Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

20
MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012 KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING ) PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2012 1.0 PENDAHULUAN Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ). 2.0 MATLAMAT Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid. 4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1 57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah 4.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk futsal 4.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah Alor Gajah untuk bola jaring 5.0 CADANGAN MINI SUKAN 1

Transcript of Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

Page 1: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

KERTAS KERJA MINI SUKAN ( FUTSAL DAN BOLA JARING )

PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH

TAHUN 2012

1.0 PENDAHULUAN

Mini Sukan Futsal dan Bola Jaring adalah disertai oleh murid Prasekolah berumur 5 dan 6 tahun. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Standard Kurikulum Prasekolah untuk melahirkan murid yang sempurna dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek ( JERI ).

2.0 MATLAMAT

Membolehkan murid-murid menghargai cara hidup sihat dan membina ketrampilan diri yang positif.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai3.2 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan.3.3 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif.3.4 Meningkatkan disiplin dalam diri murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 57 Sekolah yang mempunyai kelas Prasekolah KPM di Daerah Alor Gajah4.2 10 orang murid lelaki dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah Daerah

Alor Gajah untuk futsal4.3 10 orang murid perempuan dari setiap sekolah yang mempunyai Kelas Prasekolah

Daerah Alor Gajah untuk bola jaring

5.0 CADANGAN MINI SUKAN

5.1 Dijalankan selama 2 hari untuk 2 jenis permainan dijalankan di 2 kawasan iaitu :i. Kawasan Alor Gajah ( 7 JULAI 2012 ) – Permainan Futsalii. Kawasan Masjid Tanah( 14 JULAI 2012 ) – Permainan Bola Jaring

5.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili Daerah Alor Gajah ke Peringkat Negeri

1

Page 2: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

6.0 SUMBER KEWANGAN

6.1 Yuran penyertaan dari setiap sekolah yang menyertai kedua-dua pertandingan :RM 100.00 X 57 Sekolah = RM 5,700.00

7.0 PERBELANJAAN

7.1

Bil. Perkara Jumlah Catatan

1. Bayaran Pengadil RM 20.00 X 8 orang X 2 kawasan

RM 320.00

2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan

RM 200.00

3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan

RM 200.00

4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 20 orang X 2 kawasan

RM 200.00

5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 560 orang X 2 kawasan

RM 1120.00

6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 100 orang X 2 kawasan

RM 600.00

7. Jamuan Murid RM 2.00 X 570 X 2 kawasan RM 2280.00

8. Lain-lain RM 460.00

JUMLAH RM 5700.00

8.0 PELAKSANAAN

8.1 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING

Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola jaring termasuk simpanan ialah 10 orang.

Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola jaring diberi kelonggaran untuk murid peringkat prasekolah mengikut persetujuan dari semua pihak.

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad.

2

Page 3: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

8.2 NAMA PERTANDINGAN

Mini Sukan ( Futsal dan Bola Jaring ) Prasekolah Negeri Melaka

8.3 BILANGAN PEGAWAI/PESERTA

Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Jaring ialah seperti berikut:-

Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan )

Peserta 10 orang ( setiap pertandingan )

8.4 PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid perempuan Kelas Prasekolah Negeri Melaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu 1 pasukan sahaja setiap pertandingan.

Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan.

8.5 TEMPOH PERLAWANAN

Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut:

Bahagian pertama 7 minit Rehat 3 minit

Bahagian kedua 7 minit

8.6 SISTEM PERTANDINGAN

Liga Kumpulan

A . Pusingan Permulaan

Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga.

B. Pusingan Suku Akhir

3

Page 4: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati

ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang

sebagai kumpulan X1 dan X2

iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B.

Pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2

C. Pusingan Separuh Akhir

i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati.

ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1

iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2.

D. Pertandingan akhir

i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2.

ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2.

8.7 MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN

8.7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti

berikut :-

Menang - 2 Mata

Seri - 1 Mata

Kalah - 0 Mata

8.7.2 Keputusan Seri

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut:

i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai

jumlah mata yang sama di akhir perlawanan.

ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang

iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan

4

Page 5: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

diisytiharkan sebagai pemenang.

8.7.3 Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir

dan akhir :

i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa

sepenuh perlawanan.

ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan.

ii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan

yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat.

v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran

Tengah berikutnya.

vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga

satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.

9.0 PERTUKARAN PEMAIN

9.1 Penggantian dan Pertukaran posisi

Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain.

Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu – satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira.

Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi.

Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada:

i. Masa rehat

ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit.

Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang

menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian

5

Page 6: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

dan atau pertukaran posisi.

Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan

9.2 Kecederaan dan kesakitan

Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan

permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat.

Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya

atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang

terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke

gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung.

9.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas

waktu rehat separuh masa.

9.4 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana

kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas

waktu rehat separuh masa.

10.0 PAKAIAN

Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain.

Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek.

Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

11.0 GELANGGANG DAN PERALATAN

Gelanggang futsal Gelanggang bola jaring merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai

mengikut kesesuaian murid Prasekolah.

6

Page 7: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l) )

25 m

18 m

i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 mii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m

2. Cadangan luas padang bola jaring ialah 21 m X 12 m ( panjang(p) X lebar(l) )

21m

7m 7m

bulatan tengah

7m

12m

280mm

bulatan gol

i. Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 1.5 m tinggi.

7

5 m 3m

3 m

1.5 m

Page 8: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

ii. Bulatan tiang gol mempunyai diameter 280 mm

iii. Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150 mm atau 6 inci p

iv. Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar

3. Peralatan Futsal

2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3. Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling.

4. Peralatan Bola Jaring

Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur

mengikut spesifikasi berikut:

i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang:

Jenis bola jaring : rubber

Ukuran bola : saiz 4

ii. Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen

Jenis bola jaring : synthetic leather

Ukuran bola : saiz 4

12.0 KELEWATAN

Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan.

Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0.

Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi.

Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :-

i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di

8

Page 9: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu.

ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit.

ii.Sebaik sahaja selepas rehat

13.0 BANTAHAN DAN RAYUAN

Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

14.0 JURI RAYUAN

Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada Kelas Prasekolah berkecuali.

Ahli juri rayuan terdiri daripada:

i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi.

ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya.

iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan.

iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Kelas Prasekolah yang berkecuali.

Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

15.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap Pasukan Prasekolah dikehendaki menyediakan “First Aid Kit” sendiri.

9

Page 10: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

16.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN

Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :-

1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan

disambung mengikut baki masa yang tinggal.

2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah

dimainkan semula.

3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu

jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan

secara serta merta.

4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Jaring akan menetapkan semula

perlawanan yang tertangguh itu.

17.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK

Sekolah Pengelola akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang menganjurkan Mini Sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman.

18.0 CADANGAN PERALATAN BAGI SATU GELANGGANG- PENGELOLAAN

Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan)

Kerusi -6 buah (2 pengadil, 2 pencatat papan skor, 1 penjaga masa dan 1

pencatat skor)

10

Page 11: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa)

Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat)

Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan

Jam randik - 2 buah

Papan skor - 1 unit

Bola pertandingan - 2 biji (dibawa oleh setiap pasukan bertanding)setiap pertandingan

19.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkanmemasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan.

20.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Adnan bin Isenin ( SK Parit Melana )Naib Pengerusi : Irmadila binti Mat Ismail ( SK Durian Daun ( K )Setiausaha : Julianty binti Idris ( SK Hutan Percha )Naib Setiausaha : Noraini binti Zammeri ( SK Sri Laksamana )Bendahari : Azila binti Ayob ( SK Dato’ Naning )Naib Bendahari : Noraini binti Abu Bakar ( SK Pengkalan Balak )Ahli Jawatankuasa :

i. Pendaftaran dan BorangNurhalawati Jannat binti Saad ( SK Tanjung Bidara )Yaw Mei Ting ( SJK C Pay Chee )

ii. Persiapan Tempat / PadangRohaimizan bin Che Mat Hassan @ Hussain ( SK Rantau Panjang ) Nurul Hayati binti Amat ( SK Telok Berembang )

iii. Teknikal / PeralatanMohd Maizon bin Waham ( SK Alor Gajah 1 )Madhumathi a/p Sankaran Nair ( SJK T Alor Gajah )

iv. JamuanRosmala Melati binti Kamaruddin ( SK Pulau Sebang )Hanisah binti Hamid ( SK Simpang Empat )

v. Hadiah dan Cenderahati

11

Page 12: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

Hazlinda binti Abdul Rahman ( SK Gangsa )Izazuzita binti Idrus ( SK Sungai Tuang )

vi. Buku Program / JemputanNoraini bin Zammeri ( SK Seri Laksamana )Mok Suit Kit ( SJK C Machap Umboo )

vii. JuruacaraMahani bin Ab Jalil ( SK Jeram )

viii. Penyelia PesertaIrwanimarzilla binti Abd Samad ( SK Durian Tunggal )

21.0 LAMPIRAN

1. Jadual Perlawanan secara Liga Futsal dan Bola Jaring2. Jadual Pungutan Mata Perlawanan Mengikut Kumpulan3. Borang Penyertaan Pertandingan4. Borang Senarai Nama Pasukan

12

Page 13: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

LAMPIRAN 1

JADUAL PERLAWANAN SECARA LIGA

KUMPULAN A

KUMPULAN 1

SUKU AKHIR

KUMPULAN 2

SEPARUH AKHIR

KUMPULAN 3

SUKU AKHIR

KUMPULAN 4 AKHIR

KUMPULAN 5

SUKU AKHIR

KUMPULAN 6

SEPARUH AKHIR

13

Page 14: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

KUMPULAN 7

SUKU AKHIR

KUMPULAN 8

LAMPIRAN 2

JADUAL PUNGUTAN MATA PERLAWANAN MENGIKUT KUMPULAN

NAMA PASUKAN

PASUKAN 1 PASUKAN 2 PASUKAN 3 PASUKAN 4 JUMLAH

PASUKAN 1

PASUKAN 2

PASUKAN 3

PASUKAN 4

JUMLAH

Disahkan oleh,

……………………………………………………

14

Page 15: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

LAMPIRAN 3

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN

NAMA SEKOLAH : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PASUKAN : ……………………………………………………………………………………………………………

NAMA GURU : …………………………………………………………………………………………………………….

NAMA PEMBANTU : …………………………………………………………………………………………………………….

WARNA BIP/JERSI : …………………………………………………………………………………………………………….

BIL NAMA PESERTA NO. SURAT BERANAK POSISI

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

15

Page 16: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

…………………………………………….. ………………………………………….

LAMPIRAN 4

SENARAI NAMA PASUKAN

BIL NAMA SEKOLAH JURULATIH / PENGURUS PASUKAN

16

Page 17: Kertas Kerja Mini Sukan Prasekolah 2012

MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA JARING PRASEKOLAH DAERAH ALOR GAJAH 2012

17