KKP.docx

download KKP.docx

of 15

Transcript of KKP.docx

PJM3103E KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

PJM3103E KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

TUGASAN 11.0PENGENALANJika kita menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-masalah obesiti dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Disinilah peranan senaman dan aktiviti fizikal yang dapat membantu mengurang gejala yang sedang menular dalam masyarakat kini.Terdapat tiga domain utama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani iaitu domain psikomotor, domain kognitif dan afektif. Dalam Pendidikan Jasmani beberapa aspek yang perlu diberi tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah penjagaan kesihatan melalui aktiviti kecergasan disamping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti fizikal. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi. Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan kemampuan seseorang individu melalui pendekataan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling.Berdasarkan fakta ini pendidikan jasmai yang di ajar terutama di sekolah rendah perlu lebih menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas. Pendidikan Jasmani harus dijalankan tanpa melibatkan pengajaran yang terlalu teknikal sehingga akan membosankan pelajar.

2.0KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI TERHADAP PERKEMBANGAN INDIVIDUPendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.Pendidikan Jasmani amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, melalui pendidikan jasmani, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai contoh, aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.Kepentingan pendidikan jasmani dalam kurikulum sekolah rendah tidak dapat dinafikan lagi. Berikut adalah beberapa huraian mengenainya. Pertama, pendidikan jasmani membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang individu. Selain itu, melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran pergerakan asas. Pendidikan jasmani di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti. Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pendidikan jasmani membantu murid meneroka kelemahan dan kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali dirinya. Pendidikan jasmani yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.Pendidikan jasmani memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Ia juga memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat,memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti dan mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian.Objektif pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama iaitu kognitif ,mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian.Hasrat di dalam Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,jasmani dan sosial(JERIS) maka peranan yang sangat besar perlu dimainkan oleh seorang guru dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negara yang cemerlang dan cergas.Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Sejajar dengan aspirasi yang disuratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tunjang fizikal dan estetika merupakan tunjang yang mendukung hasratkan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain daripada aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan proses pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jelaslah bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan itu penting kerana merupakan salah satu mata pelajaran yang dimuatkan disekolah yang mampu untuk memenuhi aspek pengajaran menyeluruh dari segi teori dan amali. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini memebri peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan bebas bergerak serta melakukan aktiviti mengikut kreativiti mereka tersendiri berdasarkan saranan dan teori yang disampaikan oleh guru-guru sebelum mereka memulakan aktiviti. Murid-murid di sekolah rendah sudah semestinya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana mereka mampu bergerak tanpa perlu duduk lama di atas kerusi dan menghadap buku yang secara fitrahnya bukan minat mereka yang sedang membesar. Murid-murid diperingkat sekolah rendah ini di dalam proses membesar dan sel-sel di dalam tubuh mereka sedang giat dan aktif,maka sudah pastinya mereka ingin bergerak dan kadang-kala tidak mengenal erti penat.Melalui Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, nilai estetika atau nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dilaksana dan dipraktikkan. Hal ini kerana, aktiviti yang dijalankan di dalam subjek ini dan menekankan memerlukan tentang disiplin dan ketepatan masa. Selain itu, pergaulan yang baik dapat wujud ketika melakukan aktiviti lebih-lebih lagi yang memerlukan penglibatan di dalam pasukan. Disamping itu,nilai kerjasama juga dapat diwujudkan. Pendidikan fizikal ini juga merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang memberi fokus terhadap pembelajaran fizikal,intelektual,sosial dan emosi melalui pengalaman aktiviti fizikal (Doherty dan Brennan,2008).Kesimpulannya, para guru memainkan peranan di dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia (Montel,2011). Subjek Pendidikan Jasmani amat penting kerana menjadi salah satu tunjang di dalam aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu didalam tunjang aktiviti fizikal dan nilai estetika yang secara sinonimnya kedua-dua aspek ini dapat diadun dengan baik jika dilaksanakan dengan baik.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

TUGASAN 23.0PENGAJARAN MIKROi. Konsep dan Tujuan Pengajaran MikroPengajaran mikro ialah teknik dalam latihan perguruan yang membantu guru pelatih menguasaikemahiran mengajar. Ia berkonsepkan simulasi yang bermaksud, situasi dalam pengajaranmikro adalah mirip kepada situasi pengajaran sebenar. Pengajaran ini memerlukan guru pelatih bagi mengajar satu konsep dalam kandungan,menggunakan satu kemahiran mengajar yang dinyatakan, untuk jangka masa yan pendek, kepada sebilangan kecil murid. Pengajarannya akan dirakam. Maklum balas akan diperoleh daripada pensyarah, rakan kelas, dan juga rakan yang berperanan sebagai murid serta rakaman video. Dengan ini, guru pelatih melatih kemahiran mengajar tersebut dalam bentuk yang boleh didefinisikan, dicerap, diukur dan dikawal dengan kitaran berulang-ulang sehingga mereka berjaya menguasai kemahiran tersebut.Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja.Selain itu, Gee (1992) berpendapat pengajaran mikro adalah pengalaman berguna untuk mempelajari cara-cara mencapai objektif pengajaran melalui perancangan satu pelajaran contoh. Ia menunjukkan persediaan, pengurusan dan persembahan adalah penting dalam proses pembelajaran. Pemilihan aktiviti, menyusun aktiviti dalam urutan logik dan sentiasa membuat peningkatan akan membuat pelajar serasi dengan kandungannya secara keseluruhan. Menerima maklum balas semerta adalah satu cara untuk memastikan produktiviti dan kesesuaian strategi pengajaran yang digunakan. Dengan adanya soal sesi jawab, persekitaran pembelajaran yang kukuh boleh diwujudkan. Tegasnya, memang boleh mewujudkan persekitaran pembelajaran yang melibatkan pemikiran aras yang tinggi.Seterusnya, menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain.Manakala Sharma (1981)pula mendefinisikan pengajaran mikro sebagai satu teknik latihan perguruan yang khusus, iaitu guru pelatih menjalani latihan berkenaan pelbagai kemahiran mengajar dalam situasi khusus dengan bantuan maklum balas yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan murid. Situasi yang khusus bermaksud, masa yang singkat untuk berlatih (5-7 minit), bilangan murid yang kecil (5-7 murid) dan bilangan kemahiran yang sedikit.Apakah perbezaan antara pengajaran mikro dan pengajaran sebenar? Jadual 1 di bawah menunjukkan perbandingan antara pengajaran sebenar dengan pengajaran mikro dalam Pendidikan Jasmani.PENGAJARAN SEBENARCIRI-CIRIPENGAJARAN MIKRO

Mengikut jumlah murid dalam kelas (30-40 orang)Bilangan murid6-8 orang

30 minitJumlah masa pengajaran5-8 minit

Semua (pengenalan, kemahiran, kemuncak, penutup)Bilangan fasa pengajaranSatu sahaja

Murid sekolahKumpulan sasaranRakan sebaya

Tiada maklum balas semertaMaklum balasMaklum balas semerta daripada rakan sebaya dan pensyarah

Biasanya tidak dirakamrakamanDirakam untuk memudahkan perbincangan dan memberi maklum balas

Jadual 1 : Perbandingan antara pengajaran sebenar dengan pengajaran mikro dalam Pendidikan Jasmani.Pengajaran mikro ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada guru pelatih sebelum mereka keluar untuk amalan profesional praktikum guru. Menurut Deniz (2010), setelah menjalani aktiviti pengajaran mikro, terdapat peningkatan dalam keyakinan diri, kemahiran pengajaran dan pengurusan kelas dalam kalangan guru pelatih. Tegasnya, pengajaran mikro membolehkan guru pelatih mempelajari kemahiran mengajar yang baru dalam situasi terkawal, menguasai beberapa kemahiran mengajar dan meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar.

ii. Pelaksanaan dan Penilaian Pengajaran MikroSesi pengajaran mikro perlu dilaksanakan dengan baik supaya pelajar dapat manfaat daripadanya. Dalam sesi pengajaran mikro, pelajar-pelajar akan diberikan peranan tertentu, contohnya sebagai guru, murid, pemerhati, perakam video, dan perakam gambar foto. Selepas satu sesi pengajaran, komen dan cadangan penambahbaikan akan diberikan oleh pemerhati dengan bimbingan pensyarah.Ee Ah Meng (1993) menjelaskan pelaksanaan pengajaran mikro bentuk Stanford. Seorang guru pelatih akan mengajar satu pelajaran pendek (10-15 minit) kepada satu kumpulan kecil murid. Sejurus tamat pengajaran, guru pelatih akan berbincang dengan pensyarah tentang kekuatan dan kelemahan pengajarannya. Selepas satu selang masa, guru pelatih akan mengajar pelajaran itu semula dengan kumpulan murid yang berbeza berdasarkan ulasan yang dibuat pensyarah.Umumnya, terdapat enam langkah dalam kitaran pengajaran mikro, iaitu merancang, mengajar, memberi maklum balas, merancang semula, mengajar semula dan memberi maklum balas semula. Kitaran ini boleh divariasikan mengikut keadaan. Langkah-langkah ini dijelaskan dalam Rajah 1.

Rajah 1 : Kitaran Pengajaran MikroPengajaran guru pelatih untuk sesi pengajaran mikro Pendidikan Jasmani dinilai dari aspek pengurusan kelas, pengurusan kawasan, pengurusan alatan, pelaksanaan demonstrasi, komunikasi, suara dan pengendalian sesi soal jawab. Jadual 2 di bawah menunjukkan perkara yang ditekankan dalam penilaian pengajaran mikro.ASPEK YANG DINILAIPERKARA YANG DITEKANKAN

Pengurusan kelas Memberi perhatian kepada setiap murid. Kelas sentiasa aktif (tidak menghabis banyak masa menunggu dan mendengar arahan guru).

Pengurusan kawasan Kawasan ditetapkan dengan penanda seperti skital. Kawasan sesuai dengan bilangan murid. Kawasan digunakan sepenuhnya.

Pengurusan alatan Alatan disusun sebelum kelas bermula. Alatan yang dikeluarkan digunakan sepenuhnya. Alatan yang tidak digunakan diletakkan di luar kawasan permainan.

Pelaksanaan demonstrasi Demonstrasi boleh dilihat oleh semua murid. Penekanan kepada butiran mengajar. Demonstrasi seiring dengan penjelasan. Murid tidak menghadap matahari.

Komunikasi Arahan yang tepat, ringkas dan jelas. Tegas. Ada unsur kecindan.

Suara Suara yang jelas dan lantang.

Pengendalian sesi soal jawab Soalan tersusun secara logik. Soalan sesuai dengan tahap murid. Murid digalakkan bertanya.

Jadual 2 : Perkara yang ditekankan dalam penilaian pengajaran mikro.Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan pelatih atau pelajar menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya. Maka dalam melaksanakan pengajaran mikro, bilangan pelajar dan peruntukan masa dikurangkan. Walau bagaimanapun, teknik ini hanya akan berkesan dan berjaya mencapai matlamat sebagaimana yang dirancangkan dalam pengajaran praktis jika ia difahami, dihayati dan digunakan dengan cara yang tepat. Teknik pengajaran jenis ini merupakan persediaan awal yang diberikan kepada bakal-bakal guru sebelum mereka menghadapi keadaan mengajar yang sebenarnya di dalam bilik darjah. 3.1RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Guru perlu merancang pengajarannya berdasarkan sukatan pelajaran serta latar belakang murid dan perancangan mengajar perlulah dilakukan sebelum aktiviti mengajar. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan dikuasai murid, serta motivasi dan strategi pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Persediaan pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat, iaitu mengenai murid dan perkara yang akan diajar dan catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.Perancangan penyampaian pengajaran adalah suatu keadaan yang menunjukkan bahawa guru perlu menggunakan cara-cara penyampaian pengajaran yang menarik. Guru perlu mengambil penyampaian pengajaran yang menarik. Guru perlu mengambil kira perkara-perkara seperti kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, masa, pemeringkatan isi, pemilihan sumber dan alat, kesesuaian aktiviti dengan topik pengajaran, kualiti guru itu tersendiri dan mempunyai sistem penyampaian yang berkesan.i. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian.Rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan satu pelan yang diaturkan oleh guru untuk mendidik murid-muridnya dalam tajuk yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran.Untuk Pendidikan Jasmani sekolah rendah, 30 minit diperuntukkan bagi satu waktu pengajaran. Justeru, seorang guru harus merancang dengan teliti, tersusun dan kreatif agar tempoh 30 minit ini dapat digunakan dengan penuh manfaat.Dalam konteks kursus ini, para peserta akan menyediakan RPH seperti yang diamalkan oleh guru pelatih Institut Pendidikan Guru semasa praktikum. Latihan ini adalah untuk mendedahkan para peserta kepada beberapa perkembangan dan perubahan dalam penyediaan RPH. Tegasnya, para peserta dapat membimbing guru pelatih di bawah penyeliaan mereka.ii. Rujukan untuk Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani (KBSR).Setiap guru Pendidikan Jasmani perlu ada sumber rujukan asas yang berikut:a) Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia).b) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia).c) Rancangan Tahunan Pendidikan Jasmani (Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah).d) Buku-Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.e) Surat-Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

iii. Rujukan Untuk Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani (KSSR)Mulai tahun 2011, murid Tahun 1 mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani, setiap guru perlu mempunyai sumber rujukan asas yang berikut:a) Kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani.b) Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani.c) Buku Panduan Kreativiti: Pembangunan dan Amalan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Rendah.d) Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Satu.e) Buku Panduan Elemen Keusahawanan.f) Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR.g) Buku-buku teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.h) Surat-surat pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.Selain bahan-bahan di atas, guru digalakkan mencari maklumat tambahan dari sumber-sumber seperti buku rujukan, internet, carta, video atau CD yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani. Berbekalkan bahan-bahan rujukan ini, guru dapat menyediakan pelajaran-pelajaran Pendidikan Jasmani yang sistematik dan menarik.3.2RAKAMAN PENGAJARAN MIKRO DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIANRujuk Lampiran

TUGASAN 34.0PENULISAN REFLEKTIFSemasa menjalankan pengajaran mikro, saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Selain itu saya telah membuat persediaan rapi sebelum memulakan mikroteaching ini, maka pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut apa yang telah dirancang. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti lompat bintang pada sesi induksi dapat meningkatkan kadar nadi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Saya juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, suara guru yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang ingin disampai oleh guru. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Oleh itu, secara ringkasnya kejayaan pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seseorang guru untuk menguruskan kelas dan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dengan bijak.Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan mikro teaching ini ialah tidak mengaitkan peristiwa semasa dalam sesi induksi. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya dapati murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Ketepatan masa adalah penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang berjalan dengan lancar. Hasil pemerhatian saya ke atas rakaman pengajaran dengan rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Melalui pemantauan juga guru dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.Langkah mengatasi setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan dalam pengajaran dan pembelajaran yang dirancang perlu diatasi dengan melakukan beberapa penambaikan. Penambaikan adalah perlu bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Setelah kajian dijalankan terhadap mikroteaching yang telah saya jalankan, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran saya. Antaranya adalah ketepatan masa dalam menyampaikan pelajaran dan pemantauan murid. Saya akan cuba menggunakan ruang masa dengan efektif supaya pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan yang disediakan. Guru perlu mengikuti masa yang telah ditetapkan bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menepati masa akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari mula hingga akhir pengajaran. Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Saya berharap agar dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Guru ceria menjadikan murid ceria.

5.0BIBLIOGRAFI Munira Mohsin. (2014). Siri Pendidikan Guru : Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani.Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.Diperolehi daripada http://physicaleducationforyouth.blogspot.my/2014/09/kepentingan-pendidikan-jasmani-terhadap.html. Dilayari pada 16 Ogos 2015.Diperolehi daripada http://maklumatsukan.blogspot.my/2012/09/pjm-3110-kurikulum-dan-pedagogi.html. Dilayari pada 18 Ogos 2015.

1