Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong...

21
FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG Nurdzifazura Binti Dziyauddin [email protected] Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin [email protected] Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang diutarakan dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 52 pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program Kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular). Data mentah dikutip menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi, kemudian dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 1

Transcript of Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong...

Page 1: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MEMILIH PROGRAM KULINARI DI KOLEJ KOMUNITI NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

Nurdzifazura Binti Dziyauddin

[email protected]

Emyzatul Najlaa’ Binti Roslin

[email protected]

Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih

program kulinari di Kolej komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang. Faktor-faktor yang diutarakan

dari segi minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kerjaya. Kajian ini melibatkan 52

pelajar ambilan Mac, Julai dan November 2014 yang mengikuti Program Kulinari di Kolej

Komuniti Nibong Tebal pada peringkat Sijil Kolej Komuniti (Modular). Data mentah dikutip

menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada responden. Data yang diperolehi, kemudian

dianalisis seterusnya dilaporkan secara deskriptif. Pada keseluruhannya, dapatan kajian

menunjukkan responden memberikan reaksi yang positif terhadap aspek-aspek yang dikaji. Hasil

kajian mendapati faktor kerjaya merupakan faktor paling tinggi yang mendorong pelajar memilih

program kulinari di samping faktor lain seperti minat, pengaruh ibu bapa dan pengaruh rakan

sebaya.

Kata Kunci: faktor, mendorong, program kulinari

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 1

Page 2: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

1.0 Pengenalan

Pemilihan program untuk melanjutkan pelajaran merupakan suatu perkara yang penting kerana ia

memberi kesan jangka panjang kepada pelajar. Perkembangan pendidikan yang pesat di negara

ini telah membuka banyak peluang dan ruang kepada pelajar lepasan SPM dan STPM untuk

menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Menurut Nadzri Mohammad dan Abu

Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015), proses membuat pemilihan tempat dan

kursus pengajian juga menjadi semakin sukar kerana semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) ini

menawarkan pelbagai pilihan program berkualiti dan berdaya saing yang bertujuan menarik

perhatian pelajar.

Nadzri Mohamad dan Abu Osman Md. Tap (2002) di dalam Nurzatil et. al (2015)

pemilihan universiti juga amat berkait rapat dengan kursus yang akan diikuti oleh pelajar bagi

mencapai cita-cita mereka. Ia perlu kepada persediaan dan perancangan rapi terutama dalam

mendapatkan maklumat berkenaan bidang kerjaya yang boleh diceburi selepas tamat pengajian.

Ketepatan pemilihan kursus pengajian berkait rapat dengan maklumat yang diperolehi oleh

seseorang tentang sesuatu kerjaya. Pemilihan ini juga boleh digambarkan menerusi pemilihan

pelajar terhadap bidang pengajian dan pusat pengajian tinggi tertentu.

Industri kulinari yang semakin berkembang pesat juga menjadi faktor pemilihan kursus

ini. Kewujudan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa, membuka peluang pekerjaan,

sekaligus menyumbang kepada permintaan dalam kulinari. Kenyataan ini disokong oleh Mohd

Rizal dan Rusli Radzi (2008), di Malaysia, industri hospitaliti sedang rancak berkembang dengan

adanya banyak kemudahan hotel dan restoran yang bertaraf antarabangsa. Perkembangan yang

paling pesat berlaku pada tahun 1990an yang mana banyak syarikat hotel gergasi telah bertapak

di Malaysia.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 2

Page 3: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

2.0 Latar Belakang Masalah

Dalam dunia pekerjaan masa kini, kemahiran teknikal adalah salah satu kemahiran yang sangat

diperlukan oleh para majikan di luar sana. Salah satu kemahiran yang semakin mendapat tempat

dikalangan para pelajar masa kini adalah kemahiran dalam bidang masakan atau lebih di kenali

dengan bidang kulinari. Sehubungan dengan itu, satu kajian telah dijalankan di Kolej Komuniti

Nibong Tebal untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong para pelajar memilih program

kulinari. Menurut Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011) telah menyenaraikan

faktor –faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus rekaan dan jahitan di daerah Muar, Johor.

Antara faktor berikut ialah pangaruh minat pelajar, pengaruh kemudahan bengkel, pengaruh

kerjaya serta pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus rekaan dan jahitan pakaian.

Mohd Rizal dan Rusli Radzi (2008) telah menyenaraikan beberapa faktor pemilihan

kursus hospitaliti sebagai pembentukan awal kerjaya di Insitut Kemahiran Belia Negara, Peretak.

Antara faktor berikut ialah faktor minat pelajar terhadap pemilihan kursus hospitaliti, peranan

ibu bapa, peranan rakan sebaya untuk menceburi kursus hospitaliti dan samada kelayakan

akademik mendorong pelajar dalam memilih kursus hospitaliti.

Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengesan faktor utama yang mendorong para pelajar

memilih program ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi menarik minat lebih ramai

pelajar memilih program kulinari.

Walaupun peningkatan dari segi pengambilan pelajar membanggakan, terdapat juga

sesetengah golongan pelajar masih kurang berkeyakinan terhadap program ini. Segelintir pelajar

masih berpandangan negatif terhadap program kulinari kerana bagi mereka pendidikan seperti

ini, adalah bagi pelajar kelas kedua dan untuk mereka yang tidak cemerlang di dalam pelajaran.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 3

Page 4: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

3.0 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai seperti berikut:

i. Mengenal pasti sama ada faktor minat mendorong pelajar memilih program

kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

ii. Mengenal pasti sama ada pengaruh ibu bapa mendorong pelajar untuk memilih

program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

iii. Mengenal pasti sama ada faktor pengaruh rakan sebaya mendorong pelajar dalam

memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

iv. Mengenal pasti sama ada faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih

program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

4.0 Persoalan Kajian

i. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor minat?

ii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh

ibubapa?

iii. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor pengaruh

rakan sebaya?

iv. Sejauh manakah responden memilih program kulinari kerana faktor kerjaya?

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 4

Page 5: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

5.0 Metodologi

Seramai 52 orang pelajar baharu Kolej Komuniti Nibong Tebal telah mendaftar bagi sesi

ambilan Mac, Julai dan November 2014. Sehubungan itu, sebanyak 52 borang soal selidik telah

diedarkan semasa sesi pendaftaran pelajar baharu bagi program Sijil Kulinari dan maklum balas

yang diterima adalah sebanyak 52 responden. Kajian dijalankan ke atas pelajar pada sesi

berkenaan kerana sesi ini Kolej Komuniti Nibong Tebal menawarkan sepenuhnya Sijil Kolej

Komuniti (M). Menurut Syed Arabi (1992), penggunaan soal selidik adalah lebih praktikal,

berkesan dan menjimatkan masa. Kaedah ini juga sesuai kerana lebih realistik bagi mendapatkan

maklumbalas dari responden, gerak balas atau jawapan yang diberikan lebih mudah diproses dan

dianalisis.

Borang soal selidik bagi kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama

adalah demografi responden yang berkaitan seperti jantina, umur dan bangsa. Manakala

bahagian kedua pula, faktor-faktor pemilihan program kulinari mengikut persoalan kajian iaitu

faktor minat, pengaruh ibu-bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 5

Page 6: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

6.0 Analisis Dapatan

6.1 Bahagian A- Data demografi

Hasil dapatan kajian ini diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dijalankan ke atas

seramai 52 orang responden yang terdiri daripada para pelajar kulinari ambilan Mac, Julai dan

November 2014 di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan analisis data kajian ini, peratusan

responden mengikut jantina ialah lelaki mewakili sebanyak 42%, manakala perempuan sebanyak

58 % daripada jumlah responden. Bagi hasil dapatan untuk bangsa responden pula, menunjukkan

Melayu mewakili 98 % dan India 2%. Taburan bagi peringkat umur responden pula 18-20 tahun

adalah sebanyak 79%, peringkat umur 21-25 tahun sebanyak 15% dan 26 tahun ke atas sebanyak

6%.

Taburan 1 – Jantina

LELAKI PEREMPUAN0

5

10

15

20

25

30

35

22

30

JANTINA

PEREMPUAN

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 6

Page 7: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Taburan 2 – Bangsa

MELAYU CINA INDIA0

10

20

30

40

50

60

51

0 1

BANGSA

MELAYUCINAINDIA

Taburan 3 – Umur

18-20 21-25 26 KE ATAS0

5

10

15

20

25

30

35

40

45 41

8

3

UMUR

18-2021-2526 KE ATAS

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 7

Page 8: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

6.2 Bahagian B – Faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal, Pulau Pinang

6.2.1 Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.1- Faktor minat mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti

Nibong Tebal.

NO

PERNYATAAN TIDAK SETUJU

(%)

TIDAK PASTI

(%)

SETUJU

(%)

1. Saya minat/gemar memasak 0 12 882. Saya berminat untuk menjadi seorang chef terkenal 0 19 813. Saya terpengaruh dengan rancangan televisyen

dalamdunia masakan

6 17 77

4. Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri 2 48 505. Saya suka melakukan kerja amali berbanding teori 4 25 71

Jadual 1.1 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 73% bahawa faktor

minat mendorong mereka memilih program kulinari. Peratusan pelajar di dalam faktor minat

terhadap program kulinari, dapatan tertinggi yang diperolehi adalah “saya minat/gemar

memasak” sebanyak 88%. Minat memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan

proses pembelajaran dan ianya mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu. Menurut

Roshidah (2001), minat boleh menentukan apa yang hendak dilakukan. Ini disokong dengan

kajian Khashiatul-fauziah (2003), yang menyatakan bahawa minat adalah segalanya yang

membawa maksud walaupun seseorang itu mempunyai kebolehan dalam melakukan kerja tetapi

disebabkan faktor minat, seseorang itu mudah menguasai bidang tersebut. Menurut Rhys Davies

(2003) di dalam Nurzatil et. al (2015) , sebab sesuatu kursus pengajian dipilih ialah minat

terhadap sesuatu subjek tersebut. Oleh sebab itu, minat yang ada dalam diri pelajar memberi

kesan kepada pelajar dalam pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

“Saya gemar menghasilkan resipi masakan sendiri” mencatat peratusan terendah

sebanyak 50%, ini berkemungkinan responden masih belum mempunyai ilmu dalam bidang

kulinari dan kurang percaya pada diri sendiri dalam mengolah dan mencipta resipi sendiri.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 8

Page 9: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

6.2.2 Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.2 - Faktor peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk memilih program

kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

NO

PERNYATAAN TIDAK SETUJU

(%)

TIDAK PASTI

(%)

SETUJU

(%)1. Ibu bapa saya membuat keputusan dalam pemilihan

program ini 56 15 29

2. Ibu bapa saya merasakan program ini sesuai dengankebolehan saya

8 21 71

3. Ibu bapa saya memohon program ini tanpa pengetahuansaya

13.5 73 13.5

4. Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila sayamemohon program ini

4 6 90

5. Ibu bapa saya merasakan program ini menjamin masa depan

2 11.5 86.5

Jadual 1.2 menunjukkan peratusan keseluruhan, pelajar bersetuju adalah 58% bahawa peranan

ibu bapa mendorong mereka memilih program kulinari. Sebanyak 90% responden menjawab

“Ibu bapa memberi galakan dan sokongan apabila saya memohon program ini”, selalunya ibu

bapa memainkan peranan utama dalam mempengaruhi anak-anak mereka dalam pemilihan

sesuatu kursus supaya ia dapat menjamin masa depan mereka, menurut Hishammudin dalam

Baharin Abu (2010) ibu bapa merupakan kumpulan rujukan terpenting dikalangan anak-anak di

dalam sistem kekeluargaan di Malaysia. Ibu bapa berkemungkinan merasakan program ini

mampu menjana pendapatan yang menguntungkan dan menjamin peluang perkerjaan apabila

anak mereka tamat pengajian kelak. Sekiranya, ibu bapa pelajar merupakan peniaga makanan

atau minuman ini dapat membantu mereka dalam mendalami dunia kulinari dan

memperkembangkan perniagaan mereka. Keyakinan ibu bapa terhadap program ini

menyumbang kepada kecenderungan pemilihan program dengan memberi galakan dan sokongan

semasa pemilihan program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 9

Page 10: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

6.2.3 Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program

kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Jadual 1.3 – Faktor rakan sebaya mendorong pelajar dalam memilih program kulinari di Kolej

Komuniti Nibong Tebal

NO

PERNYATAAN TIDAK SETUJU

(%)

TIDAK PASTI

(%)

SETUJU

(%)1. Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini 10 52 382. Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan

sayasupaya mengikuti program ini.

12 48 40

3. Kejayaan rakan-rakan yang mengikuti program ini mendorongsaya memilih program ini

12 42 46

4. Rakan saya merasakan program ini sesuai dengan kebolehansaya

4 44 52

5. Saya dan rakan memohon program yang sama 19 38.5 42

Berdasarkan dapatan yang diperoleh pada jadual 1.3, purata keseluruhan pelajar tidak pasti faktor

rakan sebaya mendorong mereka memilih program kulinari adalah sebanyak 45 %. Pengaruh

rakan sebaya kurang memberikan kesan ke atas responden dalam pemilihan program kulinari. Ini

kerana kebanyakan responden memberikan peratusan 52 % kepada ‘Tidak Pasti’ dan 10 % atas

jawapan ‘Tidak Setuju’ kepada item “Ramai rakan saya mengikuti program kulinari ini”. Bagi

pernyataan “Rakan-rakan yang mengikuti program ini mengesyorkan saya supaya mengikuti

program ini”, responden memberikan 48% kepada ‘Tidak Pasti’ dan 12% ke atas ‘Tidak Setuju’.

Oleh yang demikian, faktor rakan sebaya bukanlah pendorong utama responden dalam pemilihan

program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal. Berdasarkan dapatan yang di perolehi di

dalam jadual diatas, kebanyakan responden tidak memilih program kulinari kerana mengikut

jejak langkah rakan-rakan. Namun begitu, berkemungkinan rakan mereka memberi galakan

kepada responden dalam pemilihan program ini dengan menyatakan program ini bersesuaian

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 10

Page 11: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

dengan responden kerana menurut Asnul Dahar Minghat (2011), remaja lebih terpengaruh

dengan rakan sebaya daripada orang lain dalam pelbagai aspek.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 11

Page 12: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

6.2.4 Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program

kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

Jadual 1.4 - Faktor kerjaya mendorong pelajar dalam memilih program

kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal.

NO

PERNYATAAN TIDAK SETUJ

U(%)

TIDAK PASTI

(%)

SETUJU

(%)

1. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang chef yang mahirdi masa depan

2 13 85

2. Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaanyang baik

0 13 87

3. Program kulinari memberi peluang kepada saya untuk menjadiusahawan yang berjaya

0 15 85

4. Program kulinari memberi persediaan yang cukup kepada sayasebelum melangkah ke alam pekerjaan

0 13 87

5. Program kulinari berkaitan dengan kerjaya yang saya cita-citakan

2 19 79

Jadual 1.4 menunjukkan item dalam faktor kerjaya mendorong responden memilih program

kulinari. Purata keseluruhan, pelajar bersetuju adalah sebanyak 84.6% bahawa faktor kerjaya

mendorong memilih program kulinari. Jumlah peratusan tertinggi pada jadual berikut ialah item

“Pelajar lepasan program kulinari mempunyai peluang pekerjaan yang baik” dan “Program

kulinari memberi persediaan yang cukup kepada saya sebelum melangkah ke alam pekerjaan”

mewakili sebanyak 87 %, ini memberi gambaran pelajar percaya bahawa program ini

menawarkan banyak peluang perkerjaan. Seseorang individu itu tertarik kepada sesuatu

pekerjaan kerana terdapat beberapa ciri-ciri yang menarik seperti latar belakang pekerjaan,

pangkat, bentuk kerja dan ganjaran (Herzberg, 1966). Kenyataan ini disokong, kerana menurut

Robiah (1993), pelajar-pelajar perlu diberi bimbingan dalam memilih kerjaya dan mengamalkan

budaya kerja yang baik kerana hanya kerjaya yang sesuai dengan personaliti dan keperluan diri

seseorang itu boleh menjamin kepuasan kerja. Selain daripada itu, proses pembelajaran program

kulinari mengamalkan konsep yang hampir sama seperti situasi sebenar dalam alam pekerjaan

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 12

Page 13: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

termasuk penggunaan alatan dapur untuk tujuan kemahiran, tatacara penggunaan serta

penekanan terhadap aspek-aspek keselamatan semasa menjalankan kerja di bengkel masakan.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 13

Page 14: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

7.0 Kesimpulan

Pemilihan program bagi tujuan melanjutkan pelajaran merupakan perkara yang penting kerana

pemilihan program yang tepat serta bersesuaian memberikan kesan jangka panjang kepada

pelajar. Pemilihan program pengajian yang tepat berdasarkan keperluan semasa, minat serta

tempat pengajian amat penting bagi membantu pembelajaran dan melakar kejayaan dalam

bidang yang diceburi. Hasil kajian yang telah di jalankan secara keseluruhannya menunjukkan

faktor minat, pengaruh ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan faktor kerjaya telah mendorong

responden dalam pemilihan program kulinari. Namun begitu, daripada keempat-empat faktor

yang yang menjadi kayu pengukur kepada kajian ini, faktor terbesar yang dapat di lihat

mendorong responden memilih kursus kulinari adalah faktor kerjaya. Peluang pekerjaan yang

terhad pada masa kini, mendorong responden memilih program kulinari kerana program ini

memberi persediaan yang cukup kepada responden sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Selain dari itu, program ini juga membuka peluang kepada responden yang berminat menjadi

usahawan di dalam bidang makanan serta minuman.

8.0 Cadangan

Hasil daripada dapatan kajian, beberapa penambahbaikan boleh di lakukan agar kajian lebih

terperinci dapat dilaksanakan. Beberapa elemen seperti persepsi pelajar terhadap Kolej Komuniti

Nibong Tebal, faktor lokasi, kemudahan infrastruktur boleh diambil sebagai salah satu skop

kajian. Penyelidik berharap agar kajian ini dapat dijadikan rujukan oleh bahagian pengambilan

pelajar kolej untuk menambahbaik pengambilan pelajar di masa akan datang.

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 14

Page 15: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

9.0 Rujukan

Asnul Dahar Minghat dan Siti Azizah Disun (2011). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of

Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4, 58-76.

Baharin Abu dan Nor Fatimah A. Aziz (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Guru Pelatih

Fakulti Pendidikan Memilih Bidang Perguruan pp. 1-9. Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Tidak Diterbitkan.

Frederick Herzberg, Bernard Mausner, Barbara Bloch Snyderman (1966). The Motivation to

Work. New Brunswick, New Jersey: Transaction Pub.

Khashiatul-Fauziah Hamzah (2003). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kerjaya Di

Kalangan Remaja Melayu Di Daerah Batu Pahat. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Skudai : Tesis Sarjana Muda.

Mohd Rizal Mohd Said dan Rusli Radzi (2008). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar

Memilih Kursus Hospitaliti Sebagai Pembentukan Awal kerjaya Di Institut Kemahiran

Belia Negara, Peretak. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Norbaizura Abu bakar, Mohd Hafiz Saberi, Nasruddin Faisol, Mohmad Mohd Derus, Suhaila Ali

dan Farhan Md Dahlan (2012). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus

Professional Di Universiti Awam Di Malaysia: Tinjauan Awal. 1st International

Conference On Innovation and Technology For Sustainable Built Environment 2012, 23-

24 April.

BIBLIOGRAPHY Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar (2015).

Faktor-faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi Di Kalangan Pelajar. E-

Proceeding of The 2nd International Conference on Arabic Studies And Islamic Civilization, 9-10

March.

Rahmahtunnisah Hj. Sailin, Norziah Othman, Nor 'Adha Abd. Hamid, Nurkaliza Khalid, Abdul

Hadi Awang dan Mohd Farok Mat Nor (2014). Faktor pendorong Kemasukan Pelajar

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 15

Page 16: Kertas kajian faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih program kulinari di Kolej Komuniti Nibong Tebal

Baharu Ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). 1st International

Research Management and Innovation Conference, Kuala Lumpur, 17-18 November.

Robiah Sidin (1993). Pendidikan Malaysia : Cabaran Masa Depan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn.

Bhd.

Roshidah Mat Rashid (2001). Aplikasi Kompenen Ekonomi Rumah Tangga (ERT) Dan

Kemahiran Manipulatif Tambahan (KMT) Dalam Kehidupan Seharian Di Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Projek Sarjana Muda.

Tidak Diterbitkan.

Zikriah Zakaria dan Mohd Juwahir Pa'iman (2014). Faktor-faktor Yang Mendorong Para pelajar

Memilih Program Pengajian Di Kolej Komuniti Rompin, Pahang. Seminar Kebangsaan

Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia, 20 Disember.

BIBLIOGRAPHY

SEMINAR PENYELIDIKAN KOLEJ KOMUNITI ZON UTARA (SPEKKU) 2015 | 16