KKP EDU

33
1.0 Tugasan 1: Penulisan Esei 1.1 Pengenalan Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan yang Maha Pencipta. Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan budaya pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. 1.1.1 Konsep Profesion 1

description

Assignment

Transcript of KKP EDU

1.0 Tugasan 1: Penulisan Esei

1.1 Pengenalan

Perguruan adalah satu profesion yang bermatlamatkan pembentukan insan manusia yang

sempurna agar manusia yang sempurna itu mengerti tentang peranan dan tanggungjawab

mereka terhadap diri sendiri, masyarakat, alam yang mereka diami serta terhadap keesaan

yang Maha Pencipta.

Dari segi konsep profesionalisme adalah satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi pekerjaan

seseorang. Ia perlu wujud dalam diri seseorang jika matlamat pekerjaan menuju ke arah

keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan tanggungjawab.

Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan mutu pendidikan, seperti sikap dan nilai

guru dalam pengajaran umpamanya, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu

juga dengan pendekatan yang digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap

penerimaan dan kefahaman pelajar dengan pembelajaran. Mutu pendidikan juga berkait rapat

dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut

mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Mutu pendidikan berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan budaya

pembelajaran pelajar.

Keberkesanan dalam profesion perguruan berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru

yang gigih untuk menyempurnakan tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat.

1.1.1 Konsep Profesion

Profesion keguruan merupakan profesion yang tertua di dunia dan kini memasuki satu era

baharu. Peranan guru pada masa dahulu hanya bertumpu sebagai penyampai ilmu. Guru kini

lebih kepada peranan sebagai pemudah cara dan perlu peka dan bersedia terhadap

perkembangan semasa dan menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang cekap dan

berkesan. Oleh yang demikian guru harus lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam pengajaran

dan pembelajaran yang berkualiti selaras dengan profesionalisme keguruan, menjurus kepada

abad ke-21. (Siri Pendidikan Guru, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesionalisme

Guru).

1

Guru dalam alaf baharu seharusnya profesional dan profesionalismenya ialah kunci kepada

peningkatan kualiti ( Jemaah Nazir, 2001).

Menurut Kamus Dewan (2005), “profesion” ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang

memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemayang khas. Sebagai contoh: perundangan,

perubatan, perguruan dan lain-lain.

Konsep profesional pula merujuk kepda ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan ahli

dalam suatu profesion. (Ornstein dan Levine 1993).

Manakala Hoyle (1980) menghuraikan profesionalisme sebagai tindakan yang menyentuh

aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal

gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal

yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan kerja.

Namun begitu, seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti

pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan

mempunyai profesionalisme yang tinggi. Dengan perkataan lain, guru itu melihat perguruan dan

tugasnya bukan semata-mata sebagai satu pekerjaan tetapi sebagai satu profesion. (Omar

Hashim, 1993).

1.1.2 Konsep Etika

Menurut ahli-ahli falsafah, etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia

dalam pergaulan antara satu sama lain dan aturan ini menegaskan apakah yang benar dan

apakah yang salah?. Perkataan etika (ethics) berasal daripada perkataan Yunanai ETHOS

yang bermaksud norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku

manusia yang baik. (Siri Pendidikan Guru, Asas Kepimpinan dan Perkembangan

Profesionalisme Guru).

Menurut American College Dictionary (1964), etika sebagai prinsip-prinsip moral yang

merangkumi ilmu tentang kebaikan dan sifat dari kebenaran.

Mengikut Nikki (2009), etika dianggap sebagai pedoman perilaku yang dikenalpasti berkaitan

dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu.

2

Manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu kewajiban.

Oleh itu, Etika Perguruan bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap

masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Guru perlu memiliki kod

etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.

1.1.3 Konsep Akauntabiliti

Menurut Kamus Dewan (2007), Akauntabiliti membawa maksud sifat bertanggungjawab kepada

seseorang atau terhadap tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan

penjelasan dan justifikasi yang diperlukan.

Menurut Tan Sri Ahmad Sarji, konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan

jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak

untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh

seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan

tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab

seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru

itu sendiri, sekolah, ibubapa, masyarakat dan negara , rakan sejawat serta profesion keguruan

amnya.

Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Penghayatan akauntabiliti

haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme

keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan

tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.

1.1.4 Isu Kesantunan dan Profesionalisme Guru

Menurut Kamus Dewan (1984), halaman 1115, santun bermaksud halus budi bahasa atau budi

pekerti, beradab atau sopan:

Budi bahasa: tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal kebijaksanaan dan perbuatan

kebajikan yang mulia, tertib dan sopan.

3

Budi Pekerti: Tingkah laku, perangai, dan akhlak yang positif. Biasanya didorong oleh

kekuatan rohani iaitu pemikiran manusia, yang membawa kepada tingkah laku positif.

Beradab: mempunyai adab, budi bahasa yang sopan.

Sopan: beradab dan berbudi bahasa (tingkah laku, tutur kata, pakaian dan sebagainya).

Menurut Kamus Dewan(1984): Kesantunan bermaksud perihal (sifat, tingkah laku, pertuturan

dan sebagainya) santun, kesopanan serta kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).

Menurut Awang Sariyan (2007), memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa

yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan

kepada pihak yang menjadi teman bicara.

Berdasarkan pengertian tersebut, kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi pergaulan harian.

Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam

pergaulan harian.

Kesantunan guru terbahagi kepada tiga ciri iaitu kesantunan berpakaian, kesantunan tingkah

laku dan kesantunan berbahasa.

1. Kesantunan berpakaian

Guru-guru perlu bijak memilih gaya berpakaian ke sekolah kerana gaya

berpakaian bagi masyarakat malaysia ada kaitannya dengan budaya dan

kepercayaan beragama.

2. Kesantunan tingkah laku

Guru perlulah bijak dalam mengawal perasaan dan bersikap profesional dalam

menjalankan tugas. Profesion guru sememangnya memerlukan kawalan emosi

serta kesabaran yang tinggi.

Guru perlulah menerapkan nilai mengambil berat, kasih sayang, baik hati dan

ikhlas terhadap murid-murid.

3. Kesantunan berbahasa

Guru berkomunikasi sama ada dari segi verbal dan dari segi bahasa badan (non-

verbal). Ketika berkomunikasi, guru harus menyesuaikan diri dengan budaya

persekitaran masyarakat setempat dan perkataan, bahasa dan intonasi yang

digunakan perlulah sesuai dengan situasi ketika berkomunikasi.

4

Oleh yang demikian, dalam isu kesantunan guru, guru harus mempamerkan kesantunan dari

segi cara berpakaian, cara bertindak, cara bertutur dan cara berbahasa. Dalam bidang

keguruan guru perlu mematuhi kod etika keguruan. Guru perlu bertanggunjawab dan

memertabatkan perfesion perguruan.

1.2 Definisi Budaya

Perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan sanskrit dan melayu, iaitu ‘budhi’ dan

‘daya’. Perkataan ‘budhi’ bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan ’daya’ bermakna

kekuatan, tenaga dan pengaruh. Jika dicantumkan ‘budaya’ kedua-dua perkataan tersebut

membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa (Nik Safiah Haji

Abdul Karim, 1963).

Menurut Dictionary of Philosophy (1996), budaya membawa maksud sebagai,

“ the way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of

perception, and habit of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are

too pervasive to be readily noticed from within’.

Kamus Dewan (2005) pula mendifinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara

berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Oleh yang demikian budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh

kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

1.2.1 Definisi Penyelidikan

Menurut Rudduck dan rakan (1985), penyelidikan ialah melaksanakan siasatan secara

sistematik terhadap perkara yang ingin diketahui. Ini bermakna penyelidikan yang dilakukan

adalah berkaitan dengan perkara yang menimbulkan tanda tanya (masalah) hingga tercetusnya

persoalan-persoalan dan akhirnya ingin diselesaikan untuk mendapatkan persoalan itu.

MC Kernan (1991) menjelaskan bahawa penyelidikan merupakan suatu kaedah inkuiri yang

telah mendorong pada kerja-kerja penyelidikan dan penulisan seterusnya seperti yang

dihasilkan oleh Stephen Corey (1953) di Teachers College Columbia University, New York.

5

Namun yang demikian tujuannya hanya satu, untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

seterusnya menambah baik kemahiran sedia ada dan amalan-amalan kendiri.

1.2.3 Budaya Menyelidik

Menurut Elliot (1991), dalam Kajian Tindakan: Konsep dan Amalan dalam Pengajaran oleh

Chow F. M et al., menegaskan bahawa guru-guru memperoleh manfaat dengan melakukan

penyelidikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran seperti berikut:

Menyedari teori peribadi.

Melahirkan konsep nilai yang boleh dikongsi bersama.

Mencuba strategi baru agar dapat merealisasikan nilai yang dipegang dalam amalan.

Mendokumentasikan amalan mereka supaya mudah diakses dan difahami oleh

penyelidik yang lain.

Membina teori pengajaran yang boleh dikongsi melalui usaha penyelidikan.

Seruan memupuk budaya penyelidikan bukan bermula sejak kebelakangan ini, malahan telah

bermula sejak tahun 1993 di mana Dr. Wan Zahid (dalam kajian Guru Sebagai Penyelidik:

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kekerapan Aktiviti Kajian Tindakan Di Sekolah oleh Lee S.

G, 1997) menyarankan supaya  guru-guru besar menggalakkan guru-guru di sekolah masing-

masing menjalankan kajian tindakan. Saranan beliau adalah berikutan daripada usaha

Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa itu yang memperkenalkan Projek PIER

(Programme for Innovation, Excellence and Research) yang salah satu tujuan utamanya adalah

memupuk budaya penyelidikan di kalangan pengurus pendidikan dan pendidik melalui kajian

tindakan. Ini membuktikan bahawa penyelidikan tidak dilaksanakan pada satu tempoh masa

saja tetapi adalah berterusan dan koheren.

Dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Jenis penyelidikan yang

paling sesuai ialah Penyelidikan Tindakan (PT). PT membolehkan guru mengenal pasti isu dan

masalah berkaitan dengan pengurusan pengajaran dan pembelajaran, disiplin dan pengurusan

sekolah dan pekara-pekara lain mengenai sistem pendidikan.

PT mula diperkenalkan oleh kurt Lewin (1946) yang berjaya menulis isu-isu komuniti (dalam

Kemmis & MC Taggert, 1988).

6

John Elliot dan Clem Adelmen (1973-1976), menggunakan metodologi PT dalam Ford Teaching

Project dalm usaha membantu guru-guru menggunakan beberapa persoalan di dalam bilik

darjah.

Aktiviti penyelidikan dalam kalangan guru bermula di United Kingdom oleh Stenhouse (1971,

1975) bersama-sama dengan Humanities Curriculum Project yang berpendapat bahawa

pengajaran sepatutnya berdasarkan penyelidikan dan keutuhan pendidikan dan guru mampu

dipertingkatkan sekiranya penyelidikan selari dengan pembangunan kurikulum.

Kementerian Pelajaran Malaysia, mula memperkenalkan PT pada tahun 1989 oleh pensyarah-

pensyarah maktab perguruan. Pada tahun 19195, PT dimasukkan ke dalam Kurikulum Kursus

Perguruan Lepasan Diploma dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah.

Budaya menyelidik merupakan satu usaha ke arah menggalakkan para pendidik mengamalkan

budaya ilmu melalui aktiviti penyelidikan. Apabila amalan ini dapat dilaksanakan, maka para

pendidik dapat menjadikan penyelidikan sebagai satu cara mempertingkatkan profesionalisme

mereka serta membaiki keupayaan dalam menjalankan tugas dengan berkesan dan seterusnya

mengatasi isu-isu yang dihadapi secara profesional.

Secara umumnya dapatan kajian berkaitan dengan pengajaran guru dapat mempertingkatkan

pencapaian prestasi pendidikan, meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah. Penyelidikan juga membantu guru menghadapi cabaran dan

masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran, disamping memperbaiki

teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Guru juga dapat dilatih untuk berfikir luar

daripada amalan-amalan rutin serta dapat memperkenalkan amalan-amalan yang lebih

berkesan dan profesional. Amalan reflektif memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen

perubahan melalui analisis kekuatan dan kelemahan diri serta memberi daya keyakinan diri

melalui perkongsian pengalaman yang membolehkan guru memperbaiki prestasi dan kepuasan

bekerja. Penyelidikan juga membantu guru mendapatkan sumber maklumat yang penting,

merancang pengajaran harian, mempelbagaikan kaedah pengajaran, mencapai objektif

pengajaran, merancang penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.

7

Kesimpulannya warga pendidik perlu memupuk budaya penyelidikan agar berupaya

meningkatkan integriti dan kreadibiliti mereka. Bukan bermakna pendidik yang telah berjaya

mempunyai ijazah tertinggi berhenti menuntut ilmu, bahkan menyemai sikap belajar sepanjang

hayat.

2.0 Tugasan 2: Kajian Kes (Temubual)

2.1 Pengenalan

Seorang pemimpin berkesan adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan. ia

boleh mendorong kakitangan dan mengubah mereka ke arah lebih baik atau lebih hebat.dan

mencapai wawasan organisasinya. Pemimpin yang berkesan mampu bertindak sebagai

pembolehubah yang penting bagi organisasi. Pemimpin atau peneraju dan merupakan orang

yang akan menentukan halatuju organisasi dan kaitangan. Pemimpin adalah perancang, misi

organisasi, menentukan matlamat, memberi keutamaan terhadap pencapian matlamat

organisasi.

Kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha mencapai objektif kumpulan

atau organisasi. Kepimpinan ialah proses mempengaruhi kelompok, mengarah  aktiviti

mencapai matlamat yang sama. Kepimpinan  tidak boleh lari dari pengaruh mempengaruhi

pemimpin dan orang yang dipimpin. Pemimpin penting dalam pembentukan dan hala tuju

organisasi. Kepimpinan berlaku apabila seorang mendorong, memujuk dan mempengaruhi

orang lain untuk berusaha kearah pencapaian sesuatu objektif organisasi. Kepimpinan ialah

seni atau satu proses mempengaruhi kegiatan manusia mencapai gol organisasi.Kunci dalam

kepimpinan ialah pengaruh. pengaruh ini memainkan peranan yang dominen dalan kejayaan

sesuatu kepimpinan.

2.1.1 Definisi Kepimpinan Berkesan

Pengikut menyumbang kuasa yang besar kepada pemimpin mereka dan kepimpinan dikaitkan

dengan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Begitu juga peranan pengetua atau

guru besar di sekolah yang menjadi tunggak kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke empat kepimpinan bermaksud cara seseorang pemimpin itu

berfungsi dalam keadaan tertentu.

8

Menurut :Kim dan Melbourge (1992) kepimpinan berkesan merupakan kebolehan seseorang

untuk menginspirasikan keyakinan dan sokongan dalam kalangan sekumpulan manusia yang

diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi.

Jaafar Mohamad (1992) berkata; kepimpinan berkesan berlaku apabila seseorang itu

mendorong, memujuk dan mempengaruhi orang lain untuk mencapai usaha kearah sesuatu

objektif.

Menurut :Yuki G.A.(1989); Kepimnpinan Berkesan melibatkan pengaruh, kebolehan pemimpin

mengubah sikap dan tindakan.

Adalah jelas menunjukkan Kesan kepimpinan pemimpin mempengaruhi perasaan, keyakinan

dan tindakan pengikut-pengikut ke arah mencapai matlamat yang dikongsi bersama.

2.1.2 Konsep kepimpinan

Rajah 2.1.2

9

2.1.3 Jenis-Jenis Kepimpinan

Rajah 2.1.3

10

2.2 Teori Kepimpinan

2.2.1 Teori Tret

Kajian Teori tret selalunya mengambil bentuk pembandingan sifat-sifat fizikal, intelek dan

personaliti antara pemimpin dengan pengikut. Mengikut kajian Cartwright dan Zander

menyatakan pemimpin adalah lebih besar saiz fizikalnya dan lebih cerdas daripada anggota-

anggotan lain. Pemimpin yang diterima dengan baik menunjukkan penyesuaian yang lebih baik

dalam pelbagai ujian personaliti. Manakala kajian yang berpusatkan kemahiran pemimpin lebih

cenderung kepada memberi maklumat dan lebih kerap membuat penjelasan tentang sesuatu

situasi berbanding dengan lain-lain anggota. Kepercayaan terhadap peranan tret ini jugalah

yang melahirkan pandangan tentang sifat karisma (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 57).

Stogdill (1974) membuat klasifikasi trait bahawa terdapat enam faktor peribadi yang perlu ada

pada seseorang pemimpin seperti berikut:

I. Keupayaan

II. Pencapaian

III. Tanggungjawab

IV. Penglibatan

V. Status

VI. situasi

2.2.2 Teori Tingkah Laku

Daripada pendekatan tret juga telah melahirkan teori tingkah laku yang cuba menerangkan

fenomena kepimpinan berasaskan pola tingkah laku yang didefinisikan sebagai tindakan atau

gaya pemimpin. Banyak teori tingkah laku yang telah diuji, kesemuanya mengandungi unsur-

unsur dimiliki (gaya kepimpinan). (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 60).

Tokoh behaviouris cuba mengenal pasti faktor-faktor penentu kepemimpinan yang berjaya

supaya bakal pemimpin boleh dilatih untuk memiliki tingkah laku kepemimpinan yang sesuai.

Antara teori tingkah laku adalah:

Teori X dan Y oleh Douglas McGregor (1960)

o Teori X - Pemimpin beranggapan stafnya dimotivasikan oleh wang ringgit, malas

dan akan mengelakkan tugas kecuali dipaksa, tidak akan memberikan kerjasama

11

kecuali diarahkan dan dikawal. Pemimpin bertingkah laku autokratik.

o Teori Y- Staf dianggap rajin, melihat kerja sebagai suatu perkara semula jadi

seperti bermain atau beristirehat akan memupuk kerjasama, bercita - cita tinggi

dan mempunyai sikap positif terhadap kerja.

Blake dan Mounton (1964,1978): telah Menghasilkan Grid Pengurusan yang

menjelaskan dua dimensi iaitu:

o Keprihatinan Terhadap Penghasilan - Pemimpin menunjukkan keprihatinannya

terhadap tugas dan produktiviti pekerja demi mencapai matlamat organisasi.

o Keprihatinan Terhadap Manusia - Pemimpin memberikan perhatian dan

penekanan terhadap perhubungan baiknya dengan pekerja-pekerja.

2.2.3 Teori Situasi

Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza memerlukan cara

kepimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin dirasakan. Kepimpinan yang berkesan

bergantung pada beberapa faktor seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan faktor situasi.

(Asas Kepimpinan &Perkembangan Profesionalisme Guru m/s 99).

Antara Teori situasi adalah:

Teori Kotinjensi Fiedler - Teori ini mengandaikan bahawa tidak munasabah untuk

menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap

masa lebih baik daripada orang lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri yang baik

akan berbeza daripada kelompok dengan kelompok yang lain dan situasi dengan situasi

yang lain (Aminuddin Mohd. Yusof 1994: 62).

Teori Situasi Hersey dan Blanchard (1977) – Mengabungkan dan meluaskan idea Grid

Pengurusan Blake Mouton serta Model Kotenjensi Fiedler. Keberkesanan kepimpinan

adalah berasaskan situasi. Terdapat empat gaya kepimpinan iaitu:

o Memberitahu

o Menjual

o Mengambil bahagian

o Menurunkan tanggungjawab

12

2.2.4 Teori Transformasi

Teori Transformasi dirujuk sebagai ‘Kepimpinan Baharu’ atau ‘The New Leadership’. Dalam

kalangan pengamal dan pengkaji kepimpinan, minat dan fokus beralih kepada kepimpinan

transformasi.

James Macgregor (1978), Pemimpin transformasi berupaya menggerakkan pengikut-

pengikutnya untuk bertindak mencapai matlamat tertentu berdasarkan nilai dan motivasi,

keperluan dan kehendak, aspirasi dan jangkaan kedua-dua pihak, iaitu pemimpin dan pengikut.

Pemimpin Transformasi bukan sahaja memberikan tumpuan kepada keperluan pengikut, beliau

cuba meningkatkan keperluan itu kepada aras motivasi dan kematangan yang lebih tinggi.

Teori ini memberikan tumpuan kepada perkongsian proses pengurusan yang melibatkan

tingkahlaku. kepemimpinan tranformasional memberi penekanan terhadap perkembangan guru

dengan melastarikan budaya kerjasama secara profesional, mendorong perkembangan

profesional guru-guru dan membantu guru menyelesaikan masalah dengan berkesan.

2.2.5 Teori Kepimpinan Moral

Kepimpinan moral memberikan perhatian kepada nilai dan etika pemimpin di mana penggunaan

kuasa dan pengaruh adalah atas pertimbangan yang baik dan benar.

Menurut Sergiovanni (1992), Kepimpinan moral sebagai suatu bentuk bimbingan yang

memotivasikan orang lain melalui prinsip-prinsip dan pegangan nilai yang terpuji. Pemimpin

moral tidak mencari ikhtiar untuk mendapatkan manfaat diri tetapi bertindak demi kebaikan

sejagat. Melalui amalan prinsip-prinsip dan pegangan nilai, pemimpin moral memperolehi

kepercayaan ahli-ahli organisasi secara beransur-ansur dan menginspirasikan kesetiaan

terhadap gaya kepimpinannya.

Kepimpinan moral melengkapi dan memperkukuh gaya kepimpinan transformasi yang

menggerakkan ahli-ahlinya untuk bertindak melalui motivasi diri, keyakinan diri dan

mengupayakan mereka untuk mengembangkan potensi yang ada.

13

2.2.6 Teori-Teori

Rajah 2.2.6

14

2.2.7 Rumusan

Teori-teori dan kajian-kajian berkaitan dengan kepemimpinan cuba mencari jawapan

kepada cara yang paling berkesan untuk mengurus sesebuah organisasi supaya

produktiviti dapat dimaksi- mumkan dan kos dapat diminimumkan. Terdapat pengkaji

yang cuba mencari korelasi antara kepemimpinan sekolah dengan pencapaian pelajar,

ada pula yang cuba memperkaitkan gaya kepemimpinan organisasi dengan kepuasan

kerja. Metaanalisis kajian yang dijalankan oleh Marzano (2005) terhadap kepemim pinan

sekolah dan pencapaian pelajar terbukti tidak terdapat satu model yang menjadi

dominan dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan.

Pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang dibawa oleh

ledakan maklumat dan teknologi agar dapat menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku

dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-21.

2.3 Kualiti Kepimpinan Guru

Guru berkualiti mempunyai pengaruh yang besar terhadap pencapaian dan pembangunan diri

murid dan kemajuan pendidikan di negara kita. Berikut merupakan ciri-ciri kepimpinan guru

berkualiti yang perlu kita miliki untuk memartabatkan profeion perguruan.

Konsep kepimpinan guru boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di mana guru-

guru yang terlibat dalam P&P mempunyai/diberi peluang untuk memimpin (Harris & Lambert,

2003).

Dari segi Intelek

o Guru senantisa meningkatkan kemahiran pedagogi, iaitu mahir ICT, penguasaan

bahasa inggeris yang baik, perlu kreatif dan inovatif, mengetahui mengenai teori-

teori pembelajaran, mengamalkan pembacaan yang meluas, menjadi pakar rujuk,

menjalankan kajian (PT),

Dari segi kerohanian

o Guru perlu mempunyai sahsiah dan tingkah laku yang terpuji. Sebagai contoh

membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran matapelajaran,

menjalankan tugas tepat pada masanya, menghormati rakan guru serta pelajar dan

sebagainya. Mengamalkan tingkah laku berdasarkan Etika Profesion Perguruan.

o Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh PPD, JPN dan KPM.

15

Dari segi Jasmani.

o Guru perlu menonjolkan penampilan diri yang baik. Antaranya adalah cara

berpakaian, tutur kata,dan tingkah laku.

o Guru perlu menampakkan ketrampilan dan kewibawaan sebagai guru yang

berkualiti. Dari segi kemahiran fizikal dan komunikasi.

o Memimpin dan membantu dalam tugasan kurikulum dan kokurikulum sekolah.

Dari segi Emosi

o Menghayati nilai-nilai murni, norma selaras dengan Etika Perkhidmatan guru.

Memiliki pemikiran yang positif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. Selaras

dengan 12 nilai murni yang terkandung dalam tonggak 12 dan Lima aspirasi Sistem

pendidikan Malaysia dibawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu:

Aspirasi Ke-2 PPPM

Kualiti: Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan

cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan

setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa. Aspirasi system

pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam

kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa

mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang

akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains

sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain

yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila

dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

Kesimpulannya pemimpin masa kini harus bersikap responsif kepada arus-arus

perubahan yang semakin mencabar. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 perlu dikuasai

dalam membentuk pelajar atau murid yang berkualiti, berdaya saing dan inovatif bagi

mencapai Lima aspirasi dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia selaras

dengan seruan Kementerian Pendidikan Malaysia.

16

2.4 Analisis tentang Kepimpinan guru di sekolah

2.4.1 Soalan Temubual Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

1. Apakah amalan kepimpinan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid yang diamalkan di

sekolah?

2. Apakah tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid ?

3. Adakah latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Guru Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam meningkatkan pengurusan pelajar?

4. Apakah tahap kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid?

2.4.2 Laporan Temubual Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Gaya Kepimpinan lepas-bebas (laissez-faire leadership)

o Menurut Ainon (2003) pemimpin jenis ini memberi sepenuh kebebasan kepada

orang-orang bawahan untuk bertindak atau membuat keputusan. Mereka tidak

campurtangan langsung. Beliau melihat mereka sebagai orang sudah matang, tahu

membezakan yang baik dan yang buruk serta tahu membezakan antara betul dan

salah. Baginya mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang

dilakukan , biarkan mereka bersendirian dan tidak diusik. Sesuatu yang diperlukan

ialah matlamat yang telah dipersetujui dicapai. Keadaan yang sangat bebas dan

liberal ini kadang-kadang memperlihatkan sesebuah kumpulan itu seolah-olah tidak

mempunyai pemimpin kerana setiap orang bekerja mengikut cara tersendiri. Kalau

orang-orang bawahannya betul-betul matang , maka hasilnya memang baik, tetapi

jika ramai antara mereka yang kurang matang , maka hasilnya sangat tidak

memuaskan kerana mereka seperti hilang pedoman sebab tiada pemandu yang

menunjuk arah. Gaya laissez-faire akan menimbulkan banyak masalah apabila

sesebuah organisasi besar dan aktivitinya menjadi sangat kompleks. Ini disebabkan

dalam keadaan seperti ini, jumlah keputusan yang terpaksa diambil sangat banyak

dan kompleks sifatnya (Ainon, 2003).

17

Tahap pengurusan disiplin dilaksanakan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

o Di sekolah, satu jawatankuasa khas didalam pengurusan disiplin sekolah iaitu di

bawah pengurusan HEM dikenali sebagai Jawankuasa Hal Ehwal Murid (HEM). Di

bawah pengurusan HEM pengurusan disiplin pelajar terdiri daripada Lembaga

Disiplin Sekolah, Jawatankuasa Sistem Disiplin Murid (E-Disiplin, SMM, BMM), unit

disiplin dan guru penasihat badan pengawas. Guru disiplin yang dilantik oleh

pengetua diberi kuasa untuk mengetuai pengurusan disiplin di sekolah.

Jawatankuasa Hal Ehwal Murid (HEM) yang dibentuk akan merangka program-

program membantu sekolah bagi menjayakan visi dan misi Kementerian Pendidikan

Malaysia iaitu Visi KPM : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang. Misi pula

Membangun potensi individu Melalui Pendidikan Berkualiti.

Latihan yang diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Guru

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mencukupi dalam meningkatkan pengurusan

pelajar.

o Keberkesanan unit HEM ini melihat komitmen setiap guru disiplin yang

mengendalikan amalan dan pengetahuan mereka untuk melicinkan pengurusan

ini. Dengan itu pelbagai program unit HEM yang perlu melibatkan guru-guru

dalam meningkatkan kebajikan murid dalam menggubal peraturan-peraturan di

sekolah, membincangkan kes-kes disiplin, mengkaji dan menimbangkan

pandangan, pendapat dan cadangan dari murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan

masyarakat serta memberi pandangan dalam hal ehwal pengawas di sekolah.

Kerjasama guru terhadap Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

o Kerjasama antara guru disiplin dan PK HEM amatlah penting, guru disiplin perlu

memahami konsep sebenar tugas guru disiplin dan memahami peraturan disiplin

dengan jelas dan tepat. Dengan adanya pengetahuan, guru disiplin ada panduan

untuk mengambil tindakan disiplin dengan merujuk kepada tatacara disiplin dan

peraturan sekolah. Menurut Mohd Anuar. et al. (2008) menyatakan guru disiplin

yang dilantik mempunyai pengetahuan yang luas dalam menangani masalah

disiplin berkaitan dengan jenayah dan kes polis. Guru disiplin dapat bertindak

mengikut prosedur ditetapkan semasa mengambil tindakan. Jika tidak mereka

disaman oleh ibubapa.

18

o Guru disiplin perlulah menjadikan pekeliling ikhtisas disiplin sebagai rujukan.

Sebagai guru disiplin perlu melaksanakan amalan tugas mereka dengan penuh

berdedikasi dan produktif. Menurut Dr. James Ang Jit Eng (2005) guru disiplin

perlu tahu punca berlaku salah laku dan ambil tindakan bagaimana mengelak

daripada ianya berlaku. Kenalpasti jenis-jenis salah laku dan cadangan alternatif

perlu di laksanakan.

o Amalan-amalan yang sepatutnya dilakukan untuk memastikan pelajar berdisiplin

dan mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Akta 550. Sekolah sebagai

agen perubahan maka pengurusan disiplin sekolah dapat menjadikan pelajar

sebagai warganegara yang bertanggungjawab kepada diri, bangsa dan negara.

Di dalam kajian ini dengan tempoh perkhidmatan guru disiplin dalam amalannya

akan menjadikan pengalaman pengurusan semakin baik sebab amalan yang

baik diteruskan.

Kesimpulannya, peranan pihak pengurusan disiplin sekolah melaksanakan program

untuk mengurangkan masalah disiplin pelajar. Penglibatan guru disiplin dapat membaiki

sikap dan tingkahlaku pelajar melalui pandangan, teguran dan nasihat yang boleh

dijadikan panduan kepada semua pelajar. Pengetahuan guru disiplin dapat

memperkasakan disiplin di sekolah kerana pelajar akan mengetahui amalan disiplin

yang baik. Guru disiplin yang berketrampilan akan sentiasa mempunyai ilmu dan

panduan apabila sentiasa merujuk Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar

dan guru dan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 serta surat-surat

perkeliling yang dikeluarkan oleh KPM. Acuan sesebuah sekolah ditunjukkkan melalui

disiplin pelajarnya yang akan membentuk identiti, sikap, tingkahlaku dan penampilan

pelajar. Jika jati diri pelajar berdisiplin maka tidak mustahil pelajar sekolah tersebut akan

dapat meningkatkan prestasi kejayaannya di dalam sahsiah diri, akademik dan

kokurikulum. Menurut Md. Fadzil (2005) menyatakan faktor utama kejayaan atau

peningkatan prestasi kejayaan sesuatu sekolah adalah disiplin.

19

2.5 Cadangan atau Program Aktiviti.

2.5.1 Program Guru Penyayang

Tujuan Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan

sikap kasih sayang di sekolah.

 

Konsep Guru Penyayang

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat

belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang

yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan

muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, 

mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi

perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya

dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 

Objektif Guru Penyayang

1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.

2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.

3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

 

Aktiviti Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan

dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa

pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:

1. Mengalu-alukan kehadiran murid

2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee

3. Memberi penghargaan kepada murid

20

3.0 Refleksi

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing Pensyarah Pembimbing Cikgu Chandra. Atas bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan.

Kerja Kursus Projek Berasaskan ilmu PPG merupakan satu tanggungjawab rutin yang

diamanahkan kepada guru pelatih bagi menunjukkan adanya bukti pengaliran ilmu berlaku

antara pensyarah dan guru. Kemunculannya sering kali mengundang pelbagai senario berbeza

yang menjelma dalam minda setiap guru pelatih. Ada yang menganggap kehadirannya sebagai

aset pengalaman bermakna dan ada juga yang berasa kewujudannya hanya sebagai beban

yang menyusahkan. Namun apa pun perasaan itu, guru yang berkualiti menghadapinya dengan

minda terbuka kerana KKP ini merupakan salah satu pengaliran ilmu secara tidak disedari yang

mampu member kesan jangka panjang kepada guru PPG.

           Jika dihalusi objektif Jadual Penentuan Tugasan (JPT) KKP semester ini, dapat difahami

misinya ialah menjelaskan konsep profesion, etika, akauntabiliti dan kesantunan

profesionalisme keguruan. KKP ini juga mengenalpasti ciri-ciri guru yang profesional serta

menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih

tinggi. KKP ini juga membantu guru merancang perkembangan diri sebagai seorang yang

profesional dalam melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan

sekolah. Ia juga membantu guru menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan

profesion.

Justeru itu untuk merealisasikan objektif tersebut dua tugas penting mesti kami

laksanakan. Yang pertama ialah melihat pembudayaan budaya menyelidik dan kedua

menganalisis mengenai kepimpinan guru di sekolah.

Secara langsung kita memahami bahawa penyelidikan mampu meningkatkan kualiti

pengajaran guru melalui pendekatan teori-teori kepimpinan yang dapat membantu dalam

meningkatkan profesionalisme kita sebagai guru.

Melalui pencerakinan tugasan tersebut, saya merasakan KKP kali ini amat mencabar

dan memerlukan iltizam dan ketekunan yang tinggi agar semua prosesnya dapat disiapkan

sesempurna yang boleh.

Komitmen yang tinggi untuk menjayakan dan menyiapkan aktiviti yang telah dirancang

hendaklah diterapkan ke dalam diri seorang guru agar mampu menjadi guru yang berkaliber,

21

berilmu dan mampu menjadi aset dan mangkin perubahan kepada generasi baru kelak. Tanpa

semangat dan minat yang mendalam, sesuatu kerja ataupun aktiviti yang ingin kita jalankan

akan terbengkalai dan tidak bermutu tinggi dari segi nilai estetikanya. Justeru itu,

penggabungjalinan kerajinan dan tanggungjawab yang tinggi akan menghasilkan tugasan yang

efesien dan berkualiti tinggi. 

Dalam hal ini, saya telah mencuba sehabis baik untuk diri saya. Sebarang

permasalahan yang timbul sepanjang proses menyiapkan KKP ini telah saya jadikan iktibar dan

pengalaman agar kelak pengalaman itu akan menjadi aset penguat kepada diri saya melalui

tindakan susulan yang bersesuaian.

4.0 Bibiliografi22

Bahagian Pendidikan Guru. (2010). Standard Guru Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, Oxford FAJAR, Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru (2010). Siri Pendidikan Guru.

Glickman, C .D., Gordon, S. P. & Ross-Gordon, J. M. (2001). Super vision and instructional leadership(Ed. ke-4). Boston: Allyn and Bacon.

Glickman, C. D. (1981). Developmental supervision: Alternative practices for helping teachers improve instruction. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Glickman, C. D. (1998). Supervision of instruction: A developmenalt approach. Georgia: Allyn and Bacon Inc.

Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. (2004). Supervision and instructional leadership: a developmental approach (6th ed.). Boston: Pearson.

Glickman, C., Gordon, S., And Ross-Gordon, J. (2007). Supervision and instructional leadership:A development approach. New York: Pearson.

Hart, G. (1982). The process of clinical supervision. Baltimore: University Park Press.

Hussein Mahmood. (2008). Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, & Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Penilaian latihan mengajar dalam program pendidikan guru di Malaysia. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia: Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG) Malaysia.

Sergiovanni, T. J. & Starratt, R. J. (1993). Supervision a redifinition fifth edition. New York: Mcgraw Hill, Inc.

Sergiovanni, T.J. (1977). Handbook for effective departmen leadership: Concepts and practices in today’s scondary school. Boston, MA: Allyn & Bacon.

5.0 Lampiran

23

24