Kertas Kerja KBS

8
KERTAS KERJA KEM BESTARI SOLAT 2014 1. PENDAHULUAN Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan kepada umatnya untuk mengerjakan sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan perkara yang terkandung di dalam Rukun Islam yang mana wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam. Justeru itu, Islam menyuruh umatnya belajar untuk mengetahui perlakuan – perlakuan di dalam sembahyang dengan sempurna agar segala amalan dan perbuatan kita akan diterima oleh Allah SWT. Zaman kanak-kanak merupakan suatu fatrah (peringkat) perubahan bagi membentuk jati diri sebelum melangkah ke alam remaja dan seterusnya ke alam dewasa. Jika fatrah ini diisi dengan sebaik-baik amalan dan bekalan beserta dengan bimbingan, nescaya kanak-kanak ini mampu memandu diri ke arah yang diredhai Allah s.w.t suatu hari nanti. Atas kesedaran ini, pihak sekolah di bawah anjuran Guru- guru j-QAF melalui Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab menganjurkan Kem Bestari Solat 2014 bagi menekankan penguasaan murid terhadap amalan solat khususnya dan ibadah yang lain amnya. Di atas keberkesanan dan kejayaan Kem bestari Solat pada tahun sebelum ini, maka program ini diteruskan untuk memberi bimbingan yang berterusan kepada murid – murid tahun 2 hingga 6 dan memberi panduan dan pengajaran kepada murid – murid tahun 1. Di harap program ini dapat menerapkan pembentukan sahsiah yang baik kepada murid-murid untuk melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak mulia. 2. MOTTO INSAN BERILMU DAN BERPENGETAHUAN, PEMANGKIN KE ARAH MASYARAKAT MADANI ” 3. RASIONAL PROGRAM 3.1 Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan 1

description

kertas kerja kem bestari solat

Transcript of Kertas Kerja KBS

Page 1: Kertas Kerja KBS

KERTAS KERJAKEM BESTARI SOLAT 2014

1. PENDAHULUAN

Sesungguhnya Islam amat menitik beratkan kepada umatnya untuk mengerjakan sembahyang. Ini adalah kerana sembahyang merupakan perkara yang terkandung di dalam Rukun Islam yang mana wajib dipatuhi oleh setiap orang Islam. Justeru itu, Islam menyuruh umatnya belajar

untuk mengetahui perlakuan – perlakuan di dalam sembahyang dengan sempurna agar segala amalan dan perbuatan kita akan diterima oleh Allah SWT.

Zaman kanak-kanak merupakan suatu fatrah (peringkat) perubahan bagi membentuk jati diri sebelum melangkah ke alam remaja dan seterusnya ke alam dewasa. Jika fatrah ini diisi dengan sebaik-baik amalan dan bekalan beserta dengan bimbingan, nescaya kanak-kanak ini mampu memandu diri ke arah yang diredhai Allah s.w.t suatu hari nanti.

Atas kesedaran ini, pihak sekolah di bawah anjuran Guru-guru j-QAF melalui Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab menganjurkan Kem Bestari Solat 2014 bagi menekankan penguasaan murid terhadap amalan solat khususnya dan ibadah yang lain amnya. Di atas keberkesanan dan kejayaan Kem bestari Solat pada tahun sebelum ini, maka program ini diteruskan untuk memberi bimbingan yang berterusan kepada murid – murid tahun 2 hingga 6 dan memberi panduan dan pengajaran kepada murid – murid tahun 1. Di harap program ini dapat menerapkan pembentukan sahsiah yang baik kepada murid-murid untuk melahirkan insan yang cemerlang dan berakhlak mulia.

2. MOTTO

“ INSAN BERILMU DAN BERPENGETAHUAN, PEMANGKIN KE ARAH MASYARAKAT MADANI ”

3. RASIONAL PROGRAM

3.1 Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

3.2 Model Bestari Solat merupakan program yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal tentang penguasaan murid terhadap amalan –amalan fardhu ain dan fardhu kifayah dalam pengkhususan fiqh ibadah.

3.3 Terdapat remaja hari ini kurang dalam didikan agama lantas terumbang ambing dalam melaksanakan ibadah yang sempurna. Oleh itu,

1

Page 2: Kertas Kerja KBS

program ini cuba menerapkan input yang terbaik dari peringkat murid-murid sekolah rendah agar mereka mendapat gambaran awal dalam konteks perlaksanaan ibadah solat, akhlak, akidah dan sebagainya.

4. OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Memberi bimbingan khusus kepada murid-murid mengenai perlaksanaan wuduk dengan sempurna.

4.2 Menerapkan pemahaman kepada murid tentang fardhu sembahyang agar dapat melaksanakan semua perbuatan dan bacaan dalam solat dengan betul dan lancar.

4.3 Memberi pendedahan tentang pelaksanaan solat dengan sempurna, sama ada secara bersendirian atau berjemaah.

4.4 Menerapkan rasa tanggungjawab di dalam asas ibadah iaitu sembahyang.

4.5 Membina asas ketahanan dalaman diri (inner defense) dalam menghadapi pelbagai cabaran semasa.

6. TEMPATSk Sungai Kem Batu 18 Bintulu.

7. SASARANSemua murid tahun 1 dan 2 yang beragama Islam.

Murid tahun 1 150 OrangMurid tahun 2 138 Orang______________________________Jumlah 288 Orang

8. TARIKH PERLAKSANAANTahun 1 Siri 1 21 - 22Januari 2006

Siri 2 18 – 19 Febuari 2006Siri 3 01 – 02 Julai 2006Siri 4 12 – 13 Ogos 2006

Tahun 2 Siri 1 21 - 22 Januari 2006Siri 2 25 – 26 Mac 2006Siri 3 22 – 23 Julai 2006Siri 4 12 – 13 Ogos 2006

9. AHLI JAWATANKUASARujuk lampiran 1

10. PENGISIAN PROGRAMRujuk lampiran 2

11. BELANJAWANRujuk lampiran 3

2

Page 3: Kertas Kerja KBS

12. PENUTUP

Akhirnya, pihak penganjur bersama pihak sekolah dengan penuh rasa kesedaran mengharapkan agar semua pihak dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam melaksanakan program ini. Di harapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid - murid untuk meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa kebertanggungjawaban untuk melaksanakan perkara fardu ain yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Semoga Allah menerima segala pengorbanan yang dicurahkan sebagai satu ibadah.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………… … … … … … … … …( Haslina Binti Saludin ) ( Puan Hjh Lily binti Hj. Ahmad )Setiausaha Program Kem Bestari Solat 2006 Guru Penolong Kanan 1SK Kampung Jepak, Bintulu SK Kampung Jepak, Bintulu

LAMPIRAN 1

3

Page 4: Kertas Kerja KBS

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung : Puan Hajah Lily Binti Haji Ahmad( Guru Penolong Kanan 1 SK Kampung Jepak )

Penasihat : Mohd Sani Bin SamuriNur Muhammad Faizal Bin Mohamed

Pengarah : Maryati Binti MokhtarSetiausaha : Haslina Binti SaludinBendahari : Anis Sabirin Binti Abdul Majid

AJK FASILITATOR DAN CERAMAH1. Maryati Binti Mokhtar2. Haslina Binti Saludin3. Anis Sabirin Binti Abdul Majid

AJK MAKANAN DAN MINUMAN1. Hashimah Binti Wahab2. Dayang Nor Asyikin3. Rumina Binti Kamidin4. Mariana Binti Pani5. Noraishah Binti Nawawi6. Kartini binti Ali

AJK TEKNIKAL DAN TUGAS – TUGAS KHAS1. Narzuan Bin Muji2. Nafisah Binti Rosli3. Aling Bin Abas4. Julaihi Bin Pedol

AJK KESELAMATAN, KEBAJIKAN DAN DISIPLIN1. Nur Mohamad Faizal Bin Mohamed2. Azlizawati Binti Abdul Rahman

AJK RIADAH DAN PERTANDINGAN1. Norizan Bin Zaidi2. Adi Kupon3. Zaidah4. Lim Mei Yong5. Lee Chin Yean

AJK PELAPORAN, DOKUMENTASI DAN PENILAIAN1. Nur Muhamad Faizal Bin Mohamed2. Haslina Binti Saludin

LAMPIRAN 2

4

Page 5: Kertas Kerja KBS

PENGISIAN PROGRAM

1. FIQH IBADAH

Penekanan khusus kepada :- Latihan amali wuduk- Amali solat Fardhu- Amali Solat Berjemaah

2. AKHLAK

Konsep akhlak dalam Islam, bagaimana menjadi anak yang soleh, kepentingan berbuat baik kepada ibu bapa, guru dan masyarakat dan bagaimana membentuk sahsiah diri yang mulia.

3. UJIAN

Ujian Pra dan Pasca Program.

LAMPIRAN 3

5

Page 6: Kertas Kerja KBS

ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN

PERKARA JUMLAH

JPN RM5 X 288 Org X 4 KBS RM 5 760.00 PIBG RM 500.00 SUMBANGAN / TAJAAN RM 5 265.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 11 525.00

PERBELANJAAN

PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

Makan/Minum Peserta RM8 x 288 org x 4 KBS RM 9 216.00

Makan/Minum Urusetia RM10 x 30 0rg x 4 KBS RM 1 200.00

Kit Kursus/Bahan Cetak RM 3 x 288 org (murid) RM 864.00 RM 3 x 15 org (fasilitator) RM

45.00

Publisiti RM100 RM 100.00

Perbelanjaan luar jangka RM100 RM 100.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 11 525.00

6