Kerja kursus MTE3111_2014

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM : PPG NAMA PELAJAR : KURSUS : MTE 3111 – MENGAJAR GEOMETRI , UKURAN DAN PENGENDALIAN DATA SEMESTER : 6 PPG Ambilan Jan 2011 Tarikh Mula : 11.01.2014 Tarikh Serahan: 5.04.2014 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan topik geometri, ukuran dan pengendalian data melalui pengajaran mikro /makro. 2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang topik geometri, ukuran dan pengendalian data . 3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam topik geometri, ukuran dan pengendalian data melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam topik geometri, ukuran dan pengendalian data Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Kerja Kursus : 1. Menerap budaya pembelajaran melalui pembacaan , perbincangan dan berkongsi maklumat dengan memperkembang kemahiran dalam membuat rujukan dan mencapai maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat relevan dan menyusun secara sistematik dan bermakna. 2. Memulakan proses pembelajaran seiringan dengan pembangunan intelek, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT, membina pemikiran individu dan melatih refleksi kendiri. 3. Menghubungkan pengetahuan teori dengan pengetahuan praktikal dengan menerap pengetahuan diperolehi daripada orang lain dengan pengetahuan melalui pengalaman dan refleksi kendiri dalam konteks sebenar. 4. Menggunakan Sikap Pemikiran (Habits of Mind - HOMS) berikut semasa menyiapkan tugasan : ketekunan (persisting) menangani

description

contoh kerja kursus mte3111

Transcript of Kerja kursus MTE3111_2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPG

NAMA PELAJAR :

KURSUS : MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI , UKURAN DAN PENGENDALIAN DATASEMESTER : 6 PPG Ambilan Jan 2011Tarikh Mula :11.01.2014 Tarikh Serahan:5.04.2014

Hasil Pembelajaran Kursus :

1. Menghubungkaitkan teori pembelajaran Matematik dalam rangka pembelajaran kanak-kanak dengan topik geometri, ukuran dan pengendalian data melalui pengajaran mikro /makro.

2. Menerangkan perkembangan kefahaman kanak-kanak tentang topik geometri, ukuran dan pengendalian data .

3. Mengukuhkan konsep Matematik kanak-kanak dalam topik geometri, ukuran dan pengendalian data melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam topik geometri, ukuran dan pengendalian data

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus :1. Menerap budaya pembelajaran melalui pembacaan , perbincangan dan berkongsi maklumat dengan memperkembang kemahiran dalam membuat rujukan dan mencapai maklumat daripada pelbagai sumber, memilih maklumat relevan dan menyusun secara sistematik dan bermakna.

2. Memulakan proses pembelajaran seiringan dengan pembangunan intelek, menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi KBAT, membina pemikiran individu dan melatih refleksi kendiri.

3. Menghubungkan pengetahuan teori dengan pengetahuan praktikal dengan menerap pengetahuan diperolehi daripada orang lain dengan pengetahuan melalui pengalaman dan refleksi kendiri dalam konteks sebenar.

4. Menggunakan Sikap Pemikiran (Habits of Mind - HOMS) berikut semasa menyiapkan tugasan : ketekunan (persisting) menangani rintangan , menyoal dan mengenalpasti masalah (questioning and posing problem), berfikir dan saling bergantungan ( thinking interdependently) dan terbuka kepada pembelajaran berterusan (remaining open to continuous learning).5. Mencipta, mengimaginasi dan inovasi (creating, imagining and innovating) dari bahan bacaan berkenaan dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut topik geometri, ukuran dan pengendalian data.6. Merancang kerja amali dan bahan bantu belajar yang kreatif serta inovatif sesuai dengan konsep pengajaran dan pembelajaran secara meneyeluruh .

Tugasan Projek 100% Kerja kursus ini memberi peluang dan pendedahan kepada pelajar memperolehi kemahiran dan pengalaman mengajar yang kreatif dan inovatif bagi topik geometri, ukuran dan pengendalian data. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu belajar untuk topik-topik ini. Bagi projek ini, pelajar dikehendaki mereka dan melaksanakan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai beserta dengan bahan bantu belajar (BBB) yang kreatif serta inovatif untuk digunakan bersama aktiviti p&p yang dirancangkan. Pelajar dikehendaki membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro dan kerja amali juga dilaksanakan di bilik kuliah dengan pemantauan pensyarah pembimbing. Pelajar juga perlu membuat suatu refleksi keseluruhan berdasarkan pengalaman yang diperolehi melalui kerja kursus ini.Tugasan 1: Pakej Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran : 50%

1. Rekacipta satu pakej aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk setiap topik samada topik geometri, ukuran atau pengendalian data dari huraian sukatan pelajaran KBSR atau pun dokumen standard pembelajaran KSSR.

2. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang direkacipta mestilah merangkumi satu permainan matematik serta satu aktiviti berbantu komputer yang menarik, hasil idea dan kreativiti sendiri untuk mana-mana topik geometri, ukuran dan pengendalian data3. Setiap aktiviti p&p perlu dihuraikan mengikut format di bawah:

(i)Topik

(ii)Objektif

(iii)Aras Kemahiran

(iv)Resos ( konkrit dan semi-konkrit )

(v)Manual melaksanakan aktiviti p&p4.Bagi aktiviti di atas bina bahan bantu belajar BBB ( konkrit dan semi-konkrit) yang menepati ciri-ciri seperti menarik, versatil, mudah alih, boleh digunakan semula, tahan lama, berkualiti, kos rendah dan efektif.5.Pelajar akan melaksanakan sesi pembentangan dalam sesi pengajaran mikro (Interaksi amali 4) menggunakan BBB rekaan anda di bilik kuliah. Bahan bantu mengajar (serta bahan sokongan) mesti mencukupi untuk penglibatan seluruh kelas.Tugasan 2 : Perlaksanaan Amali : 40 %6. Laksanakan dua sesi kerja amali untuk topik:

6.1 topik geometri (interaksi amali 2) berserta kertas laporan amali6.2 pengendalian data (interaksi amali 3) berserta kertas laporan amali

7.Hasil kerja amali berserta laporan lengkap (bukti bergambar) perlu dihantar pada interaksi berikutnya.Tugasan 3 : Penulisan refleksi : 10 %

8.Tulis refleksi individu berdasarkan pengalaman anda untuk keseluruhan pelaksanaan tugasan anda dengan bantuan penggunaan peta pemikiran i-Think yang sesuai. bincangkan keberkesanan BBB ciptaan anda dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor .kesesuaian, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan aktiviti p d p anda. Panduan Pelaksanaan Projek 1. Tugasan ini dilaksanakan secara individu .

2. Setiap pelajar akan membina bahan bantu mengajar dan menghantar laporan amali yang lengkap bersama dengan bahan bantu mengajar bagi setiap sesi amali.

3. Format penulisan adalah seperti berikut:

i. Muka depan hendaklah templat terkini

ii. Fon Arial, saiz 11

iii. Langkau 1.5 barisiv. Rujukan mesti disertakan dan dicatatkan mengikut format APA. 4. Hantar laporan kerja kursus bersama dengan gambar foto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar dan CD permainan berbantukan komputer.5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 60%.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria yang berikut1.Laporan mesti mengandungi:

(i)Mukasurat kandungan

(vi)Bahan berbantu komputer (ii)Biodata pelajar

(vii)Refleksi individu (iii)Pengenalan

(viii)Rujukan

(iv)Aktiviti pengajaran dan pembelajaran(ix)Lampiran - gambarfoto

(v)Permainan matematik

2.Garis panduan format laporan amali adalah seperti berikut:

Tajuk :

Objektif:

Jenis Bahan Bantu Mengajar:

Cara membina :

Kegunaan:

3.Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koherenTugasan disediakan oleh:

Disemak oleh :

( PN SITI KHADZIMAH BINTI SALLIP)

(PN S.PARIMALARANI )Penyelaras Kursus MTE 3111

Pakar Bidang (SME) MTE3111

Jabatan Matematik

Jabatan Matematik

IPGKPT

IPGKPT

Disahkan oleh:

( Pn Wan Noor Adzmin Bt Mohd Sabri )

Ketua Jabatan Matematik

IPGKPT