KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN...

22
KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR SHAREENDER KAUR MUKHTAR SINGH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN...

Page 1: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS

DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR

SHAREENDER KAUR MUKHTAR SINGH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN

PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya SHAREENDER KAUR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB 9, LORONG BUKIT KAYA 8, (Nama Penyelia) TAMAN BUKIT KAYA, 01000 KANGAR, PERLIS. Tarikh: 11 MARCH 2004 Tarikh: 11 MARCH 2004

Page 3: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

KEUPAYAAN SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM

MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI

KALANGAN PELAJAR KURANG UPAYA DI NEGERI JOHOR

SHAREENDER KAUR MUKHTAR SINGH

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan

( KEJURUTERAAN AWAM )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MARCH 2004

Page 4: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )”.

Tandatangan :…… …………………

Nama Penyelia : EN. AZLAN BIN ABDUL LATIB

Tarikh : 11 MARCH 2004

Page 5: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

iii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : …………… ………………………..

Nama Penulis : SHAREENDER KAUR A/P MUKHTAR SINGH

Tarikh : 11 MARCH 2004

Page 6: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

iv

DEDIKASI

Kepada,

ayahku Mukhtar Singh dan ibuku Pinky Kaur yang tidak pernah penat memberi

dorongan dan semangat yang berterusan.

Adik-adikku Shalinder Kaur, Amrik Singh dan Manjeet Singh serta ahli-ahli

keluargaku yang lain di atas segala sokongan dan pengorbanan yang kalian sumbangkan.

Buat teman seperjuanganku Harjeet Singh, Gurmit Kaur, Sukhveer Kaur dan Mohana,

serta semua warga keluarga SPA,

segala bantuan yang kalian hulurkan tidak akan kulupakan.

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita sekeluarga…..

Page 7: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

v

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya saya telah

berjaya menyiapkan kertas projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam). Saya

ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

pensyarah pembimbing iaitu En. Azlan Abdul Latib kerana sudi meluangkan masa dan

memberi nasihat untuk keseluruhan kertas projek ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah

menjadi responden kepada kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan kepada kakitangan

Jabatan Pendidikan Negeri Johor yang telah membantu saya dalam mendapatkan

maklumat bagi menyiapkan kertas projek ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua pihak

yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kertas projek

penyelidikan ini.

Sekian terima kasih.

Page 8: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

vi

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk

melihat keupayaan sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses

pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya di negeri Johor. Kajian

ini melibatkan 63 orang responden iaitu guru yang mengajar di keempat-empat buah

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas di negeri Johor. Satu soal selidik yang

mengandungi bahagian A iaitu tentang latar belakang responden dan bahagian B dengan

jumlah 42 item soalan yang berhubung dengan kemahiran, aktiviti-aktiviti sampingan,

kaedah pengajaran dan motivasi telah diedarkan kepada responden. Data-data yang

dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statististical Package for the

Social Science Version 11.5) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi

menjawab setiap persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini. Kajian

menunjukkan bahawa sekolah berupaya dalam menerapkan proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya. Dapatan kajian menunjukkan sekolah

berupaya dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kemahiran,

aktiviti-aktiviti sampingan, kaedah pengajaran guru dan bentuk motivasi.di kalangan

pelajar kurang upaya. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk membantu pihak-

pihak yang berkenaan dalam membantu menerapkan proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

Page 9: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

vii

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to observe the ability of the special

primary schools into teaching and learning process for the students in Johor. 63

respondents participated in this research. A set of questionnaire with two sections A

comprised about the respondents background and B comprised of 42 items regarding

skills, activities, teaching method and motivation were distributed to each of the

respondents. Data collected were analyzed using SPSS (Statistical Package for the

Social Science Version 11.5) to obtain the frequencies, percentages and means in order

to achieve the objectives of this research. The results of this research show that

generally the school have a good ability into teaching and learning process among the

students. However, according to the research result, the school have a good teaching and

learning process in skills, activities, teaching method and motivation among the

students. Some suggestions were suggested to improve the effectiveness of the teaching

and learning process applied and it is hoped that these suggestions will benefits readers.

Page 10: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Halaman Judul i

Pengesahan Penyelia ii

Halaman Pengakuan iii

Halaman Dedikasi iv

Halaman Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Halaman Kandungan viii

Halaman Senarai Jadual xiv

Halaman Senarai Lampiran xv

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

Page 11: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

ix

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan dan Skop Kajian 9

1.8 Definisi Terminologi 9

1.8.1 Guru 10

1.8.2 Penerapan 10

1.8.3 Kemahiran 11

1.8.4 Kaedah Pengajaran 11

1.8.5 Motivasi 11

1.9 Penutup 13

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Latar Belakang Pendidikan Khas 15

2.3 Matlamat dan Objektif Pendidikan Khas

2.3.1 Matlamat Pendidikan Khas 16

2.3.2 Objektif Pendidikan Khas 18

2.4 Kurikulum 19

2.4.1 Objektif Kurikulum 20

2.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran 21

2.6 Kemahiran 22

Page 12: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

x

2.7 Aktiviti-aktiviti 23

2.8 Kaedah Pengajaran 23

2.9 Motivasi 24

2.10 Kajian Lepas 26

2.11 Penutup 27

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Bahagian A 32

3.5.2 Bahagian B 32

3.6 Kajian Rintis 34

3.6.1 Kesahan 34

3.6.2 Kebolehpercayaan 35

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 36

3.9 Penutup 38

Page 13: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Bahagian A 40

4.3 Analisis Bahagian B 44

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 45

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 48

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 51

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 55

4.4 Kesimpulan 57

4.5 Penutup 59

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Rumusan 60

5.2 Perbincangan 64

5.3 Cadangan 70

5.3.1 Guru 70

5.3.2 Pihak Sekolah 71

Page 14: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

xii

5.3.3 Jabatan Pendidikan Negeri dan 72

Jabatan Pendidikan Khas

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 72

5.5 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN A HINGGA F 79 - 95

Page 15: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

xiii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Jadual Item-item Soalan yang Akan Diberikan

kepada Responden.

32

3.2 Jadual Taburan Kandungan Soal Selidik Bahagian B 33

3.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Nilai Min 35

3.4 Pemeringkatan Skala Lima Mata. 36

4.1 Bilangan Responden Mengikut Sekolah 38

4.2 Bilangan Pelajar Kurang Upaya Mengikut Sekolah. 39

4.3 Kategori. 39

4.4 Jantina 40

4.5 Umur. 40

4.6 Bangsa. 41

4.7 Taraf Pendidikan. 42

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Kemahiran yang Diajar di Sekolah.

43

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Aktiviti-aktiviti Sampingan yang Disediakan.

47

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Kaedah Pengajaran yang Kerap Diaplikasikan oleh

Guru di Sekolah.

50

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Min Bagi

Bentuk Motivasi yang Dapat Diberikan oleh Guru.

53

4.12 Taburan Purata Min 56

Page 16: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat jika

dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain. Sejak mencapai

kemerdekaan sehingga sekarang kerajaan telah memberi tumpuan yang utama dan

peruntukan yang besar untuk pembangunan pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan

telah memberi sumbangan yang sangat bernilai kepada pembangunan sosial, ekonomi

dan politik negara. Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Malaysia, secara fizikalnya

telah mencapai tahap kemajuan yang baik iaitu daripada dasar dan polisi pendidikan

yang pragmatik untuk mencapai matlamat dan wawasan negara.

Pendidikan merupakan proses menolong dan memajukan pertumbuhan dan

perkembangan seseorang individu daripada semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi,

sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan untuk memperkembangkan

individu supaya hidup dengan sempurna serta memperkembangkan bakat-bakatnya

Page 17: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

2

untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi seorang ahli masyarakat yang berguna

(Ee Ah Meng, 1989).

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan

perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang dengan menukar pola tingkahlaku

manusia (Atan Long, 1978). Menurut Sheal (1994), proses pengajaran dan

pembelajaran merupakan proses mental dan fizikal yang membawa perubahan dalam

setiap tingkahlaku pelajar. Kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran yang

signifikan adalah daripada apa yang harus seseorang guru itu lakukan iaitu melalui

tindakan dan pemerhatian. Pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh

mempamerkan sesuatu yang baru samada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau

kemahiran (Honey dan Mumford, 1992).

Didapati bahawa pendidikan khas merupakan salah satu daripada cabang

pendidikan yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan

Khas, yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang menghadapi

masalah dalam penglihatan, pendengaran dan pembelajaran. Program pendidikan ini

dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi di sekolah biasa.

Selain itu, terdapat juga sekolah-sekolah menengah khas aliran vokasional yang

menyediakan mata pelajaran seperti seni grafik, muzik, pertukangan perabot,

keusahawanan dan fisioterapi bagi pelajar kurang upaya (Jabatan Pendidikan Khas,

1998).

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap orang kanak-

kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Perbezaan ini

disebabkan kerana wujudnya berbagai-bagai keperluan pendidikan dan pendidikan khas

mestilah memenuhinya supaya setiap kanak-kanak dapat berfungsi sedaya upaya mereka

(Chua, 1992). Setiap kanak-kanak dengan kecacatan mempunyai hak yang sama bagi

menyatakan kehendaknya terhadap pendidikan dan ibu bapa mereka mempunyai hak

Page 18: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

3

untuk menentukan jenis pendidikan yang sesuai bagi anak mereka (Dakar Frame Work

for Action, 2000).

Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan pelajar luar biasa atau istimewa dari

segi intelek, jasmani, sosial ataupun emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan

penyuburan biasa sehingga mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada

rancangan sekolah biasa. Pendidikan khas diperlukan agar dapat memperkembangkan

lagi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani di kalangan pelajar kurang upaya.

Pendidikan khas disediakan untuk kanak-kanak seperti cacat pendengaran, cacat

penglihatan, terencat akal, cacat fizikal dan termasuk pelajar yang pintar cerdas (Chua

Tee Tee, 1998).

Pendidikan khas menyediakan pengajaran dan pembelajaran untuk menolong

pelajar-pelajar kurang upaya yang menghadapi masalah pembelajaran dalam menguasai

sesuatu kemahiran melalui pendekatan, motivasi, bahan-bahan pelajaran serta aktiviti-

aktiviti yang alternatif. Seseorang guru yang mengajar dalam kelas khas menggunakan

pendekatan serta kaedah yang berlainan daripada guru-guru yang lain yang mengajar di

sekolah biasa (Ee Ah Meng, 1998). Sebagai contohnya, guru mengajar pelajar yang

mempunyai masalah penglihatan membaca dengan menggunakan cara Braille.

Oleh itu, golongan pelajar kurang upaya yang diserapkan ke dalam program khas

ini perlu melalui pelbagai peringkat penapisan sebelum disahkan layak Golongan

pelajar yang tidak mencapai kelayakan tidak akan diterima masuk. Hanya kanak-kanak

yang boleh diajar, belajar dan berpotensi belajar dipertimbangkan. Selain daripada itu,

persetujuan daripada ibu bapa pelajar-pelajar yang bermasalah dikenalpasti dan

ditempatkan di sekolah pendidikan khas.

Page 19: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

4

1.2 Latar belakang Masalah

Di Malaysia, setiap kanak-kanak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan

yang sewajarnya. Pendidikan ini menitikberatkan aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,

sosial, bakat dan nilai-nilai moral dan estetika. Selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan iaitu Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha berterusan untuk

melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu

merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai

seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan

Falsafah Pendidikan Negara (Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor).

Tulang belakang kepada cabang pendidikan khas ialah kecekapan dan dedikasi

di kalangan kakitangan profesionalnya. Guru-guru yang mengajar pelajar kurang upaya

ini memerlukan latihan yang khas serta mempunyai kelayakan perguruan yang asas

untuk mengajar kanak-kanak normal, bermotivasi dan kreatif dalam membantu pelajar

kurang upaya ini. Masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengendalikan

pendidikan khas ini ialah strategi dalam menerapkan pengajaran dan pembelajaran yang

efektif untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mereka.

Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) Jilid 41, no. 26, Tambahan No. 94, Perundangan yang berkuatkuasa pada 1

Januari 1998 di Bahagian II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum

Pendidikan Khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau

pembelajaran, masa bagi aktiviti dan suasana aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Bagi menghasilkan pengajaran yang baik keupayaan guru penting untuk

merangsangkan murid supaya menimbulkan minat mereka bagi melibatkan diri di dalam

proses pembelajaran, di samping mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses

pemikiran serta mengekalkan konsep tersebut. Sifat sahsiah guru akan mempengaruhi

Page 20: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

5

kesan pengajarannya iaitu sejauh mana penglibatan diri seseorang guru itu terhadap

perkembangan inteleknya (Atan Long, 1976). Proses pembelajaran merupakan sesuatu

yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan

aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar (Brophy, 1998).

Pendidikan Khas bertujuan membantu dan merancang persekitaran pembelajaran

yang berkesan serta dapat memenuhi keperluan-keperluan para pelajar kurang upaya

dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang paling efektif

serta pengawasan yang teliti terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar ini. Aspek

pengajaran berkait rapat dengan tujuan guru sebagai penyampai ilmu dan keberkesanan

dalam pengajaran. Guru pendidikan khas perlu mempunyai asas dalam menimbang

kegunaan beberapa pendekatan pengajaran yang dapat menerapkan proses pengajaran

dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

Salah satu rintangan yang dihadapi oleh golongan kurang upaya ini adalah

berkaitan dengan tahap pembelajaran yang diperlukan bagi membolehkan mereka

mendapat penguasaan sepenuhnya. Oleh itu, institusi latihan pembelajaran, institusi

latihan vokasional dan latihan kemahiran menyediakan peluang yang sama dengan

mengadakan kemudahan dan program yang sesuai untuk golongan ini supaya

berpeluang dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam penerapan proses pengajaran

dan pembelajaran.

Persoalan yang timbul di sini, adakah sekolah kebangsaan pendidikan khas

mampu dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar

kurang upaya. Sehubungan itu, penulis membuat satu kajian untuk melihat keupayaan

sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

Page 21: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

6

1.3 Pernyataan masalah

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat keupayaan guru di sekolah

kebangsaan pendidikan khas dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di

kalangan pelajar kurang upaya di Negeri Johor. Empat buah sekolah kebangsaan

pendidikan khas yang dipilih iaitu Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Elizabeth,

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Johor Bahru, Sekolah Kebangsaan Pendidikan

Khas Batu Pahat dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Muar.

1.4 Objektif kajian

Secara umumnya, kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk melihat

keupayaan guru di sekolah kebangsaan pendidikan khas dalam membantu menerapkan

proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya di negeri Johor.

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah menjurus kepada beberapa perkara berikut:-

(i) Mengenalpasti kemahiran yang dipelajari di sekolah dapat dikuasai oleh pelajar

kurang upaya.

(ii) Mengenalpasti aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan untuk pelajar kurang

upaya.

(iii) Mengenalpasti kaedah pengajaran yang kerap diaplikasikan oleh guru di sekolah

dalam menerapkan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya.

(iv) Mengenalpasti bentuk motivasi yang dapat diberikan kepada pelajar kurang

upaya di sekolah.

Page 22: KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN … · KEUPAYAAN GURU DI SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS DALAM MENERAPKAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI ... tesis ini perlu

7

1.5 Persoalan kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, pengkaji membina persoalan spesifik yang

ingin dikaji untuk melihat sama ada guru di sekolah kebangsaan pendidikan khas

membantu dalam menerapkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan pelajar

kurang upaya. Berikut merupakan persoalan asas dalam proses pengkaji menjalankan

kajian:-

(i) Adakah kemahiran yang diajar oleh guru di sekolah dapat dikuasai oleh pelajar

kurang upaya?

(ii) Apakah aktiviti-aktiviti sampingan disediakan oleh guru untuk pelajar kurang

upaya?

(iii) Apakah kaedah pengajaran yang kerap diaplikasikan oleh guru di sekolah dalam

menerapkan pembelajaran di kalangan pelajar kurang upaya?

(iv) Apakah bentuk motivasi yang dapat diberikan oleh guru kepada pelajar kurang

upaya di sekolah?