kertas kerja lawatan big

17
Kertas Kerja Program Bina Insan Guru Semester 7 PPG KOHORT 2 AMBILAN FEB 2012 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JALAN DATIN HALIMAH,JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG2 BAHASA MELAYU 3 “LAWATAN PENANDA ARAS” SEKOLAH KEBANGSAAN MEI 2015 PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 7 2015 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT 2 KUMPULAN B.MELAYU 3 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM 1

description

benchmarking

Transcript of kertas kerja lawatan big

Kertas Kerja Program

Bina Insan Guru Semester 7 PPG KOHORT 2 AMBILAN FEB 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH,JOHOR BAHRU,JOHOR DARUL TAZIMKERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU

PPG2 BAHASA MELAYU 3LAWATAN PENANDA ARASSEKOLAH KEBANGSAAN

MEI 2015PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 7 2015PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU KOHORT 2 KUMPULAN B.MELAYU 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMKandunganMuka surat

1. Pengenalan Bina Insan Guru

2. Rasional Bina Insan Guru

3. Objektif

4. Tarikh

5. Tempat

6. Peserta Kursus

7. Mentor

8. Ahli Jawatankuasa Kursus Bina Insan Guru

9. Anggaran Kewangan

10. Pengangkutan

11. Jadual Program

12. Makanan

14. Penutup

14. Lampiran:

I. Senarai Nama Peserta Kursus

II. Jadual Program

1. Pengenalan

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Pensiswazahan Guru bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2. Rasional

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru Program Pensiswazahan Guru bagi kumpulan Bahasa Melayu ini dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3. Matlamat

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru diharapkan dapat :

3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.

3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di antara satu sama lain.

3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.

3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.

3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4. Objektif

Sasaran kepada guru-guru PPG Kumpulan B.Melayu 3 ini selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.

4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.

4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

4. Tarikh

Program Bina Insan Guru ini akan diadakan pada hari .

5. Tempat

Program ini akan diadakan di .

6. Peserta Kursus

Seramai 18 orang guru menyertai Lawatan Penanda Arasan ini. Para pelatih adalah daripada guru-guru PPG BM 3 yang terdiri daripada 2orang guru pelatih lelaki dan 16 orang guru pelatih perempuan.

*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta kursus.

7. Mentor

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPGM Kampus Temenggong Ibrahim ialah En Jafri Hussin.8. Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru

9. Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru Lawatan Penanda Aras PPG2 BM3Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PPG 2 BM3 yang telah dipilih ialah seperti berikut:

PENGERUSI

:Pn Mirata Abdul RazakNAIB PENGERUSI

: Pn Juliah SarjuSETIAUSAHA

: Pn Norrasidah MusurohNAIB SETIAUSAHA

:Pn Dalina Hj AwangBENDAHARI

: Pn Zainab Asmael JAWATANKUASA

1) MAKANAN

: Pn Salinah Rahmat

Pn Rahimah Awang2) DOKUMENTASI

: En. Nur Amiru Mustapha

En. Hashim Md Yusof3) KEBAJIKAN

: Pn. Suhaiza Sakiman

Pn. Noor Azimah Ibrahim

4) PERANTARA

:Pn. Faezah Sadik5) BUKU PROGRAM & TAG NAMA : Pn. Wan Roslina Wan Daud

Pn. Nashrah Abu Hamid6) CENDERAMATA

:Pn Musliha Mohidin

Pn. Zalinah Yunos7) PROTOKOL

: Pn. Fauziah Baba10. Anggaran KewanganBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

BILPENDAPATANJUMLAH (RM)PERBELANJAANJUMLAH (RM)

1Bayaran Ahli :RM30X18RM540.00

1. Makanan Guru PPG2BM3(RM 16 X 18 orang X 1 hari)2. Cenderamata Kepada Sekolah

RM50x1

RM 288.00

RM50.00

JUMLAHRM540.00JUMLAHRM 338.00

11. Pengangkutan

Pengangkutan ke lokasi lawatan adalah secara persendirian. Peserta digalakkan berkongsi kereta.12. Jadual Program

Program Bina Insan Guru ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

13. Makanan

Makanan yang akan disediakan sepanjang program akan ditempah melalui pihak pembekal makanan di Sekolah Kebangsaan

14. Penutup

Kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah dalam usaha memperkasa dan membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh ,

.............................................................

(NORRASIDAH MUSUROH )

Setiausaha,

Program Bina Insan Guru Semester 7

PPG2 BM3Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong IbrahimJohor.LAMPIRAN I

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG2 KUMPULAN BAHASA MELAYU 3MENTOR: EN.JAFRI HUSSINBILNAMANO KPHP

1HASHIM BIN MOHD YUSOF

2NUR AMIRU BIN MUSTAPHA

3DALINA HJ AWANG

4FAEZAH BT SADEK

5FAUZIAH BT BABA

6JULIAH BT SARJU

7MUSLIHA BT MOHIDIN

8MIRATA BT ABD RAZAK

9NASHRAH ABU HAMID

10NOOR AZIMAH BT IBRAHIM

11NORRASIDAH BT MUSUROH750802-01-6868011-18667802

12RAHIMAH BT AWANG

13SALINAH BT RAHMAT

14SUHAIZA BT SAKIMAN

15WAN ROSLINA WAN DAUD

16ZAIMAH BT ZAKARIAH

17ZAINAB BT ASMAEL

18ZALINAH BT YUNOS

18

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 7PPG2 BM38.00 am: Bertolak ke Sekolah

9.00 am: Sampai di destinasi

9.15 am: Kudapan

9.30 am: Majlis pengenalan

10.00 am: Pemerolehan maklumat sekolah

Ciri-ciri kepimpinan

Pengurusan

Iklim dan budaya sekolah

Infrastruktur dan infostruktur kurikulum

12.45 pm: Makan tengahari

1.30 pm: Solat Zohor/ Slot Moral

2.30 pm : Sambungan pemerolehan maklumat sekolah

4.30 pm: Solat Asar/ Slot Moral

5.00 pm: Majlis Penutup

5.30 pm: Minum petang

6.00 pm: Bertolak pulang ke rumah masing-masing.BHG. A : PENSYARAH PENASIHAT

Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

.

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

________________________________________________________________________

BHG B : KETUA JABATAN / PENASIHAT JPP

Disahkan betul.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG.

Ulasan ( jika ada ) :

.. .

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG C : PEGAWAI EKSEKUTIF / KETUA PEMB. TADBIR / PEMB. AKAUNTAN

Kewangan mengizinkan / tidak mengizinkan

Peruntukkan yang akan digunakan ialah : ..

Kenderaan boleh digunakan / tidak boleh digunakan pada tarikh / masa

tersebut.

Ulasan ( jika ada ) :.

..

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

________________________________________________________________________

BHG. D : TIMBALAN PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai

Masa sesuai / tidak sesuai

Pensyarah pengiring diluluskan untuk . Orang sahaja

(.Lelaki / .Perempuan )

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

Ulasan ( jika ada ) :.

.. .

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

BHG. E : PENGARAH

..

( Tarikh ) ( Tandatangan & Cop )

PAGE 10