Kertas Kerja Big

download Kertas Kerja Big

of 11

Transcript of Kertas Kerja Big

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJOHOR BAHRUWAJ 3114BINA INSAN GURU ( BIG )KERTAS KERJA: SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDAPENSYARAH:ENCIK SANIF BIN SAPAATKetua Unit KokurikulumIPG Kampus Temenggong Ibrahim,Johor Bahru, JohorDISEDIAKAN OLEH:SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD( 810509015745)2012121360300Program Pensiswazahan Guru ( PPG )Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian

BIODATA DIRI

NAMA: SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMADNO K/ P : 810509015745NO TELEFON:0197069466NAMA SEKOLAH:SK DATUK ISMAIL SAADON81920 KOTRA TINGGI, JOHOR.OPSYEN:PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 SEMESTER 5 / 2014 UNIT :SAINS (2)E- MAIL: [email protected]

KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONGSAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA1.0 PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa 3K (Keselamatan, kesihatan dan kebersihan ) telah merancang untuk menganjurkan satu aktivitigotong-royongbersama pelajar bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah.Di samping itu, aktiviti akan membolehkan pelajar menerapkannilai-nilaimurni dalam diri mereka. Adalah menjadi harapan agar seluruh warga SK Teluk Sengat akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamatnya. Sekolah-sekolahlebih ceria dan ia selaras dengan tema Sayangi Kawasan Sekolah Anda. Program ini diharap dapat mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh warga SK Teluk Sengat serta kepimpinan Guru Besar akan membuahkan hasil yang diharapkan.

2.0TujuanProgram ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkananak-anakuntuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program KECERIAAN SEKOLAH

4.0 Tema Program SAYANGI KAWASAN SEKOLAH ANDA

5.0 Matlamat Matlamatgotong-royongini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan keceriaan di persekitaran sekolah berbanding di rumah .Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keceriaan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti menceriakan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang ceria ke arah pencapaian wawasan negara.

6. 0 ObjektifObjektif program ini adalah:i. Mewujudkan kawasan ta[ak perhimpunan sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.iii. Memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di kalangan murid dalam melaksanakan sesuatu tugas.

7.0 Format PelaksanaanManual Pelaksanaan ProgramBILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN

1Penyediaan kertas kerja program :Setiausaha Program

- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkan persetujuan daripihak-pihakpenganjur dan pelaksanaan program melalui mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.

2Pelantikan AJK Program secara rasmi.Setiausaha

Program

3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaankerja-kerjaasas program :Setiausaha

Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

4Mesyuarat AJK Program kali pertama.Setiausaha

Program

5Menjalankankerja-kerjapenyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat.Setiausaha

Program

6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju ,e-mel,mesin faksimili atau pertemuan peribadiSetiausaha

(kepada agensi-agensidan individu yang terlibat )Program

7Menyenaraikan dan menyediakanperalatan-peralatanyang perlu digunakan untuk gotong royongAJK Peralatan

8Tempahan makanan untuk jamuan.AJK Jamuan

9Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.Semua AJK dan

peserta.

8.0 PENGANJURProgram ini dianjurkan oleh unit 3K dengan kerjasama UnitHal-Ehwal Murid

9.0 CADANGAN TARIKH10 Mei 2014 ( Sabtu )

10.0TEMPATSekolah Kebangsaan Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor

11.0 FOKUS KAWASANKawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah tapak perhimpunan rasmi sekolah. Mengecat semula binaan tempat berucap.

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:Guru-guru serta pelajar Tahun 5 SK Teluk Sengat.

13.0 Carta OrganisasiOrganisasi pelaksanaan program

JAWATANKUASA INDUKPenasihatPuan Khadijah binti Atan (Guru Besar)PengerusiEncim M. Azmi bin Daud (Guru Penolong Kanan Kurikulum)Naib Pengerusi IEncik M. Fadzilah bin Buang (Guru Penolong Kanan KoKurikulum)SetiausahaEncik Shamsul Anuar bin MuhmmadBendahariEncik Sufian bin Kamal

AJK PELAKSANAPROGRAM MENCERIAKAN TAPAK PERHIMPUNANPersiapan Tempat : En. Mohd Khairul B. AwaluddinSiaraya : En. Izam B. Samsudin

Pengacara Majlis : Pn. Indah Hawani Bt.Baharin

Bacaan Doa: En. Zamani bin Alias

Jurugambar : En. Muhamad B. Smail Pn. Noneh bt. Wasimin

Jamuan: Pn. Siti Meriam Bt. Ahmad Pihak Kantin SKTS

Hadiah & Cenderamata: Pn. Suhailah Bt. Salip

Buku Program : Pn. Kamaliah Bt. Mohamad

Jemputan: Pn Halida Bt Bakri

Backdrop & Kain Rentang:Pn Halida Bt. BakriPendaftaran :Pn. Kamaliah Bt. Mohamad Pn. Suhailah Bt. Salip Pn. Siti Meriam bt. Ahmad

13.0 Tentatif Program1. Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Sengat.3. Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan4. Aktiviti- aktiviti : Mengecat binaan tempat berucap. Mengecat tempat pelajar beratur semasa perhimpunan rasmi. 14.0 Anggaran perbelanjaanCadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

Anggaran Pendapatan Pelajar PPGBILPERKARAJUMLAH(RM)

1.

2.

3.SUMBANGAN GURU PPGRM20 X 17 ORANG

SUMBANGAN PIBG SK TELUK SENGAT KANTIN SEKOLAH JUMLAH:340

100

50

490

Anggaran Perbelanjaan

BILPERKARAJUMLAH(RM)

1.CAT DAN BERUS150 (CAT)55 (BERUS CAT)

2.JAMUAN100

3.KAIN RENTANG(TEMPAHAN)100

4.CENDERAHATI SEKOLAH50

5.BROSUR35

JUMLAH:490

15.0 PenutupAdalah diharapkan aktiviti Gotong Royong Menceriakan Tapak Perhimpunan ini akan dapat menghasilkan kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepadamurid-muriddalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik semua pihak yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.Disediakan oleh:.( SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD)Setiausaha Program,SK Teluk Sengat,Kota Tinggi, Johor.

Setelah disemak bahawasanya kertas kerja ini DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN di atas sebab-sebabberikut:..................................................................................................................................................................................................................