kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

15
KECEKAPAN EMOSI DAN KOMPONEN BURNOUT: SATU KAJIAN BERDASARKAN JANTINA PEKERJA SOSIAL ABSTRAK Chua Bee Seok Getrude Cos mas Tan Cho Chiew Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan tahap kecekapan emusi (berdasarkan empat aspek, iaitu kemah iran sosial, kesedaran kendiri, kesedaran sosial, dan pengurusan kendiri) dan "burnout" (berdasarkan tiga komponen, iaitu keletihan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian personal) mengikutjantina subjek kajian. lajuga bertujuan untuk mengkaji pengaruh kecekapan emosi ke atas burnout mengikut jantina. Kajian ini dijalankan ke atas 115 orang pekerja sosial di Negeri Sabah, Malaysia. Alat kajian yang digllnakan merangkumi Emotional Competency Inventory dan Maslach Burnout Inventory. Ringkasan keputusan menunjukkan tidak terdapat perhezaan di an tara lelaki dan perempuan dalam keempat-empat aspek kecekapan emosi. Manakala dari segi burnout, perempuan melaporkan mengalami keletihan emosi yang lebih tinggi daripada lelaki. Manakala, Ielaki lebih tinggi pencapaian personalnya berbanding perempuan. Dari segi pengaruh empat aspek kecekapan emosi ke atas keletihan emosi, depersonalisasi. dan pencapaian personal. hasil analisis ke atas subjek lelaki menunjukkan hanya aspek pengurusan kendiri merupakan peramal signifikan kepada pencapaian personal. Bagi subjek perempuan. hasil analisis pula menunjukkan hanya kesedaran sos ial yang memberi sumbangan negatif yang signifikan ke atas keletihan emosi. Katakunci: Kecekapan emosi, burnout. pekerja so sial ABSTRACT The present study aims to examine the differences in emotional competencies (based on four aspects of emotional competency: self-awareness, self- management, social awareness, and social skills) and burnout (based on three components: emotional exhaustion, depersonalisation, and personal achievement) based on the social workers' gender. This study also attempts

Transcript of kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Page 1: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

KECEKAPAN EMOSI DAN KOMPONEN BURNOUT: SATU KAJIAN BERDASARKAN JANTINA PEKERJA SOSIAL

ABSTRAK

Chua Bee Seok Getrude Cos mas Tan Cho Chiew

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perbezaan tahap kecekapan emusi (berdasarkan empat aspek, iaitu kemah iran sosial, kesedaran kendiri, kesedaran sosial, dan pengurusan kendiri) dan "burnout" (berdasarkan tiga komponen, iaitu keletihan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian personal) mengikutjantina subjek kajian. lajuga bertujuan untuk mengkaji pengaruh kecekapan emosi ke atas burnout mengikut jantina. Kajian ini dijalankan ke atas 115 orang pekerja sosial di Negeri Sabah, Malaysia. Alat kajian yang digllnakan merangkumi Emotional Competency Inventory dan Maslach Burnout Inventory. Ringkasan keputusan menunjukkan tidak terdapat perhezaan di an tara lelaki dan perempuan dalam keempat-empat aspek kecekapan emosi. Manakala dari segi burnout, perempuan melaporkan mengalami keletihan emosi yang lebih tinggi daripada lelaki. Manakala, Ielaki lebih tinggi pencapaian personalnya berbanding perempuan. Dari segi pengaruh empat aspek kecekapan emosi ke atas keletihan emosi, depersonalisasi. dan pencapaian personal. hasil analisis ke atas subjek lelaki menunjukkan hanya aspek pengurusan kendiri merupakan peramal signifikan kepada pencapaian personal. Bagi subjek perempuan. hasil analisis pula menunjukkan hanya kesedaran sos ial yang memberi sumbangan negatif yang signifikan ke atas keletihan emosi.

Katakunci: Kecekapan emosi, burnout. pekerja so sial

ABSTRACT

The present study aims to examine the differences in emotional competencies (based on four aspects of emotional competency: self-awareness, self­management, social awareness, and social skills) and burnout (based on three components: emotional exhaustion, depersonalisation, and personal achievement) based on the social workers' gender. This study also attempts

Page 2: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

CIrutJ BN Seo.t. G~1r1Mk c ........... cI T .... Clio Cltiew

to examine the effect of emotional competencies on burnout. Data were collected from 115 social workers in Sabah. Malaysia. The Emotional Competency Inventory and Maslach Burnout Inventory were used in this study. The results for examining the differences in emotional competencies and burnout showed that: i) There is no significant difference in all four aspects of emotional competencies between male and female social workers; ii) The female social workers experienced higher emotional exhaustion than male social workers; and iii) The male social workers reported higher ill personal achievement than female social workers. The results for examining the effect of four aspects of emotional competencies on burnout (emotional exhaustion, depersonalisation, and personal achievement) on male social worker showed that only self-management was a significant predictor for the personal achievement for male social workers. The analysis results on female workers showed that only the aspect of social awareness was a significant predictor for the emotional exhaustion for female social workers.

Keywords: Emotional competency, burnout, social workers

PENGENALAN

PekeIja sosial telah dikenal pasti sebagai pekeIja yang berisiko tinggi untuk mengalami stres dan burnout (Acker, 1999; Gilbar. 1998; Urn ~ Harrison, 1998) kerana jenis pekeIjaan mereka yang berorientasikan klien memerlukan mereka berdepan dengan situasi-situasi sosial yang kompleks. Misainya, kajian oleh Cobb dan Rose (1977) mendapati individu yang bertanggungjawab ke atas "kehidupan orang lain"-­biasanya cenderung mengalami penyakit yang berkaitan dengan stres seperti peptic ulcers. myocardial infarctions. h)pertension. dan kencing manis. Malahan, French dan Caplan (1970) pula mendapati star yang bertugas memberi perkhidmatan kepada orang rarnai mengalarni tekanan darah dan mempunyai serum koiesterol yang lebih tinggi sena mengambil rokok Iebih banyak daripada individu yang mana tugasnYa bukan "berfokuskan man usia ...

Tugas utama keIja sosial banyak bergantung pada perhubungan di antara pekeIja sosial dengan klien. Apabiia pekeIja sosial berhadaP<ltt dengan klien yang mernpunyai tuntutan atau jangkaan yang tidak reaIist~ atau terlalu menuntut tentu akan mewujudkan konflik di antara dua pihal.c

68

Page 3: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Aect!kapan Emo.\/ Jan K()mponcl1 Burnout

berkenaan. Oi samping itu, empati yang digunakan oleh pekerja sosial dalam membina perhubungan dcngan klien merupakan salah satu punca tekanan dalam kalangan pekerja sosial. Menurut Courage dan Williams (1986) pula, ketika mengurus kes, misalnya penderaan kanak-kanak dalam keluarga, pegawai kebajikan turut terdedah kepada bahaya dan ancaman daripada pendera. Hal ini kerana pendera biasanya dalam keadaan marah dan menunjukkan sikap permusuhan. Keadaan itu juga merupakan satu punca tekanan yang mungkin mcmbawa kepada burnout dalam kalangan pegawai-pegawai ini.

Jayaratne, Chess, dan Kunkel (1986) telah menjalankan kajian dengan menggunakan alat kajian Maslach Burnout Inventory dan soal selidik yang berkaitan dengan stres, ketegangan, kesihatan psikologikal, dan sokongan emosi bagi mengkaji burnout ke atas 75 orang pekerja wan ita yang terlibat dengan penjagaan kanak-kanak. Dapatan kajian itu menunjukkan bahawa pekerja-pekerja yang burnout melaporkan mempunyai tahap anxieti, depresi, kemarahan, dan kecelaruan somatik yang tinggi dan mempunyai kepuasan kerja yang rendah.

Oalam mengulas pengaruh faktor-faktor individu ke atas burnout, Maslach, Schaufeli, dan Leiter (200 1) mendapati pemboleh ubahjantina bukan merupakan peramal kuat kepada burnout (walaupun terdapat dakwaan bahawa perempuan mengalami burnout yang lebih tinggi daripada lelaki). Sesetengah kajian menunjukkan perempuan lebih mengalami burnout, tetapi terdapat juga kajian yang menunjukkan lelaki mengalami burnout yang lebih tinggi dan sesetengah kajian pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara lelaki dan perempuan dalam burnout. Namun, terdapat kajian-kajian lepas yang melaporkan perempuan cenderung mengalami keletihan emosi yang lebih tinggi berbanding lelaki. Menurut Maslach et al. (2001 ), keadaan ini mungkin berkaitan dengan peranan stereotaip jantina. Dapatan yang tidak konsisten ini mungkin juga menunjukkan terdapat faktor-faktor individu lain yang memain peranan dalam perhubungan itu.

Dalam dekad kini, wujud satu pandangan bahawa tidak semua individu boleh diandaikan mempunyai kemah iran yang sarna dalam mcmahami, mempersepsi, dan menggunakan informasi emosi. Hal In) menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai kemampuan

69

Page 4: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Chua Bu Seok. Gfltnuk Co.slrttB. cI TQII CI.o Chin!

berbeza dalam mengawal secara berkesan emosi mereka (Salovey et ai., 2000). Perbezaan individu berkenaan secara umum dikonsepkan sebagai perbezaan dalam kecekapan emosi. Ciarrochi et ai. (2000) mendapati bahawa seseorang yang mempunyai kemah iran mengurus emosi mampu mengekalkan mood yang positif dan seterusnya menghalangnya daripada mengalami depresi. Terdapat juga kajian yang telah membuktikan bahawa kecekapan emosi mampu melindungi seseorang daripada stres dan seterusnya membantu individu berkenaan beradaptasi terhadap sesuatu situasi.

Daripada dapatan-dapatan kajian didapati secara umum telah diterima bahawa gagasan kecekapan emosi boleh membekalkan satu maklumat tambahan yang berguna dalam menjelaskan perhubungan di antara pengaruh sesuatu pemboleh ubah terhadap sesuatu pemboleh ubah ketegangan. Maklumat ini mungkin juga rei evan dan penting dalam mengkaji burnout dalam kalangan pekerja sosial.

Berdasarkan permasalahan yang diutarakan, kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kecekapan emosi terhadap burnout dengan mengambil kira faktor jantina subjek. Kajian ini juga bertujuan untuk. mengkaji perbezaan tahap kecekapan emosi dan burnout mengikut jantina subjek kajian.

METODOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan kaedah tinjau selidik soal selidik. Soal selidik ditadbir kepada subjek dan subjek. menjawab soal selidik berkenaan dengan berpandukan arahan yang terdapat didalamnya. Kaedah ini sesuai untuk kajian yang dijalankan ke atas kumpulan subjek yang ramai dan bagi kajian yang mengandungi jumlah pemboleh ubah yang banyak. Dalam kajian ini, pemboleh ubah jantina dan kecekapan emosi bertindak sebagai pemboleh ubah bebas. Sementara itu, pemboleh ubah burnout adalah pemboleh ubah terikat

70

Page 5: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Kecckapan Emusi dan Komponen Burnout

Subjek dan Tempat Kajian

Subjek kajian ini terdiri daripada 115 orang pekerja sosial (70 orang lelaki; 45 orang perempuan) yang dipilih secara rawak dari labatan Kebajikan Masyarakat, institusi pemulihan, dan pusat didikan komuniti di Pantai Barat, Negeri Sabah.

Alat Kajian

Dalam kajian ini, subjek diminta melengkapkan satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian. Bahagian A merupakan alat kajian Emotional Competence Inventory (ECI) yang direka oleh Boyatzis, Goleman, dan Hay/McBer (1999). Bahagian B merupakan alat kajian Maslach Burnout Inventory (MBI) yang direka oleh Maslach dan Jackson (1986). Akhir sekali, bahagian C mengandungi item yang bertujuan untuk mengumpul maklumat latar belakang subjek.

Alat kajian Emotional Competence Inventory direkabentuk untuk menilai kecekapan-kecekapan emosi individu dan organisasi. ECI mengandungi 21 kecekapan yang disusun dalam empat skala, iaitu kesedaran kendiri (self-awareness), pengurusan kendiri (self­management), kesedaran sosial (social awareness), dan kemahiran sosial (social skills). Dalam kajian ini, kecekapan emosi dikaji sebagai satu skala keseluruhan dan dalam cmpat aspeknya sahaja. Skala kescdaran kendiri ECI mengukur kecekapan subjek dalam mengetahui keadaan dalaman, kecenderungan, sumber-sumber, dan intuisi atau gerak hati. Skala pengurusan kendiri mengukur kecekapan subjek dalam men gurus keadaan dalaman, tekanan, dan sumber-sumber. Skala kesedaran sosial mengukur bagaimana seseorang menangani hubungan dengan orang dan sedar tentang perasaan, keperluan, dan mengambil berat terhadap orang lain. Akhir sekali, skala kemah iran sosial pula mengukur kemahiran dan kecekapan subjek dalam mengetahui atau mendorong respon positif daripada orang lain.

Item-item alat kajian Emotional Competence Inventory berbentuk skala pemeringkatan Likert (skala lima mata). Skor (1) merujuk kepada tidak pemah, (2)jarang, (3) kadang-kadang, (4) selalu, dan (5) sangat

71

Page 6: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Chua Bee &ok, Getnide Crum4f. & Tan Clio Chin<!

selalu. Subjek yang memperoleh skor yang tinggi dalam sesuatu skala menunjukkan individu berkenaan mempunyai tahap kecekapan emosi yang tinggi dalam skala berkenaan.

Alat kajian Maslach Burnout Inventory direka oleh Maslach dan Jackson (1986). MBI mengandungi 22 item dan ia direka untuk menilai tiga aspek sindrom burnout. iaitu keletihan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi, dan pencapaian personal. Subskala keletihan emosi menilai perasaan keletihan emosi terhadap kerja. Subskala depersonalisasi menilai respon ketidakbelas kasihan, kurang empati, dan kurang mengambil berat subjek terhadap orang yang menerima perkhidmatan, jagaan, atau rawatan daripadanya. Subskala pencapaian personal pula menilai perasaan terhadap kecekapan dan kejayaan pencapaian semasa berkerja dengan orang.

Kekerapan subjek mengalami perasaan yang berkaitan dengan setiap subskala dinilai dengan menggunakan format respon enam mata. daripada tidak pemah (0) kepada setiap hari (6). Darjah burnout yang tinggi digambarkan dalam memperoleh skor yang tinggi pada subskala keletihan emosi dan depersonalisasi serta memperolch skor yang rendah dalam subskala pencapaian personal. Darjah burnout yang rendah pula digambarkan dalam memperoleh skor yang rendah dalam subskala keletihan emosi dan dcpcrsonalisasi serta memperoleh skor yang tinggi dalam subskala pencapaian personal. Dalam kajian ini. burnout dikaj i mengikut tiga komponennya.

Penilaian Reliabiliti Alat Kajian

Hasil penilaian reliabiliti ke atas skala-skala Emotional Competence Inventory menunjukkan secara keseluruhan skala-skala Eel mempunYai tahap reliabiliti yang tinggi. Pekali reliabiliti Alpha Cronbacl., berlingkar di antara 0.709 (Skala kesedaran kendiri) hingga 0.90 1 (Skala pengurusan kendiri). Purata pekali Alpha Cronbach bagi Eel ialah 0.821 (Jadual 1).

72

Page 7: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

I\('c{'kapan t:mosi dan Komponcll Burnout

Jadual I: Pekali reliahiliti Alpha Cronbach bagi skala dan subskala/Kecekapan Emotional Competence Inventory (ECI)

Skala

Kesedaran kendiri (.I'e1rmmrenes.l')

Pengurusan kendiri (.\e/rmunagement)

Kesedaran sosial (social awureness)

Kemahiran sosial (socia/ ski!!s)

Pekali Alpha Cronbach Skala ECI

.709

.901

.g33

.g42

Hasil pcnilaian rcliabiliti ke atas tiga komponen Maslach Burnout Im'entory mcnunjukkan secara keseluruhan komponen-komponen MBI mcmpunyai tahap reliabiliti yang agak tinggi. Pekali reliabiliti Alpha Cronhach bagi skala pencapaian personal (0.743) adalah yang paling tinggi. diikuti skala kelctihan emosi (pekali reliabiliti Alpha Cronhach = .733) dan skala depersonalisasi (pekali reliabiliti Alpha Cronhach = .645). Purata pckali Alpha Cronhach bagi Skala MBI ialah 0.707. Kcputusan pcnilaian reliabiliti bagi alat kajian Maslach Burnout Im'en{OIY ditunjukkan dalam ladual 2.

Jadual 2: Pekali reliabiliti Alpha Cronbach bagi skala Mas/ach Burnout Im'entory ('181)

Skala

KcIetihan Emosi

Depersonalisasi

Pencapaian Personal

Analisis Data

Pekali Alpha

.733

.645

.743

Data mentah kajian ini dianalisis dengan menggunakan pakej komputer SPSSjor Windmrs 14.0. Ujian-t digunakan untuk melihat pcrbezaan tahap kecckapan cmosi dan burnout berdasarkan jantina subjek. Analisis rcgresi pclbagai digunakan untuk menganalisis pcngaruh pemboleh ubah kecckapan emosi ke at as tiga komponen hurnout.

73

Page 8: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

KEPUTUSAN

Keputusan Perbezaan Kecekapan Emosi mengikut Jantina Subjek

Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap yang signifikan di antara subjek lelaki dan perempuan dalam aspek kesedaran kendiri (t = 0.199, k> .05), dalam aspek pengurusan kendiri (t = 0.573, k> .05), dalam aspek kesedaran sosial (t = 0.935, k> .05), dan dalarn aspek kemah iran sosial (t = 0.348, k > .05). Ringkasan hasil anal iSis ditunjukkan dalam ladual 3.

Jadual 3: Keputusan ujian-t bagi empat aspek kecekapao emosi mengik"t jaotina subjek

Pemboleh ubah Pemboleh ubab -N Min SP I Terikat Reba!

Lelaki 70 32.757 4.723 .199-Kesedaran kendiri

Perempuan 43 32.581 4.261

Lelaki 66 77.349 11.027 .573 Pengurusan kendiri

Perempuan 43 76.186 9.187

Lelaki 65 34.339 5.191 .935 Kesedaran sosial Perempuan 44 33.455 4.272

Kemahiran sosial Lelaki 67 84.866 15.500 .348 Perempuan 40 83.875 11.887

---Keputusan Perbezaan Burnout mengikut Jantina Subjek

Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan burnout di antara subjelc lelaki dan perempuan. Keputusan ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap burnout (t = -.440, k > .05) secara. keseluruhan di antara subjek lelaki dan perempuan. Namun, subjelc lelaki dan perempuan berbeza secara signifikan dalam pemboleh ubalt

74

Page 9: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Kecekapan Emosi dan Komponen Burnout

keletihan emosi (t = -2.183, k < .05) dan pencapaian personal (t = 2.127, k < .05). Keputusan menunjukkan subjek perempuan (min = 16.548, SP = 9.277) mengalami keletihan emosi yang lebih teruk berbanding subjek lelaki (min = 13.014, SP = 7.649), sementara subjek lelaki (min = 33.882, SP = 9.161) melaporkan mempunyai tahap pencapaian personal yang lebih tinggi daripada perempuan (min = 30.364, SP = 7.505). Keputusan analisis ditunjukkan dalam Jadua14.

Jadual4: Keputusan ujian-t bagi burnout mengikut jantina subjek

Pemboleh ubah Pemboleh ubah N Min SP

Terikat Bebas

Burnout Lelaki 67 50.552 14.856 -.440

Perempuan 39 51.846 14.191

Keletihan Emosi Lelaki 70 13.014 7.649 -2.183*

Perempuan 42 16.548 9.277

Depersonalisasi Lelaki 69 3.710 4.236 -.804

Perempuan 43 4.395 4.625

Pencapaian Personal Lelaki 68 33.882 9.161 2.127*

Perempuan 44 30.364 7.505

• k <' .05

Pengaruh Kecekapan Emosi ke atas Burnout bagi Subjek Lelaki

Bagi menguji pengaruh empat aspek kecekapan emosi ke atas burnout, analisis regresi dengan metode "Enter" digunakan. Empat skala kecekapan emosi (kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, dan kemahiran sosial) dimasukkan ke dalam satu model regresi dengan tiga komponen burnout (keletihan emosi, depersonalisasi, dan pencapaian personal) bertindak sebagai pemboleh ubah terikat. Hasil analisis regresi ditunjukkan dalam Jadual 5.

75

Page 10: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Chua Bec Seok, Getrude COIIftQ.t. cI rail CIto Clriew

Jadual 5: Taburan bela piawai bagi menguji bubungan di anlara kecekap ... emosi (skala dan subskala) dengan tiga komponen bllmDld bagi basil analisis ke atas subjek lelaki

Pemboleb ubab Keletihan

Depenonalisasi Pencapaian

Emosi Penonal Kecekapan Emosi

(Beta) (Beta)

(Beta)

a. Kesedaran kendiri -.067 -.068 .119 b. Pengurusan kendiri -.341 -.508 .588·

c. Kesedaran sosial .081 -.026 .146

d. Kemahiran sosial .225 .713 -.128

Constant 22.109 5.579 -16.025 R2 .024 .069 .497-F .362 1.057 14.084 -·k< .OS

Merujuk kepada ladual 5, hasil analisis ke atas subjek lelaki menunjukkan keempat-empat aspek kecekapan emosi hanYa menyumbang sebanyak 2.4 peratus daripada varians dalam keletihan emosi, 6.9 peratus daripada varians dalam depersonalisasi, dan 49.7 peratus daripada varians dalam pencapaian personal. Dalam pada itu~ model ini hanya memberi sumbangan signifikan ke atas pencapaian personal dan hanya aspek pengurusan kendiri (Beta = .588) yan~ memberi sumbangan positif yang signifikan ke atas pencapaiall. personal. Dapatan ini menjelaskan, bagi subjek lelaki, aspek penguI'llSan kendiri merupakan peramal yang agak kuat kepada pencapaian personal mereka. Subjek yang mempunyai kecekapan dalam mengurus keadaatt dalaman, tekanan, dan sumber-sumber yang ada dapat membantq mereka dalam mencapai pencapaian personal yang lebih tinggi.

Berdasarkan anal isis regresi dalam ladual 6, hasil analisis lee atas subjek perempuan menunjukkan keempat-empat aspek kecekapClrl emosi berkenaan dapat menerangkan sebanyak 23.8 peratus daripada varians dalam keletihan emosi, 7.8 peratus daripada dalam varians depersonalisasi, dan 14.2 peratus daripada varians dalam pencapaiClrl personal. Model ini tidak memberi sumbangan yang signifikan lee atas ketiga-tiga pemboleh ubah terikat. Daripada itu, hanya aspe~

76

Page 11: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Kecekapan Emosi dan Komponen Burnout

kesedaran sosial (Beta = -.726) merupakan peramal signifikan kepada keletihan emosi dan perhubungan di antara dua pemboleh ubah itu adalah berbentuk negatif. Oapatan ini menjelaskan, subjek perernpuan yang kurang kemahiran atau kecekapan dalam menangani hubungan dengan orang dan sedar tentang perasaan, keperluan, dan mengambil berat terhadap orang lain cenderung mengalarni keletihan ernosi dan keadaan disebaliknya.

Jadual 6: Taburan beta piawai bagi menguji hubungan di antara kecekapan emosi (skala dan subskala) dengan tiga komponen burnout bagi hasil analisis ke atas subjek perempuan

Pemboleh ubah Keletihan Emosi Depersonalisasi Pencapaian

Personal Kecekapan Emosi (Beta) (Beta)

(Beta)

a. Kesedaran kendiri ~.082 ~.096 .133

b. Pengurusan kendiri .362 .088 .158

c. Kesedaran sosial ~.726* ~.282 ~.186

d. Kemahiran sosial .145 .024 .273

Constant 40.027 13.877 10.470

R" .238 .078 .142

F 2.340 .678 1.319

*k < .05

PERBINCANGAN

Oaripada hasil analisis ke atas sampel pekerja sosial didapati faktor jantina tidak menampakkan pengaruhnya ke atas kecekapan ernosi. Tidak kira pekerja sosiallelaki atau perempuan, dilaporkan rnernpunyai tahap kecekapan emosi lebih kurang sarna. Ini termasuklah kecekapan dalam aspek kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, dan kemahiran sosial yang lebih kurang sarna. Dapatan ini tidak selaras dengan dapatan kajian oleh BarOn et al. (2000) yang juga rnengkaji kecerdasan emosi dalam kalangan pekerja yang menjaga kebajikan dan pegawai polis. Mereka rne1aporkan terdapat perbezaan jantina dalam sesetengah aspek kecerdasan ernosi. Perempuan dilaporkan

77

Page 12: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

C/ruQ Bu Seak, G~tnMk CmIflDl. & TQJI Clio Chin!

mempunyai kemahiran interpersonal yang lebih baik sementara lelaki didapati lebih berkebolehan dalam menangani peristiwa atau situasi yang menekankan dan lebih berkemampuan dalam mengawal emosi mereka daripada perempuan.

Dalam mengkaji perbezaan tahap burnout mengikut faktor jantina, didapati pekeIja sosial perempuan melaporkan mengalami keletihan emosi yang lebih teruk berbanding subjek le1aki. Dapatan ini menyokong ulasan Maslach et al. (2001) terhadap kajian-kajian lepas yang mendapati kajian-kajian lepas cenderung me1aporkan perempuan men gal ami keletihan emosi yang tinggi daripada lelaki. Maslach et al. (200 I) mengaitkan perkara ini dengan peranan stereotaip jantina di mana peranan lelaki adalah berkeIja dan menyara hidup keluarg~ sementara bagi perempuan, mereka perlu menjalankan dua fungsi~ iaitu selain daripada perlu mengurus keluarga, mereka perlu juga menjalankan tugas. Peranan dua fungsi ini meningkat beban tugas dan. menambah keletihan pekeIja sosial perempuan.

Dalam pada itu, didapati pekerja sosial subjek lelaki mempunyai tahap pencapaian personal yang lebih tinggi berbanding pekerja sosial subjek perempuan. Dapatan ini mungkin berkaitan jawatan yang disandang dan peluang kemajuan dalam organisasi. Secara tradisi, jawatan kan<ltl dalam sesebuah organisasi biasanya dipegang oleh kaum lelaki, sementarq bagi pekerja lelaki yang lain, walaupun mereka tidak memegangjawa~ namun persepsi mereka terhadap peluang kemajuan dan perkembang<ltl dalam organisasi adalah lebih baik. Bagi pekerja perempuan pula, peluan~ untuk berkembang dalam organisasi adalah kurang, maka perasClatl. tanggungjawab terhadap prestasi personal pun tidak ditekankan.

Dalam menguji pengaruh empat aspek kecekapan emosi (kese~ kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran sosial, dan kemahiran sosial) ke atas tiga komponen burnout (keletihan emosi. depersonalisasi. d.att pencapaian personal) ke atas subjek mengikut jantina mereka, didapati hasil yang berbeza diperoleh. Hal inijuga menunjukkan bahawa fakt()t' jantina merupakan pemboleh ubah penyederhana dalam hubungan c:J.i antara kecekapan emosi dan burnout. Dapatan ini juga mungkin daPctt menerangkan mengapa hasil kajian-kajian lepas tidak konsisten dal~ mengkaji pengaruh faktor jantina ke atas burnout.

78

Page 13: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Kecekapan Emosi dan Komponen Burnout

Daripada hasil kajian didapati aspek kecekapan emosi, iaitu pengurusan kendiri merupakan peramal signifikan kepada pencapaian personal bagi pekerja sosial lelaki. Dapatan ini menjelaskan, subjek lelaki yang mempunyai kecekapan dalam mengurus keadaan dalaman, tekanan, dan sumber-sumber yang ada cenderung mempunyai pencapaian personal yang lebih tinggi.

Sementara itu, bagi pekerja perempuan pula didapati aspek kesedaran so sial merupakan peramal signifikan kepada keletihan emosi yang dialami mereka. Dapatan menjelaskan bahawa pekerja sosial perempuan yang kurang kemahiran atau kecekapan dalam menangani hubungan dengan orang dan mengambil berat terhadap orang lain serta sedar ten tang perasaan dan keperluan orang lain, cenderung mengalami keletihan emosi dan keadaan disebaliknya. Hasil kajian ini dapat menambah lagi input bagi hasil ulasan kajian oleh Maslach et al. (2001) yang mengaitkan kecenderungan keletihan emosi yang tinggi bagi perempuan dengan peranan stereotaip jantina. Daripada hasil kajian ini didapati selain daripada peranan stereotaip, aspek kecekapan seseorang perempuan dalam menangani hubungan dengan orang lain juga perlu diambilkira semasa menerangkan perhubungan di antara faktor jantina dengan burnout.

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kecekapan emosi di antara pekerja sosiallelaki dan perempuan yang dikaji. Namun, dalam mengkaji perbezaan tahap burnout, pekerja perempuan didapati lebih mengalami keletihan emosi dan kurang pencapaian personal berbanding pekerja so sial lelaki. Faktor jantina juga memainkan peranan penting dalam menerangkan hubungan di an tara kecekapan emosi dengan burnout. Didapati aspek kecekapan emosi, iaitu pengurusan kendiri yang merujuk kepada kecekapan dalam mengurus keadaan dalaman, tekanan, dan sumber-sumber merupakan peramal kuat kepada pencapaian personal bagi pekerja sosiallelaki. Bagi pekerja sosial perempuan yang didapati kurang kecekapan dalam menangani hubungan dengan orang lain akan cenderung mengalami keletihan

79

Page 14: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

emosi. Hasil-hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membekalkan maklumat kepada pihak-pihak bertanggungjawab bahawa dahlIn pemilihan calon pekerja sosial yang sesuai atau dalam merancang program atau latihan kepada pekerja sosial terdapat sesetengah faktor dan pemboleh ubah yang harus diambil perhatian. Misalnya, kecekapan emosi mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu aspek pengujian dalam memilih dan melatih pekerja sosial. Di samping i~ aspek psikologi yang lain seperti personaliti, motivasi, dan sebagainya perlu juga dititikberatkan.

RUJUKAN

Acker, G. 1999. The Impact of Clients' Mental Illness on Social Workers' Job Satisfaction and Burnout Health and Social Work 24:112-119.

BarOn, R., Brown, 1. M., Kirkcaldy, B. D., & Thome, E. P. 2000. Emotional Expression and Implications for Occupational Stress: An Application of the Emotional Quotient Inventory (EQ-i). Personality and Individual Differenc~ 28:1107-1118.

Boyatzis, R., Goleman, D., & Hay/McBer. 1999. Emotional Competence Inventol"y (Eel) Technical Manual. New York: Hay Group.

Ciarrochi, J. v., Chan, A. Y. C., & Caputi, P. 2000. A Critical Evaluation of the Emotional Intelligence Construct. Personality and Individual Differenc~ 28:539-561.

Cobb, S., & Rose, R. H. 1977. Hypertension, Peptic Ulcer and Diabetes in Air Traftic Controllers. Journal of Australia Medicine Association 224:489-492.

Courage, M. M., & Williams, D. D. 1986. An Approach to the Study of Burnout itt Professional Care Providers in Human Service Organisation. Jouma/ ofSociQJ Service Research 10(1): 7-22.

French, J. R. P., & Caplan, R. D. 1970. PSYchosocial Factor in Coronary Heart Di~ Industrial Medicine 39:383-397. '

Gilbar, O. 1998. Relationship between Burnout and Sense of Coherence in Health Social Workers. Social Work in Health Care 26:39--49.

Jayaratne, S., Chess, W.A., & Kunkel, D. A. 1986. Burnout: Its Impact on Cbit<1 Welfare Workers and their Spouses. Social Work 31(1): 53-59.

Maslach, C., & Jackson, S. E. 1986. Maslach Burnout Inventory. Palo Alto, CA., Consulting Psychologists Press. '

Maslach, C., Schauf eli, W. B., & Leiter, M. P. 200 1. Job Burnout Annu Rev Psychol 52:397-422.

80

Page 15: kecekapan emosi dan komponen burnout: satu kajian berdasarkan ...

Kecelcapan Emosi dan Kompal1en Burnout

Salovey, P., Bedell, 8. T., Detweiler, J. 8., & Mayer, J. D. 2000. Current Directions in Emotional Intelligence Research. In M. Lewis, & J. M. Haviland-Jones (Eds.), Handbook of Emotions. 2nd ed. pp. 504-520. New York: Guilford.

Urn, M. Y, & Harrison, D. F. 1998. Role Stressors, Burnout, Mediators, and Job Satisfaction: A Stress-Strain-Outcome Model and an Empirical Test. Social Work Research 22: 100-115.

81