Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

20
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIK TARAF DAN KELENGKAPAN SURAU PENDAHULUAN Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah surau untuk memberi kemudahan kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di surau. Namun begitu surau sekolah masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran di surau. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan menambah kelengkapan di surau bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Oleh itu, kami guru-guru Pendidikan lslam telah berbincang mengenai perkara ini dan bersetuju untuk berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi mengurangkan beban sekolah. Perbincangan kami ini telah diajukan kepada pihak Guru Besar iaitu Puan Hajah Zaini bt. Baba dan beliau bersetuju dengan usaha yang ingin kami lakukan ini. MATLAMAT

description

kertas kerja baikpulih

Transcript of Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

Page 1: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIK TARAF DAN KELENGKAPAN SURAU

PENDAHULUAN

Pihak pentadbir telah menyediakan sebuah surau untuk memberi kemudahan

kepada guru-guru dan murid-murid menunaikan ibadah solat. Malah pihak pentadbir

telah menyediakan kelengkapan yang diperlukan di surau. Namun begitu surau sekolah

masih kekurangan beberapa kelengkapan yang mana kekurangan ini boleh mengganggu

guru-guru dan murid-murid menjalankan ibadat solat dan pengajaran serta pembelajaran

di surau. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk menaiktaraf dan

menambah kelengkapan di surau bagi mengatasi masalah yang dihadapi.

Oleh itu, kami guru-guru Pendidikan lslam telah berbincang mengenai perkara ini

dan bersetuju untuk berusaha mendapatkan sumbangan dari pihak luar bagi

mengurangkan beban sekolah. Perbincangan kami ini telah diajukan kepada pihak Guru

Besar iaitu Puan Hajah Zaini bt. Baba dan beliau bersetuju dengan usaha yang ingin kami

lakukan ini.

MATLAMAT

1. Menaiktaraf sistem paip di atas bumbung sekolah untuk mengelakkan suhu

panas matahari dan menggantikan kerosakkan paip yang sedia ada. Sistem

paip yang sedia ada menimbulkan masalah kepada guru dan pelajar

mengambil wuduk kerana air terlalu panas sehingga pernah menyebabkan

seorang pelajar melecur pada tangan.

2. Menaiktaraf dan menyediakan kelengkapan surau yang mencukupi untuk

kegunaan guru-guru dan murid-murid yang menunaikan ibadah solat serta

membaik pulih tempat ibadat yang juga dijadikan sebagai tempat pengajaran

Page 2: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

dan pembelajaran yang kondusif, lengkap dan memberi keselesaan kepada

guru-guru dan murid-murid bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran jawi,

al-Quran, bahasa arab dan fardhu ain selaras dengan kehendak Kementerian

Pelajaran Malaysia dalam melahirkan generasi celik agama dan menjadi insan

yang berguna pada agama, bangsa dan negara.

3. Menyediakan sebuah tempat pembelajaran yang kondusif, lengkap dan ceria

untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar

dan seterusnya mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Jawi, Al-

Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Ini adalah selaras dengan objektif

j-QAF serta kehendak Kementerian Pelajaran dalam melahirkan pelajar yang

celik Pendidikan lslam.

OBJEKTIF

1) Mewujudkan persekitaran yang selesa bagi para pelajar dan guru semasa

menjalankan ibadah, terutamanya ketika berwuduk serta ketika proses

pengajaran dan pembelajaran .

2) Mewujudkan sebuah bilik yang pelbagai guna dengan pelbagai kelengkapan

dan seterusnya dapat memaksimumkan hasil pengajaran dan pembelajaran

3) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu memberi suasana p & p

lebih ceria serta boleh menarik minat pelajar terhadap pelajar.

4) Memberi kemudahan dan kelengkapan kepada guru-guru dan murid-murid

dalam pelaksanaan proses p & p.

5) Mewujudkan surau pelbagai guna dengan segala kelengkapan agar murid-

murid lebih berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam

6) Melahirkan perasaan cintakan agama dan menghormati surau sebagai tempat

ibadat.

Page 3: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

7) Mewujudkan Perpustakaan Mini bagi menjana pemikiran yang islamik,

cintakan ilmu, membudayakan ilmu dan lebih mengenali tokoh-tokoh Islam

seluruh dunia.

SASARAN

Warga Sekolah Kebangsaan USJ 20, Subang Jaya, Selangor iaitu guru-guru dan

murid-murid serta kakitangan sekolah.

PERALATAN DAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Bil Peralatan Kos Jumlah1 Naiktaraf Sistem Paip Di atas

Bangunan Sekolah RM25 850 RM25 850

2 Naik taraf Laluan Hadapan/ Dan Perpustakaan Mini

RM 5 000 RM 5 000

3 Al-Quran RM 20 x 200 RM 4 0004 Al-Quran Tafsir RM 20 x 50 RM 1 0005 Perakam DVD RM 500 x 2 RM 1 0006 LCD RM 2000 x 1 RM 20007 Printer RM 300 x 1 RM 3008 Penghawa Dingin & pemasangan RM 6 750 RM 67509 Bunga/bahan keceriaan RM 600 RM 60010 Telekung sembahyang RM30 x 50 RM 150011 Selipar RM 5 x 20 RM 10012 Rehal kayu (DHO) RM60 x 50 RM 300013 Rak buku RM700 x 4 RM 280014 Rak Kayu RM500 x 2 RM 100015 White Board RM500 x 2 RM 100016 Kain Tabir RM250 x 1 RM 25017 Papan Kenyataan (softboard) RM300 x 1 RM 30018 Papan Kenyataan Bercermin

(Bahagian Dakwah)RM1200 x 3 RM 3600

19 Pendawaian RM 1500 RM 1500

20 Bahan P&P (alat bantu mengajar), buku ilmiah & papan tanda

RM5000 RM 5000

21 Hal-hal lain RM 3000 RM 3000

JUMLAH KESELURUHAN RM 69 550

Page 4: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

PENUTUP

Diharapkan usaha ini akan memberi kesan semaksimum yang mungkin kepada

para pelajar dan para guru yang beragama lslam dalam meningkatkan kemahiran,

kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan ibadat dan pengajaran dan

pembelajaran serta program j-QAF sebagaimana yang diimpikan oleh mantan

Perdana Menteri kita Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada para pentadbir dan AJK Panitia Pendidikan Islam

atas komitmen yang diberikan terhadap program-program yang telah dan akan

dilaksanakan. Segala sumbangan yang diberikan diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………………………..( NORIMI BINTI ABDUL WAHAB) Penyelaras projek / Penyelaras Surau 011-33377742

Disahkan oleh,

……………………………………

Page 5: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

SEKOLAH KEBANGSAAN USJ 20JALAN USJ 20/6E, NO.TEL:03-8023186047630 SUBANG JAYA, SELANGOR. NO.FAX: 03-80235542

Ruj. : SKUSJ20/PPI/09 Tarikh : 12 April 2011Kepada :

IBU PEJABAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 3-10-1, PRESINT ALAMi, PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE 2, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan / Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.

2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama PIBG SK USJ 20 dan di alamatkan kepada :

Pn.Zaini bt.BabaGuru BesarSekolah Kebangsaan USJ 20,Jalan USJ 20/6E,47630 Subang Jaya, Selangor.

3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja, Sebut Harga dan Pelan Surau yang berhubung dengan permohonan kami dan borang permohonan fisabilillah

4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Zaini bt. Baba selaku Guru Besar SK USJ 20 (03-80231860)

5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................................................

s.kLembaga Zakat Selangor, Cawangan Subang Jaya.

Page 6: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

Ruj. : SKUSJ20/PPI/05 Tarikh : 3hb Feb 2010Kepada :

Surau Al-Madaniyyah Subang Jaya, Selangor. (up : Hj.Wan Mohamad Wan Musa) Pengerusi Surau Al-Madaniyyah

Tuan ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak Surau Al-Madaniyyah untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.

2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :

Pn.Radziah bt. Hj.TalhahGuru BesarSekolah Kebangsaan USJ 20,Jalan USJ 20/6E,47630 Subang Jaya, Selangor.

3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja yang berkaitan.

4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Norimi bt. Abdul Wahab (019-9317207) atau Siti Safinah bt. Shamsudin (019-3804564).

5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Page 7: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

Ruj. : SKUSJ20/PPI/05 Tarikh : 12hb Mei 2011Kepada :

IBU PEJABAT LEMBAGA ZAKAT SELANGOR 3-10-1, PRESINT ALAMi, PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE 2, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Tuan / Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.

2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :

Pn.Radziah bt. Hj.TalhahGuru BesarSekolah Kebangsaan USJ 20,Jalan USJ 20/6E,47630 Subang Jaya, Selangor.

3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja, Sebut Harga dan Pelan Surau yang berhubung dengan permohonan kami dan borang permohonan fisabilillah

4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Norimi bt. Abdul Wahab (019-9317207) .

5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………

s.kLembaga Zakat Selangor, Cawangan Subang Jaya

Ruj. : SKUSJ20/PPI/03 Tarikh : 3hb Feb 2010Kepada :

…………………………..

Page 8: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

…………………………..

…………………………..

Tuan / Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK J-QAF SEK.KEB.USJ 20, SUBANG JAYA

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sek.Keb USJ 20 ingin memohon sedikit sumbangan daripada pihak tuan/puan untuk kemudahan dan keselesaan guru-guru dan murid-murid yang beragama Islam menjalankan ibadat solat dan proses pengajaran pembelajaran di surau, bilik agama dan bilik j-QAF.

2. Jenis-jenis sumbangan yang boleh diberikan sama ada berbentuk kewangan atau barangan. Segala sumbangan dalam bentuk cek/money order/postal order, bolehlah ditulis atas nama Radziah bt. Talhah dan di alamatkan kepada :

Pn.Radziah bt. Hj.TalhahGuru BesarSekolah Kebangsaan USJ 20,Jalan USJ 20/6E,47630 Subang Jaya, Selangor.

3. Bersama-sama surat ini disertakan satu salinan kertas kerja berhubung dengan permohonan kami.

4. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pn.Norimi bt. Abdul Wahab (019-9317207) atau Siti Safinah bt. Shamsudin (019-3804564).

5. Kerjasama dan sumbangan adalah amat dialu-alukan dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………

Page 9: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

NO.TEL : 03-80231860NO.FAX : 03-80235542

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK NAIKTARAF DAN KELENGKAPAN SURAU, BILIK AGAMA DAN BILIK

j-QAF

2011

KOD SEKOLAH : BBA 8251

Page 10: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

KOD SEKOLAH : BBA 8251

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR, NO.1 :03, TINGKAT 1, WISMA DECOR, JALAN SS17/A 47500, SUBANG JAYA,SELANGOR.

Page 11: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

JAWATANKUASA INDUKPANITIA PENDIDIKAN ISLAM - 2011

SEK.KEB.USJ 20

PENGERUSI

PN.RADZIAH HJ.TALHAH (GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI 1

EN. MOHD.ZABIR BIN ABD.KARIM (PENOLONG KANAN 1)

NAIB PENGERUSI 2

EN.MOHD HAZNI BIN HJ.AB KARIM (PEN. KANAN KO-KURIKULUM)

PENYELARAS

PN. NORIMI BINTI ABDUL WAHAB

SETIAUSAHA

PN. SOPIAH BINTI NAPIAH

BENDAHARI

PN. SOPIAH BINTI NAPIAH

AHLI JAWATANKUASA

PN. .AZEAN BINTI ARSYAD PN. SAZALIZA BT. MOHD SAAD

PN.ROSLINA BT. SEMAILEN. NOR AZAM BIN AHMAD MOKREE

PN. SALWANIE BT. ABD.MANANPN. ROHAYATI BT. SHAIK ALIPN.NORIZAN BT. HJ.AZMAN

Page 12: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

JAWATANKUASA PELAKSANAPROJEK KECERIAAN SURAU, BILIK AGAMA

DAN BILIK j-QAF -2011SEK.KEB. USJ 20

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

PN. SALUAH BT. ABDUL AZIZ

SETIAUSAHA

PN.HASMAH BT. MUSTAFA

PENYELARAS PROJEK

PN.NORIMI BINTI ABDUL WAHAB

BENDAHARI

PN.SOPIAH BT. NAPIAH

AJK

PN AZEAN BINTI ARSYADPN. SALWANIE BT. ABD.MANANPN. SAZALIZA BT. MOHD SAAD

PN.ROSLINA BT. SEMAILEN. NORAZAM BIN AHMAD MOKREE

PN. ROHAYATI BT. SHAIK ALIPN.NORIZAN BT. HJ AZMAN

PN.AMINAH BINTI AB BAHAR

Page 13: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini
Page 14: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

GAMBAR SURAU ATAU MUSOLLA

Televisyen bersaiz kecil dan tidak sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran..

Suasana dalam Surau/Musolla. -Air-cond yang berkuasa rendah dan tiada kelengkapan rak dan komputer

Page 15: Kertas Kerja Bilik Musolla Yg Terkini

Ruang Mini Perpustakaan di Surau yang kurang lengkap (perlu bahan bacaan, pentas dan lantai jubin)Ruang (balkoni) tepi Surau yang berdekatan dengan bilik Muzik sehingga berlaku ketidakselesaan kerana

gangguan bunyi alat muzik.