Kbs 3043

31
PENGENALAN Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana manusia memperolehi bahasa merupakan satu isu yang amat rumit dan sukar dibuktikan. Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui sama asa disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first language is something every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal lessons.” (Language Acquisition: On-line). Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa secara berperingkat-peringkat dari bayi hinggalah dewasa. Apa yang penting ialah bayi belajar secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu diajarkan. Apa yang perlu ialah pendedahan kepada pemakaian bahasa dan kanak-kanak itu akan terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut. Secara umumnya, kita mengakui bahawa semua bayi yang sihat memperoleh bahasa dengan mudah pada tahun pertama dalam hidup mereka, dan pendapat ini diterima hampir semua kebudayaan dan masyarakat. Terdapat dua istilah yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa iaitu bahasa pertama yang merujuk kepada 1

description

IJH

Transcript of Kbs 3043

PENGENALAN

Proses pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak merupakan satu perkara yang

rencam dan cukup menakjubkan bagi para penyelidik dalam bidang linguisitk. Bagaimana

manusia memperolehi bahasa merupakan satu isu yang amat rumit dan sukar dibuktikan.

Pelbagai teori dari bidang disiplin yang berbeza telah dikemukakan oleh para pengkaji untuk

menerangkan bagaimana proses ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Memang diakui sama

asa disedari ataupun tidak, sistem-sistem linguistik dikuasai dengan pantas oleh individu kanak-

kanak walaupun umumnya tiada pengajaran formal. “…learning a first language is something

every child does successfully, in a matter of a few years and without the need for formal

lessons.” (Language Acquisition: On-line).

Kita akan dapati kanak-kanak selalunya dapat memperolehi atau mempelajari bahasa

secara berperingkat-peringkat dari bayi hinggalah dewasa. Apa yang penting ialah bayi belajar

secara tidak formal, atau pembelajaran berlaku dengan secara tidak sedar dan tidak perlu

diajarkan. Apa yang perlu ialah pendedahan kepada pemakaian bahasa dan kanak-kanak itu akan

terus memperolehi sesuatu bahasa tersebut.

Secara umumnya, kita mengakui bahawa semua bayi yang sihat memperoleh bahasa

dengan mudah pada tahun pertama dalam hidup mereka, dan pendapat ini diterima hampir semua

kebudayaan dan masyarakat. Terdapat dua istilah yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa

iaitu bahasa pertama yang merujuk kepada perkembangan bahasa dalam kalangan bayi dan

kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan kanak-kanak

dan orang dewasa. Penglestarian bahasa berlaku apabila konsep, idea, emosi, dan pendapat

diluahkan melalui medium bahasa yang difahami semua pihak yang berkomunikasi sama ada

secara formal mahupun secara tidak formal.

Dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terdapat empat

cara yang dapat digunakan oleh seorang guru iaitu dengan menggunakan pendekatan, kaedah,

strategi dan teknik dalam pembelajaran. Terdapat pelbagai cara untuk seorang guru

mengaplikasikan pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam sesi pengajaran dengan

mengaitkan cara cara pembelajaran dengan teori-teori aliran bahasa seperti aliran behaviurisme,

mengaitkan aliran kognitif, aliran interaksionalis, dan aliran konstruktivisme.

1

1 DEFINISI

1.1 Definisi Bahasa

Bahasa dan manusia merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Kita tidak dapat lari

daripada menggunakan bahasa untuk berinteraksi sesama sendiri. Nabi Allah Sulaiman telah

diberi keistimewaan dengan memahami bahasa haiwan. Hal ini telah membuktikan bahawa

haiwan juga tidak mempunyai bentuk bahasa tersendiri untuk berkomunikasi dan memahami

sesama mereka. Oleh itu, sebagai manusia yang lebih tinggi darjatnya perlulah mempunyai

kemampuan menguasai bahasa dengan baik.

Safir (1921) mendefinisikan bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct)

manusia untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol - simbol yang

lahir secara sedar.

Bloch dan Trager (1942) menyatakan bahasa ialah suatu sistem lambing-lambang bunyi

vokal yang bersifat arbitrari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berkomunikasi.

Chomsky (1957) mendefinisikan bahasa ialah suatu set ayat yang mempunyai had

panjang dan tersusun dengan menggunakan satu set unsur yang terhad.

Ferdinand de saussure (1974/1993) pula berpendapat bahasa ialah sistem isyarat yang

mempunyai bahagian terpenting yang berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan

kedua-duanya bersifat psikologi.

Simanjuntak (1978), pula berpendapat, bahasa merupakan satu struktur yang unit

daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya

(arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.

Arbak (1983) memberi maksud bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi

tumpuan pengkajian, terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang

dipakai manusia untuk perhubungan.

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) pla berkata, ubanyak dasar yang boleh

dijadikan asas untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut

fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.

2

Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik Melayu menyatakan bahasa merupakan firasat

atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi bahasa mencerminkan kebudayaan

penuturnya.

Bloom (1988) menyifatkan bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan yang

dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi.

Reed C.A (1994) mengatakan bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai

simbol khusus untuk mewakili sesuatu.

Kamus Dewan edisi ketiga (1996) pula menyifatkan bahawa bahasa ialah lambang bunyi

suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.

1.2 Pemerolehan Bahasa

Pemerolehan bahasa bagi kanak-kanak merujuk kepada cara bahasa itu dapat dikuasai

oleh seseorang kanak-kanak. Para ilmuan berbeza-beza dalam memberikan definisi kepada terma

ini mengikut kefahaman masing-masing. Ia bermula secara pada peringkat bayi melakui

perlakuan.

Hayakawa (1964), arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the

symbol and that which is symbolized…”

Menurut Corder (1973) penguasaan bahasa pertama merupakan proses dibawah sedar di

mana pada saat ia sedang memperoleh kemahiran yang lain serta pengetahuan tentang alam

sekitarnya.

Mangantar Simunjuntak (1987) pula berpendapat, pemerolehan bahasa ialah proses yang

berlaku di dalam otak seseorang kanak-kanak (bayi), sewaktu memperolehi bahasa ibundanya.

Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa berlaku hanya melibatkan bahasa

pertama kanak-kanak.

Menurut Frank Parker (1994) pemerolehan bahasa merupakan suatu kajian terhadap

bagaimanakah cara manusia memperoleh pengetahuan tentang tatabahasa suatu set kategori yang

3

merangkumi bidang semantik, sintaksis, morfologi dan fonologi berserta dengan rumus-rumus

yang menentukan kemampuan bercakap dan memahami sesuatu bahasa yang diadakan kepada

manusia.

Lyons (1995) melihat pemerolehan bahasa itu dari perspektif nurani, iaitu petunjuk dari

hati. Justeru bahasa tidak diperolehi secara semulajadi tetapi tumbuh dan menjadi matang secara

organik.

Manakala kamus Linguistik (1997) pula memberi takrif pemerolehan bahasa sebagai

proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya.

Ahmad Syeikh Abdul Salam (2001) menakrifkan pemerolehan bahasa sebagai suatu

proses di mana manusia memperoleh penguasaan bahasa secara bawah sedar di dalam kelompok

penutur bahasa ibundanya. Kebiasaannya perkara ini berlaku kepada kanak-kanak.

Siti Hajar Abdul Aziz (2009) pula menerangkan pemerolehan bahasa merupakan proses

yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa. Secara umumnya, kita mengakui

bahawa semua bayi yang sihat memperoleh bahasa dengan mudah pada tahun pertama dalam

hidup mereka, dan pendapat ini diterima hampir semua kebudayaan dan masyarakat. Terdapat

dua istilah yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa iaitu bahasa pertama yang merujuk

kepada perkembangan bahasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak manakala pemerolehan

bahasa kedua merujuk kepada perkembangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Menurut Khairuddin Mohamad (2011) ada banyak pandangan dalam kalangan ahli

bahasa tentang proses pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza, maka

wujud pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa ini. Antara teori yang popular mengenai

pemerolehan bahasa adalah Teori Behavioris, Teori Mentalis dan Teori Interaksional.

Laman sesawang Wikipedia menafsirkan pemerolehan bahasa sebagai proses di mana

manusia memperoleh keupayaan untuk melihat dan memahami bahasa serta menghasilkan dan

menggunakan kata-kata dan ayat untuk berkomunikasi. Pemerolehan bahasa biasanya merujuk

kepada pemerolehan bahasa pertama oleh bayi terhadap bahasa ibunda mereka. Ia berbeza

dengan pemerolehan bahasa kedua yang membicarakan tentang pembelajaran pelajar dewasa

mahupun kanak-kanak terhadap bahasa tambahan.

4

2. KAJIAN PEMEROLEHAN BAHASA

Kajian saintifik dalam bidang pemerolehan bahasa telah dimulakan sejak kurun ke-16

lagi (Zulkifly, 1990:326-331). Kajian ini dimulakan oleh Tiedemann, seorang ahli biologi

berbangsa Jerman pada tahun 1787. Charles Darwin, pengasas teori evolusi turut menjalankan

kajian dalam bidang pemerolehan bahasa pada tahun 1877. Kajian-kajian yang seterusnya telah

dilakukan oleh Preyer pada tahun 1882 dan kajian Sally pada tahun 1885. Selepas kajian-kajian

perintis ini terdapat banyak kajian lain lagi yang mengkaji bahan-bahan dan subjek-subjek yang

berbeza untuk melihat aspek-aspek yang berkaitan dengan pemerolehan sistem-sistem bahasa.

Kajian-kajian terkini meliputi aspek kajian perbandingan pemerolehan bahasa antara

bahasa yang berbeza, misalnya perbandingan antara bahasa Inggeris dengan bahasa Itali yang

dilakukan oleh Antonella Devescovi dan lain-lain pada tahun 2003 (A Cross-Linguistic Study of

the Relationship between Grammar & Lexical Development: On-line). Pemerolehan bahasa

merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama

dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua

bertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Language Acquisition: On-line).

Perkembangan bahasa kanak-kanak pula bermaksud pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak

berkenaan.

3. KONSEP TEORI PEMEROLEHAN BAHASA KANAK-KANAK

Teori pemerolehan bahasa berlaku sedikit demi sedikit dan secara berperingkat-peringkat

mengikut perkembangan otak, iaitu hasil perkembangan fizikal bayi sehingga dewasa. Kanak-

kanak dari peringkat bayi lagi akan belajar dan seterusnya memperoleh sesuatu bahasa secara

tidak formal dan tanpa disedari bermula dalam persekitaran keluarga dan kemudiannya dalam

kehidupan bermasyarakat yang didiaminya. Pemerolehan berlaku sedikit demi sedikit mengikut

perkembangan otak.

Penguasaan bahasa pertama kanak-kanak berlaku secara tidak formal. Kajian

menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun adalah jangka masa penguasaan

bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka.

5

4. TEORI PEMEROLEHA BAHASA

Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan.

Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang memberi panduan

untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru.

Sebagai seorang guru bahasa, kita perlu tahu bagaimana kanak-kanak mempelajari

bahasa terlebih dahulu. Dengan berpegang pada teori itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu

bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana teori-teori itu boleh

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori

behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus

dipegang dalam pengajaran.

Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok

sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah

prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-

teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan

dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu

lebih menunjukkan keberkesanan.

4.1 TEORI BEHAVIORIS

Behaviour atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak balas

hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalam mahupun rangsangan luaran (Siti Hajar

Abdul Aziz, 2009:383).

Dari konteks pemerolehan bahasa pula, teori Behavioris merupakan sebuah fahaman

yang menekankan bahawa pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah melalui proses pencernaan

tatabahasa dalam bentuk yang betul. Menurut teori ini juga, pemerolehan bahasa adalah

berdasarkan pengukuhan sama ada bersifat positif ataupun sebaliknya (Siti Hajar Abdul Aziz,

6

2009:389). Peneguhan merupakan suatu teknik atau proses yang menggunakan elemen

peneguhan untuk mengukuh serta mengekalkan gerak balas dalam pemerolehan bahasa (Mok

Soon Sang, 2012:104). Ini bermakna, pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah

laku secara spontan, sama ada diteguhkan dengan ganjaran atau dilemahkan melalui hukuman.

(Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:389).

Antara pelopor utama dalam teori ini adalah Thorndike dan juga B.F. Skinner. Mereka

berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana bagi mereka, perkara

yang berlaku dalam otak manusia tidak dapat diamati (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383). Oleh

yang demikian, mereka menolak fungsi otak dan operasi kognitif dalam dalam pemerolehan

bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:383-384).

Menurut teori ini, pengajaran bahasa merupakan proses mekanikal untuk membentuk

tabiat yang melalui latihan dan pengulangan. Oleh yang demikian, satu bentuk latihan

mekanisme bersistem perlu diwujudkan dalam pengajaran. Teori ini juga mementingkan

persekitaran dan tingkah laku murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran (Siti

Hajar Abdul Aziz, 2009:384). Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri

serta suasana dalam bilik darjah.

4.2 TEORI MENTALIS

Pelopor bagi teori ini adalah Noam Chomsky. Antara tokoh pemikir yang terlibat atau

berpegang pada teori ini adalah Jean Piaget, E.H.Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George

Miller, D. Slobin dan Mangantar Simanjuntak (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:34).

Teori ini adalah berkaitan dengan kognitif yang menekankan fungsi mental atau proses

berfikir seseorang manusia. Kognitif dari aspek psikologinya diertikan sebagai kaedah untuk

memahami fikiran dan fungsi mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman (Siti Hajar Abdul

Aziz, 2009:392). Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu

kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai pengetahuan yang

dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain itu, teori ini juga mempertimbangkan

peranan mental dalam membentuk kepercayaan, perlakuan, ingatan, motivasi dan emosi (Siti

Hajar Abdul Aziz, 2009:392).

7

Teori ini merumuskan bahawa proses penguasan bahasa bergantung kepada kematangan.

Menurut Chomsky, kematangan saraf, kematangan pemikiran dan kematangan bertindak

merupakan aspek penting dalam proses mempelajari sesuatu bahasa. Bagi ahli-ahli pemikiran

mentalis ada yang menganggap bahawa bahasa itu merupakan satu proses mental dan bukan

mekanikal. Dalam pada itu, teori ini juga mengetengahkan pembentukan ingatan yang berkaitan

dengan pemikiran bagi menentukan bagaimana sesuatu maklumat itu diterima, diproses,

disimpan, diperolehi semula dan dilupakan (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:392).

4.3 TEORI KOGNITIF

Teori Kognitif merupakan sebuah teori yang menegaskan bahawa pembelajaran adalah

sebuah fenomena mental. Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis yang mana teori ini

cuba untuk menghubungkan realiti mental dengan lakuan bahasa yang betul (Tuan Jah Tuan

Yusof, 2011:36). Dalam teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh

sesuatu proses dalam otak dan saraf (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:36). Proses ini berlaku setelah

otak menerima bahan dalam bentuk rangsangan daripada pancaindera.

Antara ahli pemikir yang terkenal dalam mengetengahkan teori ini adalah Jean Piaget dan

Sinclair. Mereka masing-masing berpendapat bahawa pemerolehan bahasa oleh seseorang kanak-

kanak adalah berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan mengikut tahap perkembangan

kognitif (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37). Dalam pada itu, ahli-ahli Kognitif juga berpendapat

bahawa pembelajaran bahasa ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran dan

tidak dapat diperhatikan secara langsung melalui tingkah laku (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:37).

4. 4. TEORI INTERAKSIONALIS

Teori ini mulai berkembang sekitar tahun 1960-an dan1970-an hasil pembawaan oleh

Mark Halliday. Selain Halliday, teori ini juga didukung oleh beberapa tokoh pemikir yang lain.

Antaranya seperti Bloom, Bowemen dan Schlesinger (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:38).

Teori ini memperlihatkan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses

yang melibatkan mental dan linguistik (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:38). Ahli dalam teori ini

8

percaya bahawa penguasaan sesuatu bahasa bukanlah berdasarkan kebolehan kognitif sahaja. Hal

ini kerana, mereka beranggapan bahawa seseorang itu perlu didedahkan kepada interaksi

linguistik supaya penggambaran makna dalam bentuk linguistik dapat dilakukan dengan tepat

dan jelas (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:39).

Bersesuaian dengan makna kata interaksionalis itu sendiri, teori ini mementingkan

aktiviti komunikasi. Hal ini kerana, bagi mereka penguasaan bahasa itu berlaku melalui interaksi

yang mana penyampaian makna merupakan aspek yang paling diutamakan dalam sesebuah

interaksi dan komunikasi (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:39-40). Dengan ini, seseorang itu akan

mampu menggunakan bahasa dengan fasih dan lancar (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:40).

4.5 TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme lahir dari aliran pemikiran konstruktivisme yang mentafsir cara

manusia belajar bahasa (Tuan Jah Tuan Yusof, 2011:40). Antara tokoh yang masyhur dalam

aliran ini adalah McBrien&Brandt, Briner M., Sushkin N., Brooks&Brooks dan Nik Aziz Nik Pa

(Mazhan Bin Bakar et al, 2001:6-8).

Bagi ahli dalam aliran ini, pengetahuan itu dibina secara aktif oleh individu yang berfikir

(Mazhan Bin Bakar et al, 2001:5). Hal ini kerana, seseorang individu tidak hanya menerima dan

menyerap secara pasif pengetahuan yang disampaikan kepadanya, sebaliknya akan

menyesuaikan segala maklumat yang diterima dengan pengetahuan sedia ada (Mazhan Bin

Bakar et al, 2001:5). Dengan proses penyesuaian ini, maka akan terbentuklah satu pengetahuan

baharu dalam minda seseorang individu tersebut.

5. PERBEZAAN DI ANTARA TEORI BEHAVIORISME DAN TEIRU MENTALIS

5.1 TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan

Bahasa dan dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan

pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran.

9

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan

latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran. Prinsip-prinsip

pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan

linguistik Aliran Behaviorisme.

Golongan ini beranggapan bahawa pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan

manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan

bahawa pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan. Kemudian diikuti dengan

bahasa tulisan yang dianggap perkara kedua penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini

bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa

itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat

dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran

kedua. Bagi membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga

diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada

pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia

merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam

situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistimewaan, pengiktirafan,

maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul

perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan

ulangan sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah

dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut

menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan

makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme

iaitu :

Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks

pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-

10

pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan

bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses

pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa

akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan

satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak

dan meningkatkan minat serta motivasi.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi

rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan

cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola

interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik,

strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif

bermula dariapada spesifik kepada umum . Menurut J.M Kierzek dan W.Gibson (1960),

pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu

generalisasi.

5.1.1 Kebaikan Teori Behaviorisme

i. Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses

pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses

pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik.

ii. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik

darjah.

iii. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu

bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

11

5.1.2 Kelemahan Teori Behaviorisme

i. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan. Sebagai contoh, guru

perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan.

ii. Pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru

perlu bersama murid di sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang

demikian, pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah

pembelajaran secara kendiri atau self learner.

iii. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih

menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses

pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru semata-

mata untuk belajar.

5.2 TEORI MENTALIS

Teori Mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental.

Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-

rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek

penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah

atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian

beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka

terhadap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini,

pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan

melalui pertuturan.

12

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan

dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada

kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu

menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-

bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat

kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa

kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa

yang sama. Justeru, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang

hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu

huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa

yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi

dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna

dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang

terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan

bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan

daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan

tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kajian-kajian

bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu

dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus dan konsep-konsep tatabahasa dan

kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-

pelajar biasanya dilakukan secara formal.

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada

spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan

13

hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif

merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang

mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah

dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

5.1.1 Kebaikan Teori Mentalis

i. Menekankan proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pengajaran dan

pembelajaran bahasa akan dijalankan secara berperingkat-peringkat mengikut tahap

kematangan murid. Dengan itu proses pembelajaran akan lebih bersifat sistematik dan

guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.

ii. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang

belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap

kognitif mereka sendiri.

iii. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar

bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta terlibat aktif

dalam penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru.

5.1.2 Kelemahan Teori Mentalis

i. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran

bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan

menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan

bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur).

6. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA

6.1 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA BEHAVIRIOUS DALAM PENGAJARAN

14

Teori Behavior merujuk kepada aksi atau reaksi manusia dalam bentuk gerak balas hasil

daripada rangsangan dalaman atau luaran. Teori behavioris mengatakan bahasa ialah proses

perilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan. Teori ini menganggap

bahasa sebagai hasil operasi rangsangan dan gerak balas yang semata-mata bergantung pada ciri-

ciri naluriah yang ada pada manusia. Faktor persekitaran dianggap sebagai rangsangan dan hasil

rangsangan itu ialah gerak balas. Teori ini menolak pendapat yang menghubungkan proses

penghasilan bahasa dan operasi mental. Teori ini cuba menunjukkan bahawa tingkah laku adalah

ditentukan oleh faktor-faktor luaran seperti ganjaran yang menguatkan hubungan rangsangan dan

gerak balas.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif

ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan

kemudian baharulah diterangkan.

Menurut B.Seaton(1982), pembelajaran melalui pendekatan ini disamakan dengan

seorang murid mengalami proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk

memperoleh satu kesimpulan. Antara prinsip-prinsip penggunaan pendekatan induktif adalah

menggunakan contoh-contoh yang relevan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah

sebagai rujukan kepada murid untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh guru.

Setiap guru boleh menggunakan gambar, video ataupun hasil karya dalam penyampaian

maklumat kepada murid-murid. Murid-murid juga digalakkan mengemukakan contoh-contoh

yang diketahui oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Selain itu,

soalan-soalan akan disediakan untuk membimbing murid membuat kesimpulan. Soalan-soalan

ini adalah berkaitan dengan contoh-contoh yang telah dipertunjukkan kepada murid-murid.

Sebagai contoh, Bagaimanakah anda menghadapi situasi banjir di rumah?. Seterusnya,

guru perlu memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contor agar

generalisasi dapat dibuat. Untuk lebih memudahkan murid menguasai peraturan-peraturan umum

yang diperoleh daripada fakta ataupun contoh khusus, guru perlulah merancang aktiviti berkisar

daripada contoh yang telah diberikan. Secara umumnya, jenis pendekaran induktif digunakan

bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.

15

6.1.1 Aplikasi Teori Dalam Pengajaran

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini dengan memberikan latihan

secara berulang-ulang ataupun secara latih tubi. Sebagai contoh, sekiranya guru ingin

mengajarkan kemahiran menyebut suku kata yang berpola KV + KVK, guru akan meminta

pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali sehingga murid dapat

menyebutnya dengan betul. Dalam situasi ini, pembelajaran adalah bergantung kepada

penguasaan murid. Sekiranya murid tersebut mudah belajar dan faham, pengulangannya adalah

sedikit, dan jika sebaliknya pula, pengulangan akan bertambah sehinggalah murid tersebut

menguasai sebutan yang betul. Setelah murid menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru

akan mengajarkan pula perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata yang diajarkan tadi.

Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata

tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan baik.

6.1.2 HUBUNGKAIT TEORI DENGAN CARA PENGUASAAN BAHASA

i. Pengulangan

Untuk memperoleh kemahiran bahasa, pengulangan dan latih-tubi perlu dijalankan secara

kerap sehingga kemahiran bahasa menjadi sebagai satu kebiasaan. Guru boleh

memperkenalkan perkataan tertentu dan meminta murid-murid mengulanginya sehinga

hafal, contohnya ucapan selamat pagi, selamat malam dan sebagainya di dalam bahasa

Melayu. Kemudian perkataan atau frasa ini boleh digunakan setiap kali guru bersua

dengan murid. Lama-kelamaan proses ini akan menjadi suatu kebiasaan.

ii. Mewujudkan Persekitaran

Aliran behaviourisme menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa

daripada fenomena mental. Justeru itu guru boleh membentuk persekitaran yang dapat

membantu murid-murid menguasai bahasa arab. Ini boleh dilaksanakan dengan

penggunaan bahasa Melau yang optimum semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan. Guru juga boleh menjadi model kepada murid-murid. Selain itu, guru juga boleh

mewujudkan sudut bahasa Melayu atau pun membawa murid-murid belajar di dalam

16

bilik khas seperti pusat sumber ataupun bilik tayangan yang mana bilik ini dipenuhi

dengan poster, gambar, kamus dinding dan sebagainya. Tuntasnya, guru mestilah

menyediakan persekitaran yang menarik minat murid-murid untuk belajar bahasa

Melayu.

iii. Penekanan Kemahiran Lisan

Teori ini amat mementingkan aspek lisan seperti percakapan atau pertuturan kerana bagi

mereka bahasa ialah alat untuk berkomunikasi. Justeru itu, guru hendaklah memulakan

pengajaran dengan penumpuan kepada kemahiran mendengar dan bertutur. Beberapa kali

sesi pengajaran dan pembelajaran, barulah kemahiran menulis dan membaca akan diajar.

iv Peneguhan

Guru juga mestilah memberi peneguhan atau hukuman kepada murid-muridnya.

Peneguhan ini dapat dilakukan dengan memberi ganjaran kepada seseorang pelajar

apabila mereka memberikan gerak balas yang betul seperti pujian, keistimewaan,

pengiktirafan dan sebagainya. Ia dapat membentuk tindak balas yang dikehendaki dan

yang lebih penting dapat mewujudkan pengulangan. Apabila pengulangan dapat

diwujudkan, proses pembelajaran akan berlaku.

6.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA MENTALIS DALAM PENGAJARAN

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa

pemerolehan bahasa berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat

pemerolehan bahasa yang bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara

semula jadi untuk mempelajari bahasa apa sahaja

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan deduktif. Pendekatan deduktif

mengemukakan pengajaran rumusan bahasa sebelum mencapai penggunaan bahasa yakni

pelajar-pelajar diperkenalkan terlebih dahulu akan sejenis rumusan tatabahasa dengan jelas lalu

17

diberikan contoh-contoh yang sesuai. Pelajar- pelajar kemudiannya meniru contoh-contoh

tersebut dan menghafaznya.

Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The

Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara

semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur

bahasa sejagat yang dikenali sebagai LAD ( Language Acquisition Device).

Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada

spesifik. Pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran dimana pelajar bermula dengan

hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu. Strategi Pengajaran Deduktif

merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana murid perlu memperolehi kefahaman yang

mendalam /mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah

dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.

Pendekatan ini mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada hukum-hukum

atau tertentu. Pendekatan ini bermula dengan melihat hukum-hukum atau mempelajari peraturan

tertentu dan dari sini pembelajaran akan diteruskan dengan menganalisis hukum-hukum melalui

contoh atau mengaplikasikan peraturan yang telah diberikan. Secara ringkasnya, seorang guru

akan mengemukakan satu konsep, hukum atau kesimpulan dengan menerangkan definisi

sebelum memberikan beberapa contoh untuk memperjelas kefahaman. Pelajar perlu menaakul

untuk mendapatkan contoh tertentu daripada peraturan umum.

Sebagai contoh, apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi

takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

6.2.1 HUBUNGKAIT TEORI MENTALIS DENGAN BAHASA

i. Sistematik

Dalam pengajaran bahasa Melayu, guru akan melakukan perancangan yang sistematik

diikuti dengan pemeringkatan kemahiran secara terancang. Kemahiran membaca

melibatkan suku kata akan diajar di peringkat awal. Kemahiran ini akan dipertingkatkan

18

sehingga murid dapat membaca ayat lengkap. Ringkasnya aplikasi kognitif dalam

pengajaran memerlukan guru melakukan perancangan rapi dan sistematik

ii. Kendiri

Guru perlu memberi penekanan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak

mengikut tahap kendiri mereka. Justeru itu, guru perlu memeringkatkan isi dan

kemahiran mengikut kadar kematangan murid-murid. Selain itu, guru juga dapat

mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid dan memberi penekanan kepada

pembelajaran kendiri di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau

kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.

iii. Berpusatkan Murid

Guru perlu melaksanakan proses pengajaran berpusatkan murid. Ianya bermaksud murid

terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan

pembelajaran. Setiap murid seharusnya dapat menguasai bahasa dengan baik kerana

mereka sudah pun dikurniakan dengan LAD (Language Acquisition Device). Selain itu,

guru juga perlu memberi perangsang dan motivasi kepada murid untuk membetulkan

kesilapan yang dilakukan berdasarkan pengetahuan yang dipelajarinya. Teknik ini amat

sesuai untuk pembelajaran bahasa dan mengembangkan tahap pemikiran murid.

PENUTUP

Bahasa terdiri daripada bahasa penerimaan (receptive) dan bahasa pelahiran (expressive)

yang terdapat dalam bentuk lisan dan tulisan. Bahasa penerimaan merupakan keupayaan

memahami input komunikasi bahasa manakala bahasa ekspresif pula melibatkan kemahiran

menyampaikan mesej sama ada dalam bentuk percakapan ataupun penulisan.

Keupayaan untuk berbahasa kanak-kanak mengalami perkembangan dari masa ke semasa

sehingga sistem berbahasa itu menjadi mantap. Oleh sebab itu perlulah diberi masa yang agak

sesuai untuk bahasa berkembang dan proses itu tidak seharusnya berhenti setelah mencapai

peringkat yang sempurna. Selalunya ia berlaku setelah ia menjadi baligh dan mula memainkan

19

peranannya dalam masyarakat secara aktif. Pembakuan itu menjadi perlu supaya bahasa yang

dituturkan itu berdasarkan suatu sistem sahaja yang dapat difahami oleh semua anggota

masyarakat itu.

Pemerolehan bahasa bermula semasa kanak-kanak berumur dua tahun, iaitu semasa

otaknya tumbuh menjadi 60% dari otak orang dewasa. Masa ini juga merupakan masa progres

yang rapi berlaku untuk berjalan seiring kemahiran-kemahiran motor yang lain. Di antara

perkara yang penting dalam perkembangan otak ialah melibatkan pembesaran bahagian kiri

hemisfera otak sewaktu kanak-kanak berumur sepuluh tahun untuk membolehkan kemahiran

bertutur itu menjadi matang.

Dapat kita perhatikan bahawa ada satu ciri yang selalu berlaku dalam perkembangan

bahasa. Selalunya bayi menunjukkan yang mereka faham setengah perkataan dan arahan- arahan

semenjak mereka berumur dua belas bulan lagi walaupun mereka tidak dapat mengeluarkan

sepatah perkataan pun. Kita dapat memperhatikan bahawa proses memahami dalam sesuatu

bahasa itu mendahului proses bertutur. Dalam suatu kajian terhadap seorang kanak-kanak yang

sakit otak kerana jangkitan semasa dalam kandungan, menunjukkan yang dia tidak dapat bertutur

dengan baik.

Walau bagaimanapun, dalam ujian-ujian yang biasa dijalankan, kanak-kanak tersebut

dapat memahami arahan mudah seperti `Ambil kotak itu!', `Masukkan ke dalam botol', dan di

samping itu dia boleh menjawab soalan mengenai cerita-cerita yang didengarnya. Ini

menjelaskan prinsip penting bahawa kemahiran memahami itu mendahului kemahiran bertutur.

Bukan itu sahaja, bahkan ia lebih mudah dan lebih dasar. Dengan lain perkataan, ada

sesuatu yang istimewa dalam pertuturan yang dapat kita fahamkan sebagai pengetahuan

berkenaan dengan sesuatu bahasa, yang mungkin sudah wujud semasa awal dalam kehidupan

kanak-kanak lagi. Dari sini dapatlah disimpulkan bahawa proses bermula semasa kanak-kanak

itu berumur dua tahun dan berakhir lebih kurang semasa ia berumur dua belas tahun.

Setelah mencapai peringkat itu maka, bahasa kanak-kanak itu dianggap sudah lengkap

dalam serba serbinya. Memang betul bahawa kanak-kanak, bahkan orang dewasa sendiri masih

terus belajar. Tetapi apa yang mereka pelajari itu hanya merupakan gaya, atau peluasan dari segi

20

pemakaian, atau sesuatu makna yang baharu sahaja. Sebenarnya, dari segi nahunya, bahasa itu

sudah cukup lengkap, tetapi pemerolehan lain akan terus berlaku dan ia dianggap pragmatik iaitu

sebagai kecekapan sosial.

21