Kesihatan Mental Dan Sokongan Sosial

download Kesihatan Mental Dan Sokongan Sosial

of 1

Transcript of Kesihatan Mental Dan Sokongan Sosial

  • 8/14/2019 Kesihatan Mental Dan Sokongan Sosial

    1/1

    KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN SOSIAL

    DIKALANGAN ISTERI YANG DIDERA

    UKM-GUP-TKS-07-12-102

    Prof. Madya Dr Fatimah Yusooff

    Prof Dr Rohany Nasir

    Prof. Madya Zainah Ahmad Zamani

    Prof .Madya Asmawati Desa

    Dr. Fatimah Omar

    Cik Yasmin Othman

    Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia

    Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

    Universiti Kebangsaan Malaysia

    Bangi, Selangor

    ABSTRAK

    Kajian ini adalah untuk mengukur kesihatan mental dan sokongan sosial dikalangan isteri

    yang didera oleh suami di seluruh Malaysia. Kajian rintis telah dijalankan di Jabatan

    Agama Islam Pulau-Pinang yang melibatkan seramai 16 orang responden. Tujuan kajian

    rintis ini adalah untuk menguji ketekalan dalaman 4 alat ujian yang digunakan, iaitu

    Conflict test Scale, Beck Depression Inventory, Social Support Questionnaire dan

    Cognitive Emotion Regulation Questionnaire. Mengikut skala Alpha Cronbach, hasil

    ujian ketekalan dalaman untuk kempat-empat alat ujian ini melebih nilai .70. Kajian

    keseluruhannya akan dijalankan di seluruh Malaysia dan data akan diperolehi dari

    Jabatan Agama Islam, Balai Polis, Hospital dan juga Badan Bukan Kerajaan. Jumlah

    subjek secara keseluruhannya adalah dianggarkan seramai 100 orang.