KESIMPULAN FELDA.docx

2
KESIMPULAN Bagi melakukan segala yang dirancang adalah bukan mudah dalam membangunkan kawasan luar bandar. Tambahan lagi,dengan keadaan kawasan luar bandar yang terpencil dan kurangnya kemudahan asas. Tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapai matlamat dan objektifnya. Apa yang penting ialah penglibatan dan komitmen semua pihak bagi membangunkan perkembangan kawasan luar bandar. Sehingga kini, FELDA telah membuka dan membangunkan beberapa buah kawasan baru yang sesuai dijadikan sebagai kawasan pertanian,perladangan dan penempatan contohnya, FELDA Tekam (Pahang), Trolak (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan lain-lain kawasan yang terlibat. FELDA amat berperanan dalam menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah, memajukan pelbagai sektor di kawasan dimana FELDA projek pembangunan tanah atau kawasan dilaksanakan,melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan pertanian, membantu dalam menyelaraskan kegiatan sosial dalam kawasan FELDA, dan mengalakkan serta membantu penyiasatan perlaksanaan projek bagi pembangunan dan penempatan FELDA. Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan pendalaman menyebabkan membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi dan sosial serta membawa kepada kestabilan politik Negara pada masa kini. Hal ini dapat dilihat dengan adanya Akta Tanah ( Kawasan Penempatan Berkelompok) yang bertujuan untuk membolehkan pembukaan tanah dan penempatan penduduk dilaksanakan secara teratur dan terkawal. FELDA mempunyai pelbagai peranan dalam membangunkan kawasan rancangan bagi menaiktaraf kemudahan infrastuktur,pendidikan,ekonomi penduduk rancangan dan sebagainya. Hal ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda di tanah rancangan dan generasi baru ini tidak keluar berhijrah ke bandar dengan mencari pekerjaan yang lebih baik. Pembangunan kawasan luar Bandar dapat dilihat melalui

Transcript of KESIMPULAN FELDA.docx

Page 1: KESIMPULAN FELDA.docx

KESIMPULAN

Bagi melakukan segala yang dirancang adalah bukan mudah dalam membangunkan

kawasan luar bandar. Tambahan lagi,dengan keadaan kawasan luar bandar yang terpencil

dan kurangnya kemudahan asas. Tetapi adalah tidak mustahil untuk mencapai matlamat

dan objektifnya. Apa yang penting ialah penglibatan dan komitmen semua pihak bagi

membangunkan perkembangan kawasan luar bandar. Sehingga kini, FELDA telah

membuka dan membangunkan beberapa buah kawasan baru yang sesuai dijadikan sebagai

kawasan pertanian,perladangan dan penempatan contohnya, FELDA Tekam (Pahang),

Trolak (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan lain-lain kawasan yang terlibat.

FELDA amat berperanan dalam menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan

tanah, memajukan pelbagai sektor di kawasan dimana FELDA projek pembangunan tanah

atau kawasan dilaksanakan,melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan

pertanian, membantu dalam menyelaraskan kegiatan sosial dalam kawasan FELDA, dan

mengalakkan serta membantu penyiasatan perlaksanaan projek bagi pembangunan dan

penempatan FELDA. Pembangunan tanah dan pembangunan penempatan di kawasan

pendalaman menyebabkan membawa kepada perkembangan pembangunan ekonomi dan

sosial serta membawa kepada kestabilan politik Negara pada masa kini. Hal ini dapat dilihat

dengan adanya Akta Tanah ( Kawasan Penempatan Berkelompok) yang bertujuan untuk

membolehkan pembukaan tanah dan penempatan penduduk dilaksanakan secara teratur

dan terkawal.

FELDA mempunyai pelbagai peranan dalam membangunkan kawasan rancangan

bagi menaiktaraf kemudahan infrastuktur,pendidikan,ekonomi penduduk rancangan dan

sebagainya. Hal ini dapat memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda di tanah

rancangan dan generasi baru ini tidak keluar berhijrah ke bandar dengan mencari pekerjaan

yang lebih baik. Pembangunan kawasan luar Bandar dapat dilihat melalui pelbagai

sumbangan yang telah dilaksanakan oleh FELDA bagi penduduk luar Bandar sama ada

dari segi skonomi atau sosial. Antara sumbangan FELDA dengan membelanjakan sejumlah

RM10.4 billion bagi perbelanjaan pembangunan contohnya dengan menaiktarafkan

kemudahan, membaiki masijd,klinik,sekolah dan sebagainya. Melalui sumbangan

pendidikan pula FELDA telah membina Maktab Renda Sains Mara Felda yang terletak di

Trolak,Perak. Dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan di kawasan FELDA ini telah

membangunkan lagi kawasan luar Bandar atau tanah rancangan. Perkembangan ini akan

menyebabkan kawasan luar bandar akan terus maju dan dapat bersaing dengan kawasan

bandar serta meningkatkan lagi produktivit pengeluaran hasil tanah rancangan.