Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

download Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

of 7

Transcript of Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    1/7

    KEBERKESANAN PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK TERHADAP

    PERKEMBANGAN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MEREKA.

    BAB 1

    1.1 LATAR BELAKANG

    Pusat Anak Permata Negara ( PERMATA ) merupakan nama unggul bagi projek perintis pusat

    pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak. Pusat Anak Permata Negara adalah selaras

    dengan konsep pendidikan awal Pusat Kecemerlangan Kanak-kanak Pen Green di Corby,

    London. Kerajaan bercadang mengubal satu dasar pengasuhan dan pendidikan awal yang

    komprehensif untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan telah mendapat persetujuan

    daripada Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,

    Kementerian Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan

    Warisan supaya program itu diselaraskan. Kurikulum Permata telah dirancang dengan

    mengambil kira semua aspek perkembangan sepetimana yang terkandung dalam Akta

    Pendidikan 1996 yang berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah umur 5

    tahun.

    1.2 Pernyataan Masalah

    Dalam Kurikulum Permata ini, Pendidikan awal kanak-kanak didefinisikan sebagai pendidikan

    bagi kanak-kanak dari umur bayi sehingga mereka berumur 5 tahun. Tumpuan kepada

    Pendidikan awal mereka merupakan strategi yang boleh memberikan impak besar pada negara

    yang mana ia adalah pendidikan awal kanak-kanak yang merupakan tunjang kepada usaha

    membentuk modal insan berkualiti dan mencegah masalah sosial. Dalam Kurikulum Permata,

    PRA-SAINS atau Pendidikan Sains awal kanak-kanak telah diserap masuk dalam proses

    pengajaran awal kanak-kanak yang mana ia terkandung dalam bidang pembelajaran 4, iaitu

    menekankan perkembangan deria/sensori dan pemahaman dunia persekitaran. Sekumpulanpakar Pendidikan dari Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak Negara ( NCDRC ) telah

    mengkategorikan kepada 5 peringkat umur awal kanak-kanak untuk menguasai Pendidikan Pra-

    Sains in. Setiap peringkat umur disesuaikan dengan modul-modul berbeza yang bersesuaian

    mengikut perkembangankan kanak-kanak. Oleh yang demikan, penyelidikan ini akan

    berfokuskan kepada mengkaji sejauhmana keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak

    dapat membentuk perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif mereka.

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    2/7

    1.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

    Matlamat kajian dijalankan ialah untuk menyelidik beberapa perkara berhubung

    keberkesanan Pendidikan sains awal kanak-kanak yang mampu membentuk perkembangan

    kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan kanak-kanak yang berada dibawah projek perintis

    di seluruh negara yang diasuh menggunakan kaedah dan kurikulum Permata.

    Objektif kajian ialah :

    i. Menentukan jenis kaedah P&P pendidikan sains yang berkesan sesuai dengan

    peringkat umur awal kanak-kanak.

    ii. Mngkaji hasil keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak dalam setiap tahap

    perkembangan mereka.

    1.4 HIPOTESIS

    Ho: Penggunaan pelbagai kaedah P&P pendidikan sains tidak berpengaruh secara signifikan

    terhadap perkembangan kognitif,psikometer and afektif kanak-kanak

    H1: Penggunaan pelbagai kaedah P&P pendidikan sains berpengaruh secara signifikan

    terhadap perkembangan kognitif,psikometer and afektif kanak-kanak

    1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

    Pendidikan merupakan satu jaringan penting dalam menjana anjakan paradigma atau dengan erti

    kata yang lain menjana anjakan ke arah perubahan yang baik dalam diri setiap individu.

    Melahirkan insan yang deduktif dan dinamik merupakan salah satu faktor kepentingan

    Pendidikan. MenurutMastura Badzis (2009) Secara keseluruhannya, pendidikan sering dikaitkan

    dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran penyampaian ilmu dan juga

    penerapan nilai. Lazimnya, secara praktikal hasil pendidikan seharusnya dapat melahirkanindividu yang mampu mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan memanfaatkan kemahiran

    yang dimiliki dalam kehidupan seharian.

    Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak, mereka perlu diberikan pendidikan yang

    berterusan dan berkembang. Pendidikan yang diterapkan adalah seiring dengan perkembangan

    individu kanak-kanak tersebut. Terdapat kajian-kajian di negara maju telah membuktikan

    bahawa kanak-kanak yang mengikuti Pendidikan awal kanak-kanak mempunyai kesan yang

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    3/7

    positif terhadap perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif kanak-kanak( Halim,1989).

    Manakala, dari kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan

    kerjasama UNICEF (United Nations International Childreens Emergency Fund)(1980-1984)

    didapati bahawa kanak-kanak yang mempunyai pengalaman Pendidikan prasekolah lebih

    bersedia untuk mengikuti ke tahap Pendidikan prasekolah seterusnya.

    Memperkatakan Pendidikan awal kanak-kanak dari prespektif Islam, Menurut Imam Al-

    Ghazali (1296H, Dalam Hasan Langgulung, 1979) kanak-kanak merupakan amanah dan

    tanggungjawab orang tuanya, jiwanya suci murni merupakan permata mahal yang bersahaja dan

    bebas dari ukiran dan gambaran dan ia boleh menerima setiap ukiran dan cenderung kepada

    apa yang dicenderungkan kepadanya. Dalam erti kata lain, ibubapa, para pendidik dan semua

    pihak yang terlibat bertanggunjawab memberikan Pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-

    kanak. Khasnya kepada ibubapa, kerana mereka merupakan individu yang sangat rapat dalam

    kehidupan kanak-kanak. Ibubapa bertanggunjawab mendidik dan mengasuh anak-anak dengan

    penuh didekasi serta memberikan kasih sayang sewajarnya agar dapat membentuk diri setiap

    kanak-kanak yang bersahsiah baik bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak

    perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya.sesuai dengan

    norma kehidupan masyarakat. Seperti pepatah melayu mengatakan Bagaimana acuan, begitulah

    juga kuihnya.

    Dalam prespektif barat, menurut Rousseau(1762) masa awal kanak-kanak merupakan

    suatu transisi masa yang sangat kritikal kerana pada masa tersebut Pendidikan awal mula

    diterapkan samaada baik atau sebaliknya, hal ini adalah untuk membimbing kehidupan mereka

    dan ia memberikan pengaruh yang besar dalam kehidupan selanjutnya iaitu masa dewasa dan

    seterusnya masa tua, hanya ibubapa yang cenderung untuk memberikan antaranya. Pendapat ini

    hampir serupa dengan maksud sebuah hadis yang bermaksud "Kanak-kanak dilahirkan dengan

    fitrah(suci), hanya orang tuanya yang menjadikannya Majusi, Yahudi atau Nasrani" (Ash-

    Shiddieqy, 1969). Selain daripada kedudukan anak sebagai amanah Allah kepada ibubapa, anak

    juga merupakan cubaab atau ujian kepada mereka, sesuai dengan firman Allah swt "Dan

    ketahuilah, bahawa harta bendamu dan anak-anakmu itu adalah sebagai ujian dan

    sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar. Jelaslah di sini bahawa pendidikan peringkat

    awal sangat dititik beratkan oleh filosofi Islam dan Barat. Mereka sependapat bahawa pendidikan

    kanak-kanak harus mendapat perhatian sepenuhnya kerana kanak-kanak mempunyai waktu

    tertentu yang sangat singkat dan perlu mendapat perhatian serius.

    Daripada hasil-hasil kajian lepas samaada di timur, di barat malah seanterio dunia telah

    membuktikan bahawa Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas kepada pembinaan kekukuhan

    sesuatu bangsa dan sebagai pemangkin sebagai visi dan misi halatuju negara. Misalnya,

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    4/7

    Masyarakat jepun menyediakan generasi mereka dengan daya tahan untuk berhadapan dengan

    cabaran dalam aspek fizikal dan mental serta berusaha menumpukan perhatian membina daya

    keintelektualan dan mengarap potensi semulajadi setiap individu kanak-kanak sejak dari

    peringkat awal kanak-kanak.

    Dalam menempuh era globalisasi, tidak dinafikan pembangunan insan dan pembinaan

    generasi perlu dititikberatkan selari dengan keprihatinan terhadap kepesatan kemajuan negara.

    Kanak-kanak merupakan aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa, mereka adalah generasi

    pewaris yang bakal mencorakkan wawasan dan masa depan sesebuah negara pada alaf yang

    akan datang. Oleh itu, dalam peringkat awal penyelidikan ini, penyelidik akan membuat kajian

    mengenai sejauhmanakah keberkesanan Pendidikan sains awal yang wujud sekarang dapat

    membentuk perkembangan kanak-kanak dalam tiga utama dalam kehidupan mereka.

    1.6 CAKUPAN KAJIAN/ SKOP KAJIAN

    Penyelidikan ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pendidikan sains awal kanak-kanak

    yang telah dibina oleh pakar-pakar pendidik di Pusat Penyelidikan Perkembangan kanak-kanak

    negara (NCDRC). Aspek perkembangan yang dibincangkan merangkumi aspek konigtif, aspek

    psikomotor dan aspek afektif. Perkembangan kognitif merujuk kepada tahap perubahan

    kesediaan seseorang belajar sesuatu, ia berkaitan dengan perkembangan intelek seperti berfikir,

    menaakul, menganalisis, mensentesis dan menilai. Lazimnya, perkembangan kognitif adalah

    berkadar terus dengan pertambahan umur. Perkembangan afektif meliputi aspek perubahan

    sikap merujuk kepada keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat individu, ia hasil

    daripada tindak balas dalam sesuatu aktiviti pembelajaran.Menurut Stanford (1971) pembelajaran

    yang berkesan tidak dipengaruhi seberapa kerap individu itu mengulang kaji pelajarannya tetapi

    pembelajaran berkesan akan dipengaruhi oleh sikap pelajar seperti mempunyai sikap positif,

    motovasi diri yang tinggi, aktif, agresif, dan keinginan mencapai kecemerlangan serta tekun dan

    minat terhadap pembelajarannya. Perkembangan psikomotor merujuk kepada kesediaan individu

    yang mempunyai potensi dan kematangan fizikal dan bersedia melakukan tindakan fizikal dalam

    sesuatu proses pembelajaran yang baru.Kematangan fizikal ini meliputi perkembangan otot,

    tulang, anggota badan, pengawalan dan penyelerasan pergerakkan seluruh tubuh badan.

    Memandangkan setiap individu kanak-kanak itu memiliki perkembangan fizikal yang unik dan

    tersendiri maka peringkat kesediaan psikomotor bagi mereka yang berumur sama adalah

    berbeza-beza, ia terpulang kepada penerimaan secara semula jadi dalam diri setiap kanak-

    kanak.

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    5/7

    1.7 Kerangka Konseptual ( Carta Alir )

    MENGETAHUI SEJAUHMANAKAH KEBERKESANAN

    PENDIDIKAN SAINS AWAL KANAK-KANAK DAPAT

    MEMBENTUK PERKEMBANGAN KOGNITIF, AFEKTIF DAN

    PSIKOMOTOR MEREKA

    Menyatakan pernyataan masalah

    utama dalam kajian yang hendak

    dilakukan, matlamat dan objektif.

    Pengenalan kepada

    kurikulum Pendidikan sains

    awal kanak-kanak

    Menerangkan dan

    menjelaskan setiap peringkat

    umur awal kanak-kanak

    yang terlibat dalam

    pendidikan sains awal.

    mengetahui tentang hasil

    keberkesanan pendidikan sains awal

    kanak-kanak dalam setiap tahap

    perkembangan mereka.

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    6/7

    BAB 2

    TINJAUAN PUSTAKA

    2.0 PENGENALAN

    Program Pendidikan awal kanak-kanak yang ada sekarang hanya berasaskan sistem Montessori

    atau lain-lain yang diadaptasi daripada luar. Pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak di

    Malaysia seperti taska, taski, nursery dan sebagainya hanyalah memberikan perkhidmatan

    penjagaan dan asuhan kanak-kanak atau bayi semasa ibu bapa mereka berkerja, yang mana

    perkhidmatan ini masih kurang menekankan aspek Pendidikan awal kanak-kanak. Pada 2006,

    sekumpulan pakar-pakar dalam bidang pendidikan telah membuat penyelidikan tentang program

    pendidikan awal kanak-kanak yang bertujuan untuk merealisasikan serta membantu kerajaan

    melahirkan modal insan negara yang holistik dan produktif bermula dari peringkat awal kanak-

    kanak lagi.

    pendidikan itu seharusnya dimulakan seawal mungkin iaitu di bawah umur

    empat tahun kerana ia penting dalam pembangunan kognitif, emosi, sahsiah

    dan sosial kanak-kanak tersebut. Walaupun kesannya tidak dapat dilihat dalam

    jangka masa yang singkat namun ia akan membantu kanak-kanak mempunyai

    keyakinan diri yang tinggi ketika dewasa kelak

    ( Datin Seri Rosmah Mansor, Isteri Timbalan Perdana Menteri )

    Program membangunkan pendidikan awal kanak-kanak di negara kita telah dibuktikan melalui

    penyelidikan yang mana program ini mampu menghasilkan tenaga kerja dan warganegara yang

    produktif. Selain itu, hasil kajian yang telah dibuat oleh pakar didapati projek perintis ini telah

    dapat memberi kesan positif terhadap pembinaan sahsiah, jasmani, rohani sosial dan intelek

    kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menyarankan untuk melaksanakan

    program ini di seluruh negara dan mengadakan satu dasar untuk menyediakan peruntukan bagi

    program Permata ini.

    Satu Kurikulum telah digubal oleh sekumpulan pakar yang dipimpin oleh Y.G.Bhg. Datin Paduka

    Seri Rosmah Mansor yang dikenali sebagai Kurikulum Permata (Pendidikan Awal kanak-kanak 0-

    4 tahun) . Menurut Kurukulum Permata (2006), Pendidikan awal kanak-kanak didefiniskan

    sebagai Pendidikan bagi kanak-kanak dari umur bayi sehingga mereka berumur 5 tahun

  • 7/31/2019 Keberkesanan Pengajaran Sains Awal Kanak (Assignment)-1

    7/7

    manakala dalam terminology antarabangsa, kanak-kanak adalah mereka dibawah umur 18

    tahun. Dalam konteks sekolah nuseri di Malaysia, ia merupakan program penjagaan dan

    pengasuhan kanak-kanak dari umur bayi hingga 4 tahun Kementerian Pelajaran Malaysia telah

    merangka satu kurikulum yang berfokus kepada pembinaan kualiti individu kanak-kanak dibawah

    umur 5 tahun. Kurikulum Permata yang telah dirancang telah mengambil kira semua aspek

    perkembangan kognitif,psikomotor dan afektif.