Contoh KKP EDU 3073 (KELAS PERTAMA)

download Contoh KKP EDU 3073 (KELAS PERTAMA)

of 22

description

HAK CIPTA TERPELIHARA 2015

Transcript of Contoh KKP EDU 3073 (KELAS PERTAMA)

KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / pismp pm 1112

[KOHLBERG FAVINE ANAK ACHONG / pismp pm 1112]EDU 3073

6.0 PengenalanMurid-murid di sekolah adalah berbeza-beza daripada segi taraf sosioekonomi, aras motivasi dan sahsiah. Ada dalam kalangan mereka yang suka bercampur gaul dengan rakan sebaya manakala ada juga yang suka bersendirian. Ada murid yang begitu bersemangat dan berfokus dalam pelajaran dan ada pula yang sebaliknya. Ada murid yang mempunyai ibu bapa yang begitu prihatin dan penyayang manakala ada pula yang sering balik ke rumah kosong dan dingin suasananya. Dengan itu, seorang guru akan menemui pelbagai masalah yang dihadapi oleh murid, sama ada masalah disiplin yang ringan atau lebih berat. Lantaran itu, Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B&K) amat diperlukan bagi membantu guru menangani pelbagai masalah murid di sekolah. Di samping itu, perkhidmatan B&K diperkenalkan supaya manusia boleh mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi murid. Perkhidmatan B&K semakin penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyahut cabaran Wawasan 2020 serta membantu murid mencapai celik akal dan kesejahteraan hidup.Dalam tugasan kerja kursus ini, fokus diberikan kepada aspek tingkah laku bermasalah bukan lisan. Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Secara konsepnya, ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai persepsi, perasaan, dan perlakuan yang pada kebiasaanya dialami oleh banyak orang dalam sesebuah masyarakat sama ada di kawasan pedalaman mahupun bandar.Berdasarkan dari kajian dan pemerhatian oleh pakar psikologi, didapati tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam alam persekitaran. Ini menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan aktiviti kehidupan individu serta seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah laku murid bermasalah iaitu positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti-sosial, Tingkah laku distruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah mengambil tahu dan segera merancang dan melaksana strategi dan tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran mempunyai ciri-ciri tertentu. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, motivasi kendiri rendah, agresif, melanggar perintah, sentiasa mempunyai perasaan negatif, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, perlakuan hiperaktif dan sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri. Masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Selain itu, alat bahan mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar.

yang mengganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut kajian psikologi, setiap individu sentiasa menghantar maklumat tentang dirinya melalui riak air mukanya, pergerakan tubuh badannya dan cara dia menjarakkan dirinya daripada orang lain. Kita juga sering menghantar utusan tentang diri seperti perasaan, fikiran dan reaksi kita terhadap orang lain dan situasi-situasi tertentu dengan tidak perlu mengeluarkan kata-kata. Kesimpulannya, tingkah laku bukan lisan memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran langsung. Lazimnya, makna yang diperoleh daripada bahasa bukan lisan ini adalah lebih tepat daripada apa yang diucapkan. Jika tingkah laku lisan ini tidak dirawat, maka ianya akan menjadi penyakit di dalam bilik darjah yang mana ia akan mengganggu kelancaran proses PdP dan mengganggu proses pembelajaran individu yang lain.

7.0 Definisi dan Konsep Bimbingan dan Kaunseling7.1 Definisi BimbinganPelbagai makna telah diberikan bagi istilah bimbingan. Shertzer dan Stone (1974) menerangkan bimbingan sebagai suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Individu tersebut akan dibantu oleh guru bimbingan atau kaunselor agar menyedari segala kekuatan dan kelemahan diri mereka. Dengan itu, mereka akan menentukan aras aspirasi yang lebih realistik dengan kebolehan dan minat mereka. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan stres yang melampau.Selain itu, Alice Crow (1964) menjelaskan bimbingan sebagai bantuan yang diberi kepada seseorang individu bagi menentukan matlamat jangka pendek dan panjang, merancang cara-cara bertindak serta memperbaik sikap dan tingkah laku dalam aspek yang perlu.McDaniel dan Shaftel (1956) menyatakan bimbingan ialah suatu pola khidmat yang merangkumi orientasi maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.D.W. Lefever (1970) menjelaskan bimbingan sebagai suatu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Bimbingan bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya sendiri untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat agar memperoleh kesejahteraan hidup.Tambahan itu, George, R.L. dan Cristiani, T.S. (1995) menjelaskan bimbingan sebagai kegiatan memberikan maklumat yang berkaitan dengan minat dan keperluan peribadi murid seperti maklumat pendidikan, sosial atau vokasional. Tujuan bimbingan lebih menekankan pencegahan daripada rawatan psikologi.Kesimpulannya, bimbingan merupakan satu proses atau khidmat membantu seseorang individu agar dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum tanpa menjejaskan kesejahteraan hidup yang mungkin mendatangkan mudarat terhadap dirinya sendiri dan orang disekelilingnya.

7.2 Pengertian KaunselingPelbagai jenis isu yang kita hadapi dalam kehidupan seharian. Adakala kita mengalami kebuntuan dari segi pemikiran, pemilihan kerjaya atau pemilihan sesuatu kaedah mengajar. Adakala kita berasa tertekan semasa membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan mahupun menyediakan projek yang diberikan oleh pensyarah. Dalam keadaan seperti ini, kita memerlukan bantuan perkhidmatan kaunseling.Istilah kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu counselling. Beberapa tokoh dalam bidang ini telah memberikan definisi bagi istilah kaunseling. Antaranya adalah :1. Shertzer dan Stone (1974) telah mentakrifkan kaunseling sebagai suatu proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan persekitarannya. Hal ini akan membantunya membentuk matlamat dan nilai yang akan menjadi asas kepada tingkah lakunya pada masa hadapan.2. Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses di mana klien diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan tentang dirinya serta pilihan-pilihan yang boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.3. Boy dan Pine (1968) menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormat-menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.4. Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses membantu klien melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak boleh dicapai langsung.5. Cottle dan Downie (1970) mentakrifkan kaunseling sebagai proses di mana seorang kaunselor membantu seorang klien memahami dan menerima maklumat tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam hidupnya.Kesimpulannya, kaunseling merupakan satu proses atau khidmat yang diberikan untuk membantu klien dalam memahami dan menerima kelemahan dan kekuatan diri sendiri supaya klien dapat menetapkan matlamat dirinya untuk mencapai kesejahteraan hidup.

8.0 Bahagian A a) Pengenalpastian dan Penghuraian Tingkah Laku Bukan Lisan (Senarai Tingkah Laku Bukan Lisan dalam pengajaran dan pembelajaran)Saya menjalani sesi praktikum selama tiga bulan di Sekolah Kebangsaan Lebor Remun, Serian. Di sekolah tersebut, saya telah mengajar dua kelas iaitu kelas pemulihan Tahun 2 yang mempunyai seramai 8 orang murid bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik, manakala bagi kelas perdana pula, saya telah mengajar seramai 37 orang murid Tahun 4 bagi kelas Matematik. Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus ini, saya telah memilih tiga orang murid kelas perdana yang menunjukkan beberapa tingkah laku bukan lisan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam bilik darjah. Tiga orang murid yang saya maksudkan ialah Roland, Donny dan Hairee (bukan nama sebenar).Menurut Ramlan Hamzah dan Lily Mastura Harun, Phd (2006), perlakuan bukan lisan termasuklah riak air muka, pergerakan tubuh badan, cara duduk, cara bercakap, isyarat-isyarat yang disertai semasa bercakap, jarak pergaulan, jarak kedudukan dan seumpamanya. Perlakuan bukan lisan penting kerana ia menghantar isyarat-isyarat tanpa sedar dan isyarat tersebut adalah tulen. Kaunselor perlu memerhati memerhati dan meneliti tentang isyarat perlakuan bukan lisan ini semasa sesi dijalankan. Selain itu, kaunselor juga perlu mengetahui jenis-jenis perlakuan bukan lisan dan dapat membacanya.Bagi murid yang bernama Roland, murid ini menunjukkan tingkah laku distruptif. Tingkah laku tersebut dapat dilihat melalui rakaman video yang dilampirkan di Lampiran 1 Pengenalpastian Tingkah Laku Bukan Lisan. Melalui rakaman video tersebut, kita dapat lihat dengan jelas bahawa murid ini mempunyai masalah tingkah laku yang mana tingkah laku tersebut menyebabkan murid ini lemah dalam pelajarannya di samping memberi impak negatif terhadap kelancaran proses PdP. Tingkah laku distruptif yang ditunjukkan oleh Roland ialah mengganggu rakan yang duduk disebelah dia semasa rakan membuat kerja yang disuruh oleh guru. Jika kita perhatikan pada video semasa minit ke 00.16 saat sehingga 00.20 saat, murid ini telah mengambil pemadam milik rakan yang duduk di sebelahnya tanpa meminta izin daripada rakannya. Gambar 1.0 menunjukkan Roland mengambil pemadam rakannya tanpa kebenaran.

Gambar 2.0 menunjukkan Roland menari semasa rakannya memarahinya.

Murid ini juga menunjukkan aksi menari ketika rakannya marah yang mana tingkah laku tersebut seolah-olah mengejek rakannya. Aksi ini dapat dilihat pada minit ke 0.21 dalam video tersebut. Tingkah laku tersebut telah memberi gangguan kepada fokus rakannya yang sedang leka membuat tugasan yang diberikan oleh guru.Gambar 3.0 menunjukkan Roland mengetuk meja menggunakan tangannya.

Selain itu, dalam gambar di atas, kita dapat lihat murid ini mencuba untuk berbuat bising dengan mengetuk meja. Tingkah laku ini juga tergolong dalam jenis tingkah laku distruptif. Tingkah laku mengetuk meja seperti yang dilakukan oleh Roland telaj mengganggu fokus murid yang lain semasa membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Tambahan itu, murid ini juga cuba untuk mengganggu rakan di sebelah kanannya dengan mengejek rakannya itu. Dalam minit 1.04, murid mencuba untuk menghantar tugasan kepada yang diberikan kepada guru. Murid ini berjalan dengan gaya yang diluar jangkaan guru yang mana murid ini berjalan seperti olah badan samseng. Tambahan itu, murid ini hanya menyalin soalan sahaja dan berinisiatif untuk menghantar soalan tersebut sebagai jawapannya.

Gambar 4.0 menunjukkan riak wajah Donny yang sering kelihatan bimbang dan mempunyai masalah

Murid kedua yang mempunyai masalah tingkah laku bukan lisan ialah Donny. Seperti murid yang pertama, murid kedua ini juga mempunyai tingkah laku bukan lisan jenis tingkah laku distruptif. Berdasarkan pemerhatian melalui rakaman video, kita fokuskan kepada riak wajah murid tersebut. Pada pendapat saya, murid ini menunjukkan ekspresi yang bimbang. Wajahnya menunjukkan murid ini seolah-olah ingin memberitahu kita sesuatu. Tingkah laku ini merupakan tingkah laku menghalang (bergantung). Tingkah laku ini juga merupakan tingkah laku yang membahayakan diri. Disebabkan sering berasa bimbang, murid yang mempunyai tingkah laku yang menghalang ini akan sentiasa merasa takut, menunjukkan reaksi bimbang dan tiada keyakinan diri. Hal ini akan mendorong murid untuk tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang lain. Tambahan itu, menurut Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) dalam Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak, pemendaman tingkah laku merupakan keadaan apabila kanak-kanak mengarahkan perasaan dan emosi mereka ke dalam iaitu dengan memendam perasaan dan emosi mereka. Melalui pemerhatian juga, tingkah laku yang ditunjukkan oleh Donny ini merupakan tingkah laku somatik yang merupakan tingkah laku menarik diri yang ditunjukkan dalam bentuk malu, merenung, merajuk dan kesedihan. Selain itu, kebimbangan ditunjukkan dengan tingkah laku bimbang melalui ekspresi wajah.Gambar 5.0 menunjukkan Donny yang tidak mengikut arahan guru. Dia melukis semasa guru memintanya untuk membuat latihan Matematik.

Tambahan itu, melalui rakaman video, didapati murid ini tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru. Guru mengarahkan murid untuk menyalin soalan di papan tulis dan menyelesaikan soalan tersebut, sebaliknya murid ini telah membuat benda lain di mana murid ini telah melukis bentuk bulatan pada kertas yang dipegang olehnya. Dia hanya bertindak merubah tingkah lakunya setelah guru sedar akan tingkah laku tersebut. Tingkah laku telah mengganggu kelancaran proses PdP di dalam bilik darjah kerana murid ini telah menarik perhatian guru khas kepada dirinya dengan menegurnya. Menurut Galloway, Ball, Bloomfield dan Seyd (1982) dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013) menyatakan bahawa tingkah laku distruptif sebagai tingkah laku yang dapat dilihat sebagai bermasalah, tidak sesuai serta mengganggu guru yang sedang mengajar. Murid yang distruptif mampu menarik perhatian guru dan menghalang guru daripada memberi perhatian kepada murid-murid yang lain.Gambar 7.0 menunjukkan bahawa Donny cuba untuk melibatkan diri tetapi dia hanya bergantung kepada hasil perbincangan kumpulan dan dia tidak menyumbang idea semasa sesi perbincangan kumpulan.Gambar 6.0 menunjukkan bahawa Donny mengasingkan diri daripada kumpulan. Dia juga mengelakkan diri daripada aktiviti berkumpulan.

Selain itu, dalam aktiviti berkumpulan, Donny menunjukkan tingkah laku yang mana dia tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti tersebut dijalankan. Murid ini jelas menunjukkan bahawa dia terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan daripada orang lain. Tingkah laku ini dapat dilihat dalam rakaman video Pengenalpastian Tingkah Laku Bukan Lisan. Melalui pemerhatian saya, murid ini berkelakuan seolah-olah dia hanya menunggu rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang diberikan. Dia hanya berdiri dan tidak menyumbang idea semasa sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung.Murid yang ketiga ialah murid yang bernama Hairee. Murid ini juga menunjukkan tingkah laku distruptif seperti dua orang murid di atas tetapi murid ini tingkah lakunya lebih ekstrim. Murid ini suka merayau-rayau di dalam kelas. Tingkah laku ini menyebabkan proses PdP terganggu kerana guru hanya memberi fokus kepada tingkah laku murid ini dan sentiasa menegur tingkah laku negatif tersebut. Bukti bagi tingkah laku ini dapat dilihat menerusi rakaman video di Lampiran 1.Gambar 8.0 dan 9.0 menunjukkan bahawa murid cuba untuk bersembunyi dibelakang pintu bilik darjah.

Gambar 8.0 Gambar 9.0

Melalui rakaman video juga, kita dapat lihat bahawa murid ini cuba untuk bersembunyi di sebalik pintu di belakang bilik darjah sepanjang minit ke 02.41 hingga 03.00 Murid ini bertindak seolah-olah guru tidak sedar akan tingkah laku yang ditunjukkan olehnya. Tambahan itu juga, selepas murid bersembunyi di belakang pintu, murid ini cuba untuk mengganggu rakan dalam kumpulannya dengan berbuat bising. Murid juga engkar akan arahan guru di mana murid ini enggan masuk ke dalam kumpulannya dan mengikuti sesi perbincangan. Tingkah laku ini dapat dilihat pada minit ke 03.27 sehingga 03.49. Aksi ini kita dapat lihat pada gambar 10.0.Gambar 10.0 menunjukkan bahawa murid ini cuba membuat bising.

Disamping itu, Hairee juga cuba menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia kuat dengan mengangkat kerusi plastik dengan menggunakan tangan kanannya sahaja. Tingkah laku ini dapat dilihat sepanjang minit ke 04.25 sehingga 04.43 dan minit ke 08.48 sehingga 09.06. Melalui rakaman video juga, kita dapat lihat kelancaran sesi PdP terganggu dengan kehadiran tingkah laku negatif murid ini. Selain mengganggu proses PdP, murid ini juga mengganggu rakan dalam kumpulannya dan tidak ada langsung memberi buah fikiran atau sumbangan kepada kumpulannya. Tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada rakan-rakannya. Cuba bayangkan jika kerusi yang diangkat itu jatuh dan terkena kepala salah seorang rakan dalam kumpulannya, sudah pasti berlakunya pergaduhan ataupun kecederaan.Gambar 11.0 menunjukkan Hairee cuba menunjukkan kekuatannya dengan mengangkat kerusi dengan menggunakan satu tangan sahaja.

Menurut para guru mata pelajaran yang mengajar di kelas Tahun 4, mereka mengatakan bahawa murid ini memang sangat bermasalah dan boleh bertindak diluar jangkaan guru. Melalui pengalaman diri sendiri semasa masuk sit-in di kelas Tahun 4 semasa minggu pertama praktikum, murid ini telah meletakkan cecair pemadam atau lebih dikenali sebagai liquid paper pada bahagian mata murid perempuan di dalam kelasnya. Ini jelas menunjukkan bahawa murid ini memang mempunyai masalah dalam tingkah laku.Kesimpulannya, di setiap kelas atau sekolah mempunyai beberapa orang murid yang bermasalah atau sering menunjukkan tingkah laku bukan lisan seperti tingkah laku distruptif. Sebagai seorang guru, kita harus menganalisis punca yang menyumbang kepada masalah ini kerana masalah ini merupakan masalah yang serius. Jika guru tidak berusaha untuk membendung masalah tingkah laku bukan lisan di dalam bilik darjah, guru tersebut gagal dalam menguruskan bilik darjah mahupun membentuk sahsiah yang baik dalam diri murid-muridnya dan jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

8 (b) Cara Guru Menangani Tingkah Laku Bukan Lisan.Jadual 1.0 Analisis Tingkah Laku Bermasalah Bukan Lisan.BilNama Murid (Bukan Nama Sebenar)Tingkah Laku Bermasalah Bukan Lisan

1Roland1. Mengganggu rakan yang duduk disebelah dia semasa rakan membuat kerja yang disuruh oleh guru.2. Murid ini telah mengambil pemadam milik rakan yang duduk di sebelahnya tanpa meminta izin daripada rakannya. 3. Murid ini juga menunjukkan aksi menari ketika rakannya marah yang mana tingkah laku tersebut seolah-olah mengejek rakannya.

2Donny1. Murid ini menunjukkan ekspresi yang bimbang.2. Tidak membuat tugasan yang diberikan oleh guru, menjadi pendiam dan mengasingkan diri daripada rakan-rakan yang lain. 3. Murid ini tidak mengikut arahan yang diberikan oleh guru4. Dia tidak melibatkan diri secara aktif semasa aktiviti tersebut dijalankan.5. Dia terlalu mengharapkan pertolongan atau bantuan daripada orang lain6. Dia hanya berdiri dan tidak menyumbang idea semasa sesi perbincangan dalam kumpulan berlangsung.

3Hairee1. Murid ini suka merayau-rayau di dalam kelas2. Cuba untuk bersembunyi di sebalik pintu di belakang bilik darjah.3. Murid ini cuba untuk mengganggu rakan dalam kumpulannya dengan berbuat bising. 4. Murid juga engkar akan arahan guru di mana murid ini enggan masuk ke dalam kumpulannya dan mengikuti sesi perbincangan5. Menunjukkan kepada rakan-rakannya bahawa dia kuat dengan mengangkat kerusi plastik dengan menggunakan tangan kanannya sahaja.6. Juga mengganggu rakan dalam kumpulannya.7. Tidak ada langsung memberi buah fikiran atau sumbangan kepada kumpulannya

Berdasarkan Jadual 1.0, kita dapat lihat senarai tingkah laku bukan lisan dalam kategori tingkah laku distruptif yang ditunjukkan oleh tiga orang murid di dalam kelas Tahun 4. Ramai pendidik mengaitkan pengurusan bilik darjah dengan kaedah-kaedah untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. ia juga sering dilihat sebagai sesuatu yang guru perlu lakukan sebelum pengajaran sebenar bermula. Menurut Richards (1990) dalam Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel (2009) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Dalam usaha untuk menangani tingkah laku bukan lisan yang dikenal pasti boleh mengganggu kelancaran proses PdP di dalam bilik darjah, seorang guru yang prihatin dan bertanggungjawab boleh merujuk kepada Teori Pelaziman Operan. Pelaziman Operan melibatkan sejenis pembelajaran di mana tingkah laku dipengaruhi oleh akibat yang akan diterima. Sekiranya perubahan persekitaran disebabkan oleh tingkah laku yang memperkukuhkannya, ini bermakna apabila ganjaran diberikan kepada organisme atau dengan menyingkirkan rangsangan, akan terdapat peluang untuk tingkah laku itu diulangi. Sekiranya perubahan persekitaran tidak menyediakan pengukuhan, atau rangsangan yang digunakan tidak disukai dan tidak menyenangkan, peluang untuk tingkah laku diulangi adalah tipis. Skinner begitu yakin apabila menyatakan bahawa pembelajaran tidak akan berlaku tanpa pengukuhan, sama ada pengukuhan positif mahupun pengukuhan negatif. Jika dilihat masalah tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga murid ini, masalah tersebut boleh dikurangkan dengan memberikan peneguhan terhadap mereka. Peneguhan positif boleh diberikan dari segi pujian, ganjaran atau senyuman manakala peneguhan negatif boleh dilaksanakan dengan menarik rangsangan yang menyebabkan murid menunjukkan tingkah laku negatif.Selain itu, guru juga boleh menjalankan intervensi kaunseling kanak-kanak untuk mengatasi atau mengurangkan tingkah laku bukan lisan yang mengganggu kelancaran sesi PdP di dalam bilik darjah. Intervensi kaunseling kanak-kanak terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya terapi bermain, terapi bercerita, terapi seni, terapi muzik dan terapi biblio. Guru boleh menjalankan satu terapi dalam satu sesi ataupun menggabungkan dua atau tiga terapi dalam satu sesi mengikut kesesuaian murid. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengenal pasti tingkah laku murid terlebih dahulu sebelum memulakan sesi terapi. Hal ini demikian bagi memastikan kesesuaian dan keberkesanan terapi tersebut kepada diri murid yang bermasalah.Terapi bercerita merupakan satu medium komunikasi antara ahli terapi dan klien yang mana komunikasi tersebut digunakan untuk mempengaruhi klien agar dapat membina dirinya dengan cara yang telah dipersetujui bersama antara ahli dan klien. Terapi ini akan berkesan jika ianya dilaksanakan dengan teknik yang berkesan. Teknik yang boleh digunakan ialah menetapkan mood, mengatur cerita, memastikan keselesaan murid, menyampaikan cerita dengan melakukan aksi dan tetap sebagai diri sendiri. Bercerita boleh dilaksanakan secara tidak langsung, disampaikan secara kreatif dan mengajar kanak-kanak mereka-reka cerita.Selain terapi bercerita, terapi seni juga boleh dilaksanakan. Terapi seni merupakan satu diagnostik dan kaedah rehabilitasi yang menggunakan aktiviti seperti melukis, mewarna, mengecat, fotografi dan tarian untuk meluakan perasaan dan menyampaikan perkara atau isu yang diberikan perhatian. Terapi seni dapat mengurangkan tekanan dan ketakutan selain dapat melalaikan kanak-kanak daripada prosedur yang boleh menyakitkan. Terapi seni juga digunakan untuk menambah baik komunikasi kerana seseorang kanak-kanak boleh mengalami peristiwa trauma sebelum ia boleh benar-benar menyatakan perasaannya menggunakan kata-kata. Menurut Persatuan Terapi Seni Amerika dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin (2013), proses kreatif melibatkan seni dapat membantu mengurangkan masalah, membentuk dan membina kemahiran tertentu, mengurus tingkah laku dan memberi peluang celik akal kepada ibu bapa dan kaunselor. Contohnya, kanak-kanak yang terabai akan melukiskan gambar dirinya yang terasing daripada keluarga atau adik-beradiknya tanpa menyatakan menggunakan kata-kata secara lisan tentang perasaannya.Terapi muzik telah digunakan 400 tahun sebelum Masihi, apabila Hippocrates menggunakan muzik untuk menyembuhkan pesakit-pesakit mental. Aristotle juga telah menjelaskan bahawa muzik merupakan tenaga yang dapat membersihkan emosi. Terapi muzik untuk kanak-kanak mempunyai dua pendekatan iaitu pendekatan individu dan pendekatan kelompok. Apabila berjumpa klien pada kali pertama, ahli terapi muzik akan menetapkan matlamat yang bakal dicapai pada akhir sesi. Terapi muzik dikatakan boleh digunakan untuk merawat masalah komunikasi, tumpuan, motivasi dan masalah tingkah laku. Di dalam bilik terapi muzik perlu disediakan pelbagai alat muzik moden dan tradisional serta dalam pelbagai bentuk yang dikumpulkan daripada pelbagai bangsa kerana klien mungkin daripada pelbagai bangsa. Banyak pakar menjelaskan bahawa irama muzik atau rentak muzik sebenarnya mempunyai kesan yang dapat mententeramkan manusia.Selain itu, terapi biblio juga boleh digunakan untuk sesi terapi. Terapi biblio merupakan sokongan kepada rawatan psikologi dengan menggunakan buku atau bahan-bahan bacaan, yang lazimnya digunakan di luar sesi kaunseling. Terapi ini melibatkan pemilihan bahan bacaan yang relevan dengan situasi kehidupan klien. Terapi biblio juga merupakan proses interaksi dinamik antara personality pembaca dengan kesusasteraan yang digunakan untuk membuat penilaian, penyesuaian dan pertumbuhan. Konsep terapi didasarkan kepada kecenderungan manusia untuk menyesuaikan diri dengan orang lain melalui ekspresi dalam kesusasteraan. Contohnya kanak-kanak membaca atau dibacakan cerita mengenai ketabahan seorang budak ketika menghadapi kesukaran hidup dalam kemiskinan.Melalui pembacaan saya di sebuah blog http://yanpiaw2.tripod.com/cgi-bin/kplinota/p4.htm yang ditulis oleh Dr.Chua Yan Piaw, beliau menyenaraikan beberapa cara mengatasi tingkah laku distruptif sama ada tingkah laku lisan mahupun tingkah laku bukan lisan. Antaranya ialah, ketika guru memberi tugasan, guru harus memastikan arahan diberikan dengan jelas. Hal ini demikian kerana ia akan memudahkan murid melaksanakan tugasan yang diberi. Arahan yang tidak jelas akan menyebabkan murid kurang jelas mengenai apa yang mereka perlu lakukan. Selain itu, guru juga harus menerangkan objektif bagi setiap tugasan yang diberikan. Kefahaman murid mengenai tentang objektif akan memotivasikan murid ke arah pencapaiannya. Tambahan itu, tugasan yang diberikan haruslah mencukupi dan mencabar bagi memastikan murid berfikir secara kreatif dan kritis. Tugasan yang terlalu mudah akan menyebabkan murid menyiapkan tugasan dengan cepat dan secara tidak langsung ia akan menyebabkan murid mempunyai ruang untuk menunjukkan tingkah laku lisan dan bukan lisan yang negatif di dalam kelas.Disamping itu, Dr. Chua Yan Piaw juga mencadangkan agar guru memastikan peraturan-peraturan bilik darjah mudah dan teratur. Peraturan-peraturan yang mudah dan teratur sangat membantu guru dalam memastikan kelancaran proses PdP di dalam bilik darjah. Kita juga tahu bahawa peraturan dalam bilik darjah membantu mendisiplinkan murid. Peraturan yang tidak jelas dan terlalu sukar untuk dipatuhi akan menyebabkan murid belajar dalam keadaan tertekan. Melalui pengalaman diri sendiri ketika berada di sekolah rendah, jika peraturan dalam bilik darjah terlalu ketat, murid-murid sekolah rendah akan belajar dalam keadaan ketakutan dan tiada motivasi untuk belajar. Murid-murid akan diam dan kurang responsif terhadap soalan guru. Tambahan itu, seorang guru juga harus bersikap adil dan saksama. Kadang-kadang, terdapat segelintir guru yang hanya memberikan perhatian kepada murid-murid yang pandai sahaja. Murid yang sederhana ataupun lemah dalam pelajaran akan berasa tersisih dan rasa tidak disayangi oleh guru. Perkara sebegini semestinya akan menyebabkan murid tersebut berasa tidak diperlukan di dalam kelas. Ini menyumbang kepada pemberontakan dari segi emosi dan rohani murid. Murid akan cuba menunjukkan rasa tidak puas hati dengan menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini oleh guru.Selain itu, sebagai seorang guru, kita harus mengelakkan diri daripada mengutuk murid di hadapan murid lain. Perkara sebegini akan menyebabkan murid yang dikutuk berasa malu, rasa diejek dan jatuh maruahnya. Dengan itu, murid tersebut akan memendam perasaannya dengan mendiamkan diri. Terdapat juga murid yang akan berdendam dengan gurunya. Murid yang berdendamlah yang akan cuba membuat masalah disiplin di sekolah yang mana mereka cuba menggores kereta ataupun memancitkan tayar kereta guru. Begitu juga dengan kes guru yang menghukum keseluruhan murid atas kesalahan beberapa orang murid di dalam kelas. Sebagai seorang guru, kita haruslah mengelakkan diri daripada menghukum seluruh kelas jika hanya beberapa pelajar yang melakukan kesalahan. Menyindir murid juga merupakan satu perkara yang harus dielakkan oleh guru kerana ianya akan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam murid. Tambahan itu, guru juga perlu mengelakkan diri daripada menengking atau berleter di dalam kelas. Hal ini kerana suasana yang tegang tidak menggalakkan PdP di dalam bilik darjah. Selain itu, ia juga akan menyebabkan pembaziran masa jika guru tersebut hanya berleter sahaja.Guru yang bijak menangani masalah tingkah laku distruptif akan mencuba pendekatan yang lain dalam usaha menangani tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid. Bagi murid yang melakukan sesuatu yang baik atau menunjukkan peningkatan prestasi, guru bolehlah memberikan pujian atau ganjaran. Hal ini dapat menyuntik perasaan ingin juga dalam diri murid yang lain. Sebagai contoh, jika murid memberikan hadiah kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini oleh guru, murid lain akan cuba untuk berusaha mendapatkan hadiah yang sama. Ini akan mewujudkan persaingan sihat di dalam kelas semasa guru mengajar. Disamping itu, guru juga harus mendengar masalah pelajar sama ada masalah dari segi fizikal mahupun emosi. Guru harus memberi peluang untuk muridnya meluahkan perasaan. Hal ini demikian kerana murid yang puas hati ialah murid yang sihat dan produktif.Menurut Dr. Chua Yan Piaw juga, pengajaran yang lebih berbentuk humanistik seperti yang dicadangkan oleh Teori Abraham Maslow dapat membantu murid dalam meneroka gaya pembelajaran kendiri murid. Ini memberi peluang kepada murid untuk belajar dengan lebih selesa di mana murid tersebut belajar menggunakan caranya sendiri. Walaupun demikian, guru perlu memberikan bimbingan kepada murid tersebut supaya murid tidak terpesong dari segi pelajarannya. Selain Abraham Maslow, Carl Roger mengesyorkan Teori Pemusatan Perorangan atau dikenali sebagai pendekatan pemusatan klien yang diasaskan daripada psikologi kemanusiaan. Andaian asas Carl Roger adalah manusia secara asasnya bertanggung, iaitu manusia mempunyai peluang yang luas untuk memahami dirinya sendiri dan menyelesaikan masalah masing-masing tanpa bantuan langsung daripada kaunselor atau ahli terapi. Manusia berupaya untuk melalui proses pertumbuhan kendiri seandainya mereka terlibat dalam perhubungan yang spesifik.Kesimpulannya, guru harus bijak dalam menangani masalah tingkah laku distruptif, terutama tingkah laku bukan lisan. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menzahirkan perasaan melalui tingkah laku bukan lisan sukar untuk ditafsir oleh guru. Murid-murid tersebut hanya menunjukkan tingkah laku hiperaktif, bising, menunjukkan pergerakan yang tidak sepatutnya, mengganggu rakan, ketawa dengan kuat, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri. Maka, dengan wujudnya terapi dan dan teori-teori yang boleh digunakan sebagai panduan dalam menangani masalah tingkah laku, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah boleh diatasi dengan mudah mengikut kesesuaian dan tempoh masa yang tertentu.17