Kertas Kerja Pjm 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

download Kertas Kerja Pjm 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

of 5

description

mm

Transcript of Kertas Kerja Pjm 3112 Pengurusan Dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan

Kertas kerja pjm 3112 pengurusan dan pentadbiran pendidikan jasmani dan sukanLawatan ke fakulti sains sukan uitm shah alam dan stadium nasional bukit jalil

Tarikh : 3-4 mac 2012Anjuran : 1. Pismp pendidikan jasmani 2. pismp bahasa melayu 3. pismp pendidikan seni visual 2 4. jabatan pendidikan jasmani dan kesihatan ipgktaa

1.0Tajuk.Kertas kerja pjm 3112 lawatan ilmiah ke fakulti sains sukan uitm shah alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

2.0Pengenalan.PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan, merupakan kursus yang perlu diambil oleh guru-guru pelatih pismp semester 5 yang mempunyai mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai subjek major atau pun minor dalam pengajian mereka di setiap IPG. Kursus ini merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh kami dan telah ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). Kursus ini mengandungi satu kredit amali yang perlu dilaksanakan oleh kami.Sebagai amali, kami yang terdiri daripada tiga unit pismp semester 5 iaitu unit Pendidikan Jasmani, Bahasa Melayu dan Pendidikan Seni Visual 2 akan mengadakan lawatan ilmiah ke tempat agensi-agensi sukan dan lain-lain pertubuhan yang berkaitan dengan pendidikan jasmani dan sukan. Oleh itu, kami memilih Fakulti Sains Sukan UITM Shah Alam dan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai destinasi lawatan ilmiah kami. Lawatan ini mengambil masa selama dua hari dan satu malam. Tugas yang perlu diberi perhatian oleh kami semasa lawatan ialah pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri, pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan, program pembangunan sukan, undang-undang dan pentadbiran sukan, isu-isu dalam sukan dan nilai dan etika dalam sukan.Oleh itu, lawatan ini perlu dilaksanakan bagi memenuhi kredit jam Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan selain memberi maklumat yang amat berguna kepada kami semua mengenai pengurusan dan pentadbiran sukan apabila berkhidmat di sekolah kelak.

3.0Rasional.Lawatan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada bakal guru pelatih tentang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan. Pengurusan dan pentadbiran merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjayakan bidang Pendidikan Jasmani dan sukan selain daripada mengelolakannya.4.0Matlamat.Guru pelatih dapat menerapkan ilmu tentang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan sukan dalam diri masing-masing untuk berkhidmat dengan cemerlang sebagai guru Pendidikan Jasmani di sekolah kelak. Selain itu membentuk guru yang kompeten dan serba boleh dalam pelbagai bidang pengajaran.5.0Objektif.5.1Melaksanakan amali lawatan ilmiah bagi kursus PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan.5.2Mengurus dan mentadbir kejohanan olahraga peringkat IPG tahun 2012 dengan cemerlang.5.3Membanding dan membeza setiap pengurusan dan pentadbiran setiap agensi-agensi dan pertubuhan sukan.5.4Mengetahui program pembangunan sukan di Malaysia dan isu-isu semasa dalam sukan.5.5Mengetahui kelemahan dan kekuatan dalam aspek pengurusan dan pentadbiran sukan di negara kita.

6.0Kumpulan Sasaran.6.1PISMP Pendidikan Jasmani semester 5.6.2PISMP Bahasa Melayu semester 5.6.3PISMP Pendidikan Seni Visual 2 semester 5.7.0Tempat dan tarikh.7.1Tempat : 1. Stadium Melawati Shah Alam. 2. Stadium Hang Jebat Melaka.7.2Tarikh : 03 - 04 Mac 2012.

Jawatankuasa Gerak Kerja Lawatan Ilmiah Ke Stadium National Bukit Jalil.Penaung : Pengarah IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan En. Jaafar Bin Idris

Penasihat :