Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

8
KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH SK SUUNGAI BULOH, SELANGAU 1.0 Pengenalan Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara khasnya dan di Sk Sg Buloh, Selangau khususnya. Namun bilangan jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Sk Sg Buloh, Selangau telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring bagi tahun 2015. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S). 2.0 Matlamat Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dan mencari bakat baru dalam sukan bola jaring yang disegani di sekolah. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring. 3.0 Objektif a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal. b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah. c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid. e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan kakitangan sekolah terutama dalam pembangunan sukan bola jaring. 1

description

kertas kerja

Transcript of Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

Page 1: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

KERTAS KERJA KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT SEKOLAH RENDAHSK SUUNGAI BULOH, SELANGAU

1.0 Pengenalan

Sukan Bola Jaring merupakan salah satu sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara khasnya dan di Sk Sg Buloh, Selangau khususnya. Namun bilangan jagoan bakat-bakat muda bagi sukan ini terutama bagi peringkat 12 Tahun ke bawah agak kurang memberansangkan. Menyedari hakikat ini, Sk Sg Buloh, Selangau telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan pertandingan bola jaring bagi tahun 2015. Langkah mengadakan program seumpama ini di harap dapat memberi pendedahan permainan bola jaring kepada murid sekolah secara berterusan dan berkualiti sejajar dengan dasar pendidikan 1 Murid 1 Sukan (1M1S).

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah melahirkan jagoan pasukan sekolah dan mencari bakat baru dalam sukan bola jaring yang disegani di sekolah. Di samping itu, program ini bertujuan menarik lebih banyak penyertaan dan penglibatan murid perempuan khasnya dalam sukan bola jaring.

3.0 Objektif

a) Mengesan bakat murid dalam permainan bola jaring di peringkat awal.

b) Membentuk satu pasukan bola jaring yang terbaik sekolah di peringkat sekolah seterusnya mewakili sekolah dalam pertandingan ke peringkat daerah.

c) Memajukan sukan bola bola jaring sebagai sukan teras di peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

d) Menarik minat murid dan membantu memajukan bakat yang ada pada murid.

e) Mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara guru-guru dan kakitangan sekolah terutama dalam pembangunan sukan bola jaring.

1

Page 2: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

4.0 Rasional

a) Menggalakan murid menceburkan diri secara aktif dalam permainan bola jaring

b) Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah.

c) Merupakan persediaan awal murid sebelum menghadapi ke pertandingan luar di peringkat daerah.

5.0 Tarikh Pelaksanaan

Tarikh : 10 November 2015

6.0 Tempat Perlaksanaan Pertandingan

Padang bola jaring SK Sg Buloh, Selangau

7.0 Pengelolaan / Penganjuran

Unit Ko-Kurikulum SK Sungai Buloh, Selangau bersama,Kelab Bola Jaring, SK Sungai Buloh, Selangau

8.0 Sasaran

Terbuka kepada murid perempuan sekolah rendah (12TKB) SK Sungai Buloh, Selangau

9.0 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan

Rujuk Lampiran 1

10.0 Anggaran Perbelanjaan

Rujuk Lampiran 2

2

Page 3: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

11.0 Penutup

Diharapkan agar program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dan sokongan daripada semua pihak amat diperlukan demi mempastikan matlamat dan objektif  Kejohanan Bola Jaring Peringkat Sekolah Rendah SK Sungai Buloh, Selangau ini tercapai dengan jayanya.

Disediakan oleh,

........................................................................( FATIN FARHANA BINTI KAMARUDDIN)Guru Penyelaras Kelab Bola Jaring,SK Sungai Buloh, Selangau

Disahkan oleh,

.......................................................................( )

3

Page 4: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

LAMPIRAN 1

JAWATANKUASA PENGELOLAAN KEJOHANAN

Penasihat : En Bonaventure Anak Tibong (Guru Besar)

Pengerusi : En Jouny anak Sebli (PK Ko-kurikulum)

Naib Pengerusi 1 : En Alastair Roland (PK Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 : En Hendry Banye anak Gandam (PK HEM)

Setiausaha : Cik Fatin Farhana binti Kamaruddin

(Guru Penyelaras Kelab Bola Jaring)

Bendahari : Pn Corrine Tiong (AKP Kelab Bola Jaring)

Jawatankuasa Kecil :

Pengadil/ Penjaga Masa/ Hakim Pencatat MasaSemua Jurulatih Rumah Sukan yang bertanding

Hadiah

Cik Mariana binti Mohamad (Ketua),Semua guru dan AKP perempuan

Peralatan dan Padang En Mohd Firdaus (ketua),

Semua guru dan AKP Lelaki

Jurugambar Dan Dokumentasi

En Carl Davies anak Jingkan

En Joannes Lia anak Kunya

4

Page 5: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan ditanggung oleh Unit Ko-Kurikulum SK Sg. Buloh, Selagau.

Bil Perkara Kuantiti RM

2 Air minuman RM15 X 4 kotak 60.003 Medal (1,2,3) RM3 X 30 90.004 Jam Randik 2 15.005 Net Bola Jaring 2 15.006 Bola Mikasa 2 Biji 20.007 Pam 1 13.00

JUMLAH 213.00

5

Page 6: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

LAMPIRAN 3

PERATURAN DAN SYARAT KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH RENDAH PERINGKAT SK SG BULOH, SELANGAU

1. Pendaftaran/Pembentukan Pasukan1.1 Setiap pasukan mestilah mempunyai tidak lebih daripada 10 orang pemain termasuk

pemain simpanan

2. Peraturan Permainan2.1 Mengikut Buku Undang-Undang Permainan Bola Jaring

3. Cara memutuskan Keputusan:3.1 Sistem pertandingan yang digunakan adalah sistem “liga”

4. Jika pasukannya berakhir dengan seri, maka keputusan pemenang akan ditentukan melalui : 4.1 Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan

akan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama 4 minit tanpa rehat. 4.2 Undang-undang yang meliputi hantaran tengah dan penggantian sepertimana terdapat

dalam Buku Undang-Undang Permainan akan dilaksanakan.4.3 Setelah masa tambahan empat minit pertama tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar

kawasan bermain dan meneruskan permainan selama empat minit lagi tanpa rehat.4.4 Jika kedudukan masih seri, setelah masa tambahan 2 minit kedua tamat, maka permainan

akan diteruskan sehingga gol selanjutnya dijaringkan.

5. Pakaian :5.1 Pakaian seragam (Bibs) yang didaftarkan hendaklah dipakai termasuk huruf-huruf yang

menunjukkan posisi-posisi bermain di hadapan dan belakang dan terletak di atas pinggang dengan ukuran 150mm (6inci) tinggi. Huruf-huruf berikut hendaklah disematkan di hadapan dan belakang pemain:

GS – Goal Shooter (Penjaring gol)GD – Goal Defence (Penahan gol)GK – Goal Keeper (Penjaga gol)GA – Goal Attack (Penyerang gol)WA – Wing Attack (Penyerang Sayap)WD – Wing Defence (Penangkis Sayap)C – Center (Pemain tengah)

6

Page 7: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

5.2 Sebarang perhiasan atau barang kemas tidak dibenarkan ketika bermain. Kasut pepaku seperti spike shoes tidak boleh dipakai. Kasut atau but yang diperbuat daripada bahan ringan boleh digunakan. Selain itu, pengadil harus memastikan kuku pemain dipotong sebelum permainan dimulakan.

6. Kelewatan:6.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu, pihak

lawan akan diberi kemenangan percuma.

7. Tempoh bermain :7.1 Pertandingan ini mengambil masa 15 minit untuk satu perlawanan. Tempoh permainan

14 minit diperuntukkan dan diselang masa rehat 1 minit. Waktu kecederaan dan gangguan akan diberikan, jika berlaku penangguhan permainan akibat sebarang gangguan atau berlakunya kecederaan.

8. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan harus disertakan dengan surat dan bayaran cagaran sebanyak RM50.

7

Page 8: Kertas Kerja Kejohanan Bola Jaring

LAMPIRAN 4

TENTATIF PROGRAM (cadangan)

MASA ATURACARA

8.30 pagi Pendaftaran peserta

9.00 pagi Taklimat ringkas jurulatih dan pengurus pasukan

9.20 pagi Permainan bola jaring bermula

12.30 tengah hari Rehat dan merarau

2.00 petang Permainan bola jaring peringkat akhir

5.00 petang Permainan tamat

Penyampaian hadiah

8