Kepimpinan Sekolah Dan Iklim Akademik Murid

download Kepimpinan Sekolah Dan Iklim Akademik Murid

of 18

description

SSA

Transcript of Kepimpinan Sekolah Dan Iklim Akademik Murid

KEPIMPINAN SEKOLAH DAN IKLIM AKADEMIK MURID : SATU PERSPEKTIF SOSIOLOGIPENDIDIKANPosted onMarch 10, 2013byDr. R. DhanapalABSTRAKKertas kerja ini mengkaji persepsi kepimpinan sekolah khususnya guru besar sekolah terhadap iklim akademik murid. Iklim akademik murid terdiri daripada lima dimensi yang penting iaitu i) kesia-siaan akademik murid ii) penilaian dan jangkaan masa depan murid iii) penilaian dan jangkaan ibubapa dan guru terhadap murid iv) galakan dan norma guru dan v) norma akademik murid. Kesemua dimensi ini dikaji dengan kaedah temubual separa berstruktur dengan guru-guru besar. Guru Besar terdiri daripada 3 profil sekolah iaitu seorang guru besar sekolah bandar, seorang guru besar sekolah pinggir bandar dan tiga orang guru besar sekolah ladang. Kaedah temubual ini dipilih untuk menjawab soalan kajian iaitu Apakah input guru besar terhadap kelima-lima dimensi tersebut? Pemimpin sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar iaitu seorang individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Kepimpinannya menentukan nada sekolah, iklim pembelajaran dan darjat keprihatinan terhadap murid dan sekolah. Guru besar juga bertindak sebagai pentadbir yang menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang gigih dan berjaya. Iklim akademik murid mencakupi persepsi guru-guru besar dari ketiga-tiga kawasan sekolah terhadap kelima-lima dimensi yang dinyatakan. Soalan soalan temubual dibina oleh penyelidik berdasarkan instrumen Iklim Akademik Murid yang diubah suai daripada Model Brookover yang pernah digunakan di Michigan, Amerika Syarikat. Antara kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi mereka terhadap murid sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang.Keywords : School Leadership, School Academic Climate, Student Academic Climate1.0 PengenalanSwenny (1988) berpendapat bahawa iklim akademik sekolah yang berjaya atau positif merupakan asas yang kukuh untuk menjalankan sebarang program pendidikan. Iklim akademik sekolah yang menggalakkan membolehkan murid, guru dan pemimpin sekolah menjalankan fungsi dengan baik dan berkesan iaitu mendorong murid untuk belajar dan berjaya mencapai hasil persekolahan mereka (Bulach dan Castleman, 1995).Kajian ini memfokuskan iklim akademik murid di sekolah-sekolah Tamil. Iklim akademik murid di sekolah Tamil memainkanperanan yang amat penting dalam meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah Tamil dalam pendidikan. Hakikatnya persekitaran masyarakat India tidak memberi banyak sumbangan kepada murid sekolah Tamil untuk mencapai hasil persekolahan anak-anak mereka. Ibu bapa murid India berasal daripada taraf sosio ekonomi yang rendah (Marimuthu, 1994). Iklim SJK Tamil seperti persekitaran sekolah, kemudahan fizikal, guru dan kepimpinanlah menjadi pendorong kepada kemajuan akademik murid-murid di SJK Tamil.Kajian ini membuat tinjauan tentang persepsi guru-guru besar SJKT terhadap iklim akademik murid di sekolah mereka. Iklim akademik ini dibataskan kepada 5 dimensi yang diubahsuaikan daripada Model Iklim Akademik Brookover (1979) iaitu, a) kesia-siaan akademik, b) penilaian dan jangkaan masa depan murid, c) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, d) galakan dan norma guru dan e) norma akademik murid.2.0 Objektif KajianKajian ini bertujuan untuk:-mengkaji input guru besar terhadap iklim akademik murid.3.0 Soalan KajianBerdasarkan objektif tersebut soalan berikut telah dikemukakan dalam kajian ini, iaitu:Apakah input guru besar terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?4.0 Sorotan Literatur4.1. Kepimpinan SekolahPemimpin sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru besar SJK Tamil. Guru besar ialah individu yang paling penting dan berpengaruh di sesebuah sekolah. Guru besar bertanggung jawab ke atas semua aktiviti yang berlaku di sekolah. Kepimpinan seseorang guru besar menentukan nada sekolah, iklim pembelajaran, tahap profesionalisme dan moral guru serta darjat keprihatinan terhadap murid, guru dan sekolah (Kamaruddin Hussein, 1994). Guru besar juga bertindak sebagai penghubung utama antara komuniti dengan sekolah. Kepimpinan guru besar menyebabkan sekolah itu berjaya, inovatif, fokus murid, terkenal dengan kecemerlangan dalam pembelajaran dan cemerlang dalam melahirkan murid yang gigih dan berjaya (House, 1971).4.2.Iklim Akademik MuridIklim akademik murid dalam kajian ini mencakupi persepsi guru besar terhadap iklim akademik murid-murid mereka. Untuk kajian ini persepsi tersebut dibahagikan kepada lima faktor iaitu a) kesia-siaan akademik murid b) penilaian dan jangkaan masa hadapan murid c) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid d) galakan guru dan norma guru dan e) norma akademik murid (Brookover, 1979).4.3. Kepimpinan Sekolah dan Iklim Akademik SekolahKepimpinan memainkan peranan dalam keberkesanan sekolah, budaya dan iklim akademik sekolah. Fullan (1992) menyatakan bahawa peranan guru besar kini telah dibentuk semula daripada pemimpin kepada pemimpin pengajaran. Ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan pemimpin sekolah untuk membentuk iklim akademik sekolah yang positif adalah antaranya pemimpin mempunyai sikap berani menghadapi risiko, tidak berpuas hati dengan status quo, dan tidak pula dihalang oleh sekatan-sekatan organisasi (Hussein Mahmood, 1993). Selain itu pemimpin seperti ini menjadi teladan kepada guru-gurunya dan berpegang kepada keyakinan bahawa sekolah akan mencapai kejayaan. Dengan menggunakan pendekatan empowerment yang betul dalam membuat keputusan, pemimpin begini berjaya mempengaruhi the capacity to improve from within dan keduanya, pemimpin yang berkesan mempunyai satu komitmen yang amat kuat kepada pengupayaan guru-guru melalui permuafakatan (Fullan, 1992).Seseorang pemimpin transformasional mempunyai matlamat yang jelas dalam mengurus dan mentadbir iklim dan budaya akademik sekolah yang positif. Pemimpin perlu mempunyai komitmen kepada nilai-nilai teras yang dipersetujui dan dilaksanakan oleh semua staf. Beliau mengamalkan etika penyayang dan mewujudkan visi dan hala tuju yang jelas dengan staf serta menggalakkan permuaafakatan apabila membuat keputusan demi kemajuan murid di sekolah (Mortimore, 1988). Kajian-kajian mendapati bahawa terdapatnya perkaitan yang amat rapat antara iklim akademik sekolah yang positif dengan ciri-ciri pengukuran terhadap kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu seperti; pencapaian akademik, disiplin yang tinggi, produktiviti staf dan pengurusan yang berkesan. Pentingnya kepemimpinan yang berkesan tidak dapat dinafikan dalam mempengaruhi kualiti dan iklim akademik sekolah secara positif dan secara keseluruhan. Biasanya guru besarlah diletakkan segala harapan bagi menjadikan sesebuah sekolah itu maju, berjaya, meningkat dan cemerlang dari semasa ke semasa. Bagaimana guru besar, begitulah sekolahnya Kenyataan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran betapa besarnya tanggungjawab seseorang guru besar dalam urusan untuk melahirkan corak sekolahnya itu, sama ada untuk kebaikan atau pun sebaliknya (Omar Hashim, 1993).Peranan pemimpin sekolah tidak dapat diabaikan dalam pembentukan iklim akademik murid. Pemimpin yang dilabelkan sebagai berkesan atau bagus membawa sekolah ke hala tuju yang berkesan dan bagus. Kemajuan dan kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan sekolah. Pemimpin yang mengusahakan struktur baru dalam interaksi antara sistem sosial sekolah akan membawa perubahan-perubahan terhadap matlamat, prosedur, input, proses dan pencapaian akademik murid (Abdul Shukor Abdullah, 1995). Terdapat pertalian yang signifikan antara tingkah laku kepimpinan guru besar dengan iklim akademik murid.Sekolah yang efektif dipimpin oleh guru besar yang berkesan manakala sekolah yang kurang efektif dipimpin oleh guru besar yang kurang berkesan (Hussein Mahmood, 1993). Kesan tingkah laku guru besar terhadap pembelajaran murid disalurkan melalui variabel perantaraan. Bagaimanapun ada juga kajian menunjukkan bahawa tingkah laku guru besar tidak mempunyai kesan secara langsung terhadap pencapaian murid di sekolah (Fullan, 2001). Guru besar hanya menjalankan tugas dengan menterjemahkan jangkaan tinggi terhadap murid kepada dasar-dasar sekolah (Hussein Mahmood, 1993). Dasar-dasar ini dilakukan sebagai amalan di sekolah. Amalan-amalan inilah yang memajukan tingkah laku murid ke arah pencapaian dan pembinaan konsep kendiri yang positif.Di peringkat sekolah, dasar sekolah yang boleh memberi kesan terhadap pembelajaran murid adalah berkaitan dengan fungsi dan struktur sosialnya. Pemimpin sekolah boleh memantau iklim akademik murid di sekolah. Hal ini dapat dilakukan dengan memantau kerja rumah murid, mengesan kemajuan murid, menggred, memulih dan melaporkan kemajuan murid kepada ibu bapa murid. Kepimpinan dan iklim akademik sekolah saling mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pencapaian murid di sekolah (Gameron, 1992). Terdapat hubungan timbal balik antara tingkah laku guru besar dengan pencapaian murid.Tingkah laku rutin pemimpin seperti menetapkan matlamat sekolah, merancang, mengawal dan menilai prestasi murid dan guru secara langsung memberi kesan terhadap iklim akademik murid. Model ini juga menunjukkan pencapaian murid adalah kesan langsung daripada tingkah laku guru besar. Peranan guru besar lebih terserlah di dalam sekolah seperti iklim akademik sekolah dan kepimpinan sekolah daripada di luar sekolah.Iklim akademik sekolah merangkumi varibel apa yang dirasai dan dinikmati oleh seseorang murid di sekolah itu. (Hussein, 1993). Hal ini merangkumi keadaan fizikal sekolah, susun atur dan lanskap sekolah, perhubungan sosial antara guru dengan murid, murid dengan murid, guru besar dengan guru dan murid dan lain-lain. Faktor iklim akademik sekolah ini termasuk juga aspek budaya sekolah iaitu apa yang dilakukan di sekolah seperti cara sekolah diurus dan ditadbirkan, upacara, lambang, sistem penghargaan, nilai dan kepercayaan guru, moral dan tingkah laku manusia lain di sekolah. Kesan tingkah laku pemimpin sekolah terhadap pencapaian murid berlaku secara tidak langsung. Walau bagaimanapun kajian Fullan (2001) menunjukkan bahawa kesan tingkah laku guru besar terhadap prestasi murid adalah sedikit tetapi signifikan. Oleh yang demikian amatlah jelas bahawa tingkah laku guru besar memainkan peranan penting dalam mempengaruhi atau memberi kesan terhadap pencapaian murid di sekolah. Model ini amat penting dan efektif untuk mewujudkan sekolah berkesan dan melaksanakan sesuatu program akademik di sekolah.5.0 Kaedah KajianPendekatan yang telah digunakan ialah kualitatif iaitu kaedah temubual separa berstruktur dan analisis dokumen sekolah untuk menjawab soalan kajian yang bersifat kualitatif iaitu:Apakah input guru besar terhadap kesia-siaan akademik, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan norma akademik murid?Beberapa soalan separa berstruktur telah ditanya kepada guru-guru besar. Seramai tiga orang guru besar di SJKT ladang, seorang guru besar di SJKT pinggir bandar dan seorang guru besar di SJKT bandar telah ditemubual. Berdasarkan jawapan mereka, soalan-soalan mencungkil soalan tambahan juga telah ditanya. Kesemua soalan yang dikemukakan akan menjawab soalan kualitatif.5.1.Temubual dengan Guru BesarDalam kajian ini temubual diadakan dengan guru-guru besar sekolah yang terpilih. Guru besar sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin lebih memahami budaya, iklim dan persekitaran sekolah berbanding pihak lain (Sufean Hussien, 2002). Soalan-soalan temubual dibina oleh penyelidik berdasarkan item dalam instrumen soal selidik murid. Sebanyak 27 soalan temubual separa berstruktur yang terdiri daripada kelima-lima dimensi iklim akademik murid telah dikemukakan. Temubual ini telah memberi kefahaman yang mendalam kepada penyelidik tentang subjek kajian. Antara soalannya ialah:1. Sejauh manakah guru-guru di sekolah ini menekankan kepentingan akademik dalam kalangan murid?2. Bagaimanakah cikgu mencungkil minat murid terhadap pelajaran?3. Pada pendapat cikgu, sehingga peringkat manakah murid sekolah ini dapat mencapai akademiknya?Antara kandungan temubual tersebut adalah mengenai jangkaan, penilaian, tanggapan dan aspirasi mereka terhadap murid sekolah mereka. Sejauh mana guru-guru dan ibu bapa membantu murid-murid sekolah dari segi pembelajaran dan komitmen mereka di sekolah juga telah dijadikan soalan dalam temubual.6.0 Dapatan KajianDapatan temubual guru besar SJK Tamil mengenai iklim akademik murid darisegi kesia-siaan akademik murid, penilaian dan jangkaan masa depan, penilaian danjangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, galakan dan norma guru dan normaakademik murid turut dikaji.6.1.Kesia-siaan Akademik MuridGuru besar sebagai pemimpin sekolah mentafsirkan kesia-siaan terhadap pelajaran sebagai sikap murid yang tidak mementingkan masa depan. Mereka berpendapat nasib murid SJK Tamil di negara ini hanya berubah jika mereka mengubah mindset mereka. Rata-rata guru besar tidak bersetuju sama sekali bahawa punca utama kesia-siaan akademik adalah disebabkan oleh guru sekolah. Mereka berpendapat guru-guru SJK Tamil di ladang, pinggir bandar ataupun bandar memang sedia membantu murid.Guru besar di bandar dan pinggir bandar mempunyai pendapat yang hampir sama terhadap kesia-siaan murid ini. Walaupun tidak banyak murid sekolah pinggir bandar dan bandar yang mempunyai sikap ini, namun masalah ini perlu ditangani. Menurut mereka murid-murid ini tidak berminat untuk belajar dan tidak banyak masa digunakan untuk aktiviti pembelajaran. Mereka berpendapat bahawa murid tidak mementingkan pelajaran kerana terdapat pekerjaan di pasaran yang tidak memerlukan kelayakan akademik seperti bekerja sendiri dan bekerja di kilang.Menurut guru-guru besar, terdapat juga satu lagi golongan murid yang tidak mempedulikan pelajaran iaitu murid ini datang ke sekolah dengan pakaian lengkap tetapi tidak mahu belajar. Mereka enggan membuat sebarang kerja sekolah dan tidak memberi perhatian ketika guru mengajar. Menurut guru besar bandar murid seumpama ini tidak begitu ramai. Murid-murid ini berasal daripada keluarga berada atau kelas tinggi. Menurut guru besar, kesia-siaan murid disebabkan oleh ibu bapa mereka terlalu memberi kebebasan dan memberi wang yang lebih daripada cukup sebagai wang saku.6.2.Penilaian dan Jangkaan Masa Depan MuridMenurut guru-guru besar sebanyak 75% atau 375 orang murid sekolah bandar, pinggir bandar mahupun ladang menyatakan hasrat mereka melanjutkan pengajian tinggi sehingga ke peringkat tinggi. Sebanyak 50% atau 250 orang murid ingin melanjutkan pengajian ke peringkat universiti dan 25% atau 125 orang murid yang lain ingin melanjutkan pengajian sehingga peringkat kolej sahaja. Hasil tinjauan guru-guru mereka menunjukkan tidak seorang pun murid yang hendak menghabiskan pengajian sehingga ke peringkat menengah sahaja. Guru besar berpendapat murid-murid SJK Tamil mempunyai aspirasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran. Guru besar sekolah ladang amat optimis murid mereka dapat melanjutkan pelajaran sekurang-kurangnya ke peringkat kolej. Menurut dapatan guru besar bandar, murid sekolah bandar mempunyai tahap keyakinan tinggi.Dapatan temu bual dengan guru besar sekolah pinggir bandar juga menunjukkan perspektif yang sama. Cuma bezanya hanya tiga perempat daripada jumlah murid sekolah mereka dapat melanjutkan pelajaran. Dapatan menunjukkan murid sekolah ini tidak begitu mempunyai jangkaan tinggi. Terdapat murid-murid mengakui kelemahan mereka. Murid seumpama ini menilai diri mereka sama ada boleh belajar terus atau tidak. Guru besar pinggir bandar menyatakan bahawa murid-murid yang pandai dan sederhana di sekolahnya menyatakan keyakinan bahawa mereka akan berjaya dalam hidup. Menurut guru besar ini, murid-murid lemah yang ditemuinya, tidak begitu optimis dengan masa depan mereka. Walaupun usia mereka hanya 10 tahun, tetapi mereka memberi alasan nasib tidak akan menyebelahi mereka apabila mereka dewasa nanti.Penilaian dan jangkaan masa depan murid sekolah ladang banyak bergantung kepada guru. Kecuali guru mereka memberi keyakinan tentang masa depan, murid sekolah ladang tidak akan menyatakan hasrat mereka. Dapatan menunjukkan bahawa hampir semua murid tidak berani menyatakan pendapat mereka tentang masa depan kepada guru besar mereka. Guru besar dapat mengetahui hasrat mereka melalui percakapan mereka dengan guru kelas mereka. Menurut guru besar sekolah ladang, murid-muridnya amat malu bercakap tentang masa depan mereka. Hal ini kerana mereka menganggap kelemahan yang ada pada mereka menjadi halangan untuk mereka berjaya. Murid-murid ini tidak bersikap terus-terang dan hasrat masa depan mereka terpendam begitu sahaja.Menurut guru besar sekolah ladang, murid-murid ladang menilai diri mereka sangat lemah, tidak begitu optimis dan bersikap pesimis terhadap diri dan masa depan mereka. Sesetengah guru besar memberitahu penyelidik bahawa terdapat beberapa orang murid yang pandai bercakap dan sering memberitahu rakan lain bahawa mereka akan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan ada yang ingin menjadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Namun dari segi akademik, murid ini amat lemah dan sudah pasti mereka tidak akan mencapai tahap itu.Murid-murid sekolah ladang mempunyai penilaian dan jangkaan yang amat tipis. Menurut guru besar, ibu bapa tidak boleh meletakkan harapan mereka terlalu tinggi terhadap anak mereka. Sebagai pendidik tidak banyak dapat disumbangkan oleh mereka kepada pembentukan sikap positif murid tentang masa depan murid. Dapatan menunjukkan hanya ibu bapalah yang boleh memberi kata-kata perangsang dan nasihat kepada mereka tentang masa depan murid. Kesedaran ibu bapa tentang masa depan anak adalah lebih penting daripada pembentukan sikap oleh guru di sekolah ladang.6.3.Penilaian dan Jangkaan Ibu Bapa terhadap MuridKesemua guru besar menyatakan bahawa mereka selalu memberi sokongan kepada ibu bapa dan guru jika mereka mencadangkan sebarang aktiviti yang berfaedah kepada murid. Seorang guru besar di ladang memberitahu bahawa beliau sering menggunakan pelbagai kaedah untuk mempertemukan ibu bapa dan guru. Seorang guru besar sekolah ladang memberitahu penyelidik bahawa sebanyak 77% atau 193 orang ibu bapa dan guru mempunyai penilaian dan jangkaan yang positif terhadap murid. Hal ini dapat dilihat apabila kedua-dua pihak sering mengadakan perbincangan dengan guru besar sekolah ladang tentang cara-cara meningkatkan pencapaian akademik murid sekolah ladang. Manakala sebanyak 23% atau 57 orang ibu bapa dan guru langsung tidak mempedulikan akademik murid. Mereka tidak begitu yakin dengan murid kerana murid amat lemah dan tidak percaya mereka boleh melanjutkan pengajian sekolah menengah.Data menunjukkan bahawa guru-guru datang ke sekolah mengajar mengikut Huraian Sukatan Pelajaran dan tiada sebarang aktiviti tambahan seperti kelas tambahan atau pemulihan kepada murid yang lemah.Dari segi penilaian ibu bapa terhadap murid, memang positif di sekolah pinggir bandar. Mereka menyokong sekolah dengan menyediakan buku kerja, buku latihan dan alat bantu mengajar kepada sekolah. Guru besar sekolah bandar pula memuji ibu bapa muridnya kerana kerap datang melawat sekolah. Mereka mempunyai jangkaan positif terhadap anak mereka dan menyatakan anak-anak mereka akan berjaya dalam akademik kerana mereka sanggup membantu sekolah dalam apa jua cara sekalipun.6.4.Galakan dan Norma GuruGuru-guru besar sekolah ladang yang ditemubual berkata kebanyakan guru mereka memperlihatkan perlakuan yang kurang mesra dengan murid sebaliknya tumpuan utama diberi kepada bahan pengajaran. Menurut dapatan gaya pengajaran guru sekolah ladang ialah menghabiskan sukatan pelajaran dan pengajaran disampaikan secara umum tanpa mengambil kira sama ada murid-muridnya lemah atau pandai. Menurut guru-guru besar di sesetengah sekolah, sistem KBSR sudah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Sesetengah guru masih mengajar menggunakan kaedah kapur dan cakap dan amat jarang mereka menggunakan alat bantuan mengajar yang disediakan oleh Kementerian untuk mengajar subjek-subjek yang abstrak seperti sains dan matematik. Data temubual guru-guru besar menunjukkan terdapat segelintir guru kurang berminat dan tidak serius dalam kerjayanya sebagai seorang guru.Dapatan data tentang galakan dan norma guru daripada guru besar di sekolah pinggir bandar menunjukkan bahawa rangsangan sikap dan pendekatan guru merupakan pengaruh utama terhadap corak respons murid sekolah ini terhadap pengajaran dan galakan guru. Dapatan mengesahkan bahawa walaupun terdapat guru-guru yang kurang memiliki sahsiah yang positif, tetapi mereka boleh menimbulkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan.Guru besar sekolah bandar yang ditemubual mengakui guru-gurunya memberi galakan yang positif kepada murid dan mereka sendiri menjadi contoh yang terbaik kepada murid. Data menunjukkan guru-guru di sekolah bandar mengambil berat terhadap pencapaian akademik murid dan mereka percaya bahawa murid akan bekerja lebih gigih lagi dan tidak akan mensia-siakan masa depan mereka6.5.Norma Akademik MuridDua orang guru besar sekolah ladang yang ditemubual mengatakan bahawa mereka menilai norma akademik murid dengan menganalisis keputusan akademik murid. Guru besar juga ditemubual untuk mendapatkan persepsi dan reaksi mereka terhadap norma akademik murid. Mengikut temubual, murid-murid sekolah ladang amat cepat berpuas hati apabila mereka mendapati keputusan mereka bertambah baik. Mereka berasa bangga jika keputusan mereka meningkat. Guru-guru besar melaporkan bahawa norma akademik murid banyak bergantung kepada inisiatif dan konsep kendiri mereka.Data menunjukkan bahawa murid menganggap sekolah ini boleh dipercayai dan guru-guru telah menjalankan tugas mereka dengan baik jika pencapaian akademik mereka bertambah baik. Jika tidak, murid ini sering menyalahkan guru-guru tidak menjalankan tugas. Murid yang terlalu results oriented cepat bermasam muka jika gagal dan murid yang bukan result oriented pula bersikap selamba sahaja.Sebagai guru besar, mereka juga mempunyai persepsi sendiri terhadap pencapaian anak didiknya. Kebanyakan guru besar bersetuju memberi pelbagai jenis ganjaran kepada murid yang menunjukkan minat dalam akademik. Antaranya memberi hadiah berbentuk buku, mengumumkan nama murid di perhimpunan dan menulis surat tahniah kepada murid dan waris.Dari segi keupayaan akademik murid, kebanyakan guru besar menyatakan bahawa mereka berusaha mencungkil minat murid terhadap akademik dengan menyediakan latihan-latihan tambahan bagi murid yang lemah akademiknya. Mereka kerap meminta guru-guru mencadangkan idea untuk mengukuhkan kemahiran atau penguasaan murid dalam sesuatu mata pelajaran.Guru-guru besar di ladang dan di bandar mempunyai pandangan yang sama dalam hal ini. Mereka memberi ruang kepada murid supaya lebih bertanya soalan kepada guru apabila guru selesai mengajar sesuatu topik. Dalam mesyuarat staf, guru-guru sering diperingatkan supaya menggalakkan murid bertanya. Melalui pertanyaan seseorang murid dapat meningkatkan keupayaan akademik mereka.7.0 PerbincanganInput-input guru-guru besar SJK Tamil dibahagi kepada lima dimensi iaitu i) kesia-siaan akademik murid, ii) penilaian dan jangkaan masa depan, iii) penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid, iv) galakan dan norma guru dan v) norma akademik murid.Guru Besar SJKT ladang menyatakan murid SJK Tamil ladang terlalu banyak membuang masa dan tidak menganggap akademik itu sebagai satu asas penting untuk masa depan. Walaupun seorang guru besar tidak bersetuju dengan pandangan mereka. Hasil daripada pemerhatian penyelidik memang terdapat sikap kesia-siaan akademik dalam kalangan murid sekolah ladang. Hal ini kerana seramai 90% atau 225 orang murid datang ke sekolah ladang adalah daripada keluarga miskin dan kelas pekerja. Ibu bapa murid tidak dapat membantu murid dari segi akademik di rumah. Malah terdapat ibu bapa sendiri tidak begitu mementingkan kepentingan akademik. Hal ini sedikit sebanyak memberi impak kepada murid berkenaan. Sikap seumpama ini terdapat juga dalam kalangan murid sekolah pinggir bandar. Murid SJK Tamil bandar juga menunjukkan sikap kesia-siaan terhadap akademik. Lemahnya konsep kendiri dalam kalangan murid SJK Tamil menyebabkan mereka tidak begitu mementingkan akademik. Malah sikap mengambil mudah dan suka meniru jawapan kawan dan tidak menyiapkan kerja sekolah di rumah juga antara punca mereka mensia-siakan akademik.Penilaian dan jangkaan masa depan dalam kalangan murid sekolah ladang amat banyak didapati. Guru-guru besar SJKT lading melaporkan keadaan ini berlaku kerana persepsi sesetengah guru terhadap murid mereka. Terdapat sesetengah guru menunjukkan persepsi yang positif terhadap murid mereka. Walaupun tidak banyak murid sekolah ladang akan melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti tetapi mereka masih boleh menamatkan pengajian di peringkat kolej. Hal ini sedikit sebanyak mempengaruhi penilaian murid juga. Sementara murid-murid sekolah bandar dan pinggir bandar didapati mempunyai penilaian dan jangkaan masa depan yang agak sama kerana mereka sentiasa diberi motivasi dan dorongan oleh ibu bapa mereka yang berpelajaran. Dorongan ibu bapa yang terdiri daripada kelas menengah dan tinggi menyebabkan murid di sekolah bandar membuat perancangan untuk menghadapi masa depan mereka.Iklim akademik murid SJK Tamil juga banyak bergantung kepada sejauh mana penilaian dan jangkaan ibu bapa dan guru terhadap murid. Di sekolah ladang ibu bapa tidak menunjukkan minat terhadap pelajaran anak mereka dan begitu juga dengan sikap segelintir guru memandang enteng terhadap kemampuan dan kebolehan akademik murid. Seramai 85% atau 212 orang ibu bapa menghantar anak ke sekolah ladang tanpa mempunyai sebarang visi dan misi tentang akademik anak-anak mereka. Ibu bapa dan guru-guru di SJK Tamil pinggir bandar dan bandar mempunyai tanggapan yang positif tentang murid sekolah-sekolah ini. Ibu bapa dan guru di sekolah-sekolah ini memberi dorongan sepanjang masa kepada murid dan berjaya mengadakan kelas pemulihan, kelas tambahan dan seminar kerjaya serta kem kecemerlangan akademik secara berusaha sama demi kecemerlangan akademik murid-murid.Pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR sejak tiga tahun kebelakangan menyokong kepentingan persepsi, kesungguhan dan komitmen ibu bapa dan guru dalam usaha memperoleh kemajuan akademik murid di sekolah pinggir bandar dan bandar. Ibu bapa harus lebih proaktif dan konsisten terhadap perkembangan akademik anak-anak mereka. Mereka hendaklah kerap datang berjumpa dengan guru kelas anak mereka untuk mengetahui perkembangan akademik dan tingkah laku anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa yang mempunyai anak yang cemerlang kerap meminta bantuan guru kelas untuk menyemak latihan-latihan tambahan yang dibuat oleh murid di rumah. Mereka lebih banyak meluangkan masa dan wang untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak mereka.Galakan dan norma guru merupakan faktor yang sangat penting mempengaruhi iklim akademik murid SJK Tamil. Galakan guru yang konsisten dan berterusan dengan menasihati murid agar selalu memberi tumpuan terhadap akademik berjaya menimbulkan kesedaran akademik dalam kalangan murid SJK Tamil. Pengajaran yang stereotaip dapat diperhatikan di sekolah ladang. Guru-guru tidak menggalakkan murid banyak bertanya dan sebaliknya masa ditumpukan untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Sama ada murid yang lemah memahami sesuatu konsep atau tidak, jarang diberi perhatian oleh guru. Hal ini disebabkan guru-guru di sekolah ladang kekurangan prasarana pelajaran dan kekurangan murid untuk membentuk kumpulan pandai, sederhana dan lemah melemahkan semangat guru memberi perhatian secara individu.Bagaimanapun dapatan temubual menunjukkan guru-guru ini tidak patah semangat mengajar murid-murid. Fenomena yang berlainan pula didapati berlaku di SJK Tamil bandar. Di kedua-dua profil sekolah bandar dan pinggir bandar ini, guru-guru mengamalkan suatu sistem kerja yang seragam dan konsisten dan mereka memastikan sistem itu dijalankan sepanjang masa. Hal ini termasuklah penyemakan latihan kerja rumah, penyediaan bahan pengajaran dan pemantauan kemajuan akademik dilakukan sepanjang masa. Pemerhatian penyelidik dan hasil temubual dengan guru-guru besar di SJKT ladang mencadangkan galakan dan norma guru di sekolah ladang adalah tidak konsisten dan mereka sentiasa mengubah-ubah norma mereka. Manakala galakan dan norma guru di sekolah pinggir bandar dan bandar adalah lebih tegas dan tidak berkompromi dengan murid dengan norma-norma yang telah ditetapkan.Dimensi yang paling penting membantu murid SJK Tamil untuk mewujudkan iklim akademik ialah norma akademik murid. Norma akademik murid ialah hasrat, matlamat dan hala tuju murid untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sikap murid sekolah ladang yang sering tidak menghabiskan kerja sekolah, tidak membawa peralatan pembelajaran ke sekolah dan selalu memesongkan tumpuan guru apabila guru sedang mengajar dalam kelas menunjukkan murid sekolah ladang memiliki norma akademik yang tidak menggalakkan. Hal ini disebabkan kelemahan dari segi kognitif dan intelek dan tiada bimbingan ibu bapa di rumah menyebabkan murid sekolah ladang bersikap sedemikian.Manakala murid sekolah pinggir bandar walaupun bukan semuanya mempunyai norma akademik yang positif, tetapi ada di antara mereka memang konsisten dengan kerja-kerja sekolah dan yakin mereka boleh berjaya dalam akademik. Pemerhatian, rekod sekolah dan hasil temu bual dengan guru besar SJKT bandar menunjukkan norma akademik murid sekolah bandar adalah lebih tinggi. Perkara ini disokong oleh dapatan bahawa murid-murid di sekolah ini sering menghabiskan kerja sekolah dengan cepat dan membuat kerja sendiri seperti membaca atau membuat latihan susulan apabila guru sedang melayani murid-murid lain dalam kelas.8.0 KesimpulanTuntasnya, kajian telah menunjukkan bahawa iklim akademik murid di sekolah bandar adalah lebih positif berbanding dengan sekolah di pinggir bandar dan ladang. Sumbangan guru besar di bandar didapati lebih memuaskan jika dibandingkan dengan sumbangan guru besar di sekolah-sekolah pinggir bandar dan ladang. Di samping kepimpinan guru besar, terdapat banyak lagi pihak memberi sumbangan yang aktif ke arah meningkatkan iklim akademik murid SJK Tamil. Sumbangan-sumbangan tersebut harus diteruskan untuk membantu murid SJK Tamil agar peningkatan kejayaan akademik yang cemerlang pada masa akan datang dapat dicapai oleh mereka.RUJUKANAbdul Shukor b. Abdullah. (1995). Membina sekolah yang berkesan : Aplikasi dasar. Kertas Seminar Sekolah Efektif. Genting Highlands : Institut Aminudin BakiBrookover, W. (1979). School Social Systems and Student Achievement. New York: Bergin Publisher Inc.Bulach, C.R., Malone, B. dan Castleman, C. (1995). An investigation of variabels related to student achievement. Educational Reseracher, 8(2), 23-29.Fullan, M.G. (1992). Successful School Improvement. Buckingham: Open University Press.Fullan, M.G. (2001). The New Meaning of Educational Change (3rd Ed). New York: Teachers College PressGameron, A. (1992). Social Factors. In Education Encyclopedia of Educational Research 6th ed. New York: Mc Millan.House, R.J. (1971). A path goal theory of leader effectiveness. Administrative Science Quarterly, 16, 321-338Hussein b. Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamarudin Hussein. (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Ltd.Marimuthu, T. (1994). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Mortimore, P., Sammons, P., Stoll, L., Lewis, D. dan Ecob, R. (1988). School Matters. Baltimore: John Hopkins University Press.Omar Hashim. (1993). Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian Dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sufean Hussein. (2002). Dasar Pembangunan Pendidikan Di Malaysia: Teori dan Analisis. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.Swenny, J. (1988). Tips for improving school climate. Education Leadership, 46, 200-220

S: Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kepimpinan sekolah hari ini?

A: Salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh sekolah-sekolah ialah memastikan semua pelajar, tanpa mengira kaum, status pendatang, kelas sosial, dan lain-lain menerima pendidikan berkualiti tinggi dan mencapai sepanjang potensi mereka. Ini bermakna memastikan bahawa pelajar-pelajar di setiap sekolah dan setiap bilik darjah mempunyai peluang pembelajaran yang berkualiti tinggi. Untuk melakukan ini, pemimpin sekolah perlu mewujudkan keadaan di mana amalan pengajaran sentiasa diperbaiki untuk memenuhi keperluan semua pelajar.

S: Apakah kepimpinan diedarkan, dan bagaimana ia berbeza daripada amalan kepimpinan yang lain?

A: Perspektif diedarkan adalah rangka kerja konsep bagi memikirkan dan mengkaji kepimpinan dan pengurusan sekolah. Ia adalah alat analisis untuk mengkaji kepimpinan dan alat diagnostik untuk pengamal dan mereka yang berusaha untuk campur tangan di dalam sekolah-sekolah. Banyak kerja sebelum memberi tumpuan kepada apa yang pemimpin-pemimpin yang memegang jawatan-jawatan kepimpinan tertentu lakukan dari segi umum - mereka menjual visi kepimpinan, mereka memantau pengajaran, dan lain-lain Perspektif diedarkan membolehkan kita untuk mengkaji dan memahami bagaimana aktiviti kepimpinan mendapat dicapai - hari ke- amalan hari kepimpinan.

Perspektif diedarkan tidak adalah sejenis kepimpinan tetapi rangka kerja untuk memahami semua jenis kepimpinan dan pengurusan. Walaupun penyelidikan kepimpinan sekolah sebelum cenderung untuk menekankan tingkah laku dan ciri-ciri pemimpin kedudukan seperti pengetua, dan untuk melihat konteks dan persekitaran organisasi sebagai latar belakang di mana amalan kepimpinan dibentangkan, perspektif diedarkan menekankan bagaimana amalan kepimpinan ditubuhkan dalam interaksi di kalangan pemimpin sekolah , pengikut, dan situasi mereka.

Setakat ini, kerja-kerja kami dengan menggunakan perspektif yang diedarkan telah menunjukkan cara-cara yang pemimpin bersama membina aktiviti kepimpinan, bagaimana amalan kepimpinan menghubungkan dan gagal untuk menyambung dengan perubahan pengajaran, mengapa guru-guru mengendahkan atau tidak mengendahkan bimbingan pemimpin sekolah, dan bagaimana kepimpinan yang diamalkan secara berbeza dalam mata pelajaran sekolah yang berbeza (contohnya matematik berbanding seni bahasa). Ia juga menunjukkan bagaimana amalan kepimpinan yang muncul diputuskan sebenarnya berkaitan dengan setiap satu dalam cara yang penting. Perspektif diedarkan membawa kepaduan kepada aktiviti kepimpinan dan membantu tanah pemahaman kita tentang amalan kepimpinan dalam aktiviti-aktiviti harian yang membentuk ia.

Q: Bagaimana beralih pentadbir sekolah atau mengalihkan tumpuan kepimpinan bagi sebuah sekolah keseluruhan?

A: Pentadbir boleh mewujudkan keadaan untuk perubahan organisasi (contohnya mewujudkan peluang pembangunan tetap profesional) tetapi penyelidikan kami, bersama-sama dengan kerja-kerja yang lain, menunjukkan bahawa interaksi dengan rakan-rakan pengajaran dalam kedua-dua tetapan formal dan tidak formal mungkin yang paling penting dalam membentuk guru perubahan pengajaran. Guru biasanya beralih kepada guru-guru lain untuk panduan pengajaran dan oleh pentadbir keperluan untuk mengenali batas-batas pengaruh langsung mereka tentang cara guru mengajar. Jadi, pentadbir di sekolah ditubuhkan mesyuarat tetap di mana guru-guru membincangkan isu-isu pengajaran teras bersama-sama, mereka dipakej semula data ujian dengan cara yang membantu memudahkan perbualan guru tentang amalan pengajaran, mereka mencipta rutin penilaian dalaman untuk memantau kemajuan pelajar dan membolehkan guru-guru untuk campur tangan ke alamat masalah yang timbul, mereka mencipta pasukan hal perkara yang menyediakan konteks untuk guru-guru untuk menyelesaikan masalah pengajaran bersama-sama.

Kepimpinan diagihkan pentadbir PracticeSome mempunyai pengaruh langsung utama. Di sekolah Hillside yang dibincangkan dalam bab dua buku ini, pengetua berbentuk bagaimana bertulis telah diajar oleh mewujudkan rutin 'bertulis folder' di mana dia semula dan memberi komen tentang tugasan bertulis lebih 1000 pelajar sebulan. Guru melaporkan bahawa rutin organisasi ini berbentuk bagaimana mereka diajar menulis dengan cara yang mereka dilihat sebagai produktif. Satu perkara yang penting bahawa amalan mempunyai persamaan adalah bahawa mereka memberi tumpuan kepada apa yang sekolah dan guru-guru individu boleh lakukan yang berbeza untuk memenuhi keperluan pelajar.

S: Bagaimanakah amalan kepimpinan meningkatkan jangkaan guru dan meningkatkan rasa tanggungjawab pencapaian pelajar?

A: rasa Bangunan guru tanggungjawab untuk apa yang pelajar belajar memerlukan usaha yang terselaras oleh kakitangan sekolah banyak. Dalam Kelly Sekolah, yang dibincangkan dalam buku ini, ciri-ciri ini telah dibina melalui satu set rutin organisasi saling berkaitan termasuk pemantauan kemajuan akademik setiap pelajar, hubungan yang jelas antara 'hasil dan guru pelajar melakukan latihan, mesyuarat pembangunan profesional selama 90 minit setiap minggu memberi tumpuan kepada peningkatan pengajaran, dan penanaman wacana rasmi dan tidak rasmi menekankan harapan yang tinggi, responsif budaya, dan tanggungjawab guru untuk pembelajaran pelajar.

S: Bagaimana tertentu "rutin" yang berkaitan dengan fungsi kepimpinan boleh membawa kepada peningkatan pelajar?

A: kerja kami menunjukkan cara yang pengajaran bilik darjah boleh berubah, bagaimanapun, kami telah dikemudikan jelas memberi tumpuan terlalu banyak pada hasil pelajar atau soalan keberkesanan. Kami berpendapat bahawa bangunan teori tambahan dan hipotesis kerja penjanaan diperlukan sebelum kita mula memberi tumpuan kepada keberkesanan. Selain itu, kami berpendapat bahawa isu kritikal dalam mengukur keberkesanan akan akhirnya tidak menjadi kepimpinan yang diedarkan tetapi bagaimana ia diagihkan.

Fokus utama kami pada bagaimana aktiviti kepimpinan dicapai dan bagaimana ia menghubungkan dengan perubahan pengajaran. Perubahan pada pengajaran yang kami percaya adalah penting kepada hasil pelajar tetapi kita tidak mencadangkan strategi pengajaran tertentu. Perspektif diedarkan membantu kita memahami bagaimana pautan amalan kepimpinan kepada peningkatan pengajaran, bagaimanapun organisasi menentukan sifat peningkatan tersebut. Pemimpin sekolah mungkin mempunyai matlamat pengajaran yang sangat berbeza, tetapi sebagai alat diagnostik, rangka kerja yang diagihkan boleh membantu mereka mencapai matlamat ini.

Sepetang bersama Prof Dr James Spillane di dalam seminar yang bertajukDistributed Leadership : Rethinking School Improvement oleh Prof James P.Spillane bertempat di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada 18 Mac 2013lepas memberikan input tentang Distributed Leadership. Apabila membincangkan tentang

Distributed Leadership, tidak dapat lari dari membincangkan tentang kepimpinan guru. Sebelum ini saya hanya berpendapat Distributed Leadership lebih kepada mengupayakan kuasa kepada pemimpin pertengahan seperti timbalan-timbalan pengetua dan ketua-ketua jabatan. Tetapi sebenarnya Distributed Leadership ini adalah untuk semua guru-guru kerana kita semua ini adalah pemimpin kepada anak-anak didik di dalam kelas.

Konsep kepimpinan guru adalah proses pemimpin itu menggunakan keupayaannya bagi mempengaruhi kumpulannya dalam menggerakkan mereka ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan secara bersama. Dalam konteks ini, kumpulan yang di maksudkan adalah pelajar-pelajar di dalam kelas kita. Guru-guru perlu berusaha untuk menambahkan kebolehan dalam bidang mereka masing-masing di mana guru-guru merupakan pakar rujuk di samping memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian pelajar-pelajar yang ingin dipengaruhi selain mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berketrampilan dan berpersonaliti yang menarik.

Oleh kerana besarnya kuasa dan pengaruh guru di dalam kelas, setiap guru perlu berani mencuba strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih berani di sekolah. Guru perlu bertindak sebagai pemudahcara di mana mengalakkan pengupayaan kepada pelajar bagi membantu guru, memberi kuasa dan percaya kepada pelajar di dalam menjalankan tugas, bersifat fleksibel dan mementingkan semangat berpasukan.Di dalam konteks pendidikan kini terutama apabila ingin melaksanakan penambahbaikan sekolah, di dalam konteks bilik darjah, pelajar-pelajar tidak semestinya hanya duduk diam dan hanya menerima input dari guru, sebaliknya pelajar-pelajar ini dibolehkan bergerak bebas dan berbincang dengan rakan sebaya di mana guru bertindak sebagai pemudahcara dan memantau agar kelakuan mereka tidak menyimpang dari objektif pengajaran dan tidak menghalang proses pengajaran dan pembelajaran.

Dari pemerhatian dan juga cubaan yang telah saya lakukan di dalam kelas ICT, apabila mereka diminta di dalam kumpulan untuk membentangkan satu topik, dapat saya simpulkan bahawa pelajar-pelajar sebenarnya lebih kreatif apabila diminta untuk membuat kerja berkumpulan, dan mampu memberi lebih dari apa yang dijangkakan. Penglibatan mereka adalah menyeluruh kerana mereka sendiri terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu, dengan menentukan cara mereka sendiri untuk belajar. Mereka masing-masing mampu menarik perhatian rakan-rakan sekelas dan pembelajaran itu sendiri menjadi aktif. Saya sebagai guru pula hanya perlu memberikan garis panduan serta memberikan bimbingan apabila timbul kekeliruan dan kekaburan di dalam proses berkenaan di samping memberikan input tambahan dan menerangkan dengan jelas terma yang mereka kurang faham.

Kesimpulannya di dalam penambahbaikan sekolah, guru juga perlu berubah selaras dengan perubahan yang berlaku di dalam pendidikan. Walaupun kadang kala perubahan itu adalah sesuatu yang sukar dan berat, tetapi guru mampu untuk melakukannya jika mempunyai keyakinan yang kuat dan berani menempuh kegagalan sebelum mencapai kejayaan.