KKD_2063

download KKD_2063

of 19

Transcript of KKD_2063

  • 8/6/2019 KKD_2063

    1/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

    KAMPUS INDUK,

    11800 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,

    PULAU PINANG.

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    TAJUK :

    PANDANGAN ISLAM MAMPU MENANDINGI PANDANGAN ABRAHAM MASLOW

    NAMA : NORA ISHAH BINTI IBRAHIM 700802025662 PPG/20370/11

    PENGAJIAN : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

    PENSYARAH : DR. SHAHABUDIN BIN HASHIM

    T. SERAHAN : 28 MEI 2011

  • 8/6/2019 KKD_2063

    2/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Definisi Psikologi m/s 1-2

    1.2 Sejarah Psikologi m/s 2-4

    2.0 DARI SUDUT PANDANGAN ABRAHAM MASLOW m/s 4-6

    3.0 DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM m/s 7-8

    3.1 Pendekatan Al-Ghazali m/s 9-10

    4.0 PERBEZAAN PANDANGAN ISLAM DENGAN

    PANDANGAN ABRAHAM MASLOW m/s 10-15

    5.0 KESIMPULAN m/s 15

    BIBLIOGRAFI m/s 16

  • 8/6/2019 KKD_2063

    3/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    1.0 PENGENALAN

    1.1 Definisi Psikologi

    Pengertian psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran,

    terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan

    perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan

    memahami sifat manusia. Psikologi berasal daripada perkataan Greek purba iaitu

    Psyche dan Logos. Psyche membawa maksud jiwa, manakala Logos pula

    membawa maksud kajian mengenai sesuatu.

    Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula, ia menafsirkanpsikologi sebagai kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya

    berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan perlakuan

    seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat

    manusia. Pengertian psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran,

    terutamanya berhubung dengan perlakuan manusia dan haiwan; pola pemikiran dan

    perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan

    memahami sifat manusia.

    Berikut pula adalah beberapa contoh definisi psikologi yang ditafsirkan oleh

    beberapatokoh:

    Satu cabang penyiasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti. (William, 1960).

    Psikologi adalah sains tingkah laku. (Wittaker, 1970).

    Satu kajian yang sistematik terhadap tingkah laku dan mental seseorang. (Henry

    L.Roediger,1984).

    Kajian sistematik tentang tingkah laku manusia dan pengalaman manusia. (Kalat,

    1999).

    Psikologi merupakan satu kajian saintifik untuk mengkaji bagaimana pemikiran

    manusia bekerja dan bagaimana pemikiran tersebut mempengaruhi tingkah laku

    atau mempengaruhi sikap seseorang itu terhadap sesuatu tingkah laku. (Cambridge

    International Dictionary of English m.s. 383).

  • 8/6/2019 KKD_2063

    4/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    Psikologi merupakan satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik

    tingkah laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri,

    potensi, kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan

    persekitaran sosial. Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology of

    Human Growth and Development psikologi mengkaji tingkah laku manusia dengan

    menggunakan data dan prinsip yang telah dihimpunkan dengan teliti.

    Davidoff (1976) menjelaskan bahawa psikologi adalah kajian saintifik tentang

    tingkah laku manusia atau haiwan secara nyata atau selindung. Kajian secara nyata

    (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau

    diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari, bagaimana mereka

    belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian selindung (covert) adalah kajian

    tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Menurut

    Fantino (1974) psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti ingatan,

    mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan.

    1.2 Sejarah Psikologi

    Sejarah psikologi mempunyai beberapa aliran :

    1.2.1 ALIRAN INTERAKSIONAISME

    Aliran ini memperkatakan tentang manusia terdiri daripada gabungan pemikiran

    dan badan atau jasad dan roh. Konsep ini menentang pendapat dualisme, iaitu

    manusia terdiri daripada jasad yang terpisah daripada roh.

    1.2.2 ALIRAN EMPIRISME

    Aliran ini mengemukakan konsep tabula rasa iaitu jiwa manusia kosong semasa

    dilahirkan.

    1.2.3 ALIRAN STRUKTURALISME

    Aliran ini menumpukan kajian kepada pengalaman sedar, iaitu mengkaji apa

    yang boleh dinyatakan oleh seseorang di dalam pengalaman sedarnya. Tiga

  • 8/6/2019 KKD_2063

    5/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    komponen utama pengalaman sedar iaitu sensasi, imej dan afeksi. Sensasi meliputi

    penglihatan, bunyi, bau, rasa dan pemerasaan. Imej pula merupakan pengalaman

    yang tidak wujud seperti ingatan mengenai seseorang atau peristiwa. Manakala

    afeksi meliputi reaksi emosional seperti cinta, kasih sayang, bahagia dan cemburu.

    1.2.4 ALIRAN FUNGSIONALISME

    Aliran ini mengkaji bagaimana manusia menggunakan mindanya untuk berfikir

    dan menghasilkan tingkah laku. Mereka juga berpendapat proses mental adalah

    sentiasa aktif dan berterusan. Fahaman ini dipengaruhi oleh teori evolusi manusia

    yang dikemukakan oleh Darwin dan falsafah pragmatisme iaitu pemikiran yang

    berdasarkan praktikal bukan teori.

    1.2.5 ALIRAN BEHAVIOURISME

    Aliran ini menjalankan kajian ke atas haiwan seperti tikus, kucing dan anjing.

    Prinsip pembelajaran atau tingkah laku yang diperoleh melalui kajian ini akan cuba

    diaplikasi kepada pembelajaran manusia. Aliran ini juga memfokus kajian kepada

    tingkah laku manusia dan menolak aspek kerohanian. Aliran behaviorisme

    dipengaruhi kuat oleh aliran falsafah logik positif. Aliran falsafah logik

    mengemukakan pendapat bahawa semua ilmu atau penge3tahuan perlu disahkan

    melalui cara yang empirikal atau pemerhatian yang sistematik. Konsep kritikal yang

    dikemukakan oleh aliran ini ke dalam ilmu psikologi ialah definisi operasional.

    1.2.6 ALIRAN PSIKOLOGI GESTALT

    Aliran ini berpendapat manusia mempersepsi dunia di dalam bentuk satu

    keseluruhan atau gestalt. Gestalt ialah daripada perkataan Jerman iaitu gestalten

    yang boleh diertikan sebagai keseluruhan atau pola atau teorganisasi.

    1.2.7 ALIRAN HUMANISTIK

    Aliran ini menekankan cara fikiran, pengamatan serta interpretasi seseorang

    individu tentang sesuatu peristiwa atau kejadian. Contohnya kalau seseorang ingin

  • 8/6/2019 KKD_2063

    6/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    mencapai kecemerlangan di dalam hidup, dia hendaklah bertindak atau berusaha ke

    arah pencapaian matlamat hidupnya.

    1.2.8 ALIRAN KOGNITIVISME

    Aliran ini mengkaji pemikiran manusia, persepsi dan penanggapan, kognisi,

    metakognisi, kemahiran berfikir kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan

    lain-lain.

    1.2.9 ALIRAN KONSTRUKTIVISME

    Aliran ini mengambil kira bagaimana individu membina kefahaman terhadapbahan yang mereka pelajari. Aliran ini menekankan peranan aktif pelajar semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran.

    2.0 DARI SUDUT PANDANGAN ABRAHAM MASLOW

    Psikologi telah didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Apakah yang

    mempengaruhi tingkahlaku seseorang adalah naluri, keperluan, desakan dan

    motivasi.

    Keperluan ialah kehendak manusia untuk mempersembahkan keadaaan

    kekurangan manusia untuk mempersembahkan keadaan kekurangan, gangguan

    dan ketidak bimbangan dalam dirinya. Secara umumnya, keperluan manusia boleh

    diklasifikasikan kepada kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.

    Keperluan fisiologi merupakan merupakan keperluan asas yang lahir daripada

    kekurangan organik seperti keperluan makanan dan minuman, oksigen kepuasan

    deria, tidur dan rehat dan pembuangan.

    Manakala keperluan psikologi merupakan keperluan sekunder yang dilahir

    daripada perhubungan dan interaksi di antara orang dalam pelbagai persekitaran.

    Keperluan sekunder meliputi keperluan keselamatan, kasih sayang, penghargaan

    kendiri, kesempurnaan kendiri serta keperluan maklumat dan keperluan estetika.

    Abraham Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi

    keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder.

  • 8/6/2019 KKD_2063

    7/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    Maslow juga menerangkan tentang motivasi yang berasaskan keperluan, di

    mana apabila keperluan sesuatu peringkat dipenuhi, keperluan pada peringkat yang

    lebih tinggi pula akan muncul. Hieraki keperluan Maslow menggunakan teori untuk

    menerangkan motivasi manusia. Beliau berkata bahawa jika kita mengalami

    keperluan yang belum memuaskan, maka kita akan terasa tegang. Rasa tegang ini

    akan menyebabkan kita mencapai matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan

    ketegangan kita. Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow mengembangkan suatu

    hieraki tujuh keperluan.

    Rajah 1 : Hieraki Tujuh Keperluan

    Maslow telah mengklasifikasikan empat keperluan pertama iaitu keperluan

    fisiologi, keperluan untuk keselamatan, keperluan untuk rasa kasih sayang

    kepunyaan dan keperluan untuk harga diri. Keperluan pertama adalah sebagai

    keperluan kekurangan dan berhujah bahawa semua manusia mengalami keperluan

    tersebut. Jika tidak memenuhi keempat-empat keperluan pertama ini, maka motivasi

    kita untuk memuridi subjek pada hari tersebut boleh dihadkan secara besar. Jika

    salah seorang murid kita rasa seperti tidak disayangi dan tidak sukai oleh ibu

    bapanya, maka dia akan mendapati kesukaran untuk memenuhi keperluan

    pengetahuan, estetik dan penyempurnaan kendiri. Tiga keperluan yang akhir

    Estetika

    Keperluan untuk

    mengetahui

    Keperluan untuk kesedaran diri

    Keperluan untuk harga diri

    Keperluan untuk kasih sayang dan rasa

    kepunyaan

    Keperluan untuk keselamatan

    Keperluan fisiologi

  • 8/6/2019 KKD_2063

    8/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    diklasifikasikan sebagai hidup atau keperluan perumbuhan, seperti keperluan

    kekurangan,motivasi bertambah untuk memuaskan keperluan hidup. Namun

    demikian, keperluan hidup tidak boleh dipuaskan sepenuhnya. Ketika keperluan

    hidup dipenuhi secara sementara. Maka motivasilah akan bertambah untuk mencari

    lebih banyak kepuasan (Henson & Eller, 1999). Biasanya orang yang berusaha

    mengejar dan memenuhi keperluan penyuburan seperti menggunakan bakatnya

    dalam menyempurnakan kendirinya, memperoleh ilmu pengetahuan dan

    menceburinya dalam bidang estetik adalah orang yang telah berjaya mengatasi

    semua kekurangnya. Hal ini bermakna, hanya semua keperluan dalam kategori

    keperluan kekurangan telah dipenuhi, barulah manusia akan cuba sedaya upaya

    dan berusaha menggunakan potensinya untuk memenuhi kekurangan dalam

    keperluan terakhir. Berikut merupakan penerangan tentang setiap hieraki keperluan

    yang telah dibina oleh Maslow :

    Keperluan Penerangan

    Keperluan fisiologi Makanan, minuman, tidur dan perlindungan

    Keperluan keselamatan keinginan untuk keselamatan

    Keperluan untuk rasa kasih

    sayang dan kepunyaan

    kasih sayang dan rasa diperlukan

    Keperluan untuk harga diri Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan

    Jadual 1.1 : Hieraki Keperluan Pertama Maslow

    Keperluan Penerangan

    Estetika keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan

    Keperluan untuk

    mengetahui

    rasa ingin tahu, keperluan untuk hidup di dunia

    Keperluan untuk

    kesedaran diri

    berusaha untuk menggunakan secara penuh dan

    mengeksploitasikan bakat dan keupayaan

    Jadual 1.2 : Hieraki Keperluan Terakhir Maslow

  • 8/6/2019 KKD_2063

    9/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    3.0 DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

    Menurut sudut pandangan Islam, teori pembelajaran adalah berdasarkan kepada

    tiga kata kunci iaitu :

    a) Ya qilun : Akal

    b) Yatafakkarun : berfikir

    c) Yasmaun : dengar

    Dalam proses pembelajaran ketiga-tiga unsur ini penting dalam menimba ilmu

    pengetahuan. Akal diperlukan bagi memikirkan sesuatu perkara yang dipelajari dan

    diperolehi melalui cara mendengar dan memahami segala yang disampaikan.

    Menurut Dr. Yusuf Al-Qardhawi (1984) pembelajaran adalah akidah yang

    berdasarkan ilmu pengetahuan bukan berdasrkan penyerahan diri secara membabi

    buta sahaja. Dalam Islam juga ada menyatakan bahawa menuntut ilmu ini

    merupakan ibadah yang umum iaitu ibadah fardhu kifayah.

    Sekiranya dalam suatu golongan masyarakat itu terdapat beberapa individu

    yang telah menuntut ilmu tersebut, orang lain tidak dikenakan syarat wajib untuk

    menunutut ilmu tersebut. Namun ia boleh jatuh kepada hokum fardu ain iaitu wajib

    apabila dalam suatu golongan masyarakat itu, tiada siapa pun yang menuntut ilmudalam bidang tersebut, maka masyarakat perlu bertanggungjawab dalam

    melaksanakan perintah yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.Ulama Islam seperti

    Imam Al-Ghazali ada menyatakan bahawa ilmu mahmudah sebagai ilmu yang baik

    dan berfaedah di dunia dan akhirat. Hai ini bermaksud, ilmu yang baik haruslah

    dituntut kerana ia memberi manfaat kepada kita semua jika diamalkan dalam

    kehidupan seharian. Segala pembelajaran yang diperolehi diaplikasikan, sebagai

    contoh kita telah mempelajari tentang nilai-nilai murni, maka jadikannya sebagai satu

    sifat yang boleh diamalkan agar orang lain memandang mulia kepada kita dan ketika

    akhirat kita mendapat pahala.

    Seterusnya, orang yang berilmu walau pun sedikit, adalah lebih mulia

    daripada orang yang tidak mengetahui walau satu perkara pun. Sekurang-kurangnya

    kita akan menjadi tempat rujukan apabila orang yang ingin merujuk sesuatu

    perkara,kita boleh membantunya atas sekadar yang kita mampu. Namun, sekiranya

    kita mendapat sesuatu ilmu adalah berdosa sekiranya kita menyembunyikannya

  • 8/6/2019 KKD_2063

    10/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    daripada orang lain. Sesungguhnya Nabi Muhammad telah bersabda bahawa

    sebarkanlah ilmu yang ada walaupun sedikit. Ilmu yang sedikit disebarkan kepada

    orang lain, orang lain menyebarkan kepada individu yang lain dan mereka

    mengamalkannya maka besarlah ganjaran kita di akhirat kelak.

    Di samping itu, banyak terdapat dalam Al-Quran dan Al-Hadith menyatakan

    bahawa ilmu itu wajid dituntut dan ianya penting dalam kehidupan kita seharian

    untuk dijadikan amalan sebagai bekalan kita dia akhirat. Hal ini kerana terdapat

    hadith nabi yang menyatakan bahawa tuntulah ilmu dari dalam buaian hingga ke

    liang lahad dan tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China sekalipun. Terdapat

    pelbagai lagi hadith dan firman Allah yang menyatakan betapa oentingnya

    pembelajaran dalam kehidupan , antaranya ialah :

    Firman Allah Hadith Nabi Muhammad

    a) Allah berfirman, apakah sama

    orang-orang yang mengetahui

    dengan orang-orang yang tidakmengetahui? Seseunguhnya

    hanya orang-orang yang

    berakallah yang mampu

    menerima pelajaran.

    (Al-Zumar :9)

    b) Allah berfirman, Dan janganlah

    kamu membiasakan diri pada

    apa yang kamu tidak ketahui.

    (Al-Isra:36)

    a) Dalan hadith riwayat Ibnu

    Ashim dan Thabrani. Rasulullah

    s.a.w bersabda.wahai sekalianmanusai belajarla! Kerana ilmu

    pengetahuan hanya didapati

    melalui belajar.

    (Qardhrawi,1999)

    b) Dalam hadith Rasulullah ada

    menyatakan bahawa menuntut

    ilmu adalah wajib kepada setiap

    muslim.

    Jadual 1.3 : Firman Allah dan Hadith Nabi Tentang Teori Pembelajaran

  • 8/6/2019 KKD_2063

    11/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    3.1 Teori Imam Ghazali

    Al-Ghazali dilahirkan pada tahun 1058 Masihi. Beliau merupakan murid

    kepada Imam al-Kharmin Abu Maali al-Juini seorang imam mazhab Syafii. Al-

    Ghazali telah menghasilkan lebih daripada 70 buah kitab dan antara yang terkenal

    ialah Al-akhyak Ulumudin. Al- Ghazali juga pernah mengajar di Universiti Nizemi.

    Pandangannya tentang pendidikan ialah kanak-kanak haruslah dididik sejak

    lahirnya. Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali orang-

    orang tertentu iaitu orang tersebut mestilah berakhlak mulia dan kuat agamanya.

    Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar agar

    kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Cerita-cerita yang berunsurkan

    kejantinaan dan orang-orang yang rendah moralnya hendaklanh dielakkan. Kanak-

    kanak sepatutnya diajar tentang keburukan-keburukan kelakuan jahat. berbohong,

    melakukan khianat dan mencuri.Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada

    pergaulan kawan-kawan yang nakal atau jahat, bersenang-lenang, bermalas-malas,

    bersikap tidak tegas dan bermanja-manja.

    Menurut Al-Ghazali lagi, kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk

    bermain dan bersukan. Hal ini kerana, dengan bermain kanak-kanak dapat

    menguatkan otot-otot dalam tubuh badan dan menambahkan kecergasan,

    menghilangkan kemalasan dan kelesuan badan, mendatangkan kegembiraan dan

    keseronokkan, menggambarkan sifat semulajadi kanak-kanak serta menyediakan

    peluang untuk berehat selepas penat belajar. Kanak-kanak hendaklah dibiasakan

    yang baik dan budi pekerti yang mulia dan tabiat-tabiat yang baik. Perbuatan dan

    sikap yang keji hendaklah ditinggalkan. Sifat-sifat yang perlu dipupuk di kalangan

    kanak-kanak ialah sifat merendah diri, berani, sabar, jujur serta menghormati orang

    yang lebih tua terutamanya kedua-dua ibu bapa mereka.

    Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan atau kesilapan,

    jangan dirotan atau dipukul. Hal ini kerana, kanak-kanak yang selalu dipukul atau

    dimarahi tidak akan berasa takut lagi. Seterusnya,mereka tidak akan menghormati

    orang tua. Sebaliknya, nasihat dan bimbingan hendaklah diberikan kepada

    mereka.Pada masa tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara,

    mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka terhadap agama dan hukum-

    hukum yang berkaitan dengannya. Ajarkan mereka tentang kewajipan sebagai

  • 8/6/2019 KKD_2063

    12/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    seorang umat di muka bumi Allah ini. Selain itu, mereka perlu diajar untuk

    membezakan perkara-perkara yang halal dan yang haram.Dalam mendidik kanak-

    kanak, Al-Ghazali berpendapat :

    a) Pengasuh hendaklah wanita,kuat berpegang kepada ajaran agama.

    Sebagai contoh, bapa Nadi Muhammad s.a.w telah menghantar beliau

    ke kampung untuk dijaga oleh Halimatus Saadiah kerana terkenal

    dengan peribadinya yang mulia.

    b) Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang kerana ia akan

    menggalakkan sifat malas.

    c) Ajar mereka adab-adab makan supata merka bersopan ketika berada

    di meja makan atau ketika makan di rumah orang lain.

    d) Ajar mereka supaya mengikis sikap angkuh kerana sikap ini akan

    menyebabkan kita tidak disukai oleh orang lain.

    e) Mereka tidak digalakkan mengadu kepada orang lain jika dimarahi oleh

    guru. Biarkan kanak-kanak ini belajar daripada kesilapan yang telah

    mereka lakukan.

    4.0 PERBEZAAN PANDANGAN ISLAM DENGAN PANDANGAN ABRAHAM

    MASLOW

    Islam tidak Timur dan tidak juga Barat. Sebagai sains, Islam dekat dengan Barat

    tetapi malangnya sains Islam tidak lagi berkembang. Sebagai ajaran spiritual

    (Sufisme), Islam dekat dengan Timur. Psikologi Sufisme (teori tentang al-nafs)

    sebanding dengan psikologi Taoisme. Dalam teori keperluan Al-Ghazali pula

    mengelaskan dua bahagian jasad manusia yangmemerlukan keperluan yang

    berlainan untuk dipenuhi. Yang pertama ialah jasad dan yang kedua ialah roh.

    Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah kerohaniaan, ilmu, adap,

    kuasa dan jasmani. Ibn Khaldun adalah orang yang memperkenalkan sains sosial

    Ilm al-umran), iaitu sekitar tahun 1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi

    dan sarjana-sarjana Islam adalah antara orang yang paling awal membuat kajian

    dalam bidang ini. Antara sarjana-sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-

  • 8/6/2019 KKD_2063

    13/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina dalam bukunya, Al-Shifa,ada membincangkan akal,

    kewujudannya, hubungan akal dan tubuh, perasaan dan persepsi .

    Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan

    praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa

    itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui

    perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai

    faktor utama kepada tingkah laku. Al-Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi

    istilah kepada kajian akal atau kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J.

    Clenues menggunakan istilah yang sama (psikologi).

    Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi. Al-Ghazali

    menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal fungsi fizikal

    dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan keperluan-keperluan

    badan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana

    Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan Barat tanpa memberikan kredit

    kepada pengasas ilmu tersebut. Dari perspektif Islam, personaliti dimaksudkan

    sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi, faktor-faktor lain

    yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia ialah hubunganmanusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta peranan akal.

    Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela.

    Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam

    adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada

    Allah.

    Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru dalam psikologi di bawah

    pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang kekosongan dan

    mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan masyarakat.

    Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti saintifik

    yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain.

    Penyelidikan mengenai diri manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan

    paling pasti kepada mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-

    Quran berikut:

    Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di

  • 8/6/2019 KKD_2063

    14/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka

    bahawa Al-Quran itu adalahbenar (Al-Quran:Al-Fussilat:53)

    Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang

    yakin, dan (juga)pada dirimu sendiri(Al-Quran:Al-Dhariyat:20-21).

    Ilyas Ba-Yunus dan Farid Ahmad (1985) mengatakan bahawa Ibn Khaldun

    adalah orang yang memperkenalkan sains sosial (cIlm al-cumran), iaitu sekitar tahun

    1377. Antara cabang sains sosial adalah psikologi dan sarjana-sarjana Islam adalah

    antara orang yang paling awal membuat kajian dalam bidang ini. Antara sarjana-

    sarjana Islam yang dimaksudkan ialah Ibn Sina, Al-Ghazali dan Al-Farabi. Ibn Sina

    dalam bukunya,Al-Shifa, ada membincangkan akal, kewujudannya, hubungan akal

    dan tubuh, perasaan dan persepsi (Husain t.th.).

    Menurut Ibn Sina, jiwa manusia mempunyai kemampuan secara teori dan

    praktikal yang membentuk kecerdikan atau kecerdasan minda. Menurutnya lagi, jiwa

    itu sendiri boleh mencapai idea yang tidak disedari oleh seseorang melalui

    perasaan, imaginasi dan anggaran. Beliau menganggap kebolehan tersebut sebagai

    faktor utama kepada tingkah laku (Husain t.th.).

    Menurut Abdul Hameed Al Haslimi (1984) dari Universiti King Abdul Aziz, Al-

    Ghazali adalah orang yang mula-mula memberi istilah kepada kajian akal atau

    kelakuan manusia lima abad sebelum Rodold J. Clenues menggunakan istilah yang

    sama (psikologi). Al-Ghazali juga mengkaji hampir kesemua aspek dalam psikologi

    (Husain t.th.).

    Al-Ghazali menyatakan bahawa jiwa adalah suatu entiti spiritual yang mengawal

    fungsi fizikal dan organik manusia serta menguasai deria untuk menjalankan

    keperluan-keperluan badan (Husain t.th.). Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu yang

    diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Islam ini telah dikembangkan oleh cendekiawan

    Barat tanpa memberikan kredit kepada pengasas ilmu tersebut.

    Habibah dan Noran (1997) menyatakan bahawa dari perspektif Islam, personaliti

    dimaksudkan sebagai sahsiah atau secara umumnya akhlak. Menurutnya lagi,

    faktor-faktor lain yang dianggap penting dalam perkembangan personaliti manusia

  • 8/6/2019 KKD_2063

    15/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    ialah hubungan manusia dengan Allah s.w.t., interaksi roh dan jasmani serta

    peranan akal.

    Personaliti boleh dibahagikan kepada dua iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela.Manusia yang berakhlak atau mempunyai personaliti positif menurut perspektif Islam

    adalah manusia yang melakukan kebaikan dan menyerah diri secara total kepada

    Allah (Mohd Nasir 1992). Sarjana-sarjana Islam melihat bahawa perspektif baru

    dalam psikologi di bawah pengaruh Al-Quran dan hadith boleh mengisi lompang

    kekosongan dan mempengaruhi perubahan sosial untuk kebaikan manusia dan

    masyarakat (Husain t.th.).

    Islam berpendapat, pengajian berkenaan jiwa manusia merupakan aktiviti

    saintifik yang berguna dan patut digalakkan sepertimana ilmu pengetahuan yang lain

    (Abdul Hamid 1989). Menurut Abdul Hamid (1989), penyelidikan mengenai diri

    manusia ternyata merupakan jalan paling singkat dan paling pasti kepada

    mempercayai Tuhan. Ini berpandukan maksud ayat-ayat dari Al-Quran berikut:

    Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di

    segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi merekabahawa Al-Quran itu adalah benar(Al-Quran: Al-Fussilat: 53)

    Dan di bumi ini terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang

    yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri(Al-Quran: Al-Dhariyat: 20-21).

    Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains

    yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa (Fromm, 1950). Hassan Langgulung

    (1986) menyatakan bahawa kesemua mazhab psikologi dari Barat tidak mengkaji

    jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya lagi, dari mana

    asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat. Menurut

    Mahyudin Yahaya (1986):

    Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada

    empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam

  • 8/6/2019 KKD_2063

    16/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu,

    dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik (hlm. 64).

    Namun, jika ilmu psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin jugasebahagian daripada warisan Islam itu sendiri akan hilang (Malik Badri 1980) kerana

    kebanyakan ilmu tentang kejiwaan diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana

    Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-Ghazali.

    Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa psikologi telah menjadi sains

    yang kekurangan subjek utamanya, iaitu jiwa. Kesemua mazhab psikologi dari Barat

    tidak mengkaji jiwa tetapi sebaliknya berat kepada kajian tingkah laku. Menurutnya

    lagi, dari mana asal dan bagaimana bentuk jiwa tidak dikaji oleh ahli psikologi barat.

    Berbeza daripada pemikiran dan falsafah sejarah moden yang berbentuk sama ada

    empiris, material atau spiritual semata-mata, pemikiran dan falsafah sejarah Islam

    adalah hasil gabungan daripada ketiga-tiga aspek tersebut dalam bentuk bersepadu,

    dan dengan mengambil kira unsur-unsur teologi dan metafizik. Namun, jika ilmu

    psikologi Barat diketepikan keseluruhannya, mungkin juga sebahagian daripada

    warisan Islam itu sendiri akan hilang kerana kebanyakan ilmu tentang kejiwaan

    diceduk dari hasil pemikiran sarjana-sarjana Islam seperti Ibn Sina dan Imam Al-

    Ghazali.

    Jika Psikologi Barat merupakan produk pemikiran dan penelitian empirik,

    Psikologi Islam , sumber utamanya adalah wahyu Kitab Suci Al Quran, yakni apa

    kata kitab suci tentang jiwa, bahawa Allah SWT sebagai pencipta manusia yang

    paling mengetahui anatomi kejiwaan manusia. Selanjutnya penelitian empiric

    membantu menafsirkan kitab suci. Jika tujuan Psikologi Barat hanya tiga;

    menguraikan, meramalkan dan mengendalikan tingkah laku, maka Psikologi Islam

    menambah dua hujah; iaitu membangun perilaku yang baik dan mendorong orang

    hingga merasa dekat dengan Allah SWT. Jika kaunseling dalam Psikologi Barat

    hanya di sekitar masalah sihat dan tidak sihat secara psikologis, kaunseling

    Psikologi Islam menembusi hingga bagaimana orang merasa hidupnya bermakna,

    benar dan merasa dekat dengan Allah SWT.

  • 8/6/2019 KKD_2063

    17/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    Northrop, The Meeting of East and West dipetik Untuk pertama kali dalam

    sejarah, bukan saja dalam soal perang tetapi juga dalam persoalan menyangkut

    perdamaian, Timur dan Barat berada dalam satu pergerakan dunia. Ini sama dalam

    watak orang Timur atau pun orang Barat. Waktunya sudah tiba kita harus mengerti

    nilai-nilai Timur jika kita mau mengerti diri sendiri. Kita harus belajar bagaimana

    menggabungkan nilai Timur dan Barat bila kita ingin menghentikan tragedi yang kian

    hebat, kegetiran, dan pertumpahan darah

    Orang Timur tahu bahawa kelebihan orang Barat terletak pada ilmu dan teknik.

    Cara satu-satunya untuk mempertahankan diri di kemudian hari ialah belajar tahu

    apa yang membuat orang Barat menjadi begitu kuat. Sejak saat itu bagi kebanyakan

    orang Asia, ilmu dan teknik disamakan dengan Barat, dan menjadi kunci bagi

    kekuasaan dan kesejahteraan, dua nilai yang paling diingini dalam dunia moden.

    5.0 KESIMPULAN

    Walaupun pandangan Islam banyak menaruh perhatian pada alam kesedaran

    dan hukum-hukum yang mengatur perubahannya, psikologi ini juga mengandungteori-teori keperibadian yang cukup jelas. Tujuan dari psikologi-psikologi Islam

    adalah mengubah kesedaran seseorang agar mampu melampaui batas-batas yang

    diciptakan oleh kebiasaan-kebiasaan yang membentuk keperibadian orang itu.

    Dalam hal ini, setiap keperibadian perlu mengatasi halangan yang berbeza untuk

    membebaskan diri dari batas-batas ini.

  • 8/6/2019 KKD_2063

    18/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    BIBLIOGRAFI

    Ee Ah Meng. 1995. Psikologi dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti

    Sd. Bhd.

    Khadijah Rohani Mohd. Yusof. 2007. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Open

    University (OUM).

    Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi Pembelajaran &

    Personaliti. Pahang : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Shahabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. 2004. Psikologi Pendidikan.

    Pahang : PTS Publications & distributors Sdn. Bhd.

    Shahabudin Hashim & Rohizan Yaacob (2007), Teori Personaliti dari perspektif

    Islam, Timur dan Barat; Kuala Lumpur; PTS Professional Publishing Sdn.

    Bhd.

    Ee Ah Meng (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan, Kuala

    Lumpur: Fajar Bakti.

    Al Ghazali (1989), Bimbingan Mukmin pada mencari ridha al Alamin (Terjemahan

    oleh Sayyid Ahmad Semait); Singapura; Pustaka Nasional Ptd. Ltd.

    Kamus Dewan (2011) http://prpm.dbp.gov.my/

    http://prpm.dbp.gov.my/http://prpm.dbp.gov.my/http://prpm.dbp.gov.my/
  • 8/6/2019 KKD_2063

    19/19

    KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

    NORA ISHAH BT IBRAHIM 700802-02-5662

    RUJUKAN INTERNET

    http://www.psychologymania.co.cc/

    http://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-

    pemikiran.html

    http://tip.psychology.org/wertheim.html

    http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/02/02/teori-teori-belajar/

    http://www.learningandteaching.info/learning/gestalt.htm

    http://www.psychologymania.co.cc/http://www.psychologymania.co.cc/http://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-pemikiran.htmlhttp://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-pemikiran.htmlhttp://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-pemikiran.htmlhttp://tip.psychology.org/wertheim.htmlhttp://tip.psychology.org/wertheim.htmlhttp://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/02/02/teori-teori-belajar/http://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/02/02/teori-teori-belajar/http://www.learningandteaching.info/learning/gestalt.htmhttp://www.learningandteaching.info/learning/gestalt.htmhttp://www.learningandteaching.info/learning/gestalt.htmhttp://akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/02/02/teori-teori-belajar/http://tip.psychology.org/wertheim.htmlhttp://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-pemikiran.htmlhttp://artikel-uptodate.blogspot.com/2009/07/pengaruh-psikologi-timur-pada-pemikiran.htmlhttp://www.psychologymania.co.cc/