Kecederaan_Terbakar

4
MODUL 9 Kecederaan Terbakar Setelah mengikuti modul ini, peseta dapat 1 Mengenal pasti bahan-bahan yang boleh membakar 2 Mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan peraturan 9 3 Mengenal pasti peringkat terbakar 4 Menyatakan Prinsip Asas Pengendalian Mangsa Terbakar 5 Mengenal pasti kecederaan Elektrikal dan pengendalian kecederaan yang disebabkan oleh arus elektrikal 6 Melaksanakan praktikal: Balutan kes terbakar 9.0 Pengenalan Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada beberapa faktor : Luas permukaan badan yang cedera Tempat mana yang terbakar Darjah terbakar Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa 9.1 Bahan yang membakar Cecair mudah terbakar seperti minyak, kerosin dan etanol Kayu Kertas Elektrik 9.2 Cara mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan peraturan 9 Keadaan ketenatan mangsa juga boleh di sukat mengikut keluasan permukaan yang terbakar dengan mengunakan perinsip peraturan 9 Seluruh bahagian kepala dan leher - 9% Seluruh bahagian dada dan abdomen - 9% + 9% Seluruh bahagian belakang badan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9% Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9% +9% +9% Anggota kemaluan - 1%

description

bsmm

Transcript of Kecederaan_Terbakar

Page 1: Kecederaan_Terbakar

MODUL 9 Kecederaan Terbakar Setelah mengikuti modul ini, peseta dapat

1 Mengenal pasti bahan-bahan yang boleh membakar 2 Mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan peraturan 9 3 Mengenal pasti peringkat terbakar 4 Menyatakan Prinsip Asas Pengendalian Mangsa Terbakar 5 Mengenal pasti kecederaan Elektrikal dan pengendalian kecederaan yang

disebabkan oleh arus elektrikal 6 Melaksanakan praktikal: Balutan kes terbakar

9.0 Pengenalan Terbakar adalah salah satu kecederaan yang amat sakit. Ketenatan mangsa terbakar bergantung kepada beberapa faktor : • Luas permukaan badan yang cedera • Tempat mana yang terbakar • Darjah terbakar • Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa 9.1 Bahan yang membakar • Cecair mudah terbakar seperti minyak, kerosin dan etanol • Kayu • Kertas • Elektrik 9.2 Cara mengukur keluasan bahagian badan terbakar mengunakan

peraturan 9 Keadaan ketenatan mangsa juga boleh di sukat mengikut keluasan permukaan yang terbakar dengan mengunakan perinsip peraturan 9 • Seluruh bahagian

kepala dan leher - 9% • Seluruh bahagian

dada dan abdomen - 9% + 9% • Seluruh bahagian

belakang badan - 9% + 9% • Kedua-dua bahagian tangan - 9% + 9% • Kedua-dua bahagian kaki - 9% + 9% +9% +9% • Anggota kemaluan - 1%

Page 2: Kecederaan_Terbakar

9.3 Peringkat terbakar Terbakar boleh di kelaskan mengikut kedalaman kerosakkan kepada tisu. • Darjah pertama – melibatkan hanya lapisan permukaan kulit. Kulit nampak

kemerahan, kering dan rasa sakit yang amat sangat • Darjah kedua – lapisan kulit yang pertama dan kedua telah terbakar. Kulit berwarna

kemerahan gelap dan terdapat lepuhan (blister). Mangsa berasa amat sakit • Darjah ketiga – semua lapisan kulit telah rosak. Kulit nampak terbakar hitam atau

putih kering.pesakit rasa sakit atau mungkin tidak terasa sakit langsung jika saraf rosak

Page 3: Kecederaan_Terbakar

9.5 Prinsip Asas Pengendalian Mangsa Terbakar

TINDAKAN ANDA

• Rendam atau siram anggota yang cedera secepat mungkin dengan air sejuk

sebanyak dan seberapa lama yang mungkin sehingga hilang rasa panas dan kurang rasa sakit

• Tanggalkan pakaian yang terbakar. Jika ada pakaian yang melekat, gunting di sekeliling nya

• Tanggalkan segala bahan yang di perbuat dari logam yang di pakai seperti cincin, gelang, jam dan sebagainya, kerana ia boleh menyimpan haba.

• Tutup anggota yang terbakar dengan kain yang bersih • Jangan ! gunakan plaster dan pembalut ketat pada anggota yang cedera • Jangan ! taruh krim, mentega, ais dan sebagainya kepada anggota yang

cedera • Pastikan mangsa boleh bernafas, jika mangsa mengalami kesesakan nafas

atau saluran pernafasan tersekat, buka saluran pernafasan dan beri bantuan pernafasan jika perlu

• Kendalikan mangsa untuk renjatan • Jika kecederaan agak teruk, bawa mangsa secepat mungkin ke hospital

Page 4: Kecederaan_Terbakar

9.6 Kecederaan Elektrikal dan pengendalian kecederaan elektrikal Arus voltan tinggi (lebih dari 1000 voltan) boleh menyebabkan pancaran. Arus eletrik boleh melompat (arcing) dan memancar daripada punca eletrik dan menyambar mangsa menyebabkan pakaian dan kulit terbakar dengan teruk dan kematian serta-merta.

TINDAKAN ANDA: • Ingat, bahan bukan pengalir tidak akan

dapat menyelamatkan anda dari pancaran punca eletrik tersebut.

• Jangan bantu mangsa selagi kawasan kemalangan belum di sahkan selamat, jauhkan diri anda dari tempat kemalangan sekurang-kurang nya 18 – 22 meter.

• Hubungi penguasa eletrik tempatan supaya bekalan eletrik di putuskan

• Bila kawasan selamat, tentukan mangsa ada nadi dan nafas, jika tiada, lakukan CPR

• Rawat mangsa untuk terbakar • Rawat untuk renjatan • Bawa mangsa secepat mungkin ke

hospital.

Arus voltan rendah (220 – 240 voltan) biasa nya terdapat dalam bangunan yang akan Menyebabkan sentuhan dimana arus eletrik akan mengalir dari punca kedalam badan mangsa dan menyebabkan banyak kecederaan pada organ dalaman

TINDAKAN ANDA: • Matikan suis utama • Jika tidak dapat di lakukan, lepaskan mangsa

dari sentuhan dengan mengunakan bahan bukan pengalir seperti kayu, kerusi plastik dan sebagainya

• Tentukan mangsa ada nadi dan nafas, kalau tiada lakukan CPR

• Rawat kecederaan terbakar dimana arus masuk dan keluar

• Rawat untuk renjatan • Bawa mangsa secepat mungkin ke hospital