Kesihatan Mental

4
Kesihatan Mental 2012 Keluaran 9 KESIHATAN MENTAL .........…………… 1 PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL …. 2 SOAL SELIDIK MINDA SIHAT DASS …… 3 K K e e s s i i h h a a t t a a n n M M e e n n t t a a l l M M i i n n d d a a S S i i h h a a t t E E m m o o s s i i S S e e j j a a h h t t e e r r a a H H i i d d u u p p B B a a h h a a g g i i a a Hari Kesihatan Mental yang pertama disambut pada 10 Oktober 1992. Idea ini dicetuskan oleh Pertubuhan Kesihatan Mental Sedunia (World Federation of Mental Health). Matlamat utama Hari Kesihatan Mental diadakan adalah untuk membangkitkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan mental yang baik bagi menjamin kehidupan yang harmoni. Tema sambutan pada tahun ini menjurus kepada isu kemurungan masyarakat dunia iaitu ‘Depression: A global crisis and local challenges’. Isu Kemurungan diangkat pada Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia kerana kemurungan adalah satu penyakit yang memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia sejagat tidak kira bangsa dan negara, peringkat umur dan perbezaan jantina. Jika isu ini tidak diketengahkan kepada masyarakat dunia, ini akan memberi kesan yang buruk kepada kira-kira 350 million masyarakat dunia. Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia 2001 mengenai kesihatan mental menganggarkan menjelang 2020, penyakit kemurungan kronik akan menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung yang menyebabkan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat kehidupan seseorang. Tambahan lagi menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit kemurungan berada di tangga ke-3 dalam cause of the global burden of disease pada tahun 2004 dan dijangkakan akan berada di tangga pertama pada tahun 2030. Keadaan perubahan kehidupan sosial banyak menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan termasuk beberapa penyakit mental dan psikologi seperti penagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, ‘mental breakdown’, masalah rumah tangga dan juga masalah ibu atau bapa tunggal. Kesemua keadaan ini dikatakan menghasilkan tekanan mental, keadaan kemurungan (depression) dan juga kebimbangan (anxiety) dalam kalangan pekerja yang juga anggota masyarakat. Tips: Kesihatan Mental Yang Baik Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda: Selesa dengan diri sendiri Selesa dengan orang lain Selesa dengan persekitaran Dapat memenuhi tuntutan kehidupan Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik.

description

Kesihatan mental

Transcript of Kesihatan Mental

Page 1: Kesihatan  Mental

Kesihatan Mental

2012 Keluaran 9 KESIHATAN MENTAL .........…………… 1 PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL …. … 2 SOAL SELIDIK MINDA SIHAT DASS …… 3

KKeessiihhaattaann MMeennttaall MMiinnddaa SSiihhaatt EEmmoossii SSeejjaahhtteerraa HHiidduupp BBaahhaaggiiaa

Hari Kesihatan Mental yang pertama disambut pada 10 Oktober 1992. Idea ini dicetuskan oleh Pertubuhan Kesihatan Mental Sedunia (World Federation of Mental Health). Matlamat utama Hari Kesihatan Mental diadakan adalah untuk membangkitkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai penjagaan kesihatan mental yang baik bagi menjamin kehidupan yang harmoni. Tema sambutan pada tahun ini menjurus kepada isu kemurungan masyarakat dunia iaitu ‘Depression: A global crisis and local challenges’. Isu Kemurungan diangkat pada Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia kerana kemurungan adalah satu penyakit yang memberi impak yang besar dalam kehidupan manusia sejagat tidak kira bangsa dan negara, peringkat umur dan perbezaan jantina. Jika isu ini tidak diketengahkan kepada masyarakat dunia, ini akan memberi kesan yang buruk kepada kira-kira 350 million masyarakat dunia. Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia 2001 mengenai kesihatan mental menganggarkan menjelang 2020, penyakit kemurungan kronik akan menduduki tempat kedua selepas penyakit jantung yang menyebabkan punca utama ketidakupayaan di seluruh dunia dalam hayat kehidupan seseorang. Tambahan lagi menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit kemurungan berada di tangga ke-3 dalam cause of the global burden of disease pada tahun 2004 dan dijangkakan akan berada di tangga pertama pada tahun 2030. Keadaan perubahan kehidupan sosial banyak menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan termasuk beberapa penyakit mental dan psikologi seperti penagihan alkohol, penyalahgunaan dadah, ‘mental breakdown’, masalah rumah tangga dan juga masalah ibu atau bapa tunggal. Kesemua keadaan ini dikatakan menghasilkan tekanan mental, keadaan kemurungan (depression) dan juga kebimbangan (anxiety) dalam kalangan pekerja yang juga anggota masyarakat.

Tips: Kesihatan Mental Yang Baik Secara amnya anda mempunyai kesihatan mental yang positif jika anda:

Selesa dengan diri sendiri Selesa dengan orang lain Selesa dengan persekitaran Dapat memenuhi tuntutan kehidupan

Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik.

Page 2: Kesihatan  Mental

If you can’t find the energy to go for a walk today, then just stand

outside for a little while and get some fresh air.

If you can’t make a healthy meal for yourself, try to eat

a piece of fruit.

If you are finding yourself unable to

sleep, consider learning meditation or other

relaxation techniques.

If you are sleeping all of the time, consider ways to spend less time in bed.

These things will

not make your depression go away, but they may make your day feel a little

bit easier.

KKeessiihhaattaann MMeennttaall:: PPeennjjaaggaaaann SSeeppaannjjaanngg HHaayyaatt

Berikut adalah langkah-langkah penjagaan kesihatan mental yang baik: 1. Lakukan aktiviti senaman ringkas setiap hari. Senaman ringkas adalah

baik untuk kesihatan fizikal dan juga kesihatan mental. Rutin senaman ringkas dalam masa 10 – 20 minit sehari.

2. Menjaga rutin pemakanan harian. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi diet seimbang seperti sayur-sayuran & buah-buahan segar, protin dan makanan rendah lemak. “You is what you eat”

3. Tidur. Badan yang sihat, otak yang cerdas adalah hasil daripada rutin tidur yang seimbang. Dapatkan tidur yang berkualiti. Biar cukup tidur asalkan tidak terlampau.

4. Hindari dan kurangkan stress. Stress dengan kerja atau kehidupan seharian mampu meningkatkan kemurungan. Seimbangkan kerja anda dengan kehidupan seharian.

5. Teknik relaksasi. Belajar untuk relaks. Tidak semua perkara mampu untuk kita kawal. Teknik pernafasan dan meditasi adalah contoh terapi relaksasi yang membantu kawal stress dan depression.

6. Sokongan sosial. Ahli keluarga dan kawan-kawan adalah sokongan moral yang baik pada masa anda menghadapi stress/depression. Bina hubungan yang baik sesama ahli keluarga, rakan sekerja dan alam.

7. Rawatan. Bertindak dengan mendapatkan rawatan seawal mungkin jika anda kenalpasti gejala penyakit mental (kemurungan) melanda.

8. Alkohol. Kurangkan pengambilan alkohol dan seeloknya berhenti daripada minum alkohol.

9. Rancang & urus. Pengurusan masa dan kerja yang baik akan memudahkan pembahagian urusan kehidupan seharian.

TTHHIISS IISS

HHOOWW WWEE

CCAANN DDOO

Unit Psikologi Kaunseling Hospital Duchess of Kent

Sandakan

Info: Simptom biasa kemurungan

1. Kurang tumpuan dan fokus 2. Kurang yakin pada diri dan hilang semangat 3. Sering rasa bersalah dan berasakan diri tidak berguna 4. Berasa masa depan kelam dan tidak menentu 5. Cenderung untuk mencederakan diri atau bunuh diri 6. Tidur yang terganggu 7. Hilang selera makan

Page 3: Kesihatan  Mental

SOAL SELIDIK MINDA SIHAT

(DASS: Depression Anxiety Stress Scale)

DAS S 21 Nama: Tarikh: Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0,1,2 atau 3 bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan. Skala pemarkahan adalah seperti berikut:

0 - Tidak langsung menggambarkan keadaan saya 1 - Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya. 2 - Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya. 3 - Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya

1.

Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan

0 1 2 3

2. Saya sedar mulut saya terasa kering 0 1 2 3

3. Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali 0 1 2 3

4. Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan yang laju, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal)

0 1 2 3

5. Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan sesuatu perkara 0 1 2 3

6. Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan 0 1 2 3

7. Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan) 0 1 2 3

8. Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan cemas 0 1 2 3

9. Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri

0 1 2 3

10. Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan 0 1 2 3

11. Saya dapati diri saya semakin gelisah 0 1 2 3

12. Saya rasa sukar untuk relaks 0 1 2 3

13. Saya rasa sedih dan muram 0 1 2 3

14. Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan

0 1 2 3

15. Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas 0 1 2 3

16. Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan 0 1 2 3

17. Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu 0 1 2 3

18. Saya rasa yang saya mudah tersentuh/tersinggung 0 1 2 3

19. Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan)

0 1 2 3

20. Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah 0 1 2 3

21. Saya rasa hidup ini tidak bermakna 0 1 2 3

Page 4: Kesihatan  Mental

Bahagian: 2 (Pemarkahan) Sila isi Skala Pemarkahan (0,1,2 atau 3) yang telah dibulatkan ke dalam kotak Skala Pemarkahan yang bertanda (S1 … S21 = Soalan 1 … Soalan 21) yang berkenaan.

STRESS Soalan S1 S6 S8 S11 S12 S14 S18 Jumlah Skala

Markah

ANZIETI (KEBIMBANGAN)

Soalan S2 S4 S7 S9 S15 S19 S20 Jumlah Skala

Markah

DEPRESSION (KEMURUNGAN)

Soalan S3 S5 S10 S13 S16 S17 S21 Jumlah Skala

Markah

Selepas dijumlahkan, sila rujuk kepada petak skor saringan dan terjemahkan jumlah skor untuk mengetahui tahap status kesihatan mental anda.

SKOR SARINGAN

Kemurungan Anzieti Stress Normal 0 – 5 0 – 4 0 – 7 Ringan 6 – 7 5 – 6 8 – 9

Sederhana 8 – 10 7 – 8 10 – 13 Teruk 11 – 14 9 – 10 14 – 17

Sangat teruk 15 + 11 + 18 +

Bahagian : 3 (Keputusan Ujian DASS)

Isikan keputusan (normal, ringan, sederhana, teruk atau sangat teruk) dalam jadual di bawah.

Ujian Tahap

Stress

Anzieti

Kemurungan