Kerja Kursus Sastera WZakaria

21
Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBML3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU SEMESTER JANUARI 2015 NO. MATRIKULASI : 781028135033001 NO. KAD PENGNEALAN : 781028-13-5033 NO. TELEFON : 019-8195296 E-MEL : [email protected] /[email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUCHING SARAWAK AMBILAN SEPTEMBER 2012 1

description

rhsia

Transcript of Kerja Kursus Sastera WZakaria

Page 1: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBML3103PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

SEMESTER JANUARI 2015

NO. MATRIKULASI : 781028135033001

NO. KAD PENGNEALAN : 781028-13-5033

NO. TELEFON : 019-8195296

E-MEL : [email protected]

/[email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

KUCHING SARAWAK

AMBILAN

SEPTEMBER 2012

1

Page 2: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Isi kandungan Muka surat

……………………………………………………………………………………………………....

1.0 Pengenalan 3

2.0 Maklumat Tentang Cerpen Kajian. 4

2.1 Tajuk Cerpen 4

2.2 Biodata Penulis 4

2.3 Sumber Cerpen 5

2.4 Sinopsis Cerpen 5

3.0 Analisis Cerpen 6

3.1 Tema dan Persoalan` 6

3.2 Plot 7

3.3 Watak dan Perwatakan 7

3.4 Gaya Bahasa 9

3.5 Nilai dan Pengajaran 10

4.0 Lima Prinsip Kesesuaian Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran 11

5.0 Rumusan 13

Rujukan 14

2

Page 3: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

1.0 Pengenalan

Dewasa ini, perubahan dalam dasar menggerak kemajuan di negara kita semakin terasa. Arus

transformasi yang diperkenalkan oleh kerajaan dilihat sebagai pemberi impak hebat terhadap

hampir kesemua aspek kehidupan rakyat Malaysia termasuklah aspek pendidikan. Perubahan

yang ditakrifkan sebagai transformasi terhadap pendidikan itu telah memperkenalkan dua

kurikulum baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan juga Kurikulum

Standar Sekolah Menengah (KSSM) yang telahpun menggantikan kurikulum lama sebelum ini.

Menyebut tentang perubahan kurikulum ini, pengajaran bahasa di sekolah sangat berasa

tempiasnya bila mana pengajaran berbantukan sastera atau melibatkan karya sastera dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa lebih ditekankan.

Berdasarkan kenyataan di atas maka suatu kerja kursus untuk mengkaji sebuah cerpen

telahpun diberikan untuk menilai sejauh manakah kemampuan sesebuah karya sastera dalam

bahasa Melayu untuk menyahut cabaran sebagai bahan pengajaran yang baik dan efektif untuk

pengajaran dan pembelajaran sastera di dalam kelas. Selain daripada mengkaji aspek sastera

dalam cerpen berkenaan, kerja kursus ini juga meminta diberikan huraian berkaitan kesesuian

cerpen berkenaan dalam menepati lima prinsip kesesuai bahan sastera sebagai bahan pengajaran

dan pembelajaran bahasa di dalam kelas.

Untuk tujuan tersebut, sebuah cerpen yang bertajuk “Kuih Bakul Limau Mandarin” hasil

tulisan Mohd Helmi bin Ahmad iaitu sebuah cerpen yang telah dihasilkan pada tahun 2011 dan

dipilih sebagai salah satu cerpen dalam buku teks KOMSAS Tingkatan Satu Tahun 2015 telah

dipilih sebagai cerpen kajian dalam kerja kursus ini. Jadi, ikutilah kupasan dan huraian yang

selanjutnya berkaitan kerja kursus ini dalam perenggan selanjutnya.

3

Page 4: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

2.0 Maklumat Tentang Cerpen Kajian.

2.1 Tajuk Cerpen

Kuih Bakul Limau Mandarin

2.2 Biodata Penulis

Penulis cerpen ini bernama Mohd Helmi Bin Ahmad yang berasal dari Alor Setar, Kedah Darul

Aman. Beliau lahir di Alor Setar pada tahun 1986. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah

Kebangsaan Haji Hassan Itam pada tahun 1993 hingga tahun 1998 kemudian menyambung

pendidikan sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Aziz dari tahun

1999 hingga tahun 2005. Selepas tamat persekolahan peringkat menengah beliau seteerusnya

melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), di

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia antara tahun 2006 hingga

2009. Selepas menamatkan ijazah sarjana muda pengajian belaiau diteruskan dengan mengikuti

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR)-Pengajian Bahasa Melayu di Institut Pendidkan Guru

Malaysia Kampus Perlis(2010). Kini bertugas di Sekolah Kebangsaan Batang Kali, Batang Kali

Selangor.

Belaiu merupakan seorang guru yang bergiat aktif dalam bidang penulisan kreatif sama

ada dalam penulisan cerpen, puisi, rencana dan ulasan buku. Cerpen, puisi, rencana dan ulasan

buku yang beliau buat sering mendapat tempat dalam akhbar tempatan dan majalah seperti Berita

Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan, Harian Metro, Bacaria, Mingguan

Warta Perdana, Media Terkini, Metro Perdana, Dewan Sastera, Dewan Bahasa, Dewan

Masyarakat, Dewan Budaya, Dewan Tamadun Islam, Pelita Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa,

Dewan Pelajar, Jelita, Wanita, Harmoni, Perempuan, Era Muslimah, Aniqah, Anis, Mingguan

Wanita, Fardhu Ain, Seri Dewi & Keluarga, Fokus SPM dan URTV.

Dari segi pencapaian pula, beliau banyak memenangi anugerah hasil daripada

pengikhtirafan terhadap penulisan beliau. Antara pencapaian-pencapaian yang dimaksudkan

ialah memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)

Kategori Cerpen Remaja – “Bunga Telur Kenduri Kahwin (2010). Cerpen "Rancanganku

4

Page 5: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Rancangan-Mu" tersenarai 20 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-

ExxonMobi (HSKU) 2010 Kategori Cerpen Remaja. Cerpen “Akhir Sebuah Doa” telah

memenangi Tempat Kedua kategori cerpen dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi ASASI

2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).

Puisi “Layang-layang Impian” telah mendapat Sagu Hati kategori puisi dalam Sayembara

Menulis Cerpen dan Puisi ASASI 2011, anjuran Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI).

Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)

Kategori Cerpen Remaja – “Kuih Bakul Limau Mandarin (2011). Cerpen "Piala Penentuan"

tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobi

(HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja.

Cerpen "Cikgu" tersenarai 16 cerpen terbaik bagi penilaian Hadiah Sastera Kumpulan

Utusan-ExxonMobi (HSKU) 2012 Kategori Cerpen Remaja. Cerpen “Dunia Pilih Kasih” telah

memenangi Tempat Ketiga dalam Sayembara Cerpen Anis 2012/2013, anjuran Majalah Anis.

Memenangi Hadiah Penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (HSKU)

Kategori Cerpen Remaja – “Rombongan Masuk Jawi (2012). Cerpen "Kuih Bakul Limau

Mandarin" telah dipilih menjadi teks antologi Komponen Sastera (KOMSAS -Kuingin Berterima

Kasih)Tingkatan 1 mulai 2015.

2.3 Sumber Cerpen

Buku Teks KOMSAS Tingkatan 1 dalam Antologi Kuingin Berterima Kasih.

2.4 Sinopsis Cerpen

Menceritakan tentang seorang ibu iaitu Sim Pau yang gembira apabila menerima panggilan

telefon daripada anaknya Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita itu tidak

menyenangkan Lim Pooi iaitu bapa yang masih marah terhadap anak perempuannya itu. Anak

bongsu keluarga berbangsa Cina tersebut dikatakan punca segala malapetaka yang dialami

keluarga termasuklah kematian anak lelaki mereka iaitu Lim Foong. Si ibu iaitu Sim Pau yang

5

Page 6: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terperanjat apabila

ditentang dengan berani oleh isterinya. Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca

kematian Lim Foong. Lim Pooi akhirnya insaf terhadap kesalahannya. Sehari sebelum Tahun

Baru Cina, kepulangan Lim Meng disambut dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka

berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

3.0 Analisis Cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin.”

3.1 Tema dan persoalan

Tema bagi cerpen ini ialah tentang pertalian kekeluargaan yang kembali erat. Buktinya Lim

Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka

melupakan konflik yang melanda mereka.

Manakala persoalan yang diketengahkan oleh penulis dalam cerpen ini ialah tentang

kepercayaan kepada perkara kolot iaitu Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng

membawa malang kepada keluarga dan perniagaannya. Selain itu, penulis juga mengutarakan

persoalan tentang keegoan seorang ayah dalam melayani anak iaitu Lim Pooi tidak mahu

menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala

kesedihannya. Selain itu, penulis juga menyelitkan persoalan tentang keberanian menyuarakan

pendapat seperti Sim Pau yang berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang

berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong. Akhir sekali, persoalan tentang keinsafan seorang

bapa juga penulis ketengahkan dalam penulisan cerpen ini. Contoh yang boleh dilihat dalam

menyetuh persoalan ini ialah apabila Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng

setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

6

Page 7: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

3.2 Plot

Di dalam sesebuah karya sastera penulisan kreatif terdapat beberapa peringkat yang

menggambarkan plot bagi sesebuah karya yang hendak disampaikan. Peringkat yang pertama

dalam sesebuah cerpen dikenali sebagai permulaan atau eksposisi cerita. Bagi cerpen ini

permulaan atau eksposisinya ialah apabila Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim

Meng yang mahu pulang beraya. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi.

Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Seterusnya pada peringkat yang kedua iaiatu peringkat perkembangan penulis

menceritakan tentang Lim Pooi yang menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa

keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar. Pertengkaran antara

mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi. Lim Pooi menyedari

kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta

maaf kepada Lim Meng.

Peringkat ketiga pula iaitu peringkat klimaks yang mana penulis mengetengahkan kisah

tentang Lim Meng yang telah pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan yang

erat. Namun kelakuan bapanya itu tidak dapat membuang rasa ragu-ragu tentang penerimaan

bapanya terhadap dirinya.

Peringkat yang seterusnya iaitu pada peringkat peleraian, penulis yang menggunakan

persoalan keinsafan seorang bapa telah menyediakan sebuah cerita kesudahan yang gembira iaitu

melalui contoh cerita Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan

dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya.

Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

3.3 Watak dan Perwatakan

Watak utama dalam cerpen ini ialah Sim Pau. Sim Pau merupakan isteri kepada Lim Pooi, ibu

kepada Lim Lim Foong dan Lim Meng. Dari segi perwatakannya, Sim Pau merupakan seorang

yang berani menyatakan kebenarannya. Ini ditunjukkan dengan situasi Sim Pau berani

menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi. Selain itu,

7

Page 8: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Sim Pau juga sebuah watak yang penyabar. Ini jelas digambarkan dengan petikan cerpen

“Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran

Lim Meng”. Walaupun begitu, Sim Pau juga memiliki perwatakan seorang yang perasa atau

sensitif pada kata-kata yang tidak baik. sebagai contoh, Sim Pau mengalirkan air mata apabila

mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Watak kedua dalam cerpen ini ialah Lim Pooi iaitu suami kepada Sim Pau serta ayah

kepada Lim Foong dan Lim Meng. Merupakan watak yang berbadan kurus, bermata kuyu dan

bermuka cengkung. Perkara yang paling ketara dalam perwatakan Lim Pooi ialah seorang yang

suka berdendam. Ini dapat dilihat melalui sikap Lim Pooi yang mendendami Lim Meng yang

dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong. Selain itu, Sim Pooi juga

memiliki perwatakan seorang yang ego. Sebagai contoh, Lim Pooi bersikap ego dan tidak

mengakui Lim Meng sebagai anaknya. Sim Pooi juga digambarkan sebagai seorang peniaga

yang tamak yang mana pernah menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang

mahal untuk mengaut keuntungan berganda.Pemarah juga mewarnai perwatakan Lim Pooi yang

mana sering merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.

Walau bagaimanapun, akhirnya Lim Pooi menginsafi kesalahan dirinya iaitu selepas bertengkar

dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Seterusnya watak yang ketiga dalam cerpen ini ialah Lim Meng. Lim Meng merupakan

seorang perempuan iaitu anak bongsu daripada dua adik beradik kepada Lim Pooi dan Sim Pau.

Merupakan seorang yang memiliki perwatakan yang bertanggung jawab yakni Lim Meng

mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.Ini

menunjukkan betapa rasa kebertanggungjawaban terhadap keselamatan adiknya. Selain itu, Lim

Meng juga merupakan seorang yang suka mengalah. Ini boleh ditunjukkan apabila Lim Meng

mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa

Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong. Seterusnya, watak Lim Meng merupakan seorang yang

pemaaf. Contohnya, Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Watak seterusnya iaitu watak keempat dalam cerpen ini ialah Lim Foong. Lim Foong

merupakan anak sulung daripada dua beradik serta merupakan anak lelaki tunggal kepada Sim

Pau dan Lim Pooi. Merupakan anak kesayangan Lim Pooi sehingga kematiannya menyebabkan

Lim Pooi mendendami anak perempuan yang dianggapnya sebagai punca kematian anaknya itu.

8

Page 9: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Selain itu, Lim Foong juga merupakan seorang kaki judi. Akhirnya watak Lim Foong ini mati

lemas di sungai.

Watak terakhir dalam cerpen ini ialah Sudin. Sudin merupakan orang kampung yang

mempunyai sifat ikhlas membantu orang dalam kesusahan. Ini dapat dilihat melalui contoh

apabila Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa

memandang bangsa.

3.4 Gaya Bahasa

Dalam penulisan cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin ini penulis telah menggunakan simpulan

bahasa bagi menunjukkan perasaan dendam kesumat wataknya. Contoh penggunaan simpulan

bahasa dalam cerpen ini ialah “Baginya hutang darah perlu dibayar dengan darah.”

Selain penggunaan simpulan bahasa, penulis juga menggunakan perbahasa dalam

penulisan cerpen ini. Sebagai contoh penggunaan perbahasa ialah melalui petikan cerpen “Dia

bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang

terlalu mengikut perasan.”

Penggunaan sinkof juga wujud dalam gaya bahasa cerpen ini oleh penulis. Contohnya,

“Aku tak benarkan dia jejak kaki lagi di rumah ini.” Contoh yang kedua ialah “Anak aku dah

mati.”

Penggunaan gaya bahasa personifikasi juga dapat dikesan digunakan oleh penulis dalam

cerpen ini. Contoh penggunaan gaya bahasa personifikasi dalam cerpen ini ialah “Segala

kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab

telefon yang baru sahaja diletakkan gagangnya.” Contoh lain wujud gaya bahasa personifikasi

ialah “Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira

yang baru berputik di hati Sim Pau.”

Penulis juga menggunakan penulisan gaya bahasa simile dalam penulisan beliau. Gaya

bahasa simile boleh dikesan dalam petikan cerpen dan contoh-contoh berikut membuktikan

9

Page 10: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

wujudnya gaya bahasa simile dalam cerpen ini iaitu “Sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun

yang disembur pada ladang bunga-bunga gembira yang baru berputik di hati Sim Pau.”

3.5 Nilai dan Pengajaran

Terdapat beberapa nilai yang terdapat dalam cerpen ini yang digarap dan diadun sempurna oleh

penulis. Antara nilai tersebut ialah nilai keberanian. Nilai keberanian ini ditunjukkan apabila Sim

Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.

Selain itu, terdapat juga nilai keikhlasan dalam cerpen ini seperti Sudin ikhlas membantu

menyelamatkan Lim Meng daripada lemas. Selanjutnya nilai yang paling ditekankan dalam

cerpen ini ialah nilai kasih sayang. Nilai ini jelas dipaparkan apabila Lim Meng mencuba

menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

Dari segi pengajaran pula, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita kutip daripada

cerpen ini. Antara pengajaran yang boleh diungkapkan daripada cerpen ini ialah tidak boleh

berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa. Ini boleh ditunjukkan melalui sikap

Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi penyebab kematian

Lim Foong. Akibat daripada prasangka buruk itu menyebabkan berlakunya perselisihan antara

mereka dan ini telah merosakkan hubungan kekeluargaan. Selain itu, pengajaran yang kedua

daripada cerpen ini ialah kita mestilah bersikap jujur. Kejujuran dalam erti kata mengamalkan

sikap berterus terang dalam segala aspek kehidupan. Ini boleh ditunjukkan dengan sikap Lim

Meng yang jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai yang dilakukan

oleh Lim Foong. Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak

bermoral. Sikap tidak bermoral akan hanya mendatangkan kerrugian serta bencana terhadap diri

serta keluarga. Ini dapat ditunjukkan melalui situasi yang dialami oleh Lim Foong yang suka

berjudi menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih hutang.

10

Page 11: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

4.0 Lima Prinsip Kesesuaian Cerpen Sebagai Bahan Pengajaran

Dari segi prinsip pula, terdapat lima prinsip yang boleh digunakan sebagai panduan untuk

memilih bahan kesusasteraan seperti cerpen sebagai bahan pengajaran bahasa. Lima prinsip

tersebut adalah seperti berikut:

(i) Sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran;

Bahan seperti cerpen hendaklah sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sebagai

contoh, katakanlah objektif pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut merupakan aktiviti

mengesan nilai- nilai murni serta pengajaran dalam petikan karya sastera maka teks cerpen

adalah antara pilihan yang paling tepat. Sebaliknya jika guru menetapkan objektif pengajaran

dan pembelajaran pada hari tersebut adalah menulis karangan fakta maka cerpen tidak sesuai

dijadikan bahan pengajaran. Bagi cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin”, cerpen ini sarat dengan

nilai murni dan pengajaran yang amat sesuai untuk pengajaran mengenal pasti nilai murni dan

pengajaran. Sebagai contoh, sikap berprasangka buruk serta percaya kepada kepercayaan karut

seperti sikap watak Lim Pooi hendaklah dijauhi seandainya ingin hidup lebih bahagia.

(ii) Berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan;

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan penglahiran insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani serti intelektualnya pastinya tidak menutup pengikhtirafan peranan sastera

dalam membentuk sahsiah yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi, penggunaan bahan

sastera seperti cerpen sudah tentunya berkaitan dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan itu

sendiri. Hal ini boleh dikukuhkan lagi dengan pengenalan secara wajib pengajaran KOMSAS di

sekolah-sekolah di Malaysia. Selain itu, dalam cerpen “Kuih Bakul Limau Mandarin juga

diselitkan sikap Lim Meng yang rajin, bertanggung jawab serta pemaaf boleh menjadi teladan

kepada pembaca khususnya murid-murid untuk mengikuti jejak watak tersebut yang seimbang

dan boleh melayari kehidupannya dengan baik walaupun menghadapi dugaan daripada

kebencian ayahnya.

11

Page 12: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

(iii) Sesuai dengan tahap pemikiran, umur, persekitaran;

Pemilihan bahan seperti cerpen yang sesuai dengan tahap pemikiran, umur serta persekitaran

murid amatlah penting. Guru perlu peka terhadap latar belakang murid dalam menyediakan

bahan seperti cerpen bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan bahan sastera tersebut dalam

pengajaran. Sebagai contoh, untuk kanak-kanak cerpen yang sesuai digunakan ialah cerpen yang

ada kaitan dengan cerita kanak-kanak seperti cerpen cerita binatang. Ketidaksesuaian bahan

akan menyebabkan murid tidak dapat menjiwai bahan sastera tersebut lantas menjadikan

pengajaran itu membosankan serta tidak berkesan. Di sini jelas kelihatan bahawa cerpen “Kuih

Bakul Limau Mandarrin ini sesuai dijadikan bahan pengajaran kerana latar masyarakatnya

adalah berlatarkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perayaan Tahun Baharu Cina juga

amat sinonim dengan rakyat Malaysia.

(iv) Mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan;

Bahan sastera seperti cerpen juga haruslah mampu untuk dijadikan bahan bantu mengajar iaitu

mengandungi aspek bahasa yang ingin diajarkan. Aspek bahasa seperti kosa kata, jenis kata dan

juga pelbagai ragam ayat amatlah penting dalam membentuk kemahiran berbahasa murid-murid.

Justeru, penggunaan bahan seperti cerpen dilihat sebagai beberapa alternatif bagi menjaddikan

pengajaran guru lebih menarik dan efektif. Merujuk kepada cerpen “Kuih Bakul Limau

Mandarin”, pelbagai jenis ragam ayat dan gaya bahasa yang boleh dijadikan bahan kajian oleh

murid-murid. Contohnya penggunaan peribahasa dalam cerpen ini iaitu “Dia bukannya mahu

menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu mengikut

perasan”, boleh digunakan untuk menarik minat murid mengkaji tentang peribahasa.

(v) Boleh menjadi penggerak (motivasi) kepada pelajar untuk membaca.

Penggunaan cerpen sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran mestilah mampu untuk

menjadikan murid-murid lebih berminat terhadap aktiviti membaca. Penggunaan bahan-bahan

sastera dalam pengajaran bacaan dan kefahaman secara langsung dapat memupuk semangat

membaca di jiwa pelajar. Sebagai contoh penggunaan cerpen atau cerita rakyat akan dapat

membantu pelajar mengenali watak-watak, memahamkan isi cerita dan meningkatkan

perbendaharaan kata serta memupuk minat pelajar dalam bidang pembacaan. Justeru, cerpen

12

Page 13: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

“Kuih Bakul Limau Mandarin” adalah amat sesuai djadikan bahan pengajaran kerana plot

ceritanya yang menarik dan mudah akan dapat menjadikan pengajaran bahasa lebih bermaya.

5.0 Rumusan

Secara amnya, sastera dan bahasa bukanlah perkara yang boleh dipisahkan walaupun haluannya

nampak berbeza. Tanpa bahasa, sastera mungkin tidaak dapat dizahirkan begitu jugalah dengan

bahasa, tanpa sastera bahasa mungkin jumud dan membosankan. Jadi, amat wajarlah sekiranya

pengkajian sastera dibuat secara lebih serius dalam kalangan para pendidik terutama yang

menjadikan bahasa sebagai bidang keutamaannya. Ini adalah kerana kemantapan pengetahuan

serta kemahiran dalam bidang sastera akan banyak membantu guru-guru bahasa bagi membantu

memantapkan kemahiran berbahasa murid-murid mereka.

Lagipun, amalan penggunaan buku teks semata-mata dalam pengajaran bahasa sudah

tidak sesuai lagi. Sebaliknya, guru perlu mempelbagaikan sumber bahan supaya pengajaran

menjadi lebih berkesan. Dalam hal ini; cerpen, petikan novel, puisi dan petikan prosa klasik

boleh dijadikan bahan pengajaran Bahasa Malaysia.

Tuntasnya, berdasarkan pembacaan terhadap cerpen Kuih Bakul Limau Mandarin

didapati bahawa pemilihan cerpen ini bagi dimuatkan ke dalam Antalogi Kuingin Berterima

Kasih dan dijadikan buku teks KOMSAS Tingkatan 1 adalah suatu keputusan yang wajar.

Selain memiliki kekuatan jalan cerita yang penuh pengajaran serta nilai murni kekeluargaan,

cerpen ini juga menyentuh tentang aspek perpaduan dan persefahaman dalam masyarakat

berbilang bangsa di negara ini. Kepadatan nilai serta kekuatan gaya bahasa juga membolehkan

cerpen ini dijadikan bahan pengajaran yang sesuai di dalam mahupun di bilik darjah.

Kesimpulannya, apa yang telah selama ini diamalkan oleh para pendidik di sekolah

melalui seliaan dan pemantau pihak Kmeneterian Pelajaran Malasyia iaitu memantapkan

penggunaan bahan sastera seperti cerpen dan sebagainya dalam pengajaran bahasa di sekolah

adalah tepat dan wajar diteruskan. Bahkan tidak keterlaluan dikatakan bahawa apa yang telah

dilaksanakan itu perlu ditingkatkan lagi kerana melalui sasteralah kita mengenal diri sendiri.

Jumlah perkataan: 3000 patah kata

13

Page 14: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Rujukan

Abd Rahman Shaari. (1994). Sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu: Strategi

Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd FauziAbdullah, Abdul

Hamid Mukri, & Jamilah Ahmad et. al. (2004). Modulpengajaran & pembelajaran KOMSAS

Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSR, Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan pelajaran KBSM, Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kuingin Berterima Kasih : Antologi Teks

Komponen Sastera (KOMSAS) Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 1. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Nadzeri Isa (2008). HBML 3103 Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

14

Page 15: Kerja Kursus Sastera WZakaria

Wan Zakaria Bin Wan Rosli 781028135033

Mohd. HelmiAhmad (2014)Tetamu Istimewa :http: //mieadham86 .blogspot.com/ p /

biodata-saya.html [Online] 3 Mac 2015 01:58 p.m

15