Kertas Kerja Pelancaran Nilam 2015

4
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015 1.0 PENDAHULUAN Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara. 2.2 Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Membina tabiat membaca dalam kalangan murid khususnya murid SK St. Bernadette’s Convent secara berterusan. 3.2 Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus. 3.3 Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan. 3.4 Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK St. Bernadette’s Convent untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang. 4.0 TEMA Budaya Membaca Teras Kecemerlangan 5.0 NAMA PROGRAM 1

Transcript of Kertas Kerja Pelancaran Nilam 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2015

1.0 PENDAHULUAN

Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan.

Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca ialah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan menubuhkan Program NILAM.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998 yang mewajibkan bahawa Program NILAM wajib dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara.

2.2 Program NILAM adalah usaha KPM bagi membina tabiat membaca seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.0OBJEKTIF

3.1Membina tabiat membaca dalam kalangan murid khususnya murid SK St. Bernadettes Convent secara berterusan.

3.2Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus.

3.3Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan.

3.4Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SK St. Bernadettes Convent untuk menjadikan Program NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang.

4.0TEMA

Budaya Membaca Teras Kecemerlangan

5.0 NAMA PROGRAM

Majlis Pelancaran Program Nilam SK St. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak Tahun 2015

6.0 TARIKH DAN TEMPAT

6.1 Tarikh: 23 Mac 2015 (Isnin)

6.2 Tempat : Dewan SK St. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahap 2, SK St. Bernadettes Convent

8.0 AKTIVITI/PENGISIAN PROGRAM

Aktiviti galakan membaca sempena Program NILAM akan dijalankan sepanjang tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan seperti berikut:

1. Membaca buku dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan NILAM

2. Promosi Buku Baharu

3. Aktiviti galakan membaca sebelum perhimpunan, semasa rehat dan semasa waktu balik.

4. Kempen Menderma Buku

5. Penganugerahan kepada pembaca terbanyak bulanan

6. Penganugerahan kepada peminjam buku terbanyak bulanan

7. Anugerah Tokoh Nilam peringkat sekolah..

8. Bulan Pusat Sumber

9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi:Pn. Hjh. Shariffah Hafidzah bt. Meor Hassan

Naib Pengerusi 1:Pn. Aishah bt. Idris

Naib Pengerusi 2:Pn. Suryati bt. Othman

Naib Pengerusi 3:Pn. Arizah bt. Man

Naib Pengerusi 4:Pn. Hanim bt. Abdul Rahim

Penyelaras Keseluruhan :Pn. Hazizon bt. Muhamad

Setiausaha:Pn. Farizahhawa bt. Mohd Noor

10.0AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM

Tugasan

Nama Guru

Penyelaras Keseluruhan

Pn. Hazizon bt. Muhamad

Disiplin Murid

Pn. Nor Azian bt. Ab Karib

Pengacara Majlis

Pn. Nafishah bt. Abdul Latif

Jurugambar

Pn. Azlin Isma bt. Razali

P.A. Sistem

En. Nor Azmi b. Abdullah

Gimik Pelancaran

Pn Rafidah bt Hj Hasmoni

Pn Evi Susanti bt Azuardi

Bunting & Dokumentasi

Pn. Hazizon bt. Muhamad

11.0ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan Pusat Sumber

BIL

PERKARA

JUMLAH (RM)

1

BUNTING (2 X 5)

50.00

JUMLAH KESELURUHAN

50.00

12.0TENTATIF PROGRAM

Hari : Isnin

Tarikh : 23 Mac 2015

7:20 Persiapan Perhimpunan Rasmi

7:30 Perhimpunan Bermula

Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah

Ucapan Guru Bertugas Mingguan

Ucapan Pelancaran Program Nilam

Gimik Pelancaran

Sesi Bergambar

8:00 Majlis bersurai murid masuk ke kelas

13.0PENUTUP

Diharap semoga usaha untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah ini melalui aktiviti Program NILAM mendapat sokongan yang sewajarnya dan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Seterusnya dapat melahirkan tokoh NILAM dan murid yang mampu berdaya saing secara sihat dalam aktiviti ko-akademik yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak luar.

DISEDIAKAN OLEH:DISAHKAN OLEH:

...

(PUAN HAZIZON BT. MUHAMAD)

Penyelaras Pusat Sumber,

SK St. Bernadettes Convent,

31000 Batu Gajah,

Perak.

3