Kertas Kerja Rimup

8
  PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) PERINGKAT  ZON AYER PUTEH  HARI / TA RIKH : RABU / 19 NOVEMBER 2014 TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH 0!00 PENDANG" KEDAH#  

description

KEDAH

Transcript of Kertas Kerja Rimup

PROGRAM RANCANGAN INTEGRASI

MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP)

PERINGKAT

ZON AYER PUTEH

HARI / TARIKH :

RABU / 19 NOVEMBER 2014

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN AYER PUTEH06700 PENDANG, KEDAH. 1.Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005.

KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain.

KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula kea rah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni sesuai dengan konsep 1Malaysia yang diilhankam oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak

2.Konsep

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.3.Matlamat

Matlamat RIMUP adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu.4.Objektif Rancangan Menggalakkan penyertaan para guru dan murid serta warga sekolah dalam kegiatan khas secara bersama-sama.

Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang.

Melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama.

5.Sekolah Terlibat

SK Ayer Puteh

SK Kubur Panjang

SK Bukit Jambul

SK Haji Mohd Arif

SK Pokok Asam

SJKC Junun

6.Program Yang Akan Dijalankan

Pertandingan Memasak Kategori Lelaki dan Perempuan7. Kumpulan Sasaran

Murid - murid Tahun 6 seramai 10 orang bagi setiap sekolah di dalam Zon Ayer Puteh.

8. Tarikh Cadangan

Rabu

19 November 2014

9. Tempat

Padang Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh10.Masa

8.00 pagi - 1.30 petang11.Pengisian Aktiviti Taklimat pertandingan Pertandingan memasak maggi bagi murid perempuan dan menyediakan sandwich bagi murid lelaki.

Penjurian

Penyampaian hadiah

Bersurai

12.Jawatankuasa Induk

Pengerusi

: SK Ayer PutehNaib pengerusi: SK Kubur PanjangSetiausaha

: SK Pokok Asam

Bendahari

: SK Haji Mohd Ariff13. Jawatankuasa Pelaksana

Pendaftaran / Siaraya

: SK Bukit Jambul

Persiapan tempat / Juruacara

: SK Ayer Puteh

Brosur / Borang Penghakiman

: SK Haji Mohd Ariff

Rakaman / Dokumentasi

: SJKC Junun

Hadiah / Sijil

: SK Pokok Asam

Kebersihan / Keselamatan

: SK Bukit Jambul

Banner / Jamuan

: SK Kubur Panjang

14. Aturcara MajlisTarikh

:19 November 2014 (Rabu)

Masa

:8.00 pagi

Tempat:Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh

Aturcara:

8:30 pagi:Pendaftaran

9.00 pagi:Peserta diberikan taklimat9.30 pagi:Pertandingan Memasak bermula11.30 pagi: Penjurian12.00 t.hari: Berehat

12.30 t.hari: Majlis Penyampaian Hadiah 1.30 t.hari: Bersurai15. PenyertaanBILNAMA SEKOLAHBANGSA

MELAYU SIAMCINA

LPLPLP

1SK Ayer Puteh550000

2SK Kubur Panjang342100

3SK Pokok Asam550000

4Sk Bukit Jambul550000

5.SK Haji Mohd Ariff550000

6.SJKC Junun000055

JUMLAH23242155

JUMLAH MURID MENGIKUT BANGSA47310

JUMLAH SEMUA MURID60

BILANGAN GURU PENGIRING20

16. Acara yang dipertandingkan.16.1 Pertandingan Memasak Maggi Kategori Perempuan

Bilangan peserta= 5 orang 1 kumpulan

Penyertaan

= 6 kumpulan

Jumlah Peserta= 30 orang

16.2 Pertandingan Membuat Sandwich Kategori LelakiBilangan peserta= 5 orang 1 kumpulan

Penyertaan

= 6 kumpulan

Jumlah Peserta= 30 orang

17. Hadiah ( Hamper )17.1Bilangan hadiah ( hamper ) yang diperlukan:BIL

PERMAINANPERTAMAKEDUAKETIGASAGUHATI

1Memasak ( P )1113

2Menyediakan Sandwich

1113

JUMLAH KESELURUHAN12

17.2 Bilangan sijil bagi setiap peserta RIMUP :

BILNAMA SEKOLAHBANGSA

MELAYU SIAMCINA

LPLPLP

1SK Ayer Puteh550000

2SK Kubur Panjang342100

3SK Pokok Asam550000

4Sk Bukit Jambul550000

5.SK Haji Mohd Ariff550000

6.SJKC Junun000055

JUMLAH23242155

JUMLAH MURID MENGIKUT BANGSA47310

BILANGAN SIJIL YANG DIPERLUKAN60 KEPING

18. Anggaran Perbelanjaan18.1 Dokumentasi

RM 50.0018.2 Buku Program

RM 10.00

18.3 Cetakan Sijil

RM 60.00

18.4 Perbelanjaan runcit

RM 50.0018.5 Banner3fx6f( 2 keping )

RM 100.00JUMLAH BESAR

RM 270.00

19. PenutupDiharapkan program ini akan dapat membantu menyemai semangat perpaduan dan cintakan tanah air melalui interaksi secara sedar dan terancang. Keharmonian ini mendorong generasi muda kita terus mengekalkan perpaduan sejajar amalan perpaduan yang giat dilaksanakan di negara ini.Sebagai aset penting negara, adalah menjadi tanggungjawab generasi muda memberi sumbangan yang positif dalam merealisasikan kewujudan sebuah bangsa yang maju, bersatupadu dan bermaruah. Asas perpaduan dan integrasi yang dibina daripada peringkat sekolah diharapkan akan terus keka lselama-lamanya.

Disediakan oleh :

Norilza

..(NORILZA BINTI SALLEH)Penolong Kanan Kokurikulum

SK Pokok Asam

06750 Pendang, Kedah.