Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

13

Transcript of Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Page 1: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...
Page 2: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...
Page 3: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 1

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

PENDEKATAN HOLISTIK MENDEPANI ISU

KESIHATAN MENTAL PASCA COVID-19

SHAFIYAH IQLIMA BINTI MOHD NADZRI

Page 4: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Isu kesihatan mental yang membawa kepada penyakit mental

seperti stres, kemurungan dan lain-lain lagi, semakin

meruncing pasca pandemik COVID-19. Penyakit mental

merupakan masalah kesihatan kedua terbesar selepas

penyakit jantung. Ia bukan sahaja melibatkan masyarakat

awam, malahan barisan hadapan serta pesakit COVID-19

turut terdedah dengan risiko masalah mental akibat penularan

wabak tersebut.

Buktinya, sehingga 11 November 2020, sebanyak 37,009

panggilan telah diterima dengan isu sokongan emosi yang

berkaitan aspek psikologi mencatatkan bilangan pemanggil

tertinggi iaitu sebanyak 19,729 panggilan (53.3%). Tidak

dinafikan Kerajaan hari ini telah melakukan pelbagai usaha

seperti kempen kesedaran kesihatan mental ‘Let’s Talk Minda

Sihat’, Program Minda Sihat Sekolah, menyediakan

perkhidmatan kesihatan mental di 1,001 klinik kesihatan di

seluruh negara dan banyak lagi.

Namun begitu, usaha-usaha ini dilihat masih belum menyelesaikan masalah utama kepada isu ini.

Peruntukan tambahan, peningkatan perkhidmatan psikososial dan penyusunan semula strategi

menjaga keselamatan barisan hadapan serta penghapusan stigma negatif dalam kalangan masyarakat

dan banyak lagi memerlukan penumpuan yang serius dari semua pihak.

Justeru, penulisan ini akan menyentuh beberapa golongan yang paling terkesan dari aspek psikologi

yang boleh mendorong kepada masalah penyakit mental akibat pandemik COVID-19, selain turut

merungkai setiap kelemahan dalam usaha yang telah dijalankan serta menyenaraikan beberapa

cadangan pendekatan yang holistik dalam mendepani isu kesihatan mental.

Golongan Paling Terkesan Dalam Aspek Psikologi Akibat

Pandemik COVID-19

1. Golongan Berpendapatan Rendah

Berdasarkan Laporan Keluarga di Pinggiran yang dikeluarkan oleh UNICEF 2021, masalah tekanan

mental dalam kalangan keluarga pendapatan rendah meningkat sehingga 27% pada Disember 2020

daripada 19% pada September 2020. Golongan ini lebih cenderung kepada masalah penyakit mental

disebabkan krisis ekonomi akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalah Pergerakan (PKP) di mana

sebahagian besar daripada mereka bekerja dalam sektor tidak formal seperti berniaga kecil-kecilan.

Perlaksanaan perintah tersebut turut menyebabkan perniagaan mereka mengalami kerugian bahkan

sesetengah daripada mereka langsung tidak mempunyai pendapatan sepanjang kawalan tersebut

dijalankan.

2. Golongan Petugas Barisan Hadapan

Petugas barisan hadapan adalah golongan yang paling banyak berurusan dengan orang ramai sama

ada di kalangan mereka yang dijangkiti COVID-19 mahupun tidak (Sapora Sipon, 2021). Perkara ini

jelas sekali memberi tekanan kepada kelompok ini yang bukan sahaja terdedah dengan risiko yang

Rajah 1: Jenis-jenis Penyakit Mental (Sumber Google, 2021)

Page 5: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 3

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

amat tinggi malah bebanan tugas akibat jangkitan COVID-19 yang mencecah ribuan orang setiap hari

turut membawa kepada tekanan yang melampau kepada golongan ini.

3. Golongan Pesakit COVID-19

Dr Andrew Mohanraj, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) menjelaskan bahawa

wujud pelbagai risiko yang akan dialami oleh pesakit COVID-19 mahupun bekas pesakit COVID-19,

antaranya adalah stigma dan diskriminasi sosial serta krisis ekonomi yang membawa kepada implikasi

negatif terhadap kesihatan mental mereka. Perkara ini sekaligus boleh meningkatkan kes bunuh diri

akibat tekanan perasan sebagaimana yang berlaku baru-baru ini apabila seorang warga emas yang

mengalami kemurungan dipercayai telah membunuh diri setelah disahkan positif COVID-19.

4. Golongan Pekerja dan Majikan

Lebih 400,000 penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan. Sejak 25 Mac

hingga 19 Oktober 2020, sebanyak 36,269 panggilan telefon telah diterima melalui Talian Sokongan

Psikososial bagi mendapatkan bantuan dan sokongan emosi. Pelbagai faktor yang membuatkan

masalah mental dalam kalangan pekerja dan majikan semakin serius terutama sepanjang pandemik ini

melanda antaranya pelaksanaan bekerja dari rumah yang mencetuskan suasana negatif akibat tidak

mampu mengimbangi antara urusan kerja dan aktiviti harian.

Usaha yang Telah Dijalankan

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh semua

pihak termasuk pihak kerajaan, badan-badan bukan

kerajaan serta masyarakat dalam mengekang isu

ini. Antara usaha drastik yang telah dijalankan

dalam mendepani pandemik COVID-19 ini adalah

dengan mewujudkan talian sokongan psikososial

dan perkhidmatan konsultansi yang boleh diakses

oleh semua golongan. Talian ini bukan sahaja

diwujudkan oleh pihak kerajaan, malah turut

berkolaborasi dengan NGO-NGO bagi meluaskan

lagi rangkaian ini. Namun begitu, terdapat beberapa

laporan mengatakan panggilan ini tidak dapat

menyelesaikan masalah pengadu akibat daripada

masalah komunikasi antara pengadu dan petugas.

Tambahan pula, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan pelbagai langkah bagi mengatasi masalah kesihatan mental

dalam kalangan pekerja dan majikan antaranya adalah dengan menerbitkan ‘Garis Panduan bagi

Pencegahan Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja’ sejak tahun 2001. Panduan ini menggariskan

tindak balas bersepadu terhadap permasalahan tekanan dan keganasan, yang sering kali wujud secara

serentak di tempat kerja. Namun, garis panduan tersebut tidak menyatakan jalan penyelesaian kepada

masalah tekanan mental pekerja yang bekerja dari rumah sedangkan perkara tersebut merupakan

situasi yang berlaku pada masa kini.

Selain daripada itu, pelaksanaan program berbentuk advokasi seperti panduan menangani tekanan

perasaan, aktiviti kekeluargaan secara maya dan panduan penjagaan kesihatan dibuat melalui

pelbagai medium seperti media sosial, elektronik dan cetak dalam menangani isu tekanan mental turut

Rajah 2: Perkhidmatan Kesihatan Mental (Sumber: Bernama, 2020)

Page 6: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

dijalankan dari semasa ke semasa. Bagaimanapun stigma negatif serta diskriminasi terhadap pesakit

mental masih belum berjaya dihapuskan.

Oleh itu, usaha-usaha ini memerlukan beberapa penambahbaikan dan perlu segera dilaksanakan

terutama dalam melalui cabaran pandemik COVID-19 yang membawa kepada peningkatan kes

tekanan mental hari demi hari.

Cadangan Penambahbaikan Usaha Penyelesaian Secara

Holistik

1. Penambahan Peruntukan

Isu kesihatan mental pasca pandemik mendesak semua pihak untuk melakukan perubahan secara

menyeluruh. Jika diteliti setiap kenyataan daripada pihak kerajaan, kebanyakan usaha masih dalam

perbincangan. Sebagai contoh isu penambahan petugas psikiatri masih dalam perancangan

sedangkan dalam tempoh pasca pandemik, masyarakat amat memerlukan satu jalan penyelesaian

secara drastik.

Namun begitu, tidak dinafikan setiap jalan penyelesaian memerlukan kepada peruntukan yang besar.

Berdasarkan Bajet 2021 yang telah dibentangkan, peruntukan kepada sektor kesihatan mental

hanyalah sebanyak dua peratus daripada jumlah keseluruhan bajet 2021. Peruntukan sebanyak itu

masih lagi tidak menzahirkan keseriusan Kerajaan dalam menangani masalah ini sedangkan isu

kesihatan mental pasca pandemik adalah satu perkara yang amat kritikal dan memerlukan komitmen

yang tinggi daripada Kerajaan.

Hal ini kerana, segala insentif seperti penambahan petugas psikiatri akan menelan bajet yang besar.

Begitu juga dengan usaha-usaha yang lain, turut memerlukan peruntukan yang besar dalam

memastikan usaha ini benar-benar mampu menyelesaikan masalah sehingga ke peringkat akar umbi.

Oleh itu, peruntukan tambahan bagi menyelesaikan masalah mental mampu memberi kesan secara

langsung dalam usaha mengurangkan masalah ini dari terus meningkat.

2. Perkemaskan Perkhidmatan Psikososial

Pemerkasaan kualiti perkhidmatan psikososial melalui peningkatan perjawatan bagi jawatan-jawatan

kritikal seperti jawatan kaunselor, pembantu psikologi, pakar psikologi dan pakar psikiatri amat

diperlukan. Isu bilangan psikiatri yang tidak mencukupi bukanlah satu isu baharu. Negara kita hanya

mempunyai seorang pakar psikiatri bagi setiap 100,000 orang sedangkan angka yang ditetapkan oleh

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah seorang pakar psikiatri bagi setiap 10,000 orang.

Lantaran itu, hanya sebilangan orang sahaja yang berjaya mendapatkan perkhidmatan kesihatan sosial

yang disediakan oleh Kerajaan. Justeru, terdapat keperluan terdesak untuk Kerajaan segera

meningkatkan sumber daya manusia, termasuk para profesional daripada bidang akademik atau

klinikal dan keupayaan infrastruktur untuk memenuhi keperluan masa kini khususnya dalam mendepani

penularan wabak ini yang memberi impak yang besar kepada kesihatan mental masyarakat.

Selain itu, perkhidmatan psikososial perlu dijalankan secara meluas lagi bagi mengesan mereka yang

berisiko dari peringkat awal dan dapat mengelakkan kejadian tidak diingini seperti bunuh diri berlaku.

Oleh itu, usaha Kerajaan dengan mewujudkan talian sokongan psikososial perlu diperkukuhkan lagi

dengan mewujudkan pusat krisis akut 24 jam yang lebih bersepadu di mana ia dapat berkomunikasi

secara langsung dengan perkhidmatan kesihatan mental serantau. Begitu juga dengan akses talian

Page 7: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 5

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

tersebut di kawasan terpencil perlu segera dipertingkatkan bagi merapatkan jurang perkhidmatan

dengan luar bandar.

Tambahan pula, Kerajaan juga sepatutnya membina rangkaian kesihatan mental yang lebih baik dalam

masyarakat bagi menjalankan kerja-kerja pemulihan dan pencegahan komuniti, serta meningkatkan

keupayaan pesakit untuk kembali kepada masyarakat. Justeru, bilangan klinik kesihatan dan pasukan

mudah alih untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan rumah kepada pesakit kesihatan mental juga

perlu ditambah dengan kadar segera.

3. Penghapusan Stigma dan Diskriminasi

Stigma dan diskriminasi terhadap seseorang sama ada pesakit COVID-19 mahupun bekas pesakit

virus tersebut adalah risiko kepada semua orang. Hal ini kerana berdasarkan kajian yang dikeluarkan

oleh WHO, stigma dan diskriminasi yang dilakukan membawa kesan trauma kepada masyarakat lain

untuk membuat rawatan ataupun ujian serta kurangnya kepatuhan orang ramai terhadap langkah

pencegahan termasuk pengasingan diri. Perkara ini boleh menyebabkan kes tidak dilaporkan sekaligus

membawa kepada lebih ramai yang terdedah dengan jangkitan dan tindakan kawalan menjadi lebih

sukar.

Malah, stigma negatif ini juga membawa kepada

tekanan dan trauma kepada pesakit mahupun

bekas pesakit. Terdapat kes di mana mereka

dicemuh dan dihina kerana pernah terkena

jangkitan virus tersebut menyebabkan ada dalam

kalangan mereka yang mengalami tekanan

perasaan sekaligus menjejaskan tahap kesihatan

mental mereka. Pesakit bukan sahaja derita

dengan penyakit tersebut malah turut

menghadapi tekanan perasaan dan mental.

Oleh itu, masyarakat dan semua pihak sama ada

mempunyai peranan penting dalam mencegah

dan menghentikan stigma sosial ini. Mereka

seharusnya menunjukkan tingkah laku yang memberi sokongan berkenaan penularan COVID-19 ketika

berkomunikasi di media sosial dan platform komunikasi lain.

Antaranya dengan menyebarkan fakta yang tepat dan releven. Hal ini kerana, kekurangan

pengetahuan berkenaan sesuatu perkara akan meningkatkan stigma sosial. Oleh yang demikian,

mengumpul, menyatukan dan menyebarkan maklumat yang tepat tentang kerentanan individu dan

kumpulan terhadap COVID-19, pilihan rawatan dan tempat untuk mengakses penjagaan kesihatan

amat penting sebagai usaha mengurangkan stigma dan diskriminasi ini. Hasilnya, maklumat yang

benar tentang para pesakit serta bekas pesakit COVID-19 yang sembuh dan tidak akan menjangkiti

masyarakat lain akan mula tersebar sekaligus menghilangkan kegusaran dan diskriminasi orang luar

terhadap mereka yang telah dijangkiti.

Selain itu, usaha Kementerian Kesihatan melaksanakan Program Kesihatan Mental Dan Sokongan

Psikososial bagi mengatasi stigma pesakit atau bekas pesakit COVID-19 masih belum menyeluruh.

Edaran infografik secara maya yang telah dilakukan di portal Kementerian serta di Facebook agar

masyarakat sedar bahawa stigma boleh memudaratkan emosi seseorang yang berkaitan juga masih

tidak mencapai ke akar umbi.

Rajah 3: Kempen Solidariti Tanpa Stigma (WHO) (Sumber: WHO,2020)

Page 8: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Oleh itu, penglibatan individu sosial yang memberi pengaruh seperti para pemimpin agama yang

dihormati atau pemimpin masyarakat setempat yang lain amat diperlukan. Kempen secara meluas

serta digandingkan dengan penglibatan individu yang berpengaruh akan memberi impak yang besar

dalam membasmi stigma negatif ini.

Sebagai contoh, Nigeria telah berjaya mengatasi wabak Ebola pada 2014 melalui penggunaan kempen

media sosial yang disasarkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan membetulkan mesej palsu

yang diedarkan di Twitter dan Facebook. Intervensi ini amat berkesan kerana para individu yang

memberi pengaruh dalam media sosial memainkan peranan yang besar dengan menggunakan

platform mereka untuk menghantar dan berkongsi maklumat serta pendapat sekaligus membawa

kepada satu impak penyebaran yang begitu meluas.

4. Perkemaskan Langkah dan Strategi Menjaga Kesihatan Mental Barisan

Hadapan

Realiti yang berlaku dalam kalangan frontliner

adalah mereka berhadapan dengan tugas yang

amat berat dan risiko jangkitan yang amat tinggi

sepanjang tempoh bertugas. Risiko ini bukan

sahaja melibatkan golongan perubatan malah

pasukan polis juga petugas barisan hadapan yang

berpotensi besar terdedah dengan wabak itu. Hal

ini kerana, mereka berada paling hampir dengan

rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitan.

Menurut Berita Harian (27 Januari 2021), faktor

kekurangan sokongan dan ketakutan berhadapan

kematian dan morbiditi adala (Andrew Mohanraj,

2020) (Afiezy Azaman, 2021)h penyumbang

masalah kesihatan mental petugas barisan hadapan. Tidak dinafikan, pihak kerajaan telah berusaha

menjaga kebajikan petugas barisan hadapan dengan pemberian one-off sebanyak RM500 kepada

semua barisan hadapan kesihatan manakala RM300 kepada barisan hadapan yang lain, namun

insentif ini masih belum mampu mengurangkan masalah mental golongan ini akibat risiko jangkitan

yang perlu dihadapi sepanjang menjalankan tugas.

Oleh itu, tekanan mental akibat kerisauan terhadap terdedahnya risiko jangkitan boleh dikurangkan

dengan memperkemaskan langkah dan strategi yang benar-benar dapat meminimakan jangkitan

kepada barisan hadapan akibat jangkitan daripada pesakit. Selain itu, melindungi petugas barisan

hadapan dengan menyediakan sokongan sosial, emosi dan keagamaan merupakan satu keutamaan

di mana ia boleh meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

5. Pengemaskinian Garis Panduan bagi Pencegahan Tekanan dan Keganasan

di Tempat Kerja Mengikut Situasi Semasa

Kerajaan telah menyediakan pelbagai langkah dalam mendepani masalah tekanan mental di tempat

kerja antaranya melalui Garis Panduan bagi Pencegahan Tekanan dan Keganasan di Tempat Kerja

sejak tahun 2001. Garis panduan ini menjelaskan pelbagai aspek merangkumi pendekatan inovatif

yang mana keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerja.

Walau bagaimanapun, garis panduan ini tidak menyatakan apa-apa langkah dalam mendepani cabaran

baharu terutama norma baharu bekerja dari rumah. Realitinya, isu masalah mental di kalangan pekerja

Rajah 4: Kepenatan ‘Frontliner’ (Sumber: Berita Harian, 2020)

Page 9: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 7

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

khususnya wanita banyak berlaku akibat tidak dapat mengimbangi urusan kerja dan kehidupan

seharian di mana kedua-duanya berlaku serentak dalam situasi yang agak mencabar tanpa sokongan

daripada ahli keluarga yang lain seperti suami dan anak-anak.

Oleh itu, pihak kerajaan disarankan agar garis panduan ini segera dikemaskini mengikut situasi semasa

kerana garis panduan sedia ada tidak merangkumi jalan penyelesaian kepada masalah tekanan mental

pekerja yang sebahagian besar terkesan akibat bekerja dari rumah.

6. Penghayatan Nilai Agama dalam Mengatasi Tekanan Mental

Di dalam Islam, elemen kerohanian yang tercela membawa kepada gangguan kejiwaan yang

ditonjolkan dalam bentuk marah, sedih, cemas, pilu, resah dan jiwa tidak tenteram untuk mengatasi

persoalan hidup. Gejala ini bukan sahaja memberi kesan kepada jiwa dan psikologi, malah turut

memberi impak buruk kepada kesihatan jasmani, mental dan tubuh badan. Sekiranya elemen ini

mempunyai masalah, maka ia seterusnya akan mempengaruhi tingkah laku dan perbuatan seseorang

sehingga membawa kepada tekanan dan kemurungan.

Ilmuwan dalam bidang agama menegaskan bahawa proses penyelesaian kepada masalah mental

boleh dilakukan melalui aspek kerohanian. Ia dilihat sebagai alternatif terbaik untuk merawat penyakit-

penyakit mental ini dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendirikan solat, bacaan zikir, doa-doa

lazim dan khusus, bermunajat dan melakukan amar ma’aruf sebagaimana yang digariskan oleh syariat

Islam. Kekuatan dalaman seseorang mampu menjamin kekuatan luaran sekaligus menzahirkan insan

yang sentiasa redha dan tawakkal dengan ujian yang mendatang. Sebagai contoh, jika seseorang

meletakkan elemen redha dan tawakkal, isu stigma negatif terhadap pesakit COVID-19, kegusaran

akibat terdedah dengan risiko jangkitan dan lain-lain lagi dapat dielakkan.

Selain itu, perkara-perkara yang bersifat negatif yang dihadapi seperti tekanan melampau (stress and

burnout), kerja yang tidak terjamin (job insecurity) dan pelbagai lagi aspek negatif berkaitan kehidupan

seharian mampu ditangani dengan bijak sekaligus kesejahteraan kendiri dapat dicapai dan tidak

dibelenggu dengan masalah tekanan mental. Oleh yang demikian, penghayatan nilai agama

sepatutnya dijadikan langkah utama dalam membendung isu masalah mental. Akar umbi kepada

kekuatan mental adalah melalui kekuatan jiwa dalaman seseorang.

Kesimpulan

Tuntasnya, isu kesihatan mental tidak sewajarnya terus dibiarkan sehingga ia menjadi suatu perkara

yang dipandang remeh oleh masyarakat. Apa yang lebih membimbangkan, masalah ini menjadi

semakin kritikal akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia bahkan ia semakin

menggusarkan dengan bertambahnya pelbagai golongan baharu seperti barisan hadapan, pesakit

serta bekas pesakit COVID-19 dan lain-lain lagi. Insentif-insentif yang telah mahupun sedang

dijalankan memerlukan penambahbaikan dan sesetengahnya tidak lagi releven dengan situasi semasa.

Oleh yang demikian, reformasi ke atas inisiatif tersebut sewajarnya segera dijalankan terutama sekali

apabila melibatkan penambahan peruntukan. Perkara ini wajar diberi perhatian serius daripada pihak

kerajaan bagi memastikan segala agenda berkait dengan kesihatan mental dapat dijalankan dengan

lancar. Sebagai contoh, bagi memperkasa kualiti perkhidmatan mental adalah melalui peningkatan

perjawatan bagi jawatan-jawatan kritikal seperti jawatan kaunselor, pembantu psikologi, pakar psikologi

dan pakar psikiatri yang jelas sekali akan menelan kos yang besar.

Selain itu, bagi memastikan isu kesihatan mental melibatkan golongan pekerja sama ada barisan

hadapan atau pun tidak seharusnya diselesaikan secara efektif. Strategi khusus bagi barisan hadapan

Page 10: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

serta penambahbaikan garis panduan sedia ada amatlah diperlukan. Meskipun begitu, segala usaha

ini seharusnya didasari oleh penghayatan agama yang kukuh sekaligus segala tekanan akibat tekanan

hidup, bebanan kerja, serta stigma masyarakat dapat diatasi secara menyelu

Page 11: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 9

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, Amin Al Haadi Shafie, Zuraina Ali, Noor Dahiah Sulhana Dzainal. (2020). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). Pengamalan Nilai Agama dalam Mengatasi Kemurungan Semasa Pandemik, 31-44.

Afiezy Azaman. (2021, Januari 22). Warga emas kemurungan positif COVID-19 dipercayai bunuh diri. Didapatkan dari Astroawani. com: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-kemurungan-positif-covid19-dipercayai-bunuh-diri-279291

Amer Siddiq Amer Nordin. (2020, Oktober 22). Malaysia perlu kekang masalah mental akibat COVID-19. Didapatkan dari Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/745005/malaysia-perlu-kekang-masalah-mental-akibat-covid-19

Andrew Mohanraj. (2020, Oktober 23). Pesakit Covid-19, individu dikuarantin perlu sokongan kesihatan mental. Didapatkan dari freemalaysiatoday.com: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/23/pesakit-covid-19-individu-dikuarantin-perlu-sokongan-kesihatan-mental-kata-persatuan/

Hajiji Noor. (2021, Januari 1). Covid-19: Henti stigma, sisih bekas pesakit. Didapatkan dari Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/117149/EDISI/Sabah-Sarawak/Covid-19-Henti-stigma-sisih-bekas-pesakit

Jamari Mohtar & Tam Mei Si. (2021, Januari 1). COVID-19, Status Sosioekonomi dan Kesihatan Mental Rakyat. Didapatkan dari Bernama: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1917460

MOH. (2020). COVID-19 Memasuki Gelombang Ke-3. Faktor-faktor Risiko yang Memperngaruhi Kesihatan Mental di Tempat Kerja, 19.

Muda, A. (2019, Mac 19). Penjawat awam tertekan, ada yang miliki kad psikiatri: Cuepacs. Didapatkan dari Berita Harian Online: https://www.sinarharian.com.my/article/18863/BERITA/Nasional/Penjawat-awam-tertekan-ada-yang-miliki-kad-psikiatri-Cuepacs

Munyatul Mushalli Saadon. (2021, Januari 24). Segera bertindak atasi tekanan, depresi. Didapatkan dari Berita Harian: https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/01/779536/segera-bertindak-atasi-tekanan-depresi

Muzamir, M. N. (2020, Disember 1). PARLIMEN: Inisiatif tangani krisis jiwa, mental. Didapatkan dari Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/760280/parlimen-inisiatif-tangani-krisis-jiwa-mental

Sapora Sipon. (2021, Januari 27). Ambil peduli kesihatan fizikal, mental petugas barisan hadapan. Didapatkan dari Berita Harian Online: https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/01/780318/ambil-peduli-kesihatan-fizikal-mental-petugas-barisan-hadapan

Page 12: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...

Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca COVID-19 | 10

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Thuaibah@Suaibah Abu Bakar, Siti Aisyah Panatik, Azlah Md. Ali, Maisarah Saat, Nor Shela Saleh, Sakinah Ab. Rahim. (2020). Journal Kemanusian. Sokongan Sosial Di Tempat Kerja Dan Kesihatan Mental Wanita Berkerjaya, 106.

WHO. (2000). Mental health and work: Impact, issues and good practices. The importance of work to an individual’s mental health, 15-17.

WHO. (2020). Menangani stigma dan diskriminasi sosial. Malaysia: WHO.

WHO. (2020). Stigma Guide. Panduan untuk mencegah dan menangani stigma sosial berkaitan COVID-19, 1.

Page 13: Pendekatan Holistik Mendepani Isu Kesihatan Mental Pasca ...