KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih...

15
1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA 1. PENGENALAN Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres). Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah atau di asrama 2. KONSEP Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.

Transcript of KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih...

Page 1: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

1

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

1. PENGENALAN

Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak

dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai

tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres).

Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh

dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah

atau di asrama

2. KONSEP

Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi

tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat

membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal

pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria

yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesejahteraan

Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan

dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti

murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan

berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk

kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres,

cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak

(coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani

gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan

dalam kalangan murid.

Page 2: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

2

3. DEFINISI OPERASIONAL Histeria bermaksud seseorang yang terganggu fikirannya atau psikologinya yang

menjadikan seseorang itu stress, anzieti, murung, risau, susah hati, yang

menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.

4. PUNCA Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami kes hysteria adalah seperti

berikut;

4.1 Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah keluarga, kewangan

(kemiskinan).

4.2 Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah pembelajaran,

persekitaran sekolah yang tidak kondusif

4.3 Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan, pergaduhan,

percintaan.

4.4 Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah, kurang kemahiran daya tindak

(coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan kemurungan.

5. OBJEKTIF

Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria adalah sebagai

persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum, semasa dan

selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;

5.1 Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang

menangani kes histeria di sekolah.

5.2 Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan program perkembangan,

pencegahan dan pemulihan bagi kes histeria

5.3 Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes hysteria

5.4 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid serta

mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.

5.5 Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan

intervensi stres.

5.6 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi, mental dan

histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.

Page 3: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

3

6. PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah perlu diambil sebagai

persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS kes histeria berlaku.

(LAMPIRAN1)

6.1 SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU 6.1.1 Saringan Minda Sihat

Program utama yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kesihatan mental

murid melalui Program Minda Sihat iaitu;

a. Saringan DASS dan Saringan Gaya Daya Tindak

b. Intervensi

c. Program Pengukuhan

6.1.2 Maklumat Pegawai Perhubungan

Menyediakan maklumat berkaitan pegawai perhubungan, nombor telefon,

dan dipaparkan ditempat yang mudah dibaca dan dikesan. Pegawai

perhubungan yang dicadangkan ialah;

a. Klinik Kesihatan

b. Balai Polis

c. Balai Bomba

d. Pertahanan Awam

6.2 SEMASA HISTERIA BERLAKU 6.2.1 Peranan Pentadbir/Guru

a. Guru berada dalam keadaan tenang.

b. Guru berperanan menenang dan memulihkan mangsa histeria

c. Mengasingkan mangsa kes histeria di tempat yang khas (Tidak

dicampurkan dengan murid yang sihat)

d. Berhubung dengan pihak luar seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai

Bomba dan Pertahanan awam (mengikut keperluan)

e. Berhubung/ maklumkan kepada ibu bapa yang terlibat.

Page 4: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

4

6.2.2 Peranan Murid

a. Murid berada dalam keadaan tenang

b. Asingkan murid yang sihat dengan murid yang mengalami histeria.

c. Asingkan murid yang baru mengalami tanda-tanda stress dengan murid

yang kuat histeria.

d. Tidak berkumpul atau menyaksikan mangsa yang sedang di rawat

histeria.

e. Murid dibenarkan mendapatkan rawatan atau bercuti dalam jangka

masa yag pendek.

f. Murid digalakkan datang segera semula belajar seperti biasa selepas

pulih.

6.2.3 Peranan Ibu Bapa

a. Ibu bapa berada dalam keadaan tenang

b. Beri peluang Guru/Perawat memulih dan menenangkan murid yang

mengalami histeria

c. Bawa balik anak ke rumah atau bercuti dalam jangka masa yang

pendek (Jika Perlu).

d. Bimbing anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan

tidak stres.

e. Segera menghantar anak belajar semula ke sekolah setelah pulih dari

kes histeria.

6.2.4 Peranan Agensi

Penglibatan agensi lain seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba,

Pertahanan Awam.

a. Menyenaraikan talian perhubungan yang mudah dihubungi

b. Agensi segera memberikan bantuan kepakaran bagi membantu

mangsa kes histeria.

c. Psikitri (Klinik Kesihatan) memberikan bantuan psikologi

d. Polis, Bomba dan Pertahanan awam memberikan bantuan penyelamat

dan keselamatan (mengikut keperluan)

Page 5: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

5

6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif

Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan

alternatif seperti kerohanian dan keagamaan juga boleh dilaksanakan

supaya mangsa kembali sihat.

6.3 SELEPAS HISTERIA BERLAKU

6.3.1 Merujuk murid yang terlibat kepada Guru Kaunseling bagi melaksanakan

program intervensi

6.3.2 Bagi kes yang kritikal, rujuk murid kepada psikitri sebagai sesi pemulihan

6.3.3 Menyediakan laporan (Bagi kes yang ramai, laporkan kepada PPD dan

JPN dengan mematuhi SOP 1:3:7)

7. PENUTUP

Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara

untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi

permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan

dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif

di sekolah, Maka tidak secara langsung kes-kes histeria dapat ditanggani

secara lebih berkesan.

Page 6: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

6

LAMPIRAN 1

PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA

(SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS)

SEBELUM SEMASA SELEPAS

Langkah-langkah Pencegahan Sebelum Kes Histeria Berlaku i. Ceramah kesedaran

mengekalkan

kesejahteraan mental

menggunakan

pendekatan Program

Minda Sihat

ii. Melaksanakan Saringan

DASS dan Gaya Daya

Tindak mengatasi stres.

iii. Membimbing murid

kemahiran daya tindak

(coping skills)

a. Kawal marah b. Teknik relaksasi c. Berfikir secara positif d. Penyelesaian masalah e. Komunikasi interpersonal

berkesan f. Tegas diri (asertif) g. Kemahiran keibubapaan h. Katakan “TIDAK” kepada

perbuatan negatif

iv. Mengenal pasti klien yang

mempunyai tanda-tanda-

tanda awal dan

perubahan tingkah laku,

perubahan emosi luar

biasa ataupun maklumat

daripada pihak ketiga.

Tindakan Semasa Kes Histeria Berlaku (Peranan guru, murid, ibu bapa dan agensi)

I. Guru/Pembantu dalam keadaan

tenang.

II. Pastkan persekitaran selamat

daripada benda-benda merbahaya.

III. Tenangkan pesakit dan orang

sekeliling.

IV. Kenalpasti dan rawat pesakit

utama (pertama) dan pesakit yang

lain.

V. Kumpulkan semua pesakit di suatu

tempat untuk memudahkan

rawatan.

VI. Rujuk Pusat Kesihatan, Balai Polis,

Bomba dan Pertahanan Awam

terhampir untuk persediaan jika

berlaku kemalangan. (mengikut

keperluan)

VII. Hubungi ibu bapa yang terlibat

untuk memaklumkan kes histeria

yang berlaku.

Tindakan Selepas Kes Histeria Berlaku i. Pihak sekolah

memaklumkan kes

histeria kepada PPD

dan JPN

ii. Memastikan sesi

kaunseling diteruskan

sekurang-kurangnya

sekali seminggu.

ii. Sentiasa berhubung/

mendapatkan maklum

balas daripada ibu

bapa, penjaga dan guru

tingkatan

iii. Memastikan kebajikan

klien dijaga dan

kerahsiaan klien

terpelihara.

.

Page 7: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

7

LAMPIRAN 2

CARTA ALIR SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU

(SARINGAN MINDA SIHAT)

Saringan 1

( minggu 1, Januari )

Intervensi

( minggu 1-4, Februari)

Klinik

Kesihatan/

Hospital

Saringan 2

( minggu 1, Mac)

Murid sihat minda

MUL

A

TAMA

T

Pelaporan

( minggu 2, Mac)

Senarai nama murid rujukan

Page 8: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

8

LAMPIRAN 3

CARTA ALIR SEMASA KES HISTERIA BERLAKU

Asingkan Mangsa

Tenang dan Pulihkan

Mangsa

Klinik

Kesihatan/

Hospital

Berhubung Agensi

(Klinik, Balai Polis dll )

Ikut Keperluan

Murid Sihat

MUL

A

TAMA

T

Berhubung dengan Ibu

Bapa

Rujuk Mangsa Yang Kritikal

Page 9: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

9

LAMPIRAN 4

CARTA ALIR SELEPAS KES HISTERIA BERLAKU

Menyediakan Laporan

Rujuk Klien Kepada Guru

Kaunseling

Klinik

Kesihatan/

Hospital

Intervensi dan Sesi

Kaunseling

Murid Sihat

MUL

A

TAMA

T

Konsultasi dengan Ibu

Bapa

Rujuk Mangsa Yang Kritikal

Page 10: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

10

LAMPIRAN 5

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT

a. STRATEGI 1 : SEBARAN MAKLUMAT

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Ceramah

2. Taklimat

1. Ceramah dan taklimat: Perhimpunan Dalam bilik darjah Perjumpaan kokurikulum

-GBKSM

-

Penceramah

- Jemputan

-Pegawai

kesihatan

daerah

1. Minggu pertama Februari.

Semua

murid

1.Semua sekolah

melaksanakan

ceramah /

taklimat.

2.Brosur dan

Modul Minda

Sihat KKM

ada di sekolah

b. STRATEGI 2 : SARINGAN (Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid).

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Mengesan gejala awal stres

1. Saringan DASS 2. Saringan Gaya

Daya Tindak 3. Laporan

saringan

- GBKSM

- Guru

tingkatan

- Saringan 1

(Januari)

- Saringan 2

(minggu 1, Mac)

- Laporan / rujukan

saringan

(minggu2, Mac)

Semua

murid

tingkatan 2

dan 4

1. Setiap murid sekolah disaring 2 kali sepanjang persekolahan tingkatan 1-5.

2. Laporan ke KPM (format disediakan)

3. Senarai murid rujukan kepada pegawai perubatan (PKD)

Page 11: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

11

c. STRATEGI 3 : INTERVENSI (Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stress)

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Ceramah 2. Taklimat 3. Modul 4. Simulasi 5. Main

peranan 6. Sesi

kaunseling individu dan kelompok

7. Latihan dalam kumpulan

8. Sesi bimbingan individu dan kelompok.

1. Kawal marah 2. Teknik

relaksasi 3. Berfikir

secara positif 4. Penyelesaian

masalah 5. Komunikasi

interpersonal berkesan

6. Tegas diri (asertif)

7. Kemahiran keibubapaan

8. Katakan “TIDAK” kepada perbuatan negatif

9. Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan

- GBKSM

- Pencera-

mah

jemputan

- Pegawai

kesihatan

daerah

1. Minggu kedua, ketiga dan keempat Februari.

Semua

murid

PIBG

Semua sekolah melaksanakan aktiviti yang dinyatakan.

d. STRATEGI 4: PENGUKUHAN (Memastikan program minda sihat tersebar dalam kalangan murid

sekolah)

STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR

1. Pameran 2. Pertandi

ngan 3. Kuiz 4. Ceramah 5. Taklimat

1. Sudut minda sihat

2. Hari minda sihat

3. Ceramah 4. Duta minda

sihat 5. 5 minit saja 6. Lawatan

- Pentadbir

- GBKSM

- Guru-

guru

persatuan

- Guru

kelas

- Guru

matapelaj

aran

Sepanjang tahun

persekolahan

Semua

murid

Setiap sekolah melaksanakan sekurang-kurangnya dalam 3 aktiviti yang dirancang

Page 12: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

12

LAMPIRAN 6

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN

PROGRAM MINDA SIHAT

Saringan 1

( minggu 2, Ogos )

Intervensi

( minggu 2-4, September)

Klinik

Kesihatan/

Hospital

Saringan 2

( minggu 1, Oktober)

Murid sihat minda

MUL

A

TAMA

T

Pelaporan

( minggu 2, Oktober)

Senarai nama murid rujukan

Page 13: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

LAMPIRAN 7

CARTA ALIRAN PELAKSANAAN SARINGAN

PROGRAM MINDA SIHAT

Saringan 1

( minggu 1, Januari )

Intervensi

( minggu 1-4, Februari)

Klinik

Kesihatan/

Hospital

Saringan 2

( minggu 1, Mac)

Murid sihat minda

MUL

A

TAMA

T

Pelaporan

( minggu 2, Mac)

Senarai nama murid rujukan

Page 14: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

LAMPIRAN 8

CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI

Mula

Berjumpa dengan orang yang dipercayai.

Luahkan perasaan

Mengisi borang

Guru mengambil tindakan

Merujuk kes kepada guru bimbingan dan kaunseling

Tamat

Page 15: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERTAS MAKLUMAN

PANDUAN PENGURUSAN

MENANGANI KES HISTERIA

OLEH

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN