Kek Lapis Horlicks

2
Kek Lapis Horlicks Bahan – Bahan 10 biji telur 1 2/3 cawan mentega 1 2/3 cawan gula halus 1 3/4 cawan tepung gandum 325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 2 cawan horlicks 240 gm jem buah²an 2 tsp esen vanilla Pewarna merah jambu dan kuning

description

p

Transcript of Kek Lapis Horlicks

Page 1: Kek Lapis Horlicks

Kek Lapis Horlicks

Bahan – Bahan

10 biji telur1 2/3 cawan mentega1 2/3 cawan gula halus 1 3/4 cawan tepung gandum325 gm susu pekat manis _ ( Diana guna susu krimer manis cap junjung ) 2 cawan horlicks240 gm jem buah²an2 tsp esen vanillaPewarna merah jambu dan kuning

Cara²

Page 2: Kek Lapis Horlicks

1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang dan gebu.

2. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi sehingga kembang.

3. Masukkan tepung dan pukul lagi sehingga sebati.

4. Bahagiakan adunan kepada 2 bahagian ~

5. ~ 1 bahagian d campurkan horlicks, susu pekat dan pewarna kuning.

6. ~ 1 bahagian lagi d campurkan jem, esen vanilla dan pewarna merah jambu..

7. Ambik sedikit adunan horlicks.. Masukkan ke dalam loyang bersaiz 8" yang telah d lapis dengan aluminium foil.. Kukus sehingga kek masak.

8. Setelah itu cucuk beberapa lubang dengan lidi pada kek dan tekan dengan lembut dengan sudu plastik lembut.. Lapis lagi dengan adunan jem.. Kukus sehingga adunan kek masak.

9. Buat begini sehingga adunan kek habis.

10. Jangan lupa setiap kali kita membuat kek kukus.. hendaklah d cucuk beberapa lubang dengan lidi dan tekan secara lembut dengan sudu plastik sebelum melapis adunan seterusnya. 

11. Setiap kali ketika melapis adunan terakhir untuk apa jua jenis kek kukus lapis.. hendak ler d kukus selama 30 minit lamanya supaya kek masak sekata secara

keseluruhannya.. Tetapi untuk adunan horlicks nie agak lambat sedikit ianya masak yer.. Jadi ianya memerlukan lebih masa mengukus berbanding adunan jem.

12. Sejukkan dan simpan d dalam peti sejuk.. sebaiknya simpan semalaman baru ler d potong.

13. Masa untuk mengukus kek nie dalam 4 - 5 jam lamanya menggunakan api sederhana.. 

14. ** Jangan lupa setiap kali mengukus kek... air kukusan hendak ler d didihkan terlebih dahulu yer... dan balut penutup pengukus dengan aluminium foil atau tuala / kain bersih :)