan (IPP) yang dijadikan

    sebagai asas begi penempatan murid-murid yang dianggap berisiko tinggi. Tempoh tiga bulan

    akan diberikan sebagai percubaan sebelum pengesahan penempatan muktamad dibuat.

    b. Kategori Murid Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran

    Mengikut peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas ) 1997 Bahagian II tiga

    kurungan dua menyatakan bahawa seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh

    dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan

    disahkan oleh panel yang terdiri pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan

    -3-

  • pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan

    kebangsaan layak kecuali murid-murid cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental

    untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang

    sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

    Permasalahan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian murid-

    murid dalam kebolehan fizikal, intelek, emosi dan sosial. Murid-murid ini juga mempunyai

    keistimewaan yang berbeza dari segi bakat, kebolehan dan kemampuan, seterusnya

    memerlukan pendidikan yang bersesuian untuk mengoptimumkan potensi mereka.

    Berdasarkan tahap kefungsian dan peraturan pendidikan di atas kategori yang berhak

    mengikuti program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelaja