Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

7
Kaedah Kajian Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya lakukan untuk mendapatkan informasi tentang kawasan yang telah dikajikan iaitu kawasan sekolah saya, SMK Tagasan, Semporna dalam kerja kursus ini. Salah satu kaedah adalah Pemerhatian - Kaedah ini telah dijalankan melalui cara membuat kesimpulan berdasar apa yang telah diteliti dengan mata.Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik - Saya telah mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang responden yang terdiri daripada penduduk kawasan kajian tersebut. Mereka telah diminta untuk mengisi bor o ng tersebut berdasarkan apa yang telah dilihat atau dilalui.Terdapat beberapa rujukan yang telah dilakukan. Rujukan buku ilmiah dan rujukan internet. Dapatan Kajian (Definisi Pencemaran Udara) Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan- bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.

description

kerja kursus

Transcript of Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

Page 1: Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

Kaedah Kajian

Terdapat beberapa kaedah kajian yang telah saya lakukan untuk mendapatkan informasi

tentang kawasan yang telah dikajikan iaitu kawasan sekolah saya, SMK Tagasan,

Semporna dalam kerja kursus ini. Salah satu kaedah adalah Pemerhatian - Kaedah ini

telah dijalankan melalui cara membuat kesimpulan berdasar apa yang telah diteliti dengan

mata.Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik - Saya telah

mendapatkan pertolongan daripada beberapa orang responden yang terdiri daripada

penduduk kawasan kajian tersebut. Mereka telah diminta untuk mengisi borong tersebut

berdasarkan apa yang telah dilihat atau dilalui.Terdapat beberapa rujukan yang telah

dilakukan. Rujukan buku ilmiah dan rujukan internet.

Dapatan Kajian (Definisi Pencemaran Udara)

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim

zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan

ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif

kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh

manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-

salur darah.

Jerebu juga boleh dikategorikan sebagai pencemaran udara. Jerebu didefinasikan

sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara

tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan

termasuk berbagai jenis binatang. Keadaan atmosfera dikatakan berjerebu sekiranya

terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi dan kandungan

kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur atau kurang

jelas. Hal ini dapat diperhatikan di sekitar kawasan sekolah saya. (Jabatan Alam Sekitar,

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia). Kualiti udara dengan bacaan IPU

bagi 0-50 dikategorikan sebagai baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300

(sangat tidak sihat dan 301 ke atas (bahaya).

Page 2: Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

2.0 PUNCA-PUNCA JEREBU /PENCEMARAN UDARA

2.1 Pembakaran terbuka

kejadian jerebu yang paling teruk dialami pada tahun 1997 adalah disebabkan oleh

pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk akibat daripada

fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa padah apabila

api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana Kalimantan

agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah berjaga-jaga

telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri Sabah

dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Pembakaran ini bukan sahaja menimbulkan

masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang berdekatan seperti Thailand,

Singapura, Brunei dan Filipina juga tercemar dengan teruk. Hasil pembakaran ini telah

menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya dan boleh

membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

2.2 Pengeluaran Asap Kenderaan

Asap dari kenderaan juga menyumbang kepada pencemaran udara. Pertambahan

bilangan kenderaan di sekitar SMK Tagasan memburukan lagi keadaan. Asap yang

dikeluarkan boleh menjejaskan kesihatan penduduk Kampung Tagasan. Saya perhatikan

bilangan kenderaan yangg terdapat di setiap rumah sekitar kampung Tagasan lebih

kurang 2 buah untuk setiap rumah.

3.0 KESAN-KESAN JEREBU

3.1 Kesihatan

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur

dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk

pada kesihatan manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga

kepada mereka yang menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan,

pneumonia dan penyakit paru-paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga

mempunyai risiko yang tinggi dalam kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan

kesan jerebu kepada kesihatan manusia.

Page 3: Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

3.2 Sektor Ekonomi

Apabila masalah jerebu ini semakin meruncing, ia mula memberi kesan yang lebih

besar pula. Ia boleh mangacam pendapatan negeri apabila mula menjejaskan sektor

ekonomi negeri Sabah. Industri pelancongan misalnya adalah punca pendapatan yang

paling berpotensi di Sabah, industri ini teruk terjejas kerana para pelancong bimbang

dengan keselamatan mereka.

4.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI

4.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam

sekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh

dijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan

kepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak

sekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam

sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap

penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar

(Department of Invironment, 1989).

Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran

orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam

sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan

mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat

di negara lebih maju. Bahagian Alam Sekitar memainkan peranannya sebagai kuasa

perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi pendidikan yang mana boleh

dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan Bahagian Alam Sekitar,

‘Sekitar’ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian Alam Sekitar, sebaran

radio, televisyen, kursus dan seminar (Sham Sani, Abdul Samad Hadi, 1990: 402).

4.2 Larangan Pembakaran Terbuka

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula,

kerajaan dan juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang

Page 4: Kerja Kursus Geo Ting 1 2015 (Jerebu)

harus diikuti kepada semua warganegara Malaysia. Kerajaan telah melarang pembakaran

terbuka kerana asap adalah penyumbang utama kepada jerebu. Selain daripada itu

pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran yang tidak dapat dikawal

contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca daripada aktiviti

pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke Malaysia dibawa

oleh angin lazimnya monson barat daya (Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, 2003: 120).

Sikap golongan yang dinyatakan di atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam

persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24

September 1997.

4.3 Tanggungjawab Orang Ramai

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang

awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara

tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya

gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik

kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap

hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel

untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak

supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis

DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang

terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS

mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-

ladang.