Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

6
م ي ح ر ل ا ن م ح ر ل ها ل ل م ا س بMENGENAL PASTI JENIS KESALAHAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN DIYAT BERSERTA KAFARAH

Transcript of Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

Page 1: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

بسم MENGENAL PASTI JENISالله الرحمن الرحيم

KESALAHAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN

DIYAT BERSERTA KAFARAH

Page 2: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

Kesalahan membunuh dengan sengaja

Kesalahan membunuh menyerupai sengaja

Kesalahan membunuh tanpa sengaja

Page 3: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

Hukuman-hukuman Kerana Kesalahan Membunuh Dengan Sengaja

Hukuman kaffarah ini bersumberkan firman Allah Taala dalam Surah al-Nisa, ayat 92 (yang bermaksud) :

“Dan barangsiapa membunuh seseorang Mukmin secara tersalah hendaklah ia memerdekakan seorang hamba sahaya yang beriman serta membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (mangsa bunuh) melainkan jika ia bersedekah. Jika ia (mangsa bunuh) itu dari kaum yang memusuhi kamu pada hal ia beriman maka hendaklah (pembunuh) memerdekakan hamba sahaya yang beriman dan jika (mangsa bunuh) itu dari kaum kafir yang ada perjanjian damai antara mereka dengan kamu, maka hendaklah (pembunuh) membayar diyat yang diserahkan kepada keluarga (mangsa bunuh) serta memerdekakan hamba sahaya yang beriman. Barangsiapa yang tidak memperolehinya hendaklah ia (pembunuh) berpuasa dua bulan berturut-turut untuk menerima taubat daripada Allah dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”  

Page 4: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

Selain membayar diat, pembunuh juga diwajibkan untuk membayar kaffarah berupa memerdekakan hamba. Namun jika tidak ada maka diganti dengan berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. 

Page 5: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah

Hukuman Bagi Jenayah Pembunuhan Menyerupai Sengaja

1) Hukuman asal bagi kesalahan ini ialah diyat seperti dalam kes pembunuhan sengaja dan hukuman kaffarah.2) Hukuman alternatif, bagi kesalahan ini dikenakankan ta’zir sebagai hukuman alternatif kepada hukuman diyat dan puasa sebagai alternatif bagi hukuman kaffarah.3) Hukuman ikutan (tab'iyyah), terdapat dua hukuman bagi kesalahan ini ialah haram menerima pusaka dan juga haram menerima wasiat. (Wahbah al-Zuhailiyy 1989: 6/ 317, 326)

Hukuman Bagi Kesalahan Pembunuhan Tidak Sengaja

1) Hukuman asal, hukuman bagi kesalahan ini adalah diyat sama seperti dalam kes yang terdahulu dan juga hukuman kaffarah.2) Hukuman alternatif, ialah memerdekakan hamba, tiada hukuman ta’zir dikenakan.3) Hukuman ikutan (tab’iyyah), iaitu haram menerima pusaka dan juga haram menerima wasiat. (Wahbah al-Zuhailiy 1989: 6/ 328, 330)

Page 6: Kesalahan yg dikenakan diyat&kaffarah