kesimpulan

2
Kesimpulan Sebagai insan yang mempunyai pelbagai ragam dari segi sikap, minda, emosi, dan naluri, sewajarnya mempunyai kecenderungan untuk berubah atau berhijrah dari segi minda dan sikap ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Dengan kata lain, dalam membina organisasi yang gemilang, ia memerlukan satu penghijrahan atau perubahan minda dan sikap oleh setiap anggota dalam organisasi itu sendiri untuk mengamalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang diamalkan sekarang. Sebagaimana kita semua tahu, salah satu daripada aspek yang diterapkan dalam Sistem Saraan Malaysia ialah pembelajaran yang berterusan (life-long learning). Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap hari ada sahaja perkara baru yang dicipta atau pendekatan baru yang diketengahkan dalam apa jua bidang.Mereka yang leka dan selesa dengan kapasiti yang sedia ada tanpa berhasrat untuk mempelajari sesuatu yang baru pasti akan ketinggalan. Justeru, sikap ingin terus maju perlulah diamalkan oleh setiap daripada kita, seiring dengan perkembangan yang terus memacu di sekeliling kita. Melalui penggunaan segala sumber-sumber dan peluang yang telah ada dengan sepenuhnya dan melalui program latihan dan pembangunan kerjaya yang disediakan, tidak mustahil kecemerlangan diri dapat dicapai sekiranya setiap di antara kita sentiasa menanam dan menyalakan semangat ingin tahu, berfikiran rasional dan

description

kesimpulan

Transcript of kesimpulan

Kesimpulan

Sebagai insan yang mempunyai pelbagai ragam dari segi sikap, minda, emosi, dan naluri, sewajarnya mempunyai kecenderungan untuk berubah atau berhijrah dari segi minda dan sikap ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Dengan kata lain, dalam membina organisasi yang gemilang, ia memerlukan satu penghijrahan atau perubahan minda dan sikap oleh setiap anggota dalam organisasi itu sendiri untuk mengamalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang diamalkan sekarang. Sebagaimana kita semua tahu, salah satu daripada aspek yang diterapkan dalam Sistem Saraan Malaysia ialah pembelajaran yang berterusan (life-long learning).

Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap hari ada sahaja perkara baru yang dicipta atau pendekatan baru yang diketengahkan dalam apa jua bidang.Mereka yang leka dan selesa dengan kapasiti yang sedia ada tanpa berhasrat untuk mempelajari sesuatu yang baru pasti akan ketinggalan. Justeru, sikap ingin terus maju perlulah diamalkan oleh setiap daripada kita, seiring dengan perkembangan yang terus memacu di sekeliling kita. Melalui penggunaan segala sumber-sumber dan peluang yang telah ada dengan sepenuhnya dan melalui program latihan dan pembangunan kerjaya yang disediakan, tidak mustahil kecemerlangan diri dapat dicapai sekiranya setiap di antara kita sentiasa menanam dan menyalakan semangat ingin tahu, berfikiran rasional dan positif serta ingin berbakti kepada masyarakat amnya dan organisasi khususnya.

Dalam istilah kompetensi, kecenderungan perilaku yang positif seperti keinginan untuk menimba ilmu (desire for knowledge) dan berorientasikan kejayaan(achievement orientation) merupakan kayu pengukur terhadap tahap kompetensi seseorang. Selain daripada itu, setelah kita mencapai sesuatu kejayaan dan kemajuan,janganlah mudah berpuas hati dengan setakat pencapaian tersebut. Kita harus berusaha untuk menguruskan kejayaan berkenaan di samping terus mempertingkatkan lagi ke tahap yang lebih gemilang dan terbilang