KERJA KURSUS

download KERJA KURSUS

of 23

description

edu

Transcript of KERJA KURSUS

ISI KANDUNGANIsi KandunganMuka Surat

1.0 Pengenalan2 - 3

2.0 Konsep Profesion3

3.0 Konsep Etika4

4.0 Konsep Akauntibiliti5

5.0 Kesantunan Profesionalisme6 - 7

6.0 Ciri-Ciri Guru Yang Profesional8

7.0 Isu-isu Yang Mempengaruhi Guru Dalam Perkembangan Profesionalisme. Isu Daripada Pihak Sekolah Isu Daripada Murid Isu Untuk Memenuhi Harapan Dan Jangkaan Ibu Bapa. Isu Untuk Memenuhi Harapan Dan Jangkaan Negara. Isu untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan Semasa. Isu Dalam Diri Guru Terhadap Profesion Keguruan9 - 12

8.0 Cadangan Membangunkan Profesionalisme Guru13 17

9.0 Kesimpulan18

10.0 Refleksi19 20

11.0 Rujukan21 - 22

1.0 PENGENALANMasyarakat kita sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang profesional. Sejak kebelakangan ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan ahli politik berusaha untuk mempertingkatkan martabat profesion perguruan. Ini adalah kerana kepekaan mereka dalam menilai peranan guru dalam merealisasikan Wawasan 2020. Sehubungan dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan termasuk kenaikan gaji serta cara bagaimana profesion perguruan dapat ditingkatkan kemuliannya di mata masyarakat seperti di zaman datuk nenek kita dahulu. Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya antara lain bergantung kepada kesediaan guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program pendidikan secara formal, informal atau nonformal. Diantara tuntutan dalaman yang diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif disamping menghadapi perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baru (Mohamad Sani Ibrahim & Zuraidah Majid, 2002).Membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor dalam membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara lama dalam mengajar, misalnya. Borko (1998) menyatakan bahawa guru-guru yang telah lama mengajar lebih menumpukan kepada penguasaan konsep sebagai fokus utama dan kurang memberi fokus kepada proses itu sendiri atau ilmu yang dijana dari penyelesaian masalah dalam subjek tersebut. Fokus kedua ini sebenarnya dapat diperolehi dengan memperbanyakkan aktiviti yang menggalakkan penglibatan pelajar dalam membina, mengguna dan menilai pemikiran mereka. Dengan ini satu perubahan perlu dilakukan di mana ahli jabatan di universiti perlu meningkatkan kualiti pengajaran, fakulti pendidikan mesti menitikberatkan kepentingan ilmu dan kerajaan negeri mestilah berusaha keras dalam menjalankan satu usaha yang sistematik untuk mengembangkan pembangunan profesional para guru (Wu, 1999).2.0 Konsep ProfesionProfesion merujuk kepada suatu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidangyang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman,1956). Menurut Kamus Dewan (2005), 'profesion' ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas contohnya perundangan, perubatan, perguruan. Nilaitara- nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut.Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yangterdapat dalam kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek pengkhususan sebelum diiktiraf sebagai seorang profesional. Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan seseorang guru semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.3.0 Konsep EtikaMenurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan peri- laku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan apakah yang salah? Perkataan etika atau ethics berasal daripada perkataan Yunani ETHOS yang bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah- kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik. Tinjauan dari perspektif lain membawa maksud etika sebagai prinsip-prinsip moral yang merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran (American College Dictionary, 1964). Mengikut Nikki (2009) pula etika dianggap sebagi pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.Kod Etika Profesion merupakan peraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik profesionnya. Hal ini bertujuan memastikan para guru tidak melakukan sesuatu yang tidak diingini serta mencemarkan imej profesion keguruan. Terdapat tiga aspek yang merupakan fungsi utama Kod Etika Profesion iaitu pertama, Kod Etika Profesion memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion mengenai prinsip profesionalisme yang dirangkakan. Hal ini bermakna setiap ahli dalam profesion sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.Kedua, Kod Etika Profesion merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan. Hal ini membawa maksud bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat supaya mereka lebih memahami kepentingan suatu profesion sehingga memungkinkan kawalan mereka terhadap para profesional dalam bidang kerjaya mereka. Dan yang terakhir, Kod Etika Profesion membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

4.0 Konsep Akauntabiliti KeguruanAkauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau t erhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima kebertangungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Lanjutan daripada ini, akauntabiliti keguruan pula merujuk kepada tanggungjawab seorang guru terhadap profesion keguru- annya. Hal ini amat berkaitan dengan akauntabiliti kerja seperti mana dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti kurikulum dan kokurikulum, mematuhi prosedur kerja, menghayati etika kerja, bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi.Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti seorang guru yang akan dibincangkan merangkumi akauntabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara serta profesion keguruan amnya. Apakah perbezaan antara akauntabiliti dengan tanggungjawab? Kedua-dua perkataan tersebut kadangkala memberikan makna yang sama tetapi sebenarnya membawa maksud yang berbeza. Kita boleh mengatakan kita bertanggungjawab terhadap sesuatu tetapi kita tidak perlu mempunyai akauntabiliti terhadapnya. Sebagai contoh, kita bertanggungjawab terhadap anak-anak kita sebagai ibu bapa. Namun begitu, jika kita tidak berupaya menghantar mereka ke luar negara untuk bercuti, kita tidak perlu memberikan justifikasi terhadap kegagalan kita. Hal ini menunjukkan kita tidak mempunyai akauntabiliti terhadap anak-anak kita. Namun begitu, sebagai guru kita mempunyai akauntabiliti untuk pencapaian akademik pelajar kita. Hal ini membawa implikasi bahawa kita harus memberi pelajar peluang pembelajaran dengan memilih dan menyediakan bahan dan aktiviti aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan minat mereka.

5.0 Kesantunan ProfesionalismeKesantunan ialah perlakuan atau tingkah laku yang mampu menjalinkan hubungan yang baik antara satu sama lain yang menjadikan sesuatu pergaulan itu berada dalam keadaan harmoni dan mesra. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal ataupun nonverbal. Manakala Za'ba yang pernah menulis tentang nilai dalam perlakuan dan etiket Melayu yang disiarkan dalam jurnal Malayan Branch (1950) menyenaraikan beberapa perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat bagi mengawal perlakuan dan etiket. Salah satu perlakuan yang disebutkan ialah perlakuan dalam percakapan. Menurut beliau, pengawalan suara adalah sangat penting, kita sama sekali tidak boleh menjerit dan meninggikan suara seolah- olah sedang marah atau sedang bercakap dengan orang pekak. Kita juga diingatkan agar tidak membolot sidang perbualan dan bercakap terlalu banyak apa lagi tentang diri sendiri. Memuji diri sendiri ialah perlakuan yang tidak dapat diterima oleh orang yang mendengarnya.Manakala Noriati (2004) berpendapat bahawa kesantunan yang bermula daripada hati yang ikhlas dan jujur akan menzahirkan perlakuan sama ada perlakuan berbahasa ataupun pelakuan bukan bahasa yang menyenangkan semua pihak. Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan harian. Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan harian. Ketika orang dikatakan santun, maka di dalam diri seseorang itu tergambar nilai sopan santun atau nilai etiket yang berlaku secara baik dalam masyarakat di tempat seseorang itu sebagai anggota atau ahli dalam organisasinya. Kesantunan selalu bipolar, iaitu memiliki hubungan dua hala, contohnya di sekolah berlaku hubungan antara guai dengan murid, guru sesama guru dan Guru Besar dengan guru.

Guru yang mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembinaan modal insan perlu menghayati bahawa seseorang insan begitu bermakna apabila di dalam dirinya memiliki perlakuan yang baik yang lahir daripada hati yang suci dan bersih. Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya. Kesantunan berbahasa merupakan tatacara berkomunikasi secara lisan. Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja.Jika tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai denga norma-norma budaya, maka situasi itu akan mengundang nilai negatif misalnya guru dianggap sebagai orang yang angkuh, tidak beradat dan tidak bersopan. Tatacara berbahasa amat penting diambil perhatian dalam kalangan komunikator dan peserta demi kelancaran berkomunikasi. Dengan mengetahui tatacara berbahasa diharapkan orang lebih memahami apa jua yang disampaikan dalam komunikasi. Tatacara bertindak dan berbahasa yang harus dilakukan oleh guru mestilah mengikut norma-norma masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat. Dengan memahami budaya setempat, guru akan dihormati oleh masyarakat setempat dan hal ini memudahkan pelaksanaan tugas hariannya dengan berkesan.Guru-guru perlu bijak memilih gaya berpakaian ke sekolah kerana gaya berpakaian bagi masyarakat Malaysia ada kaitannya dengan nilai budaya masyarakat Malaysia yang berkait rapat dengan budaya dan kepercayaan beragama. Adalah tidak wajar seseorang guru memakai pakaian yang terlalu ketat, jarang atau yang mendedahkan auratnya kerana gaya tersebut bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama malah mengganggu konsentrasi murid ketika belajar. Hal ini juga ada kaitan dengan imej guru tersebut yakni guru tidak wajar berpakaian seperti penghibur. Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya. Tidak wajar seseorang guru bersikap bengis dan kasar, memarahi murid di depan khalayak ramai dengan menggunakan kata-kata yang kesat kerana murid tidak akan berjaya dididik dengan tingkah laku guru yang tidak santun.

6.0 CIRI-CIRI GURU YANG PROFESIONALSeorang guru yang profesional seharusnya seorang guru yang berilmu (content knowledge), mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge), mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Diantara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008) seperti yang ditunjukkan didalam Rajah 1 dibawah.

RAJAH 1: MODEL GURU YANG PROFESIONAL

Bahkan guru yang profesional juga seharusnya mempunyai enam konsep berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah, melaksanakan amalan profesional di sekolah, bertingkahlaku secara profesional di dalam bilik darjah dan sekolah, bertanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002).

7.0 ISU-ISU YANG MEMPENGARUHI GURU DALAM PERKEMBANGAN PROFESIONALISME.Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang dinamik masa kini menuntut guru membuat anjakan paradigma yang menyeluruh. Pergolakan dalam bidang pendidikan memerlukan guru meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut Sufean Husin (2008) cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan dikategorikan kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan ibu bapa, cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan negara, cabaran untuk memenuhi tuntutan perubahan masa dan cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan. 7.1 Isu Daripada Pihak SekolahIsu daripada pihak sekolah merupakan isu utama yang dihadapi oleh guru. Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Fenomena ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum dengan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan termasuk dalam masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti bercorak motivasi untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada guru serta menambahkan lagi beban tugas mereka. Sekiranya peratusan kelulusan yang disasarkan tidak dicapai, maka guru akan dianggap sebagai guru yang tidak komited dan kurang berjaya. Selain daripada itu, masalah kekurangan guru, kekurangan prasarana dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh sesetengah sekolah turut memberikan tekanan kepada guru.

7.2 Isu Daripada MuridPengurusan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah merupakan isu kepada guru. Pelbagai kerenah yang dijelmakan oleh murid daripada pelbagai latar belakang, tahap pencapaian dan kebolehan merupakan situasi yang sering dihadapi oleh guru. Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid merupakan cabaran kepada guru yang menuntut usaha yang lebih daripada pihak guru untuk memahami serta memenuhi kepelbagaian murid serta keperluan mereka. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah tingkah laku dan disiplin dalam kalangan murid.Disamping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak minat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan masalah yang perlu ditangani oleh guru secara berkesan. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan berkesan, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius.Dalam hal ini, sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat adalah amat diperlukan bagi menangani masalah yang timbul. Masyarakat dan ibu bapa dapat membantu dari aspek pemantauan aktiviti anak-anak mereka di rumah. Kolaborasi di antara pihak sekolah, masyarakat dan ibu bapa sudah tentu akan dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti.

7.3 Isu Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan Ibu bapa.Profesion keguruan sentiasa terdedah kepada kritikan masyarakat. Tanggungjawab mendidik seringkali diserahkan sepenuhnya oleh ibu bapa kepada guru. Kehendak ibu bapa yang mahukan guru mendidik anak mereka dan membentuk sahsiah dan keperibadian serta kebolehan intelektual anak mereka merupakan tanggungjawab dan cabaran yang amat berat bagi guru. Ibu bapa juga cepat menyalahkan dan mempertikaikan tindakan guru terutama sekiranya berlaku sesuatu peristiwa yang kurang disenangi di sekolah yang melibatkan anak mereka. Suatu perkara yang amat penting bagi guru ialah mesti mengetahui latar belakang murid dan keluarga, matlamat dan aspirasi ibu bapa terhadap anak mereka bagi membolehkan guru menjalankan tugas mereka dengan lancar dan penuh keyakinan. Selain dari itu, perkongsian dan jaringan pintar serta hubungan yang baik antara ibu bapa dan sekolah perlu dimantapkan supaya proses pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan kurang memberikan tekanan kepada guru.

7.4 Isu Untuk Memenuhi Harapan dan Jangkaan NegaraGuru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses pembentukan modal insan demi kemajuan negara di masa hadapan. Peranan guru dalam merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan negara terhadap golongan guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani dan emosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi isu yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab.

7.5 Isu Untuk Memenuhi Tuntutan Perubahan SemasaIsu utama guru adalah berkaitan dengan keperluan masyarakat dan negara dalam menghadapi era globalisasi dan k-ekonomi. Hargreaves (2003) menyenaraikan tiga cabaran utama guru dalam era k-ekonomi iaitu menjadi pemangkin kepada masyarakat berpengetahuan (knowledge society) untuk merealisasikan peluang yang dibawa bersamanya, menjadi pengimbang kepada masyarakat dari ancaman yang dibawa oleh era k-ekonomi dan menjadi pihak yang dipertanggungjawabkan untuk memenuhi jangkaan dari segi pendidikan dengan menggunakan kos yang minima. Dalam hal ini, bidang pendidikan dan guru adalah diharapkan berfungsi sebagai penyelamat masyarakat. Masyarakat yang berpengetahuan merujuk kepada sistem ekonomi yang dijana melalui aspek kreativiti dan keaslian. Hal ini menyebabkan masa hadapan dan kemakmuran negara bergantung kepada kemahiran tenaga kerjanya (k-worker) yang meliputi aspek menterjemahkan idea yang kompleks, mengambil peluang daripada perkembangan sains dan teknologi serta menyelesaikan masalah yang belum pernah dihadapi. Tambahan pula, golongan k-worker ini diharapkan akan dapat memberikan nilai tambah kepada sebarang bentuk produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Sehubungan itu, sekolah dan guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan penting dengan sebaiknya dalam menyediakan murid dengan kualiti tersebut dan memperkembangkan pengajaran tentang kreativiti dan keaslian. Justeru, guru dan sekolah adalah diharapkan akan dapat melahirkan modal insan yang berfungsi untuk kesejahteraan diri dan menyumbang ke arah pembangunan negara.7.6 Isu Dalam Diri Guru Terhadap Profesion KeguruanIsu terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Tekanan beban kerja, penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang tidak setanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas yang boleh menimbulkan fenomena burn out dalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.8.0 CADANGAN MEMBANGUNKAN PROFESIONALISME GURU Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman. Secara amnya, usaha-usaha kearah membangunkan modal insan seorang guru dapat dilaksanakan berdasarkan ciri-ciri dan nilai-nilai yang terdapat dalam 10 Prinsip Islam Hadhari (Abdullah Md. Zain, 2007). Diantaranya ialah dengan memperbetulkan dan memperkasakan pengetahuan umat Islam tentang Tasawwur Islam, memperkasakan ketakwaan dan keimanan umat Islam, mempertingkatkan usaha penguasaan ilmu secara meluas, berterusan dan besepadu antara ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah, melahirkan lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang dan menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam membangunkan negara, menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam semua bidang, memperbanyakkan hasil kajian baru yang boleh dimanfaatkan semua manusia dan menonjolkan peranan ilmuan dan sumbangan mereka kepada pembangunan ummah serta berusaha menjadikan mereka sebagai role model dalam masyarakat yang bertamadun.Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.

Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.Aktiviti-aktiviti dalam Lesson Study melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, Lesson Study dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus. Ia ternyata dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah. Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.

Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran. Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Kajian mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang matematik sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang. Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.9.0 KesimpulanPerkembangan profesional guru dilihat dari persepsi Islam ialah satu pembangunan yang dilaksanakan untuk membangunkan hakikat diri guru itu sendiri iaitu rohnya (spiritual science). Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu, roh dan fizikal manusia. Perkembangan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan perkembangan profesional di Barat yang hanya menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata. Maka lahirlah guru-guru yang tidak seimbang antara pembangunan akal, fizikal, roh dan nafsunya. Kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah. Bagi orang-orang dahulu, roh dan akal mereka turut dewasa bersama fizikalnya. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya 18 tahun. Hasan Al-Basri, pada usia mudanya, iaitu 10 tahun, telah diiktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar ulama dan Sahabat dalam tafsir, fekah, tasauf dan lain-lain sedangkan beliau dari tabiin. Imam As- Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia 15 tahun.Oleh itu, negara perlu merancang untuk membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal guru sehingga boleh melagang sistem pendidikan dengan berkesan. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Perkembangan profesional guru ini sangat penting kerana gurulah yang mendidik anak bangsa kita. Harus diingat bahawa pendidikan itu adalah nyawa, roh dan nadi pada sesuatu bangsa dan negara. Identiti sesuatu bangsa ditentukan oleh pendidikan. Ertinya pendidikanlah yang akan menentukan maju atau mundurnya sesuatu bangsa, bertamadun atau tidak, berani atau penakut, bersatu atau berpecah, berjiwa besar atau kecil dan ada cita-cita atau tidak. Pendidikan jugalah yang akan menentukan hala tuju sesuatu bangsa di sesebuah negara samada bangsa itu menjadi satu bangsa yang baik atau jahat, lembut atau kasar, bangsa yang individunya memikirkan diri sendiri atau memikirkan bangsa, agama dan negaranya.

10.0 RefleksiAlhamdulillah dan syukur dipanjat ke hadrat Ilahi akhirnya kerja kursus untuk kursus Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (EDU3083) berjaya disiapkan dengan jayanya.Semasa menyiapkan kerja kurus ini saya melihat peranan guru sebenarnya sangat penting. Guru adalah sumber penyampai ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar. Selain itu, guru juga berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif pelajar sehingga mereka nanti dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Seorang guru yang telah menyempurnakan latihan samada di maktab perguruan atau di mana-mana pusat pendidikan guru tidak seharusnya menganggap proses pembelajaran mereka telah sempurna. Begitu juga dengan guru yang telah lama mengajar. Antara kekuatan semasa menyiapkan tugasan ini saya telah belajar sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan kepentingan perkembangan profesionalisme. Diantara kepentingan perkembangan profesional di sekolah sebagaimana yang disarankan oleh Anna Cratt (1996) ialah ia dapat membaiki kemahiran prestasi kerja guru, membaiki ketrampilan, menambah pengalaman untuk perkembangan kerjaya atau untuk naik pangkat, membina pengetahuan profesional dan pemahaman seorang guru, meningkatkan peribadinya, menghargai sumbangan guru, memberi kepuasan dari segi ikhtisas, meningkatkan kefahaman guru, membolehkan guru menjangka dan bersedia untuk berubah dan memperjelaskan polisi sekolah dan jabatan guru.

Antara lain, saya juga dapat simpulkan bahawa hasil membangunkan profesional guru, kelak guru-guru akan dapat membina kemahiran, pengetahuan dan strategi pengajaran-pembelajaran, ketrampilan serta kemampuan untuk berurusan dengan masyarakat sekolah dengan lebih baik. Sekiranya pembangunan profesional guru tidak menjadi pelan utama bagi Kementerian Pendidikan, sehingga itulah guru tidak akan memenuhi keperluan pendidikan bagi semua pelajar (NJCLD, 2000). Untuk mencapai apa yang kita inginkan, bukan sahaja para guru yang terlibat tetapi juga sepatutnya melibatkan banyak pihak termasuk pentadbir di jabatan pendidikan, para-para pentadbir sekolah, staf sokongan dan penjaga atau ibu bapa. Ia mestilah dianggap tanggungjawab bersama dalam mendidik anak bangsa kita.Selain itu, saya juga melihat perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah tidak patut diabaikan oleh pentadbir institusi pendidikan termasuk sekolah. Ianya perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ia akan menjejaskan profesion perguruan. Di Malaysia, program perkembangan profesionalisme untuk guru-guru belum lagi merupakan program yang telah diinstitusikan diperingkat sekolah. Kegagalan dalam perkembangan profesional mendatangkan banyak kelemahan seperti kekurangan kemahiran yang nanti akan mempengaruhi pengajaran guru.Saya berharap dengan menyiapkan tugasan kerja kurus ini saya telah mempertingkatkan diri sendiri dengan maklumat dan mempersiapkan diri semasa berkhidmat disekolah kelak. Saya juga berharap tugasan yang dilakukan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pensyarah.

11.0 RujukanAbdullah Md Zain. (2007). Ulul Albab: Pendekatan Islam Hadhari kea rah melahirkan modal insan terbilang. Kertas Kerja Seminar Ulul Albab. Anjuran JAKIM. Kuala Terengganu, 21 September 2006.hal 40.Anderson, E.M and Lucasse Shannon A. (1995). Towards a conceptualization of mentoring in Issues in Mentoring, London: Routledge,Open University.Borko, H & Putnam, R. (1998). Profesional development and reform-based teaching. Teaching and Teacher Education, 14(1), 1-3.Dr Abd Yusof. (2007). Guru dan kepentingan amalan reflektif: satu kajian kes. Journal Akademik, Institut Perguruan Kota Bharu. Jilid 13.Effandi Zakaria, Norazah Nordin & Sabri Ahmad. (2007). Trend pengajaran dan pembembelajaran matematik. Kuala Lumpur : Utusan Publications.H,Wu. (1999). Profesional Development of Mathematics Teacher, Vol 46, Number 5 http://math.berkeley.edu/-wu-Little, J.W. (1982). Norms of Collegiality and Experimentation: Workplace conditions of school success. Educational Research Journal, 19, 3 pg 325-340.Marsigit. (2007). Mathematics Teacher Profesional Development Through Lesson Study in Indonesia. Eurasia of Jounal of Mathematics, Science & Teacher Education, 3(2), 141-144.Md Sani Ibrahim & Zuraidah Majid. (2002). Perkembangan Profesion Guru: Satu tuntutan dan satu kemestian. Kertas dibentang di UPSITEC 2002.National Joint Committee on Learning Disabilities .2000. Profesional Development for Teachers. ASHA Supplement, 20, 37-41. Rockville, MD: America Speech Language Hearing Association.National Joint Committee on Learning Disabilities. (2000). Learning Disabilities: Preservice Preparation of General and Special Education Teachers.Robiah Sidin. (2002). Konsep Guru Profesional. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, UKM.Suffean Husin. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem, dan falsafah. Edisi 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin & Noraini Dan. (2002). Pendidikan dan pembangunan manusia: pendekatan bersepadu. Selangor: Penerbit As-Syabab Media.Tan, Parsons, Hinson & Sardo-Brown. (2003). Educational Psychology : A Practitioner Reseacher Approach. United Kingdom: Thompson. 1 | Page